Monday, November 5, 2012

Terima Kasih Dayang Noor untuk Komen Itu

Dayang Noor @dayangnoor
Wajar tak kalau I emel Kak Lily Haslina utk submit proposal kat Fixi? Tulisan dia kebelakangan ni macam 'terbelenggu'. She's so talented.

Saya terbaca catatan Dayang Noor ini di twitter bila diberitahu anak-anak saya yang ada akaun twitter.

Terima kasih sebanyak bintang di langit ya Dayang Noor! Terharu sebab ada juga orang yang yakin dan percaya saya boleh menulis sebab saya sentiasa anggap diri saya biasa-biasa sahaja. Beginilah, insyaAllah Kak Lily sendiri sedang (sebenarnya sudah bertahun-tahun memikirkan untuk menulis karya dewasa). InsyaAllah dalam proses.


Dan, ada waktunya, apabila kita menulis dengan penerbit, kita umpama makan gaji. Kita dengan penuh rasa tahu dan sedar diri, harus tulis apa yang menjadi acuan penerbit. Mungkin kerana itu sudah lama saya tinggalkan karya dewasa. Banyak buku saya kebelakangan ini adalah cerita remaja dengan stroke penulisan yang tertentu.

InsyaAllah... ya insyaAllah saya sedang menaip beberapa novel dewasa... hahahaa niat dah bertahun tahun dah ni.... 


CITA-CITA selalu indah-indah belaka. Mahu tulis itu, mahu tulis ini. Cerita terkumpul kisah nakal gedik, perasaan nan perasan, hati meluat, jiwa kelat atau kekadang rasa angau macam digigit tungau dah berzaman simpan dalam kepala. Kisah remaja purba, berbaur dengan cerita CR yang kekadang very de bikin hati saya toya bila bab perempuan, entah bila saya nak tulis.

Itu kisah asmara anak muda. Kisa
h pasang surut, getir pedih hidup berumahtangga pun penuh dalam cepu ceritera saya. Banyak dah dikupas bersama-sama teman. Kisah lelaki yang ada waktu garang kemain tapi sesekali hanyut macam anak muda pun banyak saya tengok depan mata.

Masih banyak lagi kisah dan pengalaman yang saya lihat, temui, temubual waktu saya bertugas di majalah dulu belum sempat saya olah dalam bentuk buku. Ini realiti yang boleh jadi sempadan. Asal tahu batas waktu mengolah dan menulis. Kata teman saya, tulis kak lily.... tulis... aku takut sudahnya esok lusa, cerita asal kau punya, byline Anis Arisa. Hemm, tengah fikir-fikirkan untuk menulis semula secara konsisten novel yang sedikit berat tapi nawaitu saya harus suka-suka. Bila buat serius sangat, nanti saya stress, semua tak jadi....

FORUM KAWANKU BUKU DBP - SANGGAR TUN SERI LANANG

SEKADAR BERKONGSI....
Pesan bonda Mahaya Mohd Yassin, sewaktu kami menjadi panel forum KAWANKU BUKU di DBP, kalau mahu menggunakan perkataan IDOLA, gantikan sahaja dengan perkataan SURI TELADAN. Cantik perkataan suri teladan. Saya berulang kali menyebut sebab terpesona. Bahasa Melayu memang indah!













Terima kasih sebanyak bintang di langit buat Irsalina Nazihah yang berkongsi foto ini dengan kak lily. Semoga Irsalina Nazihah yang sedang menjalani latihan praktikal di DBP, akan tetap menyokong buku-buku penulis Malaysia biarpun sudah kembali ke Brunei nanti.

Terima kasih juga buat DBP, ahli panel Kawanku Buku yang lain, adik-adik pelajar, guru pengiring yang bersama-sama meluangkan masa di Sanggar Tun Seri Lanang Aras 31, Menara DBP hari Selasa lalu.
 Saya bersama Puan Mahaya dan Norhayati Ghazali mengupas topik buku di kalangan anak-anak sekolah. Saya akan bercakap dari sudut pandangan seorang penulis dan juga ibu.

ShareThis