Sunday, May 26, 2013

Mak, Boleh Booking Almari Kaca Kat Muzium Ya;))

Jumaat lepas saya sediakan jambangan kekwa biru dan lauk tempoyak ikan patin untuk terima tetamu. Asma Azman pelajar sarjana Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu, UKM berkunjung ke rumah untuk sesi temubual. Saya tanyakan tajuk kajiannya. Sebab selalunya kalau pelajar universiti jumpa saya, kajian mereka seputar karya saya.


Kata Asma, judul tugasannya untuk semestar ini, Kajian Tokoh Lily Haslina: Karya Kanak-Kanak & Remaja. Saya berkerut kejap. Satu perkara yang terlintas di fikiran. Hohoho itu signal awal saya sudah warga emas. Saya sudah tuaaaaaa sesangat sampai anak-anak atau adik-adik interview begitu. Kajian karya pula fokus pada semua judul siiri Aku, Dia & Coklat, Aku, Dia & Gosip, Glamor, Drama Queen dan Gaun Pengantin. Hem, anak saya kata... mak sedar diri mak! Mak dah tak muda lagi dah... Tak lama mak dengan karya mak masuk arkib sama muzium!;)
Syafiq kata dah boleh sangat mak survey dan booking mana-mana almari kaca muzium yang muat saiz mak..... Mak dah tahap barang artifak dah...:)) cessss


Thursday, May 23, 2013

Buat Produksi Superlicious Sofea... Baik-Baik Aje Ya :))

Bermula dengan memerhati dan mendengar cerita anak. Kisah kesengalan dan perangai dia yang entah apa-apa di asrama. Nak pulak dia mengaku rebel sebab saya paksa dia ke sana. Maka timbullah cerita Superlicious Sofea di Highlanders. Oh, saya tak pernah berangan pun akan tulis drama. Saya lebih syok nak buat novel. Alih-alih novel separuh jalan, saya kena siapkan skrip dulu. 13 episod.

Dan hahahaha memang ada kawan yang mencebik. Skrip apalah yang kau buat tu? Entah ya entah tidak! Macam tak caya jer... Kau reti ke? Kau mana pernah masuk kursus mana-mana.

Hihihi saya ok aje. Alah dulu kat UM, terpaksa rela ambil paper filem. Hahaha... dan bagi saya yang jenis redah dan redo, saya buat aje.

Proses bikin skrip 13 episod selama sebulan setengah tu bagi saya adalah kursus yang sangat real saya terima terus dari produser saya. Hazab sebenarnya! Sebab saya tak minat! Kacau bilau jiwa! Hahaha tapi kan konsep saya redah!


Buat bos dan tuan punya produksi, mudah-mudahan semua kerja-kerja shooting berjalan lancar. Huhuhu... sampai hari ni saya masih tak sempat lagi nak ke lokasi SUPERLICIOUS SOFEA. Doa dari jauh semoga semuanya baik-baik belaka. Pic di bawah ni saya pinjam dari instagram naffizzolkefli. Pix Norman Hakim yang jadi Pak Hafiz @ En Hafiz di Kolej Highlanders.


Sekarang ni saya akan cuba buat larian mengejar masa. Saya harap Superlicious Sofea versi buku keluar dulu berbanding versi tv. Biarpun saya yang tulis skrip, saya yang bikin novelnya, tapi banyak perkara saya belajar dan akur. Versi tv TAK AKAN SAMA dengan versi novel. Banyak kekangannya. Tapi tak mengapa. Alhamdulillah. Saya mokcik tua yang baru nak belajar. Terima kasih tuan produser di atas peluang dan kepercayaan. Yeahhhaaaa.... ada dua lagi judul drama bersiri 13 episod saya bersama tuan produser! Alhamdulillah! Errr macam mimpi pulak:))

Tuesday, May 21, 2013

MENJEJAKI SORGA BUKU LAMA....






SELALUNYA kalau mahu cari novel-novel lama, saya akan meredah jalan Chowrasta, Pulau Pinang. Di kedai uncle yang satu tu saya akan duduk bersila sambil memunggah dan membelek buku-buku yang mahu dibeli. Wah! Tak sangka di Puchong ada juga kedai yang sangat sorga bagi saya.

Niat mencari surat khabar di hari Ahad sambil temankan Rania sangat berbaloi, bila saya secara tak sengaja jumpa kedai sorga buku lama ni. Satu beg plastik besar saya borong dan angkut buku TAMAR JALIS dan TOK AWANG NGAH yang dijual 50 sen aje!! 


 Entah bila nak baca! Tapi saya suka mengumpul khazanah lama ni. Saya juga tak suka membataskan himpunan buku yang saya kumpul atau membataskan pembacaan saya. Apa saja yang bagus, mengikut genre masing-masing saya baca. Diam tak diam, rasa makin lengkap himpunan TAMAR JALIS saya. Makin melimpah-limpah stok buku lama saya. Dah boleh sangat berangan-angan buat kafe buku yang santai-santai. Sambil makan lempeng, cucur udang atau pengat pisang, sambil baca buku dan menaip:)) Tu projek bila dah ada cucu nanti kot...:)) Dan hanya, kalaulah umur panjang.....




Saya dapat dalam 17 buah buku semuanya. Paling paling paling buat saya terkinja-kinja bila jumpa novel Rosie yang pertama.

Novel pertama yang dia tulis waktu tingkatan 3, waktu dia masih di MRSM. Yaya.... buku mama Yaya!! Hahaha terkelip-kelip Yaya tak berapa faham. Saya beli novel mama Yaya. Terasa sangat berbaloi temankan Yaya sebab mama Yaya ke Bangkok masa tu. Dan bila balik rumah Syafiq sama Haiqal jeling..... Mak beli buku lagi? Mak ni dah jadi macam hoarders lah!!!




TQ EYNDA...;)))


Hihihihi.. suka! Suka! Ingatkan zaman rumaja aje selalu dapat hadiah coklat. Dah tua-tua ni pun selalu aje saya dapat kiriman atau kejutan manis sama ada dari adik-adik pembaca, anakanda-anakanda jiran tetangga yang akan hadiahkan saya coklat. Dulu arwah mak selalu marahkan saya bila saya dapat hadiah coklat dari entah siapa-siapa umat lelaki yang saya tak kenal.

Mak akan bebel dan kata, "Hahaha... esok dah kahwin, tak payah masak ya! Hiduplah kau dengan makan coklat aje!" Punya banyak dulu stok coklat dihadiahkan orang sampai saya boleh selamba panjangkan sedekah pada kawan-kawan. Bila dah anak bujang ni saya perasan, kerap jugak saya terima coklat pemberian anak gadis yang nak beli jiwa saya... Muahmuahhamuahhhhaaaa....

Dalam kalut ke airport saya sempat singgah pejabat pos. Ada parcel untuk saya. Tertulis UNTUK KANDA LILY HASLINA... hahahaa tengok sekali imbas macam parcel buku. Bila buka.... taraaaaaa....coklat! Dua bar yang sangat besar! Tq tq tq Eynda Iynda. Kak Lily akan makan berdikit-dikit ya! Tq adinda!

Saturday, May 18, 2013

Terima kasih DR KAMARIAH & WARGA FAKULTI BAHASA BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI, UPM


Terima kasih buat Dr Kamariah Kamarudin dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM kerana mengundang saya bersama-sama menjayakan majlis ilmu Program Bicara Ilmu Bersama Mahasiswa UPM. Pengalaman saya tidak seberapa dibandingkan dengan kanda Zaiton Abu Samah yang sememangnya pembimbing saya dahulu dan juga kanda Sri Diah Shaharuddin yang sememangnya punya nama besar dalam dunia media. Terima kasih sebanyak bintang di langit untuk semua.


Bertabah untuk senyum biar saya cuak bila diapit oleh sifu sifu saya sewaktu perkongsian ilmu itu. 

 — 


Kanda Zaiton yang saya kenal sejak usia 14 tahun. Tanpa editor DBP macam Kak Ton, tak adalah penulis nama LHN


Baju putih belah kanan, kanda Sri Diah, orang hebat dan orang besar kumpulan karangkraf


Thursday, May 16, 2013

Ya Saya Harus Gigih dan Bertabah. Lalalalaalaaaa.....:)))


Setakat ni kerja yang berbaki siap..... Hati gumbira jadi hahahaha rasa nak berdiet siang, roti canai macam biasa lewat dinihari.... Kek nak buat selalu macam time baru berhenti kerja dulu.

Wah, konon tak mau makan nasi. Tapi tak ada maknanya kalau coklat dan kek tetap macam biasa. Dan jadual lewat pagi ala ala jam dua pagi tu saya selamba cari roti canai sama kari kambing di mamak. Dan tadi pun tetiba sahabat lama yang saya anggap adinda saya yang juga ex staff Berita Publishing telefon.

Kak Lily, Eynda ada buat pos laju untuk akak! Tunggu posmen datang ya.... Eynda kirimkan coklat bar yang besar khas untuk Kak Lily!

Wah..... Bahagia sungguhkan! Hahahaha tak kira coklat yang sentiasa ada dalam stok di rumah, siap ada adik tolong kirimkan pulak! Jadi harus diet ke laut!


Errr boleh kan kalau tetap ada niat mulus suci murni lagi polos nak kurus balik wahai adinda Rosie Haslinda Nasir?? (BACA:  MOKCIK STRESS ROSIE MASIH MAINTAIN CURVY. NOT KURUS KERING ATAU GUMUKS MACAM SAYA;((... ALA-ALA MACAM ZAMAN DIA DALAM TEAM GIMRAMA DULU)

ROSIE PALING KIRI, SOFEA JANE DAN ZAIHANI MOHD ZAIN SELEPAS SHOOTING GADIS M2

Hahahahaaha Rosie, Kak Lily nak join Yaya swimming lah. Nak kurus macam Rosie? Mode stress bila tengok gambar adik sendiri:)) Saya dah lama tak jumpa Rosie dik kesibukan masing-masing. Tengok foto Rosie yang baru selesai rakaman Astro Ria untuk Program Gadis M2, yang mana Rosie jadi juri jemputan, huhuhuhu.... mokcik stress. Haishhh hari tu a bit gumuks Rosie. Haiyyaaaa ini sudah susut balik......:)))  Maka pesanan buat saya sendiri, gigih lily gigih, henti makan coklat, henti roti canai jam dua pagi:))) Buat Rosie selamat bergumbira di Bangkok.


Wednesday, May 15, 2013

Oh! Tetiba Saya Jadi Panik....


Untuk program DI SEBALIK NAMA - TAN SRI A SAMAD ISMAIL ini, kata Aliff (Penerbit Rancangan Unit Majalah & Dokumentar RTM), Datuk Nuraina Tan Sri A Samad, Datuk A Kadir Jasin antara yang ditemubual. 

Oh, tetiba saya jadi panik. Huhuhuuu.... saya kata sama Aliff, Allah.... segannya saya! Saya cuma bekas pelajar arwah Pak Samad. Dan masa ditemubual tadi saya jawab pun santai-santai aje. Menyingkap kembali kenangan waktu jadi student Pak Samad dan saat saya menulis biografi Pak Samad. Aduhai bila dengar nama bekas bos besar saya di Berita Publishing dulu, saya jadi malu sendiri. Ampunnn... kalau ada bual cerita saya yang mungkin tak berapa kena (harap-harap tidak:))

Terima kasih Krew DI SEBALIK NAMA - TAN SRI A SAMAD ISMAIL

Mokcik lega. Sorang-sorang di rumah. Urus Thambi, Haiqal dan Jejai. Tetiba tamu-tamu krew RTM program Di SEBALIK NAMA sampai awal. Huwaaaa mokcik lintang pukang. Sambil-sambil Aliff dan krew set up kat depan, saya macam ribut di dapur. Hahaha sempat goreng cucur. Ada kerepek emping jagung pedas Kanda Iswati Ishak, saya hidangkan. Hahahaa lassssssttt sekali mi goreng udang sama agar-agar. 

Aliff dan rakan berkali-kali tegur. Cukup Kak Lily. Eh, sudah Kak Lily.... Banyak sangat makanan. Tapi hishhh .... saya dah terbiasa. Kalau orang datang rumah saya, tak kira siapa, nak pulak yang memang sudah berjanji awal, saya rasa macam tak best kalau tak jamu. Rumah saya sudahlah amaaat amaaaaat amaaaat jauh!! Rasa berbesar hati sangat bila orang sudah datang, apatah lagi atas urusan tugas dan untuk interview saya.










Alhamdulillah selesai interview tamu RTM pulang. Dan hujan turun melimpah-limpah sampai penuh tempayan saya di luar rumah. Alhamdulillah. Dan esok ada urusan lain pula. Dan lusa si dia cuti, saya nak bersuka ria sama dia....Mokcik suka!

Bila Rumah Di Hujung Tanjung, Di Bawah Benua.....

SEDIHNYA bila hidup di hujung tanjung, di bawah benua! Feeling-feeling nak letak fresh flowers atas meja masa shooting dokumentari DI SEBALIK NAMA - ALMARHUM TAN SRI A SAMAD ISMAIL di rumah saya petang nanti. Sejam berkeliling pekan kecik ni.... hampeh! Belum lagi berangan nak ros merah biru pink oren, belum lagi teringin harum sundal malam yang wangi tu (ada pokok belum berbunga lebat), tak lagi berhajat nak calla lily. Dekat sejam mencari jumpalah takat kekwa putih aje. Kedai yang terceruk di hujung pekan. Sedih... sedih...:)))
Hemmm macam boleh dipertimbangkan aje... esok lusa, kalau dah tak larat, nak tinggal di kawasan yang kelilingnya ada kedai, ada mall, boleh kot pindah ke rumah damansara perdana tu... 

Bila dah tua mesti saya tak larat nak maintain rumah berlaman. Anak-anak gerenti tak kuasa nak tolong kemas ayam angsa tu. Saya malas riadah. Tapi kalau berkeliling malls, saya sangat gigih! Hahahaha tu sah sah bangun tidur aje boleh bersiar-siar di One Utama, di The Curve.... Wah! Macam kukuh sungguh alasan kan supaya penyewa sedia ada yang sangat setia sejak 9 tahun menyewa di rumah saya tu keluar cari rumah lain. Hahahaha LHN dah bertanduk:))


Mode: Memikirkan proposal untuk hari tua... Memikir-mikir alasan. Jom pindah rumah atas angin, bawah langit.

Monday, May 13, 2013

Terkejut Beruk. . . . .

Hahahaha... Ni baru real namanya terperanjat beruk! Buka pintu, nak kasi angin masuk, feeling-feeling nak bubuh baja kat pokok harum sundal malam, nak bubuh baja kat pokok sirih, pokok melati, cempaka.... cessss saya nampak mamat ni sengih kat saya. Duduk bertenggek atas tembok pagar. Mujur dia lari bila saya nak ambil gambar. Kalau dia tak lari, gerenti saya yang lari terlompat-lompat.


ABANG CR... SELAMAT HARI LAHIR;))

Mak, nak tanya sikit boleh. Hem, apa dia? Soalan Haiqal pagi tadi sebelum ke sekolah. Saya ingat nak demand hadiah hari jadi.

Rupa ni soalan dia.
"Mak, hari ni birthday abang Syafiq ke-20. Esok kita ke-10, mak tak rasa mak dah tua ke?"
Dan saya terus keluar suara mokcik di rumah.
"Hei, helooo.... apa kes mak nak rasa tua bila Syafiq dah 20? Dia yang makin besar, makin tua... Macam Haiqal. Mak rasa mak sama aje macam dulu! Hahaha... betulkan? Baik cakap betul..... kalau tak game kena rampas!"

Haiqal terkelip-kelip dan merungut, "Tanya pun tak boleh!" Hahahaha mak dia gelak langsuir pagi tadi.





Rasanya bukan saya aje, kawan-kawan UM pun ramai masih ingat episod saya pitam, rebah di koperasi UM. Saya dehidrasi dan muntah sampai sembilan bulan. Rasanya Siti Zarinah pun masih ingat saat dia selalu temankan saya yang tengah sarat waktu kami mahu ke dewan periksa. Siti Zarinah saya panggil bonda sebab dia orang pertama mengajar saya memegang dan mendukung Syafiq.

Dan saya masih terbayang-bayang ramai teman mengusik bila tengok Syafiq. Dahinya berkerut sentiasa. Kata kawan-kawan "Kesian baby.... Mak dia studi dan masuk exam di Dewan Tunku Canselor heret dia sekali. Bila lahir muka baby berkerut aje!" 



Diam tak diam dah 20 tahun pengalaman tu berlalu. Hohohoho untuk Syafiq, selamat hari lahir. Terus tabah, gagah, macho dan cool ya untuk mendengar bebelan mak, leteran mak, amukan mak, selagi hayat dikandung badan. Love you baby! Tetap anak mak, tetap baby mak biar awak dah besar panjang. 





Syafiq dah 20 hari ni.... hahahah mak tetap rasa macam mak baru 32! World Peace!
 —

Friday, May 10, 2013

BUSY SIBUK BUSY SIBUK.....



PAKCIK CEO

KELMARIN rasa nak pengsan memandu 4 jam pergi, 4 jam pulang, sekadar untuk ke Kuala Lumpur. Hari ni meeting lagi. Jumpa bos merangkap sahabat lama sebenarnya. Huhuhu... malu segan saya bila dia yang beriya nak jumpa. Ikutkan hati saya nak kansel sebab terkejut dengan kesesakan KL semalam. 

Sahabat saya ni sudah CEO. Bukan Melayu. Mengajak saya buat beberapa kerja. Saya segan sebenarnya. Maklum gajinya saja puluh-puluh-puluh ribu lemon. Saya tak mau orang kata saya menempek.

 Dia tanya saya kenapa beli rumah jauh sangat. Saya kata rumah saya diami ni saya dah beli waktu saya masih student di UM. Murah dan tanahnya luas. Syafiq baru umur setahun masa tu. Saya kata saya dah nampak sejak dulu, saya tak betah makan gaji. Saya memang dah agak saya akan jaga ayam, angsa dan kucing. Huhuhhuu uncle CEO ni terkekeh-kekeh gelak tanpa peduli orang lain. Cesss macam saya buat joke tahap maharaja lawak. 

Tapi di akhir perbualan, saya sebut, "You masih jovial macam dulu ya! Tak stress kerja?"
Jawab dia, "Lily, rugi nak stress kerja, hidup kena tenang, nikmati kehidupan seadanya. Gaji I hanya di kertas dan di akaun bank. Pangkat I hanya tertulis di kad kerja. I makan nasi macam U jugak! I tak pernah mimpi berada di tahap sekarang. Satu saja I pesan, jangan biasakan diri dalam comfort zone. Nanti you takkan ke mana-mana."

Hari Rabu lalu saya mau pergi meeting tiba-tiba terjebak dalam kesesakan yang sangat teruk, Rasa mau berhenti dan tidur dalam kereta tepi jalan:(( - pix kredit ROSE HARISSA




ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah kerja saya yang satu tu selesai. Mahu ke layout, selepas itu printer. Akhir sekali siaplah buku tu. Yang terbengkalai sejak tahun 2011. Alhamdulillah. Bersyukur sesangat tapi deria rasa tu macam dah mati rasanya. Sebab lama sangat menyiapkannya. Dan dalam penat yang masih bersisa, dapat panggilan telefon. Horeeyyyyyy..... Watak En Hafiz dalam Superlicious Sofea saya tu dipegang Inche Norman Hakim. Pensyarah yang garang lagi cengih tapi hansem di Highlanders tu rasa saya serasi dengan Norman Hakim. Hahahaha jangan tanya saya yang lain. Saya tak tahu dan tak sempat nak tanya banyak pada pembantu Production Manager bos saya tu. Saya cuma sempat pesan pada adik Yus ni, jangan lupa ambil pix dan kongsikan pada saya. 

SUPERLICIOUS SOFEA
Mula-mula ingat selepas terbit buku yang dalam proses layout ni, saya nak tulis cerita skandal pula. Hahahaha.... bila tulis sendiri sesuka hati saya aje nak fikirkan tema apa. Jangan risau.... skandal kalau saya tulis pun masih berhemah. Bukan skandal ke neraka. Hahahahaha ada ke skandal yang berhemah??? Ada..... tapi disebabkan bos production dah buka mulut, "Lily, novel Superlicious Sofea you buat tau.... Jangan perap sebab I tengah shooting ni." 

Errr terpaksa ikut cakap bos nampaknya. Superlicious Sofea dululah nampaknya. Biar saya yang tulis skrip, saya juga yang  buat novel. Tapi saya akui dua medium ini ada sikit beza. Sebab kehendak teks untuk kamera lain berbanding teks untuk dijadikan buku. Untuk siapkan buku, cukup sekadar dengan angan-angan penulis. Maklum mengolah watak dalam buku tak perlu bajet macam mengolah watak untuk satu produksi drama.

PESTA BUKU - MERAJUK - HAISHHHH.... TAK KUASALAH!
Masa pesta buku, saya sempat singgah kejap aje. Tu pun masa orang hampir tutup gerai. Semuanya sebab anak yang outing bermalam, tiba-tiba kata nak cari buku. Dalam masa yang singkat itu juga, tanpa saya duga, Kanda Melur Jelita ajak jumpa di kamar penginapannya. Rasa sangat terharu. Terima kasih juga pada Ez Husnayang temankan Kak Lily.

Saya memang tak sempat sesangat nak ke pesta buku macam tahun sudah sebab sejak Februari berlarutan ke Mac sampailah semalam, saya dihambat deadline tertentu. Dan pada yang pm, emel, mesej saya, tanya, "Kak Lily merajuk ya? Kenapa senyap aje??" Hahahahaa saya gelak guling terkekeh-kekeh! Ampun! Mokcik dah tua!

"Kak Lily, orang cerita kat saya akak merajuk ya?" Hohohoho..... mau sengih kejap bila dengar cerita yang 
 sampai direct kat saya. Lawak sihhh....

Tak kuasa nak merajuk!! Sepanjang saya sibuk ni anak saya Haiqal komplain jadi anak terbiar. Yang duduk di asrama pun sampai kena gastrik sebab dah biasa manja mak dia datang tiap minggu. Haishhh tak sesuweeeiii saya nak merajuk. Hahaha saya menulis bukan baru setahun dua, bukan baru 4-5 tahun, sejak umur baru akil baligh saya dah menulis. Tak kuasa nak merajuk! Dan bila saya senyap makna saya sibuk. Hihihi saya ni malulah pulak kalau nak cerita awal-awal benda yang saya tengah buat. Takut nak pukul canang, nak palu gendang kalau benda tak jadi lagi... Kekadang bila kita terlalu cerita sangat apa kita nak buat tapi satu benda pun tak nampak, tanpa kita sedar, orang akan perlekehkan kredibiliti kita. Bising aje lebih tapi benda satu tak nampak. Kalau saya, anak-anak akan sorakkan dan kutuk saya bila saya plan bla bla bla tapi tak menjadi. Bila dah selesai semua, dah betul jadi, barulah saya berani sebut. Hihihihi diam saya bukan merajuk ye kengkawan.....:))) WORLD PEACE!



Sunday, May 5, 2013

Terima Kasih Mat Gebu.... Tq semua! Ohhh... Saya Sangat Terharu:)))




NOTA KAKI :- Macam mana pun Che Mat salute pada Puan Lily Haslina Nasir, bekas penyelaras resipi untuk Majalah Jelita.....terima kasih Kak Lily...

Ini catatan Mat Gebu dalam entrinya yang bertajuk 
http://www.tiffinbiru.com/2013/04/publisiti-vs-penghargaan-vs-diperalatkan.html.



Ini pula komen kanda Ummi Zaihadi berkisar posting Mat Gebu yang saya sebutkan. Allah.... segan saya! Terima kasih ya! Kita tak pernah berjumpa. Tapi pernah berkerjasama di atas beberapa tugasan. Ummi Zaihadi selalu memudahkan kerja saya. Sama aje macam Mat. Biar pun kekadang saya agak kalut dengan deadline. 

Ummi said...
Puan Lily Haslina terbaiiikk... Mat, xnak komen dah sini...letisss...perlu ke...x perlu kan, dah berantakan di FB ko...hahaha... Apapun Mat telah melakukan tindakan yang betul dgn entry ini...kita cuma nyatakan pendapat dan pendirian kita, terpulang kepada masing-masing menilainya... ^__^

APRIL 29, 2013 AT 2:45 PM


Dan ini pula komen yang lain yang buat saya rasa sob! sob! sob! Terharu.... Oh, Lily Haslina sekarang sekadar duduk rumah aje:)) Siapalah saya....

eyeyou said...
kak lily tu senior sek sy..saluteee!! :)

MAY 3, 2013 AT 2:28 PM


Hahaha... saya yang baru buka fb, terkejut jugak baca penghargaan dari Mat Gebu. Terima kasih sesangat mat. Mat selalu ingat kak lily. Rasa terharu dan sangat dihargai. Ya, dalam dunia ni, dalam sibuk kerja, sibuk mengejar itu ini.... kekadang kita akan rasa tersentuh bila perkara yang kita rasa kecil, yang pernah kita lakukan dihargai orang. Kata orang tanda ingat. Kalau nak ikutkan, siapalah Lily Haslina dibandingkan Mat yang ada ratusan ribu pengikut sama ada dalam nyata atau dalam diam. Terima kasih sekali lagi mat. Penghargaan yang buat kak lily tersenyum sebaik buka saja fb selepas lama bertapa.

Kepada semua yang menceriakan hari minggu saya ni, terima kasih ya... Sungguh saya terkejut bila buka fb selepas berminggu-minggu saya rehatkan.


Ini adalah jawapan saya buat entri dan posting Mat Gebu.

Salam yang amat amat amat Kak Lily sanjung dan hormat, Inche Mat Gebu! Salam kenal juga untuk semua yang di sini! Alllah! Mat akak mintak ampun juta juta juta juta bintang di langit. Pagi ni baru akak bukak balik facebook akak yang akak kunci kejap dik kesibukan doniawi yang entah apa-apa. Barulah akak ternampak mesej mat!

Hahaha... segan pulak kak lily bila mat mention nama akak kat sini. Kak lily ni dah pencen kerja. Terima kasih sebab masih ingat Kak Lily! Begitu jugak pada Ummi... tq so much dear!

Isu ni memanglah selalu jugak berbangkit. Bagi akak simple aje... Yalah, setiap benda yang kita usahakan dengan penuh rasa minat, kesungguhan memang menagih masa, tenaga dan tak dapat tidak, modal duit ringgit pasti akan dikeluarkan jugak.

Dan bila ada yang berhajat, berminat, nak melamar 'hak' kita tu semanis-manisnya, semolek-moleknya kenalah ada sikit maharnya bukan? Hahaha... kata orang tanda hargai dan upah penat. Sepanjang akak bertugas dulu... ya memang taklah banyak dapat diberi. Tapi alhamdulillah, adalah jugak tokennya.

Sebab yang melamar tu dah tentu tentu untuk urusan bisnes yang menghasilkan, yang menjanakan RM kan... jadi memang lebih manis kalau sedikit ganjaran dikongsi. Tanda terima kasih kata orang.

Tak mengapa mat... juga mungkin kenalan blogger yang lain. Kalau ini yang terjadi, mudah-mudahan dengan catatan ringkas mat ni, pencerahan diperolehi pihak yang terlibat.

Kak Lily faham sebab kak lily sendiri freelancer sekarang. Faham erti rasa 'luka' yang kekadang taklah besar tapi pedih bila orang buat-buat tak faham hasil kerja kita. Dan kekadang rasa sakit hati bila hasil kerja kita ditayang sana sini. Dicanang sana sini, tapi kredit haraaammmm tak bubuh dan duit jauhhhhhhhh sayuppppp berbalam pun tak nampak bayangnya....


Haiii Semua!!

Salam hujung minggu! Selamat mengundi! Pada yang pernah tinggalkan komen pada catatan saya yang lalu, bila saya lapang nanti saya balas ya! Terima kasih sesangat... Pada MamaTom AJ, Haiqal dah balas pantun akak.... 

Coming saya bubuh nanti. 

FB saya ni memang saya rehatkan kejap bagi laluan pada saya siapkan kerja dan urusan doniawi. Hahahaa.... Lega bila kerja siap. Lepas ni boleh bersuka ria, ukur jalan etc. Pada bos saya yang dah mula shooting 7 Mei ni... selamat ya! Kalau rajin saya jengah ke lokasi. Kalau tak ada, makna saya qada tidur. Dah empat minggu, saya hanya lena jam 4.30 pagi.

ShareThis