Wednesday, May 12, 2010

Clarins Everlasting Foundations SPF 15.. Magik Clarins Utk Yg Selalu Sibuk


Hari Jumaat lepas biarpun saya dengan rose sibuk uruskan segala perkara utk bengkel.. sempat jugak kami manja-manjakan muka di kaunter Clarins ni.. Nak tahu ada apa? Ada bedak asas yang penuh magik di sini! Buat yg selalu kena marah dengan suami, kena jeling dengan boyfriend sebab berjam-jam belek muka dan berbedak depan cermin... ha ha ha clarins sekarang boleh selesaikan masalah! Lepas ni tak sampai 10 minit semuanya siap! Semua kesan jerawat ke.. kesan bintik hitam ke.. hilang dan muka memang rasa silky, halus bila pakai CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15.. Bukan setakat cepat bersiap.. bedak asas ni tahan 15 jam beb!

Terima kasih kepada Clarance, Michelle yang sudi jemput kami ke kaunter Clarins... Terima kasih sebanyak bintang di langit juga sebab selepas mencuba itu ini segala bedak, pembayang mata dan gincu.. kami diberi set Clarins untuk mencubanya di rumah! Terima kasih Michelle...


CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15
Masa disuruh mencuba sendiri.. saya buat lawak tanya .. eh cukup ke dengan sekali pam bedak yang lebih kurang setitik saja keluar dari botol ni kemudian nak cover satu muka.. ha ha ha cukup sebenarnya! Malah kalau sesiapa yang muka comel, lebih dari cukup sebenarnya.. Jom sesiapa yang belum cuba dan selalu mengeluh sibuk tak sempat nak berbedak dan merungut tak kuasa nak touch up muka kalau dah berpeluh, patut cari kaunter Clarins. Muka gerenti jadi flawless dengan perfect coverage.. Sikit pun tak rasa kering atau dehidrated...


Michelle, Beauty Events & Education Manager Clarins yg comel dan manis. Tengok dekat-dekat rupanya mirip Nora Danish...

Hah ini dia Michelle yang ajar kami dan share seribu satu tips bersolek hari tu.. Kata Michelle kalau pakai bedak asas Clarins ni.. sangat sangat sangat senang.. tak payah pakai berus, tak payah pakai puff.. dan kalau nak cepat memang tak payah nak sapu bedak debu.. kesan bedak ni memang magik. Pamkan bedak asas ni pada tapak tangan..ratakan dan sapu cepat pada muka.. Jangan pakai satu jari ye.. bila nak siap tu nanti... sapu aje.. satu muka.. haha tak sampai 5 minit siap dah...

Senang kata kalau tak sempat bersolek di rumah, di mana-mana pun boleh dengan bedak asas ni.. Selalu orang kalau pakai gincu everlasting.. mesti terfikir gincu tu boleh buat bibir kekeringan... tapi untuk Clarins Everlasting Foundation SPF 15 .. masalah kering tak timbul langsung. Pilih aje warna yang sesuai dengan kulit muka.. bila pakai memang muka nampak glowing... saya cakap ni sebab saya sendiri jenis malas berbedak.. jarang nak bersolek pun... tapi yang ni memang mudah!

Lagi bagus sapukan dulu krim pelembap pada tangan untuk kesan yang lebih cantik pada wajah bila pakai bedak asas clarins ni.


Instant Smooth

Hah ini dia di antara krim yang sangat serasi kalau disapukan pada wajah sebelum kita guna Clarins Everlasting Foundation SPF 15 ni... Rasa muka lembut aje lepas tu.. tak berminyak, tak melekit, tak ada rasa merengsa dan paling penting muka maintain sampai 15 jam... jangan risau kalau muka berminyak atau kering.. bedak asas ni boleh dipakai semua orang... Harganya cuma RM125



Jom sapu rata-rata.. sekejap aje dah melekat dan meresap ke kulit. Rasa macam tak pakai bedak..tak percaya... cuba try test! Pesan Michelle.. sapu rata-rata.. jangan teragak-agak guna jari..tarik dari bahagian pelipis telinga dan atas dahi di antara anak rambut dan kulit muka..


Ha ha tengok Ikh tersenget-senget kepala pandang kami bersolek... Benda yang macam pensel tu sebenarnya sangat praktikal.. mudah kalau nak hilang kesan sememeh maskara atau eyeshadow di bawah mata.. yang pasti boleh digunakan untuk hilangkan kesan lingkaran hitam bawah mata dan garis di sudut bibir..



Oh ini memang buat saya gumbira sangat-sangat... saya memang suka segala warna eyeshadow biarpun jarang bersolek... suka tengok warna-warna ni..

Tuesday, May 4, 2010

Clarins dan Cerita Pasal Kulit Cantik




Jumaat, Sabtu, Ahad yang sibuk! Sebelum berbengkel ada beberapa perkara perlu diuruskan. Dan tiba-tiba juga dalam minggu ini saya diundang pihak Clarins untuk preview Everlasting Foundation SPF 15. Terima kasih kepada adinda saya Rosie untuk ini.

Kalau sebut pasal Clarins memang produknya sangatlah lengkap untuk perempuan.. sebut ajelah nak apa.. nak putihkan kulit, nak kulit gebu licin, nak hilangkan kedut, nak wangi... semuanya ada! Clarins Institut di Paris tu dah mula buat macam-macam kajian dan treatment untuk perempuan sejak tahun 1954.

Zaman Kak Anita Sarawak sesekali balik Malaya masa dia menetap di Las Vegas dulu, kami di Jelita memang tak lepas peluang interview dia. Pertama kali jumpa.. kami memang ternganga dan memandangnya dengan satu perkataan WOW! Jangankan kulit muka, tumit kakinya ya Allah merah berbayang .. kulitnya sangat halus! Kami waktu tu rasa nak sorok kaki! Bila ditanya Kak Nita pakai apa.. jawabnya masa tu.. Kak Nita guna Clarins dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ha ha ha meleleh kami dengar.. pakai Clarins sampai ke kaki tu....

Zaman bertugas dulu Clarins antara yang sangat bermurah hati membawa journalist Jelita terbang ke Paris untuk sebarang pelancaran produk barunya. Dan yang kelakar dan anehnya, kekadang kami bertolak-tolak tak mau giliran trip ke Paris tu sebab tukaran wang yang amat amat amat tinggi...

Ha ha, jangan terkejut ya kalau tiba-tiba saya nak bercakap pasal barang make-up! Kalau sebut pasal kosmetik ni timbunan alat solek masih banyak dalam simpanan saya. Termasuklah minyak wangi.. sebabnya... saya masih lagi membuat kerja-kerja terjemahan untuk produk-produk baru yang bakal keluar di market.

Ringkas cerita, sebelum barang sampai kat kaunter, siaran akhbar bahasa inggeris tu saya terjemahkan bahasa Melayu dan saat paling best selain dapat cek selepas kerja selesai tentunya dapat barang free... Sebut ajelah dari eyeshadow, gincu, minyak wangi semuanya ada... Disebabkan pada item barang memang dah tertulis NOT FOR SALE.. atau FOR MEDIA ONLY selalunya saya akan bagi ajelah pada siapa-siapa yang pandai kecek barang dengan saya.

Itu belum masuk lagi gift dari adinda Rosie saya... yang jugak kalau masuk bilik mandi dia... tandas dia... huhuuu macam kaunter display perfumes di KLIA tu... berderet-deret dan memang wangi aje.. sebut ajelah nak cap apa.. semua ada.. Rasa saya semua editor/writer majalah fesyen dan wanita memang bertuah bab ni...

Kalau cakap pasal bedak, zaman dulu-dulu yang paling saya suka tentunya bedak nyonya batu empat segi tu dengan bedak baby. Saya memang alami beberapa fasa untuk masalah kulit. Zaman tingkatan dua umur 14, umur awal 20 dan yang terakhir waktu stress buat majalah Aksi AF...

Nazak kulit saya masa tu... macam mana serabutnya kepala, macam tu lah jerawat penuh di muka. Nak cari bedak pun kena sangat berhati-hati. Sepanjang hayat rasanya pernah sekali saya buat kerja gila habiskan duit lebih kurang RM600 beli dua pallet eyeshadow CD sebab saya terliur tengok warna dan kotaknya. Masa tu saya mengandungkan Anis. Hem, agaknya pembawaaan anak perempuan kot. Lepas tu tak pakai pun!!

Kalau cari bedak asas selalunya saya kena cari yang bebas minyak. Sekarang ni saya dah paksa setiap anak saya ambil vitamin extra untuk kulit. Alhamdulillah, Anis dan Syafiq nampak ok. Adib.. kusss semangat.. bersepah jerawat di muka. Tak padan umur baru 12 tahun.

Okay yang pasti kalau barangan Clarins ni saya suka terutama segala produk penjagaan kulitnya. Lipstik Clarins jugak antara yang banyak dalam koleksi saya sebab sangat moist.. Biar saya pergi dulu preview bedak asas Clarins ni.. Nanti saya cerita di sini ya!

ShareThis