
SEPERTI INIKAH CINTA.... 4
“Ya Allah.. siapalah ye punya kerja tu? Berani gila!” Rose membuat
komen selari sewaktu mereka menikmati maggi yang direndam saja dengan
air panas malam itu.
“Betullah! Siapalah yang buat macam tu...
sampai Amirul sumpah kata orang yang buat tu nanti mandul!” Sampuk Nik
Fauziah pula sambil menggeleng-geleng.
Nurul Masmeen yang sedang mengunyah biskut kering tiba-tiba tersedak dan pantas mencapai milo panasnya.
“Huh, sumpah dia aje dia tahu... dia tak tahu orang lain pun sumpah dia
jugak! Tu mujur aku gunting aje boxer dia... kalau aku bawak pergi
asapkan dekat bomoh macam mana??”
Bumi terasa berhenti berputar. Nik Fauziah terasa terhenti bernafas. Rose sudah terbuntang biji mata.
“Weiii....Aku salah dengar ke apa ni???”
“Hei... kauuuu!!!”
“Nurul Masmeen... kau biar betul???”
Dua sahabat sudah terkejut badak. Nurul Masmeen tetap dengan muka selamba sambil tersenyum. Keningnya terus terangkat tinggi.
“Nasiblah!!” Ayat sepatah itu penuh bongkak.
“Hei, aku tanya ni... itu kerja kau ya?? Macam mana kau masuk ke sana?” Soal
Rose tidak puas hati. Nurul Masmeen terus tersengih.
“Hish... beraninya kau!” Suara Rose mencecah ke siling asrama.
“Wei... keji lah kau.... Kau marah sampai seluar dalam orang kau kerjakan!” Nik Fauziah tidak habis beristigfar.
“Peduli apa aku!” Suara itu penuh bongkak.
“Hei.. aku tanya, macam mana kau boleh lolos ke asrama lelaki ni???” Rose masih tidak puas hati.
“Apa susah ... masa dia orang tu pergi solat Isyak, aku lompat
pagarlah! Alah, mana ada guard jaga tempat ampaian baju! Dia tu siapa...
apa kes kalau guard nak jaga ampaian boxer dia! Aku bukan masuk bilik
depa... tak dosa kannn....” Nurul Masmeen masih tidak berasa bersalah.
Malah jauh di sudut hati memang dia puas dan bangga.
Nik
Fauziah dan Rose memang terkelip-kelip memandang wajah manis itu.
Huhuuu.. memang hilang akal kawan yang seorang ini. Dasar novelis...
imaginasinya memang luar biasa!
“Tapi.... errkkk mana kau tahu
yang itu semua boxer si Amirul? Dahsyat beb kau punya imaginasi wild
wild west .. tepat pulak tu!” Soal Rose sambil menggaru jerawat dengan
muka yang agak blur.
“Aha... mana kau tahu tu seluar dalam
Amirul.. Wei you don’t kiss and tell ok... eh.. silap...kau jangan kata
kau intai tutttt ok??” Nik Fauziah yang ala ala alim sudah mahu
terjerit. Dua sahabatnya itu sudah turut terpekik.
“Wei... aku
waraslah.. tak hingin aku sekodeng.. siapa suruh si mamat tu pakai
seluar asyik terlondeh.. kan aku ni cekap! Aku ni kan pantas... memang
aku cam warna dengan cap boxer dia tu... alah, takat boxer cap ayam
dengan cap ikan sardin pun nak kecoh bila boxer koyak!!”
Nurul Masmeen membebel dengan bibir terjuih tetapi rasa bangga memang menongkat langit.
“Ya Allah kau memang gilah! Memang bertanduklah kau ni...” Sampuk Nik Fauziah lagi.
“Hei.. kau mesti sokong aku kan.. kau tak ingat ke apa dia buat kat
kita?” Nurul Masmeen mengungkit cerita minggu orientasi. Dua sahabat itu
kemudiannya sama-sama terkekeh gelak.
“Cayalah Nurul Masmeen... aku belanja kau nasi ayam ye!”
“Bravoo Nurul Masmeen.. Tak aku sangka cempedak jadi nangka, nangka
jadi durian tembaga!” Nik Fauziah sebenarnya masih pening-pening lalat
tetapi memang berasa kagum dengan segala yang didengarnya tadi.
Pengakuan jujur Nurul Masmeen itu memang sangat luar biasa. Mana ada
orang berani mencari fasal dengan Amirul di kampus!
“Aku ringan aje mulut nak tanya mamat tu..” Nurul Masmeen terdiam sambil meraba pipinya yang mula ditumbuhi jerawat halus.
“Kau nak tanya apa?” Soal Rose.
“Aku nak tanya lebih kurang macam ni: Abang Amirul... pergi kuliah
pakai spender ke tidak... Boxer Cik Abang yang dah punah tu stok
seminggu kan.....” Menghilai gelak tawa tiga serangkai itu apabila
Nurul Masmeen mengajuk suara gedik.
“Huhu.. kalau kau tanya macam tu aku rasa memang kau kena bom nanti!” Balas Nik Fauziah dengan mata berair menahan gelak.
“Hish.. betul. Baik janganlah.. kau bawak-bawaklah mengucap ye.. kita lama lagi kat kampus ni!” Ujar Rose pula.
“Betul... aku tak mahu kena bungkus kain baju sebab bergaduh dengan
mamat ni!” Balas Nik Fauziah yang memang sesak nafas mengenangkan cerita
Amirul.
“Kau berani tahap dewalah! Hari tu kau dajalkan dia
sampai mamat tu selongkar tong sampah cari selipar...Alih-alih selipar
dah jadi jigsaw puzzles!” Nik Fauziah betul-betul tidak sangka Nurul
Masmeen yang dilihatnya agak pendiam dan berat mulut berani menjatuhkan
hukuman sendiri pada lelaki yang didendaminya itu.
“Alah, takat
selipar jamban! Hei.. aku tak buang dalam tong sampah selipar dia dah
cukup bagus, hokay!” Nurul Masmeen masih tidak mahu beralah.
“Kesian dia.. tak pasal-pasal dia kena jalan berkaki ayam masa kuliah Prof Husin tadi..” ujar Rose lagi.
Nurul Masmeen mencebik. Tidak ada sehalus hama dia berasa kesal. Puas
hati dia dapat menggunting selipar jepun Amirul sehingga menjadi
potongan segi tiga macam bentuk potongan kek. Dia langsung tidak peduli
kalau ketika itu ada umat yang ternampak perbuatannya merampok selipar Jepun
Amirul di tepi pintu surau lelaki.
“Biar dirasakan.. kau ingat
tak masa minggu persembahan orientasi.. dia yang gatal mulut kata muka
aku ni toya! Haha.. nasiblah kan.. memang aku buat muka toyalah kalau
nampak dia!” Ujar Nurul Masmeen yang memang berasakan tiada ruang dia
akan berbaik-baik dengan Amirul. Tidak mungkin dia lupa saat dirinya
dibasuh oleh Amriul selepas majlis orientasi.
“Hei.. kau mahu pilih yang mana ya... toya atau lampi?? Kau tahu tak kau tu toya... muka toya.. dah tu, lampi pulak perangai!!”
Sewaktu itu dia Cuma mampu terkelip-kelip. Lampi??Apa tu? Sumpah tak pernah dengar!
“Lampi.. lambat pickup!! Kau ni muka ok.. tapi toya.. dah toya..lambat pick pulak tu.. LAMPI!!”
Bergegar jiwa, bergoncang sabar! Sejak hari itu Nurul Masmeen tahu Amirul musuhnya yang nyata.
Di kampus itu hanya seorang sahaja lelaki yang sering membuat hatinya
menjadi gemuruh. Siapa dia.. hemm, biarlah rahsia hati ini dia saja yang
tahu!
Mukanya memang selamba, dia memang berani... hatinya kering. Namun kata bibirnya selalu tak sama dengan rahsia hatinya!
Ya, itu cerita dahulu. Ceritera yang sudah berlalu.... Dan sekarang dia
hanya menyimpan segala yang dia tahu.. hatinya hanya dia yang tahu!
0 comments:
Post a Comment