Followers

Thursday, January 12, 2012

Kerja Yang Tak Pernah Habis...

Oleh : Lily Haslina Nasir |










Tiga minggu sebelum 2012 saya buat wishlist apa yang perlu apa yang tidak untuk diri sendiri dan kemudian saya emelkan pada diri sendiri. Saya atur jadual... kononnya! Tapi tak ada makna jugak sebab saya memang selalu huru-hara dalam bab-bab planning ni. Semuanya dan selalunya saya lebih selesa konsep REDAH DAN REDHO...

Saya berangan-angan tak mau menulis banyak sangat tahun ni.. cukuplah apa yang ada. Kalau tulis pun ala ala for leisure... cewahh macam bagus kan..
Tapi serius saya sebenarnya sudah berada di tahap muak dan bosan lagi jemu. Sesiapa yang kenal rapat dengan saya memang tahu itu perangai saya sejak student sejak rumaja. Saya cepat bosan... apatah lagi menulis dah saya buat sejak usia 13 tahun. Cemuihkan...

Tapi itu perancangan saya... alih-alih masuk januari saya sesak nafas dihambat deadline yang entah dari langit ketujuh agaknya .. dan saya tak mampu nak kata tidak sebab yang minta tolong kawan-kawan rapat. Dalam tempoh kurang tiga hari saya kena selesaikan dalam 12 rencana untuk satu kerajaan negeri.

Memang rasa sangat stress sebab skill menulis rencana serius dah saya tinggalkan sejak saya berhenti Jelita. Tapi yang pasti saya harus berterima kasih pada boss lama saya di Jelita sebab pengalaman dulu lah ajar saya tahan kerja di bawah tekanan. Lega bila semua berbelas belas rencana tu dapat diedit, dicincang dan dicanai balik.

Lepas tu saya berangan-angan mahu pergi cuti... alih-alih saya diminta seorang sahabat, Norlina Alawi untuk membantu projek meganya. Hem, saya mana tahu kata tidak... Maka akan bermulalah kot era menghadap pc selepas ini.

Mesyuarat di Mindeff dari pagi bersama anakanda Datuk Zahid Hamidi, Nurul, NA sendiri, suami NA Leftenan Kolonel Roslan dan teamnya berlangsung sampai tengah hari. Selepas itu saya langsung ke Lebuhraya Karak sebab bersama NA ada shooting dokumentari untuk TV Asia Pasifik dan lewat lewat lewat lewat malam baru saya sampai rumah.

Dan Ahad ini, sebelah pagi saya diundang untuk memberi talk di KL dan selepas itu harus bergegas ke KL Sentral untuk sesi aktiviti MPH/PTS.

Saya tengah fikir-fikir... payah jugak ye bila freelance ni... saya berangan-angan mahu berhenti menulis... errr tapi mahu hantar tender pada siapa?? Cita cita murni saya mahu kurang menulis 2012... nampak gaya saya kena buat wishlist baru!

ps: terima kasih buat ANAKANDA ATIKAH KHALIDA... ANAK JIRAN YG SENTIASA BERSEDIA MENJADI PEMBANTU PERIBADI AUNTIE LILY!

0 comments:

Subscribe