http://www.lilyhaslinanasir.com
Terima kasih buat Tuan Mohd Nizam Abu dari http://www. Ampower2u.com yang bertungkus-lumus membangunkan laman web rasmi saya ini. Saya tidak bercadang pun awalnya untuk membuat laman web ini. Blogspot dan laman fb yang sedia ada pun tidak sempat saya nak jengah selalu...
kekadang saya rasa bersalah sebab tidak sempat kemaskini.
kekadang saya rasa bersalah sebab tidak sempat kemaskini.
Malah saya juga dengan segala rendah hati memohon maaf jikalau ada yang meninggalkan catatan tetapi tidak sempat saya balas. Saya macam biskut, sekejap ke sana, sekejap ke sini, kekadang mesyuarat berpanjangan sampai lewat malam. Apatah lagi ada beberapa perkara yang urgent perlu saya selesaikan sebelum akhir Mac ini.
Tetapi setelah dipujuk rakan-rakan dan teman karib Siti Salabiah, saya akhirnya setuju untuk membuat laman web rasmi, yang semuanya akan berkisar kerjaya sebagai penulis (hahahah kerjayalah sangat saya ni... walhal duduk rumah aje) Bagi adik-adik, anak-anak yang selalu bertanya di mana mahu cari buku saya, susahnya nak beli buku saya... ok di laman web http://www.lilyhaslinanasir.com ini boleh aje kalau mahu beli buku. Semuanya akan diuruskan oleh pihak admin saya.
Okay... daaaaa......






0 comments:
Post a Comment