Followers

Wednesday, November 30, 2011

I Love How You Love Me

Oleh : Lily Haslina Nasir |

cr dan adib, bodyguard @ boyfrenzs saya sekarang... Yg selalu menggeleng dan mengerut dahi bila tengok saya masih tergedik-gedik macam rumaja purba dgn lagu speedy gonzales atau stupid cupid atau you can't touch this di dapur...





Capek Roslan

Lily Haslina Nasir <------ ini mak saya!!
ada 1 je dalam dunia,
jangan nak tipu ada LHN lain.
haha. dia sangat bising kat rumah, entah apa lah dia membebel, susahkan jadi mak,
penat membebel, lagi lagi kami yang dah kebal =)
tapi mak, kadang kadang mak baik macam malaikat, erhh haha, kene mengaku..
mak tak perasan ke hari ni hari apa? hari mak dah tua!! Yes! mak dah berumur so jangan marah marah selalu ye,
nanti apit jual fasya =)
jaga kesihatan n semoga panjang umur murah rezeki,
tak payah nak diet sangatlah kan, sama je ending dia nanti =p
makan je semua benda, baru cool! heee, sayang MAK
(dpt markah lebih ni =P )
salam perkenalan,
-cr-



OH dalam banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak ucapan selamat hari lahir yang saya terima, yang satu ini buat saya senyum-senyum!
Yang satu ini yang paling buat saya terharu... oh, terasa sangat jujur, ikhlas, telus lagi polos ucapan ini. Hemm serius... dan ini diakui rakan-rakan karib saya.

Ucapan Syafiq ini serius menyentuh hati biarpun kelakar! Saya lihat ada dalam 43 orang yang klik LIKE..(hemm not bad CR! tak sangka CR ramai jugak followers ye) tq darling darling semua..
Dan saya kata pada mereka, rasanya ini the best ucapan yg pernah saya terima seumur hidup. Saya katakan pada CR, ucapan ini yang paling cute kalau mahu dibandingkan dengan seribu satu ucapan yang pernah saya terima zaman rumaja gediks dulu.

Dan tentunya hadiah hari lahir yang paling buat saya terharu apabila Allah swt panjangkan umur abah saya. Abah saya kemalangan kereta pada 12 November, kereta terbalik, kereta itu 3/4 hancur dan abah saya cuma luka di hidung dan calar tidak sampai 2 inci pada tangan.
Sangat miracle... saya dan abah mempunyai kisah pahit manis pedih luka yang sangat panjang... sejak kecil! Tapi apabila saya semakin berusia, saya menghargai apa yang ada dan saya redho pengalaman yang lalu.

Bila abah berkali-kali minta maaf sebab katanya dia susahkan saya dan adik-adik, abah berkali-kali janji akan bayar balik duit yang saya dan rosie hulurkan... oh saya rasa sangat luruh hati. Apalah sangat duit dan keletihan kami tempoh hari menunggu abah di hospital bukan...
bak kata rosie, kami bersyukur, kami cuma letih saja bila abah kemalangan di muar sebab kata rosie, sepatutnya kalau tengok kereta yang hancur itu ...

logiknya lagi kata rosie, kami sedang sibuk menyediakan kain kapan abah malam itu...sesiapa yg tengok kereta itu memang terkejut kalau tengok abah. Kuasa Allah mengizinkan abah survive. Cerita abah, selepas kereta terbalik, abah boleh merangkak keluar melalui cermin kereta dan telefon adik ipar saya, Saffuan Hamid. Adinda bongsu saya Siti Munirah dan Saffuan yang paling awal menunggu abah. Saya dan Rosie sampai Hospital Muar jam 3 pagi. Memang khabar dari pihak hospital kata abah ok, tapi naluri anak tetap anak bukan... mana mungkin saya boleh duduk diam di rumah atau tidur tarik selimut atau duduk menghadap pc selesaikan kerja untuk tunggu esok selepas dengar khabar kereta abah terbalik. Dan saya juga kasihan pada makcik kami, Puan Hawabi yang keseorangan di Batu Pahat dan tentunya bertambah susah hati kalau tahu kami anak-anak abah tak turun. Maklum makcik selama ini sudah teramat baik pada kami... dengan makciklah abah akhirnya sampai ke Makkah

Yup.. saya masih berkabung setiap kali raya kerana sudah tiada emak, emak itu rumah saya... setiap kali raya saya macam hilang arah, hilang akal kejap... dan bila tiba-tiba jadi begini, kata rosie lagi.... Allah kesiankan kami... kami belum bersedia hilang abah.

Dan kala di hospital abah rancak berbual dengan makcik,
tentang kisah tarikh lahir saya... saya makin terharu.

Oh, jarang lelaki mahu hafal bila anaknya lahir. Abah sebut tepat, 1 syawal hari jumaat, 12.30 tengah hari.. rosie lahir 6.6.76 sewaktu malaysia tewas Piala Thomas... dan pada 19 nov baru ni abah telefon ucapkan selamat hari lahir. Saya tergamam sebenarnya apabila abah ucapkan begitu... dalam usia begini benda kecil ini sangat menyentuh hati... Saya perasan sesuatu... semakin berusia, abah semakin terbuka meluahkan rasa sayang pada anak cucu dan menantu, abah sebut berulang kali pada kami abah sentiasa doakan kami semua...

Hemmm.... 40 tahun yang sangat dirahmati bagi saya! Terima kasih Tuhan! Pada mereka yang mengirim mesej, sms, private mesej ucap hari lahir, saya harap saya sudah balas semua. Tahun ini memang saya berazam utk balas setiap satu itu... kalau ada terlepas pandang, maaf ya...
Doa, luvs, hugs & kisses untuk semua
LHN

6 comments:

شاح اندرني said...

Salam Kak Lily.. Selamat hari lahir (bahasa arabnya Salam Eid milad).. Love karya kak Lily dan love kak Lily...

kina ardani :) said...

hehe.
auntie.
happy birthday.
may ALLAH bless u forever and always.

p/s; *nada bergosip ala ala makcik tipah* masa birthday adib hr tu,ramai senior bg kek dkt dia.JYEAAHH.

Nur-nba said...

Selamat Hari Lahir buat Kak Lily Haslina. Kebetulan singgah ke blog ni.. Semoga akak beroleh kebahagiaan di dunia & akhirat.

Lily Haslina Nasir said...

Salam Shah... terima kasih sebanyak bintang di langit di atas ucapan dan catatan di sini. Tq so much dear! Semoga kita semua diberkati...

Lily Haslina Nasir said...

Salam anakanda Kina yang manis!!!
Sudah selesai ke SPM? OK ke? Harap semuanya baik baik aje ye utk SABDA...

tq darling untuk ucapan itu. auntie doakan kina juga sukses selalu.

Err kina, glamer sangat ke si adib tu?? hahaha... one more thing kina, parents students sabda dapat tak keputusan exam anak... hahaha auntie saja tanya sebab adib kata tak dipos.. ye ke?

Lily Haslina Nasir said...

Nur-nba,
terima kasih! terima kasih sebanyak air di lautan ye untuk ucapan itu! Kak lily doakan semoga adik juga sentiasa dirahmati Allah! Terima kasih kerana sudi singgah sini.

Subscribe