Tuesday, June 18, 2013
Monday, June 17, 2013
Luka & Dilukai
Dia
antara anak-anak yang dekat di hati saya. Dia boleh saja telefon saya
jam dua tiga pagi. Baru ni dia telefon saya dengan nada teresak-esak.
Saya tergamam. Dia mengadu hati terluka kerana cinta.
Tak pandai sebenarnya saya nak beri nasihat. Saya sendiri nakal waktu belajar dulu. Saya katakan pada dia, rugi kalau zaman di kampus tak seindah pelangi! Tak sewangi musim bunga. Gembirakan hati selalu. Never trust a man. Sebab lelaki ni selalunya, jauh di mata, jauh di hati. Muahmuahahhaaaa..... Lelaki kalau terluka, sekejap aje dah ok.
Malam nanti dah boleh tengok bola di kedai mamak. Perempuan kalau terluka mungkin seumur hidup berbekas di hati.
Saya cuma banyak berkongsi kisah dengan si manis ni. Dan selepas hampir sejam berbual, dia sudah boleh tergelak-gelak manja. Saya lega! Saya cuma kata kalau mahu menangis, menangislah sepuas-puas. Tapi jangan sampai rasa luka tu terbawa-bawa bertahun-tahun lamanya.
Auntie, mana nak cari lelaki yang baik? Saya cuma kata berdoalah. Minta Allah ketemukan pasangan jiwa yang terbaik. Mungkin kalian harus terluka dan melukakan demi untuk lebih dewasa.
Auntie, saya asyik salahkan diri sendiri. Kenapa ya, bila saya jatuh cinta, akhirnya saya yang menangis. Saya rasa sampai bila-bila saya serik nak berkongsi hati. Kenapa auntie? Agaknya kalau berkahwin pun, saya memang tak ada rezeki untuk bahagia.
Oh, saya benar-benar kelu kejap bila anakanda ini menangis dan berkeluh dengan saya. Perlahan-lahan saya kata, indah waktu bercinta belum tentu syurga menanti apabila diijabkabul. Terluka dan kecewa tatkala bercinta, bukan bererti sengsara seumur hidup perkahwinan. Dan jujurnya saya beritahu dia, pengalaman yang saya lihat, percintaan yang hampir sempurna di awal remaja ada kala menjanjikan kejutan derita yang luar biasa dan tiada siapa pun yang boleh menduga! Kekadang cinta yang tak sempurna itu, menghadiahkan syurga selepas ijabkabul selagi ada keikhlasan.
Anakanda ini tenang selepas itu. Saya cuma pesan, jangan sia-siakan hati, merana jiwa, sengsara diri hanya kerana cinta. Penatl nanti :)) Life is too short kan.... make it sweet:))

Maaf, Ada Ketika Saya Gantung Akaun FB & BLOG
Mohon maaf pada yang bertanya perihal fb dan blog saya yang halimunan dari pandangan mata. Pada yang bertanya, ya, saya rehatkan akaun fb dan blog saya buat sementara sebelum ini. Selalunya kalau sibuk dengan babies saya di rumah, yang kekadang cuti serentak, saya terpaksa cuti dari FB. Hahah, kalau masak sambil berFB, pasti ada yang jeritkan saya, "Mak, sudahlah tu mak! Lapan tahun lagi hokey mak tu separuh abad. Sudah-sudahlah fb tu!"
Sunday, June 9, 2013
I GOT MARRIED AND I SAID YAHOOO....
PRINCE PRINCE... where have you lost
I go to the jungle to catch naughty mouse
Prince prince where have you been
I visit my mom who is the queen
Prince where were you
I got married and I SAID YAHOOOOO
Pantun orang putih Haiqal. Agaknya menyahut cabaran saya. Kata saya pada dia, kalau mahu jadi penulis, syarat utama saya, dia kena kuasai Bahasa Inggeris dengan flawless. Kalau bagus dalam sastera, bagus berbahasa Melayu, adalah lebih-lebih bagus saya kata untuk nak kerja nanti kalau dia kuasai bahasa Inggeris. Hah, tak sangka dia boleh merapu buat pantun orang putih (abaikan grammar budak kecik ni yang ada huru-hara sana-sini).

Rania dan Obsesi Nama-Nama
Saya suka perhatikan Rania, anak saudara saya. Kalau Haiqal suka pantun,
suka rhymes, Rania suka beri nama pada semua barang-barang sekeliling
dia. Kalau dia berbual sama mama dia, dia gunakan nama-nama yang dia beri untuk merujuk beberapa benda atau barang miliknya. Macam kereta
mama dia, Rania sebut sebagai Venus. Beg
sekolah agama dia panggil Twinkle. Beg sekolah di Cyberjaya dia namakan
Flora. Skuter miliknya dinamakan Jessica. Basikal dia yang warna ungu
dipanggil Dandeliah. Ejaan canggih tu pun dia yang tulis sendiri. Bukan
mama dia yang beri. Terbaru, saya berikan kereta mainan kecil mini cooper. Mak
oii, tergeliat lidah nak sebut nama yang Rania berikan pada kereta tu.
Laineeana Menjestal Hainiegana. Rania baru darjah satu. Imaginasi dia tentang nama berangkai dan ejaan nama yang dia reka membuat buat saya menggeleng. Kata Rosie, "Nasiblah Kak Lily.... habis semua benda budak ni bagi nama. Tapi semua nama ala-ala yahudi!"
Tuesday, June 4, 2013
Seratus Cinta Untuk 'DADDY COOL'
Maaf Rosie, Kak Lily kongsi di sini ya catatan
Rosie yang tersiar di kolum BILA ROSIE MENULIS, MAJALAH INTREND. Rosie
tak beri pun soft copy, tapi saya gigih taip semula di sini. Pagi tadi
ke Tesco untuk beli barang masak, saya singgah di kedai
majalah. Selak Intrend. Baca SERATUS CINTA UNTUK 'DADDY COOL', saya
tersebak sendiri, larut dalam tulisan Rosie. Puas saya menahan mata merah. Saya cepat-cepat bayar majalah Intrend Jun 2013 ini sebelum masuk kereta dan menangis. Rosie menulisnya dengan penuh jiwa, saya membacanya dengan penuh air mata. Tiba-tiba saja saya rindu abah!
Terkenang saat abah kemalangan. Ya, kami anak-anak perempuan abah bergegas pulang malam itu. Dari Kuala Lumpur ke Melaka sebelum ke Muar. Saya masih ingat betapa saya menggeletar melihat kereta hancur di Balai Polis Sagil. Saya terbayang abah yang khabarnya merangkak keluar namun tetap menyakinkan kami, dia tak apa-apa. Abah baik-baik aje, jangan risau. Itu pesannya berkali-kali.
Selepas melihat sendiri kereta yang remuk, jiwa saya resah beberapa hari. Oh, saya masih belum bersedia untuk hilang abah selepas saya hilang emak 2003 dahulu. Cucu-cucu masih perlukan Atuk Nasir. Dan saya katakan pada Rosie, tanpa kasih sayang Tuhan pada abah, tanpa Allah yang mengasihani kami, mungkin malam 13 November itu agaknya kami anak-anak perempuan abah dan menantu lelaki abah sudah berlinang air mata harus sambut abah dengan kain kafan. Allah Maha Penyayang, Allah beri peluang lagi pada kami untuk terus bersama abah. Hidup kami dengan abah penuh warna dan cerita. Seperti kata Rosie, kala usia begini, apa pun ceritera lalu, dia tetap abah.
Catatan di sini hanya sebahagian saja yang ditulis Rosie. Untuk bacaan penuh boleh dapatkan Intrend Jun 2013.
Untuk Rosie, mudah-mudahan satu hari dapat luangkan masa menulis cara serius karya kreatif;))
SERATUS CINTA UNTUK 'DADDY COOL'
MALAM itu saya tidur di kakinya.
Ya, malam itu saya tidur di kakinya hingga pagi. Tidak seperti kelaziman mana-mana malam sekalipun dalam seumur hidup saya. Saya mencium tangannya. Saya mencium jari-jarinya. Air mata saya menitik kerana merasai kesakitannya. Dari ambang pintu wad dengan udara pekat dilarut bau ubat, saya melihat dia terbaring di katil hospital, mukanya bengkak dan sembap, hidungnya basah dialiri darah. Nyawa saya seakan terlucut ke kaki.
Anak-anak memanggilnya abah. Tetapi saya dan kakak selalu mengusiknya Daddy Cool. Mengapa Daddy Cool? Kerana abah adalah satu-satunya manusia paling cool yang pernah saya temui. Tidak pernah sekalipun kami ditarik telinga, dicubit, dirotan jauh sekali dijentik waima dengan hujung jari. Pancinglah dia dengan apa jua perkara yang boleh meledakkan bom jangka amarahnya. Perkara paling dahsyat yang abah boleh lakukan kepada anak-anaknya hanyalah menghyunkan tangannya tinggi-tinggi ke udara. Itu sahaja. Dan tamparan abah itu hanya tinggal dalam angan-angan kami.
Abah bekas kakitangan Hospital Besar Melaka, dari Jabatan Pengimejan & Diagnostik (dulu-dulu dipanggil Jabatan X-Ray saja) Maka satu perkara yang paling saya suka jika pergi ke Hospital Besar Melaka apabila membuat pemeriksaan kesihatan adalah adanya 'karpet merah' dan 'laluan ekspres'. Tidak perlu menunggu. Tidak perlu beratur. Tidak sempat termenung pun, kerana semua kawan-kawannya akan lekas menjeritkan, "Cepat, cepat, ini anak Nasir. Anak Nasir."
Saya mencari abah malam itu 13 November 2011, di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Bersama kakak, adik, abang dan adik ipar; kami menderu membelah malam pekat dari Kuala Lumpur, singgah ke Melaka lalu ke Muar. Dan apabila terlihat dia terbaring di situ, kaku dan tidak bergerak, nyawa saya menggelongsor ke kaki.
Sebelum pencen abah jaguhan sukan. Marathon, bola sepak, sepak takraw, hoki, ping pong, oh semua itu makanan rujinya. Mungkin kerana itu Tuhan mengurniakan tubuhnya yang sihat dan kuat, susuk elok sesedap mata memandang. Kuat dan gilanya dia bekerja, mungkin tertumpah sedikit sedikit kepada kami adik beradik. Seperti yang selalu disebut kakak, Hari Merdeka dia bekerja. Hari Pekerja dia bekerja. Hari raya pun abah berkejar menanggalkan kain samping songketnya kerana bergegas mahu ke hospital pada malam raya pertama.
ABAH ditimpa kemalangan hari itu, 13 November 2011, enam hari sebelum hari ulang tahun anak sulungnya. Keretanya terbalik dan berpusing semula selepas dia menghentam penghadang konkrit jalan raya. Mujur abah tidak tercampak keluar Mujur abah tidak terjerumus menembus cermin hadapan. Mujur abah tidak terperangkap. Mujur kereta abah tidak terbakar. Dan menyaksikan keadaan kereta abah yang remuk dan riuk, semua yang melihatnya berulang kali melafazkan, "Abah kamu dilindungi Tuhan. Abah kamu disambut malaikat. Kerana abah kamu memiliki hati yang sangat baik."
Subhanallah! Tuhan Yang Maha Mengasihani.
Sejarah tidak mungkin menyelewang kebenaran. Maka buruk atau baik bapa yang kita kasihi, serba ada atau serba kurangnya dia semasa muda kerana mungkin tidak memberi secukupnya; serba membimbing atau serba pincang kepimpinannya kerana dia mungkin tidak berupaya menjadi teraju luar biasa buat keluarga kecilnya; itu bukan alasan untuk kita; anaknya, menitikkan dendam hitam, atau mengungkit-ungkit perkara yang lalu yang sudah pun dia terlupakan kerana fikirannya barangkali mulai nyanyuk dan daya ingatannya tidak setangkas 40 tahun dahulu.
Saya sudah melalui kesusahan dalam hidup. Dan saya sentiasa diajar untuk mensyukuri setiap pemberian-Nya, baik dalam bentuk material mahupun bukan. Tetapi saya sentiasa berpegang, bahawasanya selepas emak tiada lagi, maka abah adalah sebaik-baik rumah untuk menyemarakkan kasih sayang.
Malam itu saya tidur di kakinya.
Sepuluh minit selepas itu, sewaktu saya mengusap kepalanya, dia tersedar, terperanjat, lalu bertanyakan, tidak penatkah memandu jauh-jauh dari Kuala Lumpur untuk ke Muar? Dan katanya yang masih saya pegang hingga hari ini, terima kasih kerana pulang melihatnya. Kami berbicara, tetapi dia sudah terlalu penat, lalu saya biarkan dia menyambung rehatnya kembali. Saya tidur di sisinya sambil duduk di atas kerusi plastik yang keras. Udara hospital masih pekat disejati bau ubat. Saya terlena bermimpikan abah mendukung dan mengucup pipi saya semasa kecil.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.png)
.jpg)
.jpg)