Tuesday, October 28, 2014

Ziarah Kak Nik Fauziah dan Kak Zurina





Dah lama saya tak jumpa Kak Zurina Shafie. Kakak, sahabat yang saya kenal sejak umur 15 tahun. Sama sama menulis di DBP. Sama sama produk MPR. Alhamdulillah, ukhwah masih kekal.
Kebetulan Kak Zurina sahabat pada Kak Nik Fauziah, bos besar majalah Era Muslimah.

Maka berancang rancanglah kami nak berjumpa.
Asyik tertangguh dik jadual saya yang huru hara.
Alhamdulillah... sempat jugak akhirnya.

Saya mencuri masa deadline saya untuk siapkan apa patut,
Masak pun ralat tak ada sup, tak ada rendang, cuma gulai gulai biasa aje sama ayam bakar. Aiskrim makan dengan tapai pulut utk gantikan kek sebab tak sempat baking. Che bunga nanti sibuk sekali ke dapur. Jadi masak apa yang sempat aje masa tu.

Sembang sepusat sepusing kerja.
Sembang sepusat sepusing dunia majalah.

InsyaAllah, ada peluang kita jumpa lagi ya KAK ZURINA DAN KAK NIK FAUZIAH:))



Gigih mak che bunga gi cari kedai antik untuk menambah koleksi pinggan lama ni, Ni semua macam terapi bila tengah deadline dan kerja bertimpa timpa. Dalam minggu minggu tu memang berselang sehari keluar rumah jam empat pagi, meeting sana meeting sini, lewat malam baru pulang KL. Bila dapat beli benda benda rare ni... hahaha sengih suka. Bak kata syafiq... beli mak! beli banyak banyak. Mak mati kita orang jual barang antik mak. Saya jawab... hahah juallah. Nanti hantu mak keluar ikut teko antik tu!




Tq Tq Amy sebab tolong kaitkan buah. 

 Alhamdulillah, sampai jugak dua kanda merangkap sahabat ni ke rumah saya.
 Resipi main campak campak:))

 Rezeki Kak Nik dengan Kak Zurinah, masa kait mangga dapat jugak dalam empat baldi.



lilin tu bukan fefeeling makan bawah lilin tapi nak elak serangga ke lalat ke...

No comments:

ShareThis