Friday, November 12, 2010

ANDY GIBB & VICTORIA - All I Have To Do Is Dream

YA ALLAH... apa kena saya ni.. siang tadi saya fikir Anis balik cuti. Saya ke TKC jam 11 pagi sampai jam 11.35. Alih-alih mak guard tu kata: Puan.. anak-anak ni pulang hari Selasa depan.. Saya salah jaduallah ni. Malam ni CR pulang.. jadi saya sangka Anis pun pulang. Huhu.. saja jer sedekah duit pada highway Lekas tu.. Penatnya! Semalam saya kena hujan jadi hari ni saya macam nak demam. Ada kerja tak selesai.. dan saya masih dalam mimpi!! Harap-harap CINTA ITU KITA selesai hujung bulan ni.. Comellah Victoria kat bawah tu.. Andy Gibb yang dah arwah tu masa ni rasanya sakan kot jatuh chenta dgn Victoria.. Hemm.. harap-harap kisah chenta Andy Gibb pada Vic yang dibawa sampai mati ni boleh bantu saya selesai CINTA ITU KITA..

Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream
When I want you in my arms
When I want you and all your charms
Whenever I want you, all I have to do is
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream

When I feel blue in the night
And I need you to hold me tight
Whenever I want you, all I have to do is
Drea-ea-ea-ea-eam

I can make you mine, taste your lips of wine
Anytime night or day
Only trouble is, gee whiz
I'm dreamin' my life away

I need you so that I could die
I love you so and that is why
Whenever I want you, all I have to do is
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream
Drea-ea-ea-ea-eam

I can make you mine, taste your lips of wine
Anytime night or day
Only trouble is, gee whiz
I'm dreamin' my life away

I need you so that I could die
I love you so and that is why
Whenever I want you, all I have to do is
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream

FADE
Drea-ea-ea-ea-eam, dream, dream, dream

Wednesday, November 10, 2010

FAUZIAH AHMAD DAUD hanya padamu saja (1988)


Lagu ni lama dah... google jumpa. Saja bubuh lagu ni sebab Nina Adlina punya pasal.. bilalah nak siap ye, kalau asyik MALAS ni.. Beg pun masih tak kemas lagi.. Kerja tak siap tapi ada hati nak bermalas-malasan...Buat Siti Salabiah dan Rain Hamzah.. ha ha ha terima kasih sebab bookingkan tiket ke Bandung lagi petang tadi.. tenkiu sahabat-sahabat! Huhuu.. nantilah ada kerajinan saya share cerita pasal berjalan baru-baru ni.. yang penting jangan buat kerja gila.. ikut suka aje berjalan, tak plan.. redah aje.. mujur selamat balik in one piece... Alhamdulillah, misi tertunai tapi masih malas lagi.. mcm mana ya.. janji dengan fiza tak selesai lagi tu...

Friday, August 27, 2010

Baby Ramadan - TUHAN MASIH MENCINTAIKU

TUHAN MASIH MENCINTAIKU
PTS LITERA
RM21.50

Saya update blog ni dlm keadaan tergesa-gesa sebab Adib sekarang ditahan wad. Okay.. buat kawan-kawan yg emel saya untuk beli buku ni terus dari saya... nanti saya balas emel tu ya! Maaf, sekarang tak sempat. Apa-apapun syukur sangat sebab dalam kemalasan yang melampau-lampau sepanjang 2010 ni... errr saya tak sangka sempat juga saya selesaikan manuskrip ni untuk PTS LITERA. Terima kasih buat editor-editor yang sangat sabar menunggu manuskrip saya yg saya emelkan berdikit-dikit. Buat yang membaca Menunggu Cinta Tuhan.. okay ini dia sekuelnya.. tapi kalau tak baca Menunggu Cinta Tuhan pun tak mengapa sebab novel masih boleh stand alone.. Terima kasih semua!




Blurb Tuhan Masih Mencintaiku


Ya Tuhan... Apakah yang Dikau bisikkan kepadaku ketika aku jauh dari-Mu? Akulah hamba yang engkar satu ketika dahulu!! Kisah lalu itu umpama dongeng yang retak seribu. Kini aku merangkak menyusun kembali kepingan jiwa yang berkecai itu. Tiada apa yang mampu memadamkan api neraka kecuali air mata seorang hamba yang memohon ampun dan bertaubat. Malaikatlah saksi air mata aku... seorang hamba yang bersimpuh lalu sujud kepada Allah swt. Aku kasih pada ibu tetapi susur galur lalu beri sengsara. Aku cinta pada kerjaya namun dalam hidup kita tidak mampu memiliki semua.

-Azrul Rashid –



Hidup dalam dosa bagaikan berjalan di gurun tandus dalam kegelapan dan kehausan. Hidup ini lebih sempurna kalau dapat membahagiakan insan serba kekurangan. Bukankah lelaki harus menjadi khalifah yang memakmurkan bumi Allah swt?

-Khalida Atikah-



Azee dan Latifah sekadar memberi dugaan kecil. Biar jiwa mereka bersemarak dengan dendam, sihir serta hasad dari syaitan yang berbisik, kuasa Allah swt mengatasi segala-galanya.

Tuesday, June 1, 2010

Lai Lai Lai.. Makan Asam Pedas Apple Burger Melaka

Hari Jumaat cuti wesak, lewat petang saya sampai Melaka. Rosie sekeluarga yg baru balik dari Bandung ajak saya, Siti dgn Pak Nasir makan di Apple Burger. Selalu dia ajak saya tak sempat. Macam biasa situ tempat asam pedas dlm claypot. Okaylah jugaklah bagi saya.. sebab selama ni saya selalu ke pasar borong atau Ujung Pasir gerai yg banyak kuih tu utk cari asam pedas. Atau kalau gigih bangun pagi bila pulang melaka saya cari nasi gunting di pasar.

Hari Jumaat hampir pukul 9.45 malam rasanya baru sampai Apple Burger. Dan dekat pukul 11.30 baru kami pulang. Paling mengejutkan saya bila bil cuma RM82 utk 11 orang.. ha ha ini sangat sangat hokay! Saya fikir dgn makanan penuh meja mungkin sekitar RM150. Asam pedas memang okay, cuma memory kad kamera saya yg kurang asam dan kurang hokay.. time tu lah pulak baru saya perasan dah penuh dan saya lupa nak load.. gambar yaya (rania) yg mcm ulat beluncas melompat sana sini tu tak sempat nak ambil.

Kat sini ada burger, ada nasi lemak plus rendang.. semualah! Yaya tak makan nasi tapi makan daging burger jer.. roti pun hilang ke mana..

Hemm, saya mulalah berhangan-hangan.. oh, kalaulah saya dapat beli rumah kosong sebelah rumah saya sekarang ni.. saya nak buat bookcafe. Buku di rumah saya ini pun macam dah nak kena dipindahkan ke port lain.. penuh sangat dah.. menu? Ha ha asam pedas ubi kayu plus ayam atau daging... hemmmm ada lempeng kelapa.. wallla! Nanti boleh ajak geng-geng saya Puan Budiman, Sal, Rain yang memang suka makan lempeng!

adib tengah kira nasi agaknya

adik saya mek siti ngan suami



Wednesday, May 12, 2010

Clarins Everlasting Foundations SPF 15.. Magik Clarins Utk Yg Selalu Sibuk


Hari Jumaat lepas biarpun saya dengan rose sibuk uruskan segala perkara utk bengkel.. sempat jugak kami manja-manjakan muka di kaunter Clarins ni.. Nak tahu ada apa? Ada bedak asas yang penuh magik di sini! Buat yg selalu kena marah dengan suami, kena jeling dengan boyfriend sebab berjam-jam belek muka dan berbedak depan cermin... ha ha ha clarins sekarang boleh selesaikan masalah! Lepas ni tak sampai 10 minit semuanya siap! Semua kesan jerawat ke.. kesan bintik hitam ke.. hilang dan muka memang rasa silky, halus bila pakai CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15.. Bukan setakat cepat bersiap.. bedak asas ni tahan 15 jam beb!

Terima kasih kepada Clarance, Michelle yang sudi jemput kami ke kaunter Clarins... Terima kasih sebanyak bintang di langit juga sebab selepas mencuba itu ini segala bedak, pembayang mata dan gincu.. kami diberi set Clarins untuk mencubanya di rumah! Terima kasih Michelle...


CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15
Masa disuruh mencuba sendiri.. saya buat lawak tanya .. eh cukup ke dengan sekali pam bedak yang lebih kurang setitik saja keluar dari botol ni kemudian nak cover satu muka.. ha ha ha cukup sebenarnya! Malah kalau sesiapa yang muka comel, lebih dari cukup sebenarnya.. Jom sesiapa yang belum cuba dan selalu mengeluh sibuk tak sempat nak berbedak dan merungut tak kuasa nak touch up muka kalau dah berpeluh, patut cari kaunter Clarins. Muka gerenti jadi flawless dengan perfect coverage.. Sikit pun tak rasa kering atau dehidrated...


Michelle, Beauty Events & Education Manager Clarins yg comel dan manis. Tengok dekat-dekat rupanya mirip Nora Danish...

Hah ini dia Michelle yang ajar kami dan share seribu satu tips bersolek hari tu.. Kata Michelle kalau pakai bedak asas Clarins ni.. sangat sangat sangat senang.. tak payah pakai berus, tak payah pakai puff.. dan kalau nak cepat memang tak payah nak sapu bedak debu.. kesan bedak ni memang magik. Pamkan bedak asas ni pada tapak tangan..ratakan dan sapu cepat pada muka.. Jangan pakai satu jari ye.. bila nak siap tu nanti... sapu aje.. satu muka.. haha tak sampai 5 minit siap dah...

Senang kata kalau tak sempat bersolek di rumah, di mana-mana pun boleh dengan bedak asas ni.. Selalu orang kalau pakai gincu everlasting.. mesti terfikir gincu tu boleh buat bibir kekeringan... tapi untuk Clarins Everlasting Foundation SPF 15 .. masalah kering tak timbul langsung. Pilih aje warna yang sesuai dengan kulit muka.. bila pakai memang muka nampak glowing... saya cakap ni sebab saya sendiri jenis malas berbedak.. jarang nak bersolek pun... tapi yang ni memang mudah!

Lagi bagus sapukan dulu krim pelembap pada tangan untuk kesan yang lebih cantik pada wajah bila pakai bedak asas clarins ni.


Instant Smooth

Hah ini dia di antara krim yang sangat serasi kalau disapukan pada wajah sebelum kita guna Clarins Everlasting Foundation SPF 15 ni... Rasa muka lembut aje lepas tu.. tak berminyak, tak melekit, tak ada rasa merengsa dan paling penting muka maintain sampai 15 jam... jangan risau kalau muka berminyak atau kering.. bedak asas ni boleh dipakai semua orang... Harganya cuma RM125



Jom sapu rata-rata.. sekejap aje dah melekat dan meresap ke kulit. Rasa macam tak pakai bedak..tak percaya... cuba try test! Pesan Michelle.. sapu rata-rata.. jangan teragak-agak guna jari..tarik dari bahagian pelipis telinga dan atas dahi di antara anak rambut dan kulit muka..


Ha ha tengok Ikh tersenget-senget kepala pandang kami bersolek... Benda yang macam pensel tu sebenarnya sangat praktikal.. mudah kalau nak hilang kesan sememeh maskara atau eyeshadow di bawah mata.. yang pasti boleh digunakan untuk hilangkan kesan lingkaran hitam bawah mata dan garis di sudut bibir..



Oh ini memang buat saya gumbira sangat-sangat... saya memang suka segala warna eyeshadow biarpun jarang bersolek... suka tengok warna-warna ni..

Tuesday, May 4, 2010

Clarins dan Cerita Pasal Kulit Cantik




Jumaat, Sabtu, Ahad yang sibuk! Sebelum berbengkel ada beberapa perkara perlu diuruskan. Dan tiba-tiba juga dalam minggu ini saya diundang pihak Clarins untuk preview Everlasting Foundation SPF 15. Terima kasih kepada adinda saya Rosie untuk ini.

Kalau sebut pasal Clarins memang produknya sangatlah lengkap untuk perempuan.. sebut ajelah nak apa.. nak putihkan kulit, nak kulit gebu licin, nak hilangkan kedut, nak wangi... semuanya ada! Clarins Institut di Paris tu dah mula buat macam-macam kajian dan treatment untuk perempuan sejak tahun 1954.

Zaman Kak Anita Sarawak sesekali balik Malaya masa dia menetap di Las Vegas dulu, kami di Jelita memang tak lepas peluang interview dia. Pertama kali jumpa.. kami memang ternganga dan memandangnya dengan satu perkataan WOW! Jangankan kulit muka, tumit kakinya ya Allah merah berbayang .. kulitnya sangat halus! Kami waktu tu rasa nak sorok kaki! Bila ditanya Kak Nita pakai apa.. jawabnya masa tu.. Kak Nita guna Clarins dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ha ha ha meleleh kami dengar.. pakai Clarins sampai ke kaki tu....

Zaman bertugas dulu Clarins antara yang sangat bermurah hati membawa journalist Jelita terbang ke Paris untuk sebarang pelancaran produk barunya. Dan yang kelakar dan anehnya, kekadang kami bertolak-tolak tak mau giliran trip ke Paris tu sebab tukaran wang yang amat amat amat tinggi...

Ha ha, jangan terkejut ya kalau tiba-tiba saya nak bercakap pasal barang make-up! Kalau sebut pasal kosmetik ni timbunan alat solek masih banyak dalam simpanan saya. Termasuklah minyak wangi.. sebabnya... saya masih lagi membuat kerja-kerja terjemahan untuk produk-produk baru yang bakal keluar di market.

Ringkas cerita, sebelum barang sampai kat kaunter, siaran akhbar bahasa inggeris tu saya terjemahkan bahasa Melayu dan saat paling best selain dapat cek selepas kerja selesai tentunya dapat barang free... Sebut ajelah dari eyeshadow, gincu, minyak wangi semuanya ada... Disebabkan pada item barang memang dah tertulis NOT FOR SALE.. atau FOR MEDIA ONLY selalunya saya akan bagi ajelah pada siapa-siapa yang pandai kecek barang dengan saya.

Itu belum masuk lagi gift dari adinda Rosie saya... yang jugak kalau masuk bilik mandi dia... tandas dia... huhuuu macam kaunter display perfumes di KLIA tu... berderet-deret dan memang wangi aje.. sebut ajelah nak cap apa.. semua ada.. Rasa saya semua editor/writer majalah fesyen dan wanita memang bertuah bab ni...

Kalau cakap pasal bedak, zaman dulu-dulu yang paling saya suka tentunya bedak nyonya batu empat segi tu dengan bedak baby. Saya memang alami beberapa fasa untuk masalah kulit. Zaman tingkatan dua umur 14, umur awal 20 dan yang terakhir waktu stress buat majalah Aksi AF...

Nazak kulit saya masa tu... macam mana serabutnya kepala, macam tu lah jerawat penuh di muka. Nak cari bedak pun kena sangat berhati-hati. Sepanjang hayat rasanya pernah sekali saya buat kerja gila habiskan duit lebih kurang RM600 beli dua pallet eyeshadow CD sebab saya terliur tengok warna dan kotaknya. Masa tu saya mengandungkan Anis. Hem, agaknya pembawaaan anak perempuan kot. Lepas tu tak pakai pun!!

Kalau cari bedak asas selalunya saya kena cari yang bebas minyak. Sekarang ni saya dah paksa setiap anak saya ambil vitamin extra untuk kulit. Alhamdulillah, Anis dan Syafiq nampak ok. Adib.. kusss semangat.. bersepah jerawat di muka. Tak padan umur baru 12 tahun.

Okay yang pasti kalau barangan Clarins ni saya suka terutama segala produk penjagaan kulitnya. Lipstik Clarins jugak antara yang banyak dalam koleksi saya sebab sangat moist.. Biar saya pergi dulu preview bedak asas Clarins ni.. Nanti saya cerita di sini ya!

Thursday, April 8, 2010

Aku, Dia & Coklat Terbang Ke York


This story is about Zaza who is crazy about chocolate any kinds of CHO..CO..LATE. Chocolate makes her fat. She has enimies called Asykin and Maliz. She loves to write blog about herself like me. She had 3 best friends called Putri, Khadija and Insyirah

Saya mendapat emel dari York.. ibu si gadis ini Dr Ayu Haswida sanggup bersusah payah mendapatkan buku buku saya. Antara misinya mahu anak gadisnya belajar semula, lancar dan fasih bahasa Melayu... Setiap pembacaan 3 bab, khabarnya Yasmin kena buat review di hadapan bondanya.. Terima kasih Dr Ayu Haswida! Terima kasih Yasmin!

Monday, March 8, 2010

Aku, Dia & Gosip



TARAAA....
untuk yang bertanya sambungan
AKU, DIA & COKLAT.. Terbaru dan bakal terbit tidak lama lagi..

AKU, DIA & GOSIP

Gadis gigi jarang kaki gosip! Gadis bibir lebar, bermulut tempayan. Sama ada si kaki gosip, orang yang suka mengumpat, mulut macam Pah Bedah jaga tepi kain orang... Semuanya boleh disingkap melalui seulas bibir. Oh, betulkah andaian ini?

Kehidupan Zaza gadis penggemar coklat semakin huru-hara untuk semestar kali ini. Gosip, fitnah dan khabar angin umpama ribut datang dari setiap penjuru. Tercungap-cungap Zaza mahu menepisnya. Dendam Maliz dan Asyikin kerana tidak mampu memenangi hati Fariz sentiasa membara. Akibatnya dua gadis ini menyebarkan fitnah. Gosip tersebar bagai virus berbahaya di Kolej Persediaan Pendidikan. Alkisahnya, Zaza ke Bangkok untuk pembedahan sedut lemak!

Zaza terduduk difitnah! Berita yang lebih sensasi menggemparkan kolej bertiup kencang. Pemerintah Negara Bumi Emas yang mencari permaisuri baru, berhajat melawat Kolej Persediaan Pendidikan. Misinya hanya satu. Mahu bertemu Zaza yang dilihatnya sebagai ikon gadis yang sihat.

Apa terjadi pada Zaza? Mengapa hidup ini penuh kacau-bilau? Orang yang suka mengumpat dan menyebar fitnah ini tidak takut dosakah? Mengapa perempuan suka bergosip? Semua ini membebankan fikiran Zaza. Namun doa dan kesabaran membuatkan Zaza cekal.

Wednesday, January 20, 2010

Al Fatihah Buat Dr Anuar Nor Arai



SEORANG lagi sifu, guru merangkap bapa bagi anak-anak didiknya di Jabatan Pengajian Media, Univeristi Malaya pergi menghadap Ilahi. Tiga hari lepas saya bersembang di laman FB dengan rakan-rakan UM.. dan kami dikejutkan dengan khabar pengkritik dan ahli akademik filem, Dr Anuar Nor Arai sedang berada dalam keadaan kritikal di sebuah pusat perubatan swasta KL. Dan lewat petang tadi Shaidah dari Berita Harian mesej pada saya mengkhabarkan berita pemergiaan Dr Anuar. Ya, dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali. Itu janjiNya!

Aduhai... cepatnya masa berlalu... Seorang demi seorang guru saya di UM pergi.. dahulu Allahyarham Prof Madya Abdullah Tahir, Dr Othman Puteh, kemudian Arwah Tan Sri Samad Ismail.. hari ini Dr Anuar Nor Arai... em, entah bila pula giliran saya.

Biarpun saya bukan pelajar yg majoring fikem namun banyak ilmu, pesanan dan nasihat diberi oleh Dr Anuar. Pengalaman bersama-sama menjadi krew untuk filem Johnny Bikin Filem, antara kenangan yg sangat mahal sempat dikutip waktu di kampus. Sungguh.. saya buta filem.. tapi secara teori, filem yang diterjemahkan oleh Dr Anuar sangat indah melalui ilmu dan pengalamannya. Mainan dalaman, emosi, bayang-bayang, lighting... segala-galanya mampu mencantikkan filem. Dan, semua itu sebenarnya saya kutip, saya adun untuk pedoman saya tatkala berkarya.

Sebenarnya pada hari rabu ini kami berpakat-pakat mahu membaca Yaasin selepas Isyak.. sama ada kami berada di Melaka, KL, UM, Kelantan ataupun UK.. mohon Allah permudahkan segala-galanya buat Dr Anuar.. Ya, Allah lebih sayangi dia. Jam lima petang tadi dia kembali. Mudah-mudahan dia tenang di sana!

Monday, January 18, 2010

BUKU ASAS SOLEKAN.. ALAF 21


Editor saya, liz yg bertungkus-lumus utk buku ini bersama-sama Faizal Alaf21

TARAAAA....... ini dia buku asas solekan terbitan ALAF 21. Buku ini kerjasama saya bersama jurusolek tersohor tanah air dan tentunya makeup artist kesayangan aktres ROZITA CHE WAN, AMY JANZ.... Panjang sejarah buku make-up ni... pengalaman bersama-sama editor saya Norlizawati, Faizal dan rakan rakan lain dari ALAF 21 akhirnya melahirkan sesuatu yang sangat mengujakan. Saya tak sangka hasilnya secantik ini. Memang bukan mudah menyiapkan buku step by step ini... Tentunya Faizal selaku grafik designer lebih terasa stressnya.. tapi percayalah.. hasilnya memang VAST.. Waktu buku ini di tangan saya seperti tak percaya. Harganya amat murah kalau dibandingkan dengan kualiti buku ini... Bak kata Faizal, dia harap dengan harga yg rendah itu semua peringkat boleh beli buku ini...




Cara membeli buku Asas Solekan
Caranya:

1. Membuat pembelian secara terus ke kedai alaf 21. (15% diskaun)
Anda boleh datang terus ke alaf 21 di alamat:
Pejabat Urusan Alaf21 sdn. bhd,
Lot12, Persiaran Kemajuan 16/16,
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
03-55118820/21
www.alaf21.com.my

2. Pembelian secara pos.
Dengan cara ini anda boleh menulis di atas kertas butiran diri:
a)Nama dan alamat
b)Buku apa yang nak dibeli(Asas solekan rm19.90)
c) No Telefon dan emel
d) berserta wangpos/MO, PO, dan cek berharga harga buku
(kos pos percuma)

3. Melalui bank in/maybank2u
Anda boleh berurusan dengan membuat bayaran ke maybank2u:
Akaun: ALAF DUA PULUH SATU SDN. BHD.
Maybank Berhad(014271416077. Faks kan slip bank dan borang pesanan anda ke nombor: 03-55113817

4. Melalui emel
Anda boleh e-melkan butir-butir diri beserta alamat ke alaf@alaf21.com.my
a)Nama dan alamat
b)Buku apa yang nak dibeli(Asas solekan rm19.90)
c) No Telefon dan emel
d) berserta wangpos/MO, PO, dan cek berharga harga buku
(kos pos percuma)

ShareThis