Friday, October 16, 2009

Komen Editor Majalah Muslimah - Menunggu Cinta Tuhan

Kak Nik Fauziah... Alahai, saya tak tahu nak kata apa! Terima kasih ye! InsyaALLAH di masa akan datang saya cuba buat sesuatu yg lebih bermakna,lebih manis,lebih berisi utk setiap karya! Segala yg baik datang dari ALLAH SWT, yang jelek itu dari saya! Terima kasih semua yg bersama-sama saya sepanjang saya menekuni manuskrip Menunggu Cinta Tuhan..


Ini komen Kak Nik Fauziah...

Menunggu Cinta Tuhan, buah tangan terbaru Lily Haslina Nasir, baru saya terima semalam (15 Oktober ) daripada tuan empunya diri. (Thanks Lily for the free copy!)

Teringat sewaktu bersms dengan Lily, saat beliau sedang ‘bergelut’ menyiapkan naskhah tersebut. Katanya sambil ketawa, “kak, saya tengah buat novel Islamik dengan PTS…konon-kononlah. Tak tahulah menjadi atau tidak…tapi Lily nak mintak pandangan akak yer.”

Di celah-celah kesibukan, tak sempat kami berjumpa. Dan akhirnya Lily mengumumkan kelahiran ‘cahaya mata’ barunya itu. Sekali lagi beliau menghubungi saya dan meminta agar saya tidak membeli buku barunya itu kerana beliau ingin menghadiahkan kepada saya.

Kebetulan kami bersama-sama menghadiri rumah terbuka PTS dan di situ naskhah tersebut bertukar tangan. Actually I was wondering, curious and eager to find out the ‘warak’ side of Lily Haslina (gelak guling-guling). Maklumlah apabila naskhah novel Islamik, biasanya berlatar belakangkan Timur Tengah, berganti nama ana-anta-enti dan sering kali berwatakkan ustaz/ustazah (malah Lily pun mengakui agak suspen dengan percubaannya sendiri).

Lebih kurang jam 9 malam Jumaat itu, saya mula mengadap novel tersebut. Sehingga hampir jam 2 pagi masih meneleku tapi terpaksa surrender, namun kembali menyambungnya selepas solat Subuh dan habis membacanya sebaik masuk waktu dhuha. Alhamdulillah!

Saya tidak tahu apa ungkapan yang sesuai untuk digunakan tapi ia sangat menyentuh hati saya. Pada Lily saya katakan superb.. jawapan standard Lily “takde maknanya!”. Mungkin pemilihan watak dan setting novel itu sangat dekat dengan saya membuatkan saya benar-benar terpegun. Malah kalau saya berada di dalam situasi tersebut, saya sendiri tidak tahu apa yang akan saya buat!

MCT mengisahkan seorang graduan syariah yang memohon kerja sebagai wartawan hiburan di sebuah akhbar arus perdana. Terpaksa berhadapan dengan dua orang ketua yang berlainan pendapat – Muda Sulaiman, seorang yang inginkan pembaharuan dan Azrul Rasyid, tipikal orang ‘hiburan’. Ironisnya, watak Azrul Rasyid yang juga berlatar belakangkan pendidikan agama namun jauh terseret daripada apa yang dipelajari.

Di situlah bermulanya konflik antara Azrul Rasyid, si tampan bermulut puaka (Lily…dah lama akak tak dengar istilah tu..dan sangat-sangat mengembalikan nostalgia sewaktu praktikal dulu, betapa capoinya mulut orang-orang dalam line tu) dengan Khalida Atikah, graduan syariah yang mencuba nasib dalam bidang serba baru untuk dirinya. Bayangkan pertembungan nilai dan prinsip yang terpaksa dihadapi.

Menelusuri kehidupan Khalida Atikah, membuatkan saya berasa iri dan kagum dengan kekebalan mental dan keutuhan prinsip yang dipegang. Betapa apabila membandingkan dengan diri sendiri, saya tidak yakin apakah saya juga mempunyai kekuatan sebagaimana Khalida Atikah andai dihadapkan dengan situasi sedemikian.

Berada dalam media Islam biarpun sukar, namun kita telah berada dalam landasan yang mudah, cuma terpaksa berhadapan dengan sedikit sahaja kesukaran dalam menjalankan misi dakwah. Namun berada dalam 'acuan yang tidak sempurna' lebih sukar untuk berdakwah. Tentangan bukan sahaja dari luar malah cabaran dari dalam juga menjadi hambatan yang lebih menyakitkan. Tidak mustahil kualiti dakwah itu itu sendiri lebih bermakna!

Pujian harus diberikan kepada Lily kerana garapan hujah yang bernas (terserlah sisi warak Lily, wink2). Pemilihan diksi dan gaya penulisan, menyerlahkan keindahan bahasa penulis. Nilai keagamaan, profesion kewartawan dan amalan mistik yang menjadi tema karya, mentashihkan pengalaman penulis yang telah berkecimpung lebih 12 tahun dalam bidang jurnalisme.

Dan setelah menekuni novel ini, saya juga telah dapat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh penulis kepada saya, “mengapa ada orang yang berpendidikan agama, menjaga solat dan dilihat warak, tidak tahan bila diuji?”.

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah sekadar belajar agama dan bersolat belum tentu dapat menjamin diri andai tidak ada penghayatan dalam ibadah dan tidak mendapat rahmat Allah. Tanpa rahmat-Nya, tiada erti hidup kita! Bagaimana hendak mendapat rahmat Allah?? Mintalah belas ehsan dari-Nya kerana kita ini milik-Nya!

Saya menanti sekuel novel MCT!
Posted by Nik Fauziah Nik Hussin at 10:18 PM

Azmee & Dayana - Mencari Diri

Dalam fikiran saya bersimpang-siur sekarang ni fikirkan plot cerita. Ada yang itu, ada yang ini... ha ha ha lama sungguh saya tak menaip!!! Cuti raya saya macam ala-ala sebulan. Baru-baru ni saya terima emel. Sebenarnya sudah berkali-kali Idalynn emelkan pada saya. Dia sekarang ni sambung belajar di UK.

Katanya, dia berhajat sangat-sangat saya sambungkan kisah couple Azmee dan Dayana dalam Mencari Diri. Huhuu... itu cerita lama. Novel lama. Saya pun ingat-ingat lupa dah novel tu. Novel saya tulis zaman saya di UM.

Tiba-tiba Rose Harissa beritahu saya, dia beli novel Mencari Diri. Alamak, dengan kawan penulis ni lagilah saya segan!
“Kau sambung balik cerita Azmee tu! Aku baca aku suka dengan Azmee. Dayana tu pun ala ala gedik bila dia nak tackle Azmee.”

Hah? Itu novel lamalah!
“Aku suka! Betul! Bila aku baca, aku pulak rasa nak masuk UM tu nak cari siapa Azmee, nak tengok macam Azmee tu... karektor dia best. Ala ala sombong, cool dan baik. Buat zaman dia dah kerja. Novel Mencari Diri tu pendek ceritanya.. tak puas baca.” Beriya iya Che Rose komen.

Wah Che Rose menambah lagi plot cerita untuk saya. Nantilah. Sekarang ni saya memang rajin berfacebook. Memang macam macam cerita merapu zaman UM keluar. Kawan-kawan saya nakal dan menyakat saya yg tengah gila mengecat sekarang.

Kata Ayu yang ada di York, kalau datang rumah si Lily kena pakai baju Adam’s Famili yang hitam tu.. Kata Gee pula, kalau ke rumah saya kena bawak lampu suluh sebab rumah saya dinding hitam. Lepas tu bila saya cat merah dan kebetulan jarang masuk FB sebab sibuk, depa kata ohhh.. si lily ni mesti sibuk di PWTC.. Maklum rumah dah cat merah tentu si lily tu penyokong tegar UMNO... Hamboi hamboi hamboi... nantilah ... saya belum sempat nak sambung chatting kat Facebook tu...

Friday, October 9, 2009

Menunggu Cinta Tuhan ... Dah Terbit



MENUNGGU CINTA TUHAN
NOVEL ISLAMIK TERBITAN PTS LITERA
HARGA: RM18 (Semenanjung)
RM20 (Sabah & Sarawak)



Buat yg berhajat mahu beli terus dari saya, klik di atas,lengkapkan borang dan pembayaran melalui maybank2u. Jikalau sudah membaca, apa kata sudi-sudikan memberi komen mengapa anda menyenangi MENUNGGU CINTA TUHAN dan jikalau saya menyambung novel ini dengan menulis AKU DISENTUH TUHAN (judul sementara yg membayangkan seseorang yg mendapat hidayah) apakah perkara yg anda ingin saya tambah dan kembangkan di dalam plot novel itu kelak. Satu komen yang terbaik akan menerima sebuah beg sling sembonia limited edition dari saya. Semua ini boleh diemelkan kepada saya di lilyhaslinanasir@gmail.com

InsyaALLAH, dlm masa yg terdekat saya akan menyiapkan sambungan MENUNGGU CINTA TUHAN dgn judul AKU DISENTUH TUHAN.. mudah-mudahan kali ini lebih lancar proses menulisnya.

Terima kasih Asma.. terima kasih team Litera PTS, terima kasih Pts.. Dan tentunya terima kasih Tuhan utk peluang ini!

Semalam dlm keadaan mengantuk saya paksa juga diri memandu ke gudang PTS di Batu Caves.. uwaaaaa.. mcm tak percaya tengok Menunggu Cinta Tuhan depan mata.


Khalida Atikah jiwanya bening lagi putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam.
Dia mungkin tidak punya cinta tapi tetap punya cita-cita.
Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa.
Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru.
Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia?

“Alamak... macam mana nak tulis gosip? Nanti aku fitnah orang?”
Ketuanya, Azrul amat digeruni. Lelaki muda itu matanya tajam menikam, lidahnya mampu menghiris, tindakannya menghancur lumatkan kerjaya kewartawanan yang baru bermula.

Namun di antara Azrul yang digelar Harimau Dinamik dengan Allah swt Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam, Khalida tunduk sujud gentar lagi penuh cinta pada Yang Khalid!

Azrul Rasyid.. dia lelaki keras, kasar lagi lantang.
Kata-katanya penuh luka, bibirnya penuh duri.
Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati.

“Hah?! Budak Khalida jadi anak buah aku?”
“Bertudung, lurus bendul, aliran agama... Apa Khalida tahu tentang hiburan dan artis?”
“Menulis di ruangan hiburan pun macam beri kuliah subuh!”

Renungannya pada Khalida penuh benci dan keji.
Gadis ini memang menyusahkan!
Tapi entah mengapa wajah polos jernih itu ada ketika menggugah hati bekunya.

Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba.
Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu.
Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian.
Setinggi mana mampu mereka menongkat langit.
Sejauh manakah cinta mampu bertahan di antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yang menguasai.

Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pada Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rasyid dan Nureen siapa yang lebih luhur lagi putih untuk disapa cinta PenciptaNya?

ShareThis