Saturday, August 23, 2008

Kata Lynn Dayana dlm blognya:
hati rasa tak sedap
kalau dimasak kicap, masin
dimasak asam pedas, pasti masam
Digoreng pasti hangus
Dibakar pasti hangit

Balas saya,
Biasalah rasa hati tak sedap tu.
Tapi tak boleh nak buat apakan!
Sebab hati tu terlekat kat situ jugak.
Aku kekadang rasa dalam hati aku tu ada lautan Atlantik, Lautan Pasifik, Laut Merah, Laut Hindi... Sekejap taufan, sekejap tsunami, sekejap ombak yang manja-manja aje.. jerung pulak bersepah keliling

Sahut Lynn pada saya
haha... lama kita tak bercerita. ko ni sibuk memanjang... bila nak memendek? haha. Ya,kak... hati mcm lautan. Ombak kuat... doktor pun klu nak selamatkan entah2 akan give up. SYSTEM FAILURE... huhu

Emm, pandai Lynn menilik, saraf jiwa saya mcm ada error, ada SYSTEM FAILURE. Kata sunti, kakak tak cukup tidur. Rasanya sejak 4 bulan tidur saya huru-hara. Selalunya saya selesaikan kerja jam 4.45 pagi. Lepas tu bangkit jam 5.45. Terkejut sebab dengar bunyi van sekolah jemput Syafiq. Jam 8.30 pagi kalau tidak perlu ke mana-mana saya menyambung depan laptop. Kalau laptop ni boleh menjerit dan berasap, lama dah dia buat tanda protes.

Huh, saya betul-betul penat dan exhausted. Terkenangkan kata kak Norhayati Berahim, kalau penat sangat depan komputer, keluarlah ambil angin. Hari Khamis lalu saya betul buat kerja gila. Jam 9.50 pagi saya dah bersarapan di Kluang Station Ikano One Utama. Seorang diri pulak tu! Suami ada bagi training di sana, saya menyibuk ikut. Sanggup bangun pagi sebab nak pergi saing. Walhal pada hari Rabu sebelumnya saya dah letih sebab shooting di hotel dari jam 11 sampai 4.30 petang.

Lepas habis pusing The curve dgn segala mak nenek di One Utama saya ke Mid Valley. Kemudian ke The Gardens. Kaki lenguh sangat sebab buat kerja gila ukur jalan sampai 6.30 petang. Saya parking di Gardens, jadi waktu pulang dahaga sangat.. beli air tin teh o limau di satu kios kecil.. Hah! Padan muka saya satu air tin bodoh tu RM5.90. Hebat betul bumi Malaya ni.. rasa mcm saya beli air tin di europe pulak.

Sepanjang hari ukur jalan tu saya cuma beli CD The Essential Andy William dan The Essential Michael Jackson utk anak. Merapu betulkan!

Saya sebenarnya bila seorang diri tu mcm mcm fikir, teringat zmn dulu, bandingkan dgn sekarang. Betul cakap suami, saya patut bersyukur. Buat kerja berpada-pada, sekadar yang terdaya kata dia.. Huh, bab ni ego saya tinggi. Saya suka cabar diri sendiri buat benda-benda yang menyusahkan hidup saya. Saya cuma pujuk hati agar diri tak mengeluh, tahan penat etc. Alhamdulillah, saya dapat latih diri semula mcm zmn students dulu. Menaip dari siang sampai ke subuh.

ALLAH dah beri kita cukup byk. Bandingkan dulu, beza bukan? Suami selalu pesan begitu. Yelah kot, bila kita dapat hidup dlm impian kita, ada waktu kita terlupa laluan kita sebelumnya. Kekadang saya merungut, jadual suami penuh sangat. Lepas sibuk dgn ikan, ayam, cendawan, sekarang dia berladang serai pulak. Saya tak pernah jengah lagi tapi khabarnya dia dah tanam sendiri 4 ribu rumpun serai. Haram saya tak tolong. Saya bising saja. Saya merungut bila dia tak teman syafiq main bowling. Saya bising bila dia terlupa janjinya utk tengok wayang. Selepas ditegur, saya terdiam dan terfikir sendiri. yelah kot.. saya terlupa dahulu saya lebih susah.

Masa baru berkahwin suami belum pun confirm kerja dgn telekom, saya student tahun satu um. kami cuma ada motor buruk dan masa tu saya cukup ligat menulis sana sini. Balik melaka pun naik bas. Perabot satu tak ada. Sayalah tukang kutip kayu terbuang yg bentuknya mcm meja di tempat buangan sampah. Masa tu syafiq dlm perut 4 bulan. Dan sampai sekarang kayu merangkap meja tu masih saya letak di ruang tamu. Kenang-kenangan zmn susah saya. Anak suruh buang ganti lain saya kata biarkan. Saya varniskan sebab memang kayu terbuang yg berkaki rendah tu tahan sungguh. Ingat lagi.. zmn sengkek tu, suami tak pernah mua kan saya kalau mahu makan itu ini waktu hamilkan syafiq. Alasan suami membazir.. sudahnya memang saya byk kempunan masa syafiq dlm perut (tu sebab syafiq meleleh air liur sampai 4 tahun, agaknya lah..)

Bila sekarang ni segala-galanya ikut sesedap rasa, ikut gerak hati, ikut suka, ikut angin.. ya, saya mcm terlupa cerita lama tu.

Em, sesekali muhasabah diri, kenang kesusahan lalu buat hati saya sejuk dan reda kejap. Kadang-kadang saya mengeluh sendiri sebab rasa serba kurang, serba tak ada.. Tapi bila cubit pipi sendiri, jerit pada cermin sambil pandang diri sendiri, saya sedar semula.. banyak sebenarnya DIA beri.


PS: Pasang CD Andy William, pagi petang siang malam... Sedapnya vokal pak cik ni.. Lagu Love Story-Where Do I Begin, Something Stupid, I Think I Love You, Raindrops Keep Fallin On My Head & Can't Take My Eyes Off You tu... Buat saya hilang stress kejap .. rasa mcm tercampak kat langit ke tujuh pulak!

ShareThis