Followers

Tuesday, January 31, 2012

Kisah Promosi PTS, Popular Book Store, MPH dan Carrefour

Oleh : Lily Haslina Nasir |

Saya terkejut bila ditegur dua pembaca dewasa dari Carrefour ni... Kak Lily bila mau sambung kisah Zaza dalam versi lebih dewasa. Saya pulak malu-malu ala sebab tak sangka ada jugak pembaca dewasa yang ikuti siri remaja chiclit ini.

Ini gift dari Rose Harissa waktu kami di Alamanda. Siap ada tag Avian Arisa yang comel.

Hahaha saya dan anak-anak macam gayat ambil foto depan poster gergasi ni... Ini di Ipoh.


Adik ni baru tujuh tahun tapi tak sampai lima minit rasanya dia boleh siapkan jigsaw puzzle cover buku Avian Arisa.

Pembaca yang ikut aktiviti memang dilimpahi hadiah. Baik dari saya sendiri, Rose Harissa dan pihak PTS.

Terima kasih pihak Carrefour Seksyen 23 Shah Alam untuk bunting yang cantik ini.

Ini di Kl Sentral .. terima kasih kepada Dato Ariffin Said, keluarganya, Kak Zurina Shafie, Pak Latip novelis besar PTS yang turut ada sewaktu sesi saya dan Rose.

Terima kasih tidak terhingga kepada Haryani Kamilan yang sangat hebat menjadi pengacara majlis. Suaranya membuat kami terpesona, memang ada WOW FACTOR!



Terima kasih buat Tuan Wahyudi yang turun padang sewaktu di Shah Alam.


Bekas gambar Toy Story 3 itu gift saya kepada pembaca sewaktu di Alamanda.

Game sewaktu di Shah Alam.


Ini hadiah untuk pembaca dari saya dan Rose sewaktu di Shah Alam.

Dah cukup lama rasanya saya tak kongsi foto-foto yang berkaitan siri promosi novel bersama PTS. Dari Ipoh ke Alor Star, turun ke Putrajaya kemudian ke KL Sentral selepas itu ke Shah Alam pula. 
Sepanjang di Utara, saya bersama Kak Farihah Iskandar penulis yang hebat dengan siri karya Dear Yayah. Sempat juga saya jumpa Chef Selebriti, Kak Hanielliza yang sama-sama diundang untuk demo masakan. 

Saya fikir 2012 saya mahu rehat tetapi entah kenapa awal tahun sahaja kerja saya sangat banyak... maksudnya komitmen lain yang bukan menulis novel.
Saya sampai tak sempat mahu cerita semua di sini. Jadual yang sangat padat, apatah lagi saya ada komitmen lain yang semuanya menuntut deadline yang sama, buat saya simpan aje semua foto dalam komputer. 
Sekali lagi terima kasih kepada PTS, PTS One, PTS LITERA, MPH, POPULAR BOOK STORE, CARREFOUR SEKSYEN 23 SHAH ALAM yang mengundang saya dan Rose Harissa. 
Terima kasih sebanyak bintang di langit! Juga terima kasih kepada editor , team marketing, team sales, yang sama-sama turun padang. Dan tentu sekali buat semua pembaca... terima kasih tidak terhingga.

4 comments:

kirei girl said...
This comment has been removed by the author.
kirei girl said...

kak lily..please sambung episod zaza....sy sanggup tggu...=) suka sgt cerite tu sbb byk yg ade kne mengena ngn life sy..bezanya saya belum kahwin lagi..hehe

idasm said...

tahniah kak lily dan rose. sesi promoi berjalan lancar.
seronok tgk gambar2....

Cute Oven said...

bila lagi promosi tu ...kita nak ikut sama

Subscribe