Followers

Wednesday, November 30, 2011

Bila Si Kecil Menunjukkan Penghargaan

Oleh : Lily Haslina Nasir |


Siti Shamiera Salmin Shaifful



Apabila sudah menulis berpuluh-puluh buku dan kalau ditanya berapa buah buku yang telah dihasilkan... saya akan tersenyum blur sebab memang saya tidak pernah kira dah apabila jumlah itu melebihi 30 judul. Bayangkan saya pernah buat siri perpustakaan zaman saya student. Satu siri ada 10 judul dan saya buat 4 siri. Bagi saya lebih baik saya fokus buku dan judul seterusnya daripada saya serabutkan kepala fikir berapa judul sudah saya hasilkan... nak pulak anakanda-anakanda lelaki saya selalu kata, "Mak lampi lah sekarang (lambat pick up)"

Dulu pun saya pernah sebut di blog, saya sudah hilang deria dan rasa apabila buku baru terbit. Feeling, desire semua tu macam dah ghaib dan hanyut ke laut... tapi kalau tengok karya anis.. serius saya rasa mahu terbang ke langit ke tujuh!

Pun begitu sesuatu yang pasti... apabila melihat pembaca kecil membelek, membaca dan mengumpul buku saya... saya huhuhuuuuuuuuu sungguh saya rasa sangat tersentuh. Dan saya terfikir-fikir sendiri, eh ye ke budak tu baca buku LHN? Okay ke? Betul seronok ke dia baca? Serius saya sangat menghargai pembaca kecil saya.

Buat anakanda Siti Shamiera Salmin Shaifful, luvs, hugs and kisses dari auntie lily sebab membeli, membaca, mengumpul dan menjaga buku auntie lily dengan baik.

Bagi yang pernah send picture pada saya, boleh tak emelkan saya alamat... ada sesuatu mahu saya kirimkan...





0 comments:

Subscribe