Sunday, May 1, 2016

IZINKAN AKU JADI SAYAPMU - CR & PIA

Bismillahirrahmanirrahim.
Haishh, tetiba mak che bunga tak tau nak taip apa.
Apapun, sekadar nak kongsi rasa syukur. Nak cakap terima kasih pada semua... semua... semua.. semua... dekat jauh, yang kenal, yang tak kenal, yang selalu PM tanya, yang ngaku baca dalam diam.
Terima kasih sesangat buat semua yang sudi ikuti cerita CR PIA. Cerita yang memang taip sesuka hati, seminggu satu bab. Cerita yang kekadang buat mak che bunga bimbang sebab mak che bunga sangat maklum, sangatfaham, langgam penceritaan, lenggok bahasa, plot dan gaya penulisan mak che bunga mungkin dah tak relevan sekarang.

Cerita CR PIA ni nyaris nak kena "tebus talak'. Terima kasih sebanyak bintang di langit buat Dato Mustapa Omar yang sanggup telefon saya beri kata putus, sekali gus menghilangkan resah saya kemungkinan karya ini hanya tinggal manuskrip saja. Allah saja yang balas kebaikan Dato Mustapa.
Terima kasih sebanyak air di laut buat Dato Muzri, keluarga Karyaseni dan penulisan2u yang sangat-sangat sabar menanti surat nan satu itu. Ampun maaf tak terhingga mak che bunga pohon dari pada Dato Muzri, Arif, Lan, Intan dan yang lain-lain atas kelewatan daripada jadual asal.

Ingat lagi, satu tahap mak che bunga dah give up, redo kalau CR PIA tak jadi dalam bentuk buku fizikal. Anggap bukan rezeki. Dan job sempena memuliakan hari keputeraan Sultan Pahang, macam satu bentuk kerja yang Allah kirimkan untuk ubat hati. Job yang saya tak pernah fikir dan sangat mudah perjalanan kerjanya. Kawan-kawan ramai PM tanya bila PIA CR jadi buku.... Allah, tak terjawab. Segan rasanya. Tak berani nak beri kata putus.

Mak che bunga dah terbayang, Karyaseni mesti serik dah dengan mak che bunga. Mak che bunga belajar pujuk hati, lupakan PIA CR. Alih-alih, masa sibuk nak senduk sambal untuk bubuh dalam pack-pack nasi lemak buat anak-anak tahfiz al-kitab, satu petang baru ni, dapat mesej dari Lan Karyaseni kata CR PIA confirm terbit.

Allah... nikmat Allah tak pernah sudah buat saya. Alhamdulillah... Sekali lagi, terima kasih semua:))

AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.

Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.

Sunday, January 10, 2016

Perjalanan Itu Masih Panjang

Entri kali ini meminjam catatan adik saya, Rosie Haslinda (yang berwarna merah di bawah)

Terima kasih Rosie.
Ya, perjalanan anak-anak ni panjang lagi.
Kita tak tahu rezeki dan takdir masing-masing.
Dapat 5A UPSR bukan jaminan hidup cemerlang.
Dapat PMR /PT3 semua A, bukan jaminan masa depan gemilang.
Dapat 10 A+ SPM, masuk universiti bagus atau keluar negara pun bukan syarat mutlak hidup bahagia, tenang, barakah dan kehidupan dalam genggaman.

Banyak faktor lain. Keberkatan hidup itu penting. Jayanya hidup bukan tertakluk pada keputusan periksa. Tapi keputusan periksa, doa dan tawakal pada Allah swt membantu kita memperbaiki keadaan. Selalu saya pesan pada anak-anak, hidup akan teruji apabila kalian berkeluarga, berdikari dan keluar dari kepompong emak abah. 

Matang atau tidak, angkuh diri atau membumi, terserlah waktu itu. Saat diuji begitu, barulah tahu sama ada A+ atau gagalnya hidup kalian. Pada anak-anak ni, selalu dipesan. Mak dah tak ada apa. Mak menghampiri separuh usia. Dah lalui semua. Dah rasa semua. Terserlah kalian mahu mencorak hidup. Mahu yang indah pelangi tapi sementara, mahu yang ribut gelora atau mahu yang berpijak di bumi nyata, terserah. 

Mak cuma boleh doa yang baik-baik. Kalau mak mati esok lusa, tak ada apa yang mak tinggalkan kecuali bebelan, pesanan dan mungkin amarah emak yang buat temankan kalian. Dan carilah rezeki serta ilmu sendiri. Mak bukan orang yang akan tinggalkan sekian-sekian duit, sekian sekian tanah, sekian sekian rumah atau sekian sekian wang insurans. Masing-masing ada perahu sendiri, masing-masing dayunglah, cari haluan dan arah masing-masing.

Rosie kata, keputusan saya berhenti kerja sewaktu Syafiq yang sekarang sudah 23 tahun, mahu ambil UPSR, adalah keputusan terbaik. Ya, alhamdulillah. Apabila semuanya kembali dan menghulurkan slip periksa yang buat saya tersenyum, segala gaji bulanan yang saya hilang, segala jawatan dan kepuasan bekerja yang saya lepaskan, terasa berbaloi. Tipulah kalau saya kata saya tak terkilan pada sebilangan waktu. 

Bohong kalau saya kata saya baik-baik saja apabila berhenti kerja. Waktu itu baru kita diuji dalam bentuk yang lain. Kawan belum tentu kawan bila kita tak ada jawatan. Sahabat berbincang belum tentu ikhlas memandang bila kita tiada apa-apa. Hahaha saya pernah menelefon seorang sahabat dengan nada ceria tapi disoal balik, "Siapa ni? Sorry tak kenallah!" Hahaha... kejadian yang satu itu membawa penyudah pada tekad saya untuk selesa sendiri-sendiri, bekerja sendiri sendiri dan saat girang ceria saya hanya dengan anak anak.

Orang ramai pm dan emel saya. Kak lily buat apa ya pada anak anak? Kak lily boleh bagi tips? Oh, saya tak pandai nak bertips tips. Benda gini pun tak seronok nak cerita sangat. Macam angkuh pulak bunyinya nantikan... Rezeki masing-masing ni. Tapi ya, kalau sanggup dan ada ruang berkorban, beralah untuk anak anak apa salahnya. Saya sejak zaman , CR sanggup berhabis RM1,500 seorang demi satu sesi kelas add maths untuk dua minggu sahaja. Rasanya zaman Anis paling mahal, Kelas add maths sahaja saya habiskan hampir RM2,500. 

Ya, saya sekat belanja saya yang lain. Tiada istilah kasut atau baju mahal. Saya tak minat pun sejak berhenti kerja dan saya belanja menghibur hati dengan cara saya. Mencari dan mengumpul barang antik.

Untuk Rosie, tq dear untuk catatan yang manis ini.

Untuk anakanda Arif Haiqal – the silliest Dubsmash partner for my little girl, lawan congkak dan Scrabble Rania – selamat melangkah ke dunia mandiri, your new frantic battleground!
Di sini semuanya harus diurus sendiri-sendiri. Yang berdaya saing akan selalu ke depan. Yang malas akan ditinggalkan. Semoga cepat dewasa, Haiqal!
Saya kira pengorbanan kekanda saya Lily Haslina Nasir menyerahkan takdir kerjayanya yang sedang memuncak ke tangan anak-anaknya – adalah keputusan paling baik dalam hidup. Syafiq CR ke MRSM, Anis Arisa ke TKC, Adib Imran ke SM Sains, dan petang tadi Haiqal mendaftar di Alam Shah. Alhamdulillah, saya tumpang syukur dan gembira. Ini hadiah untuk seorang kekanda yang selalu berkorban mengenepi kepentingan diri dan memberi laluan untuk adik-adiknya. Terima kasih banyak Kak Lily.
*mode rindu kawan-kawan & cikgu MGS, SKBB, SMMA & MRSM Kerteh/Kuala Berang* 💕🏣

AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.

Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.

Saturday, January 9, 2016

Deadline Deadline 2016

Macam manalah abang adib dengan akak anis sama abang kecik haiqal tak kena gotong-royong siapkan kerja mak. Sorang semak ejaan dan logik cerita CR PIA. Itu si Haiqal. Dia dah komplen, apalah mak ni, asyik si CR jatuh terhantuk kepala aje. Mau lama-lama memau kepala, bergegar otak, koma si CR. Orang lain jatuh sekali kalau tak mati, dah gila. Mak apasal banyak kali dah ni... Haishhh serius mak che bunga dah senak perut dengar komen Haiqal. 
Kak Anis mcm biasa terpaksa rela siapkan kerja terjemahan Clarins. Abang Adib tolong siapkan kerja yg latest utk buku 10 siri yg diminta penerbit kawan pada atuk Nasir. 
Si Che Bunga, macam biasa, gila kuasa, mau satu lappy jugak. Bagi yang tak bernyala, dia mengamuk. Mau tak mau, bagilah seketul utk dia. Acah-acah busy macam mak dia. Abang Roy, dah confirm dia mandur nombor satu.:)) Mudah-mudahan jadual kerja mak che bunga lebih baik untuk 2016, bila che bunga dah reti bahasa mak busy.

AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.

Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.

Salam Tahun Baru 2016

Salam Tahun Baru 2016.
Tak lewat sangat kan untuk wish tahun baru:))

Tahun baru, baru aje masuk... che bunga dah bosan dah.
Abang Haiqal tak ada di rumah. Dah duduk asrama.

Tahun 2015 yang lepas ni masa cuti sekolah, rumah che bunga tak rasa maca cuti sekolah pun. Tapi feeling feeling macam setiap hari ada kelas tambahan sekolah. Ada tiga jam setiap sesi. Lepas selesai kelas tambahan baru, boleh che bunga main lompat lompat kacau semua orang.

Masa cuti 2015, Kak Yaya datang rumah che bunga. Kak Yaya belajar. Abang Adib dengan Kak Anis ajar Kak Yaya. Hadi dengan Nisa pun join sekali. 

Macam biasa che bunga sama abang roy pun busy belajar.
Orang ada buku, che bunga nak buku, orang ada pensel, che bunga nak pensel. Macam reti sangat nak menulis, umur baru setahun tujuh bulan:))

Rasa macam tak takut tapi sebenarnya che bunga takut. Hahaaa baru tahu langit tinggi rendah bila mak dia naik suara jerkah hadi nisa. Ala ala tumpang stress bila dia pun sama termenung seriuszzz nak menulis. Tapi dah namanya anak bongsu, kejap jer drama tu...kemudian tersengih jelir lidah mcm biasa.

AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.

Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.

Wednesday, December 16, 2015

Makan-Makan, Cerita-Cerita -Cafe Cerita Kambing -

Ramai yang suka makan daging kambing kan.
Kambing bakar, kambing panggang, kari kambing, sup kambing etc.

Kalau ada sesiapa yang mengidam, takut kempunan mencari hidangan kambing yang boleh buat kecur selera, jom try ke Cafe Cerita Kambing.

Selalu kalau kita teringin makan lauk kambing ni, kita cari restoran pak arab atau mamak, hahah ni kafe kanda Nor Aziah Dahari. Boleh sangat cuba. Kat mana? Dekat Anggerik Mall, Shah Alam.
Kalau nak tempah hidangan untuk majlis pun boleh. Contact Kak Aziah, yang jugak bos untuk  Endau Beriyani Caterers, Nombor telefon 019-281 6308.

Kalau nak tempah untuk hidangan majlis tunang, upacara akikah atau sebarang keraian boleh aje.
Sesiapa yang di Shah Alam tu, boleh aje singgah makan di situ. Tak mahal mana pun. Kuih 40 sen, laksa, mi jawa RM5 aje, 
Ada beriani, ada lamb chop, kambing bakar... semuanya dekat Cafe Cerita Kambing, Tingkat 1, 
Food Court Anggerik Mall, Shah Alam.

SEGALA FOTO DI SINI DIPINJAM DARI FB KAK NOR AZIAH DAHARI

Kanda Nor Aziah Dahari.. comel maniskan!
Bos CAFE CERITA KAMBING

AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.

Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.

Monday, December 7, 2015

Pemanis Stevia - Pengganti Gula Pasir

Sesiapa yang rajin ngopi, ngeteh berteko-teko sehari tapi tak takut terlebih gula dalam badan, patut sangat gantikan gula pasir tu dengan Stevia sweetener. Terima kasih ya Natasya Azizul yg bagi kak lily ni. Tasya kata dia dah dua tahun tak guna gula pasir. Nanti kak lily try ya. 

Kalau ikut kata Tasya adik sepupu saya yang berada di Jepang ni, satu botol boleh dapat 200 titik. Sekali minum teh sama nescafe, ikut tasya yang dah dua tahun pakai stevia ni, cuma 4.5 titik aje. Kira sangat sangatlah jimat tu kan

Okay kat bawah ni saya kutip atau pinjam dari laman web yang saya google pasal stevia ni.

Antara Kelebihan Ekstrak Stevia:
Mengimbangkan kandungan gula dalam badan.
Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua peringkat umur lelaki & wanita.
Membantu menurunkan kadar gula dalam darah(sesuai untuk pesakit diabetis & Hypoglycemia)
Membantu menurunkan tekanan darah.(untuk pesakit darah tinggi)
Membantu sistem penghadaman badan.
Membantu peminum yang mengalami masalah Isomnia
Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan.(Obesiti)

Stevia boleh digunakan didalam minuman, makanan, kuih muih, bubur dan apa saja yang perlu manis. 
Kata Tasya, 1 titis stevia ni lebih kurang tiga sudu kecil gula pasir.

Okay nanti kak lily try ya Tasya:))

Siapa nak boleh whatsapp kat no ni, ni no tasya......+8180-3270-1518...Tasya kata try minum ngan air lemon panas...stevia ni boleh unclog pembuluh darah yg tersumbat.

ShareThis