Rasanya lama sungguh saya bertapa. Diam menikmati ujian Tuhan yang satu. Alhamdulillah setelah segala macam nikmat, pemberian yang diterima sepanjang 2013 dan yang bakal dilimpahnya untuk 2014, penghujung 2013, Allah duga saya sedikit. Apalah sangat ujian kecil saya ini berbanding dengan saudara-saudara lain yang berdepan dengan banjir besar sekarang. Buat sahabat dan rakan kerja di Seremban (anda tahu siapa anda) terima kasih untuk khabar gembira dari langit untuk saya dan kerja yang sangat cemerlang. Allah... 2014 ada dua rahmat Allah swt yang sangat besar buat saya. Allah uji saya dengan kesakitan Adib.... Tak mengapa, saya reda.
Terkejut bukan kepalang saya apabila diberitahu, Adib terima tetamu jauh. Allah!! Terima kasih ibu Maryam Omera Bahassan dan bapak dari Medan yang singgah ziarah Adib dalam sibuk berliburan di Malaysia. Maaf semalam tidak sempat bertemu sebab saya sibuk ke pejabat pos, ke bank dan kemudian urus anak-anak di rumah. Terima kasih ya Oma dan Opa (nenek dan datuk) dari Adib.
Buat ibu Maryam Omera Bahassan dan bapak dari Medan, selamat berlibur ya! Maaf kalau saya tak sempat lagi nak bertemu ibu dan bapak tamu dari jauh. Oh, kalaulah saya boleh terbang mau saja saya terbang. Kalau saya boleh kendong Adib, mahu aje saya bawa dia yang penuh tiub di tangan dan hidung. Anis dan Haiqal ke Perak untuk temuduga Universiti Teknologi Petronas untuk intake awal januari ni pada hari Ahad dan saya di Pantai Hospital tunggu Adib. Saya cuma kata dengan Anis. Kalau ada rezeki dan mau pergi, terpulang. Kalau rasa nak rest, nak masuk U macam kemasukan normal bulan September 2014, pun mak tak kisah. Sebab tak mau dia stress. Sebulan aje dia cuti lepas SPM kalau dapat yang fast track punya intake. Dalam masa yang sama saya sibuk urusan borang PLKN Anis. Dia dapat PLKN, dan entah sempat atau tidak 19 hb ni saya ke Perak bersama Adib untuk keputusan PMR.
Auntie Eynda Iynda, terima kasih ya untuk coklat mahal yang berbungkus-bungkus semalam. Itulah penyelamat perut lapar yang bukan kepalang pada jam lima pagi tepat. Adib makan coklat auntie eynda yang sugar free:)) Makan dua keping, Adib terus tidur. Dan mintak mak janji, jangan cakap dengan Doktor Zain yang baik tu:)) Tapi Dr Zain macam tahu Adib curi-curi makan. Dan sebagai denda, tadi Dr Zain kata Adib kena tahan dua tiga hari lagi:((
Tukul takal balik pintu, budak nakal memang gitu! Depan Dr Zain bukan main dia mengangguk. Janji tak curi makan. Doktor ugut tahan wad pun dia sengih. Muka dah cengkung, masih larat sengih. Bila Dr Zain kata boleh bincang pembedahan kedua, baru terkebil-kebil. Lepas kelibat Dr Zain hilang, dia selongkar peti sejuk kecil yg ada di wad ni. Allah... aiskrim baskin-robbins dah tiga cawan, vitagen entah berapa botol, paling saya beristighfar bila jumpa kotak hotdog 1901 penuh mayonis yang dah kosong. Allahhhh!!! Adib.... sejak kecil perangai tak berubah. Drip dicabut aje, dia sempat berlegar di ruang kafe di lobi hospital ni. Saya cuma kata, terpulanglah, sendiri punya badan, sendiri punya perut, sendirilah tahan sakit:(( Ikutkan kes appendiks pecah ni ngeri... ramai jugak yang separuh pengsan waktu kena. Tapi Adib ni selalu aje tahan sakit. Dah pucat lesi baru nak ngaku tak tahan sakit. Tu pun masih tunjuk berani. Baru berjahit usus, dah ditelannya seketul hotdog 1901 yang sangat besar dan berkeju:((
Bayi menangis nak susu senang pujuk. Ni budak sakit merengek nak makan, haishh payah! Mak, ayam goreng! Sambil tunjuk di tv. Kemudian ada ayat minta simpati. Mak, sedap.... Ditambah pulak gaya telan air liur dan halkum dia turun naik turun naik. Haishh, stress mak dia:((
Monday, December 16, 2013
Sunday, December 15, 2013
CATATAN HUJUNG TAHUN - Adib 1
BERKALI-KALI ke klinik sebenarnya. Dikatakan gastrik, ada jangkitan usus. Setiap selang sehari, asyik ke klinik dan diberi suntikan tahan sakit. Empunya badan yang menanggung sakit pun ada kerasnya. Tak mahu dibawa ke pakar. Sampailah dah tak daya sangat, kami ke hospital pakar berdekatan. Ambil darah, zaaasssss... Ok, Puan... Adib kena dibedah segera. Appendiks dia dah pecah. Tapi masalahnya wad di sini penuh.
Jam 2.30 pagi hari Jumaat, sampai di bilik kecemasan Hospital Pantai KL, terus Adib disiapkan untuk pembedahan. Jam tiga mula, jam lima pagi, saya jumpa dia. Okay, masih tunjuk tahap lasak yang melampau. Ubat bius yang patut tahan 6 - 8 jam, 5 jam aje yang berkesan pada Adib. Saya sangat cuak. Ok... lepas ni pantang bola sepak, pantang panjat bukit broga, pantang ke gim, pantang kegiatan lasak.
Jam 2.30 pagi hari Jumaat, sampai di bilik kecemasan Hospital Pantai KL, terus Adib disiapkan untuk pembedahan. Jam tiga mula, jam lima pagi, saya jumpa dia. Okay, masih tunjuk tahap lasak yang melampau. Ubat bius yang patut tahan 6 - 8 jam, 5 jam aje yang berkesan pada Adib. Saya sangat cuak. Ok... lepas ni pantang bola sepak, pantang panjat bukit broga, pantang ke gim, pantang kegiatan lasak.
Tak Coollah Mengaku Anak LHN:))
Anak bertuah ni kirim gambarnya bersama pak samad pada saya. Dia siap cerita. Syafiq selalu terserempak orang kampung mak ni (orang kampung atuk Nasir sebetulnya) Syafiq tegurlah. Pakcik nak ambil gambar boleh....
Terkejut saya. Boleh gitu dia panggil Pak Samad, pakcik aje:)) Saya tanya tak kenalkan diri ke? Dia jawab tak cool lah nak ngaku anak lily haslina. Saya tanya lagi siapa yang ambilkan gambar. Syafiq jawab isteri pakcik tu lah yg tinggi tinggi. Beristighfar saya. Rasa nak piat dia. Saya bebel. Hei, orang rumah pak samad tu antara bekas bos mak dulu! Orang kuat Jelita dulu. Kak rashidah penolong pengarang Jelita waktu saya baru kerja. Sesuka hati aje si syafiq ni...
Terkejut saya. Boleh gitu dia panggil Pak Samad, pakcik aje:)) Saya tanya tak kenalkan diri ke? Dia jawab tak cool lah nak ngaku anak lily haslina. Saya tanya lagi siapa yang ambilkan gambar. Syafiq jawab isteri pakcik tu lah yg tinggi tinggi. Beristighfar saya. Rasa nak piat dia. Saya bebel. Hei, orang rumah pak samad tu antara bekas bos mak dulu! Orang kuat Jelita dulu. Kak rashidah penolong pengarang Jelita waktu saya baru kerja. Sesuka hati aje si syafiq ni...
Friday, December 13, 2013
cinta hilang kata -LOVE YOU IN SILENCE - Dalam Proses:))
SAMA ada di blog atau di fb, novel bersiri CINTA HILANG KATA-love you in silence telah saya hentikan. Versi penuh novel ini insyaAllah akan lahir dalam bentuk buku. Progressnya saya, akan kongsikan kelak. Terima kasih pada yang pm atau memberi komen di fb saya:))
CATATAN HUJUNG TAHUN - Ni Semua Ikut Mak:((
MAK! Tensionlah masuk U! Exam susah! Bencilah... syafiq dah rasa nak mati studi! Kalau syafiq berkeluh-keluh, saya langsung tak simpati. Saya balas mesejnya, "Mengada-ngada. Orang lain elok jer. Mak kat UM dulu ok jer. Dah tahu tak pandai, malas belajar, mana tak jadi susah!!"
Tapi dia lagi cekap menjawab. Ni kalau tak ikut abah, mesti ikut mak! Hah mak ambik jurusan tulis-tulis jer, sastera! Mak kalau ambik medic ke haha baru kita pandai... haish rasa nak cili anak ni.
![]() |
| Elok elok demam nak kebah, rasa mau tambah seminggu lagi saya tak sihat tengok gambar Adib ni..... |
CATATAN HUJUNG TAHUN - SAYONARA ENSTEK:))
SEKEJAP aje dah lima tahun. Selepas tahun pertama yang kekadang penuh drama. Takut dan stress dengan senior. Dan kekadang buat benda mengarut, telefon mak dia sesubuh yang boleh sekadar nak bagitau, "Mak, Anis tertinggal beg sekolah!"
"Mak, Anis terlupa bawak tudung sekolah!"
Maka si emak yang gigih akan memecut di Lekas Highway dalam jam 5.30 pagi dan sampai ke pagar TKC jam 6 pagi. Segala barang yang terlupalah... yang tercicirlah... yang tertinggallah akan diserahkan pada makcik guard.
Tingkatan tiga yang penuh warna-warni. Sempat tulis novel dan dalam masa yang sama buat mak risau. Nak pastikan boleh maintain dalam kelas, sesekali bila syafiq cuti, saya mintak syafiq datang ajar maths untuk PMR. Tingkatan empat, sempat lagi satu novel. Mak yang terlebih happy, Anis macam biasa, tak ada perasaan. Cool sesangat.
Naik tingkatan lima, kena pindah Enstek. Bye bye Bukit Merbah. Rasa macam jauh, tapi oklah jugak kalau dari rumah. Masih boleh maintain setengah jam kalau merempit. Cuma kalau di Bukit Merbah, Jalan Kurshiah tu ada goreng pisang yang sedap, ada air kelapa etc. Dan tak besar melaut macam tempat baru. Di tempat baru rasa macam boleh hilang berkilo-kilo si Anis yang dah sedia kurus tu:((
Bak kata Adib masa datang untuk bantu Anis punggah barang, "Ni sekolah ke shopping complex?"
Sebelum ni tiap-tiap minggu sibuk terkejar-kejar ke TKC dan Bagan Datoh. Syukur, petang itu insyaAllah, hari terakhir untuk saya ke TKC:)) Horeyyyyyyyy:)) anak habis SPM, mak yang suka! Saya ada tukang lipat baju dan tukang masak nanti:)) Lepas ni tak ada lagi mesej, mak tolong bawakan air mineral. Mak tolong belikan ubat gigi:))
![]() |
| Kata Anis, lauk dewan makan sedap! Haha jarang kan student nak puji nasi kawah asrama:)) |
Tak sangka saya begitu tabah lagi gigih melawat dia setiap minggu sejak tingkatan satu. Masa tingkatan satu, sabtu ahad hari wajib ziarah. Sampai rasa tak sempat bersosial. Bulan puasa pun gitu. Memang berkelah buka puasa setiap sabtu ahad. Selepas tingkatan satu, waktu ziarah hanya sekali seminggu. Tapi untuk ramadan, tetap sabtu dan ahad. Dalam bab ni mujur Adib tak jealous. Kekadang kesian orang di SABDA, yang amat jarang dapat kami ziarah:)
Buat anak-anak batch Vivacious, semoga sentiasa sukses dunia akhirat. Rasanya bukan Anis aje akan rindu sekolah, sahabat dan guru-gurunya. Saya juga akan sentiasa kenang rakan-rakan Anis yang manis, manja yang selalu menjerit tegur saya, "Auntie lily... auntie lily!" sambil salam saya. Untuk semua semoga sentiasa dlimpahi kasih sayang Ilahi:))
Subscribe to:
Posts (Atom)



















