Followers

Saturday, December 24, 2011

Anis, Perjalanan Jauh Lagi

Oleh : Lily Haslina Nasir |




























Dia berkongsi zodiak dengan saya tapi karektor dia sangat berbeza. Saya sangat bising lagi riuh, dia sepatah ditanya suku sahaja kot dijawabnya.


Saya masih ingat sewaktu mahu hantar dia daftar di sekolah di seremban tu, dia tidur sahaja sepanjang jalan. Saya yang susah hati. Berpuluh-puluh kali pesan. Anis, tolong senyum! Anis senyum ya! Jangan masam dengan senior!

Kalau tak senyum muka dia confirm muka sombong lagi kekwat! Sudahlah susah mahu bercakap. Itu kebimbangan pertama saya. Saya juga tahu dia anak yang nekad. Kalau dia tak suka sesuatu... dia akan bantah dan protes cara diam sehabis maksimum! Oh Anis... mak tahu Anis saja patahkan braces dulu.... Anis tahu, mak tahu!!!

Memang part ini dia ikut perangai degil dan kepala batu saya. Maknanya dia tidak boleh dipaksa-paksa. Tapi dia juga macam saya... saya mudah cair dan akan ikut kata emak walau ada beberapa perkara dalam hidup saya tak suka. Seingat saya dia tak pernah bantah kata saya. Malah Anis satu-satunya anak yang tak akan mengalirkan air mata bila saya sebat dan rotan dia time belajar. Memang keras hati dia...Hemm... namanya juga satu zodiak dengan saya. Kami warga scorpio...

Saya sebenarnya senak perut sewaktu PMR mahu keluar. Saya tak yakin dia boleh dapat keputusan elok. Maklum saya banyak ganggu dia menulis itu ini. Buku-buku saya banyak dia yang bantu tulis. Sebenarnya buku Aku, Dia & Coklat.. chitlit saya yg pertama itu dia yang bantu sehingga bab 7 dan waktu itu dia darjah enam!

Dia terlebih membaca sampaikan sekarang ini pada usia 15 tahun dia cepat mual dan tak boleh hadam kalau cerita kebudak-budakan sangat... saya tak salahkan dia sebab di rumah dia dikeliling abang dan adik-adik lelaki. Dia tak minat games, dia tak minat berjalan jadi dunia dia hanya buku...

Tahun ni novelnya Aku Bukan Minah Bunga terbit. Rencana yang ditulisnya tanpa bantuan saya biarpun sebaris ayat, terbit di majalah Intrend. Saya tidak pernah berangan-angan mahu ada anak yang menulis tapi ini saya lihat memang mengalir dalam darah... saya diam-diam terpaksa kata OK dan syarat saya pada dia NEVER NEVER NEVER jadikan ini kerjaya.

Waktu minggu PMR mahu keluar, dahi dia sudah bengkak-bengkak dik jerawat. Saya gelakkan saja tapi sebenar saya sendiri takut... oh, kalau dia terbabas, tentu saya yang salah sebab leka suruh dia menulis. Saya cakap sama dia... sepanjang sekolah, setiap kali mahu ambil result exam saya suka pakai inai merah di jari.

Baik SPM, SRP atau STPM... gigih berinai merah menyala... walhal waktu nikah haram saya tak mau berinai. Maknanya saya sangat gumbira kalau result keluar...hilang beban dan stress ...(Zaman sekolah saya, 24 jam saya bergumbira aje...)

Saya tengok bila dapat keputusan.. hemmm... dia sangat cool... macam tak ada perasaan sebenarnya. Senyum segaris, diam.. dan angkat kening. Itu aje! Teringat saya zaman dulu, harus dah tergedik gedik menjerit.. oh, serius berbeza benar saya dengan Anis!

Untuk Anis, perjalanan anis masih jauh, jauh, jauh, jauh lagi... sekalipun keputusan elok PMR itu belum menjamin cemerlang waktu SPM. Dan bagi saya cemerlang SPM, masuk uni sekalipun belum tentu masa depan gemilang. Banyak perkara lain yang penting dalam hidup...

Baik Anis, Adib, CR atau Haiqal.. selain akademik saya sentiasa pesan... jangan lupa diri, jangan bongkak bila sudah senang atau berada di tahap selesa. Selalu saya pesan itu... bila sudah besar, kauorang ingat orang sekeliling yg banyak bantu sejak kalian kecil.

Baik Acik Rosie, Acik Azlan, Busu Siti, Atuk Nasir, Pakcik Safuan.. even arwah nenek... itu semua yang pernah menghulur duit ringgit, hulur tenaga, berbudi dan berdoa untuk kalian... sebab saya pesan pada depa ni tak guna hidup berjaya akademik kalau sahsiah tak manis dipandang keluarga sendiri.

Malah saya yg suka peringatkan anak ni, selalu berpesan-pesan... kalau ditakdirkan mak mati dulu... esok lusa, kalau kalian dah kerja, jangan lupa Rania, jangan lupa Aqil yang mungkin masih sekolah... mak ayah sepupu kalian tu banyak berbudi waktu peringkat awal mak berhenti kerja dahulu...


Untuk Anis, geng geng Anis yang lain yg rapat dengan auntie lily macam Ain, Fatihah, Ikka, ramai lagi kalau mau disebut... LUVS, DOA DAN HUGS DARI AUNTIE lhn

1 comments:

Suzie said...

hmmm sgt sedih nama ilyas tak disebut :(

Subscribe