Tuesday, January 31, 2012
Oleh :
Lily Haslina Nasir
|
Saya akan kongsikan di sini beberapa posting saya di fb berkaitan dunia penulisan. Ada ketika saya anggap posting saya berkisar penulisan adalah perkongsian ilmu saya dengan anak-anak remaja yang mahu belajar menulis. Sejak kebelakangan ini saya kerap diundang beri ceramah dan seminar. Saya lebih selesa cara santai tanpa terikat dengan formula-formula yang berat biarpun segala teori dan formula itu saya belajar hukumnya di kampus dahulu. Dan, ada perkara yang ditanya sendiri oleh anak saya. Mana yang sempat, saya kongsikan di sini. Maaf jikalau ada emel-emel personal yang tidak sempat saya balas. Saya akan cuba jawab di blog...
Kuliah 1 untuk anakanda Arisa Roslan.
Semalam dia tekun
membaca Nota Pengarang majalah Intrend. Sangat tekun, seperti menelaah
buku sekolah. Dia kemudian bertanya pada saya yang sibuk mengunyah kuih
tart yang hampir habis sebalang. Mak, macam mana acik tulis ayat sangat
cantik ya? Cantik sangat... macam susah mahu tulis ayat macam acik rosie
tu... acik budak arkitek, macam mana bagus menulis dan kenapa acik tak
jadi penulis dan kenapa acik tak mau jadi arkitek sebab kat U acik ambil
bidang tu?

Untuk
anakanda Arisa Roslan ini jawapannya sebab mak sendiri tak terfikir
soalan begitu. Saya kongsikan di sini sebab kekadang ramai anak-anak
yang minat menulis tanya saya pelbagai perkara yang tak sempat saya
jawab. Jadi saya kongsikan di sini. Kalau mahu menulis secantik acik
rosie (sekadar suka-suka mak izinkan) jadilah penulis yang cerewet. Buat
sedikit homework, jangan tulis rasa sedap, ikut perasaan dan akhirnya
hasil bagai merapu. Acik Rosie, biarpun menulis sedikit untuk catatan
pengarang, dia sangat-sangat cerewet. Setiap perkataan bagai mahu
dihadam betul-betul dan mungkin di sekelilingnya banyak buku rujukan,
buku retorik dan buku puisi dunia.
Jurusan
yang diambil di universiti belum menjamin apa yang kita akan lakukan
sepanjang hidup. Rezeki dan kerjaya ditentukan Allah swt selain daripada
usaha. Menulis dan kemudian memiliki disiplin ilmu yang lain adalah
satu kelebihan. Ini menambah wibawa, kreadibiliti dan dignity seseorang
yang berkongsi karya. Jadi, Arisa boleh fikir-fikirkan kerjaya yang
lebih serius di masa hadapan, di samping minat menulis. Wahhhhhh.....
tetiba aje mak jadi begitu formal pada anak! Hahahaa... cuti ni banyak
benda soalan tahap 7 petala langit Anis tanya pada saya...
Ya, Rosie adik saya dahulu bersusah-payah, berjerih getir menyudahkan pengajian dalam bidang architecture, siapa sangka dalam hidup akhirnya dia menjadi editor majalah fesyen dan lifestyle.
Saya sendiri sewaktu selepas tingkatan lima entah kenapa lebih seronok mahu masuk tingkatan enam. Tawaran matrikulasi undang-undang UKM saya abaikan. Entah kenapa, famili tak galakkan saya ambil law... kata nenek masa tu, nanti orang salah kau kata betul, orang betul kau kata salah... jawab kat akhirat payah nanti! Saya okay aje... sebab rasa masuk tingkatan enam lagi best! Gerenti saya bermaharajalela di sekolah kan...
Tapi itulah... tak terfikir pun mahu jadi penulis tetap masa tu... semuanya sudah tertulis. Buat Anis juga anak-anak yang lain, yang minat menulis, belajar dan terus belajar. Sekarang dunia serba mudah dengan internet... sesiapa mudah mencari bahan untuk berkarya. Kalau tidak belajar menulis sekalipun boleh aje menulis. TETAPI.. disiplin ilmu pada karya, membezakan karya itu. Percayalah... karya yang ditulis oleh mereka yang sentiasa mahu belajar lebih berjisim daripada mereka yang menulis sebab rasa saja-saja mahu tulis ...
2 comments:
salam, kak lily...
ayat akak yg last tu sangat best... "karya yang ditulis oleh mereka yang sentiasa mahu belajar lebih berjisim daripada mereka yang menulis sebab rasa saja-saja mahu tulis"... satu peringatan yg amat dlm maksudnya... =)
menulis mudah, tetapi menjadi penulis yg berilmu, menyampaikan ilmu dan kritis itu yg payah
Post a Comment