Friday, February 28, 2014

Bodyguard Saya Ke Printer

HAHAHA! Model tak berbayar:)) Gigih dia temankan bos ke kilang cetak sebaik sampai KL dari Bagan Datoh. Tukang tulis novel sendiri tak larat nak ke sana:))



DIALOG YANG SESUAI UNTUK FOTO INI:
Saya tukang pegang aje:)) Saya tak baca novel mak saya:))


CINTA HILANG KATA- Love You In Silence

Sekadar berkongsi sedikit petikan CINTA HILANG KATA. Ini kisah Nurul Masmin. Terima kasih pada yang kerap bertanya, pada yang berhajat memilikinya. InsyaAllah tak lama lagi:)) Haishhh saya sendiri rasa macam baru kali pertama menulis novel:))


Nak buka order online, saya tak berani selagi novel tiada di tangan. Tak best pulak saya nak ambil duit siap-siap. InsyaAllah, tak lama lagi saya buka order sebaik novel ada di tangan:)) Buat sahabat yang pm/emel saya bertanya dan ada yang sanggup nak bayar dahulu, terima kasih sebanyak bintang di langit. Terima kasih atas sokongan. 





Monday, February 24, 2014

Lukisan Mama Yaya & Lukisan Yaya:))

YAYA!!! siapa habiskan perfume Anna Sui mama??
Ni caption memandai saya:))
Doodle - yang kiri - ROSIE HASLINDA - yang kanan - lukisan RANIA ADLINA



Art - RANIA ADLINA AZALAN
Lepas melukis, Yaya mintak hadiah dua kotak perfumes tu dari mama Rosie Haslinda Nasir.






Art - ROSIE HASLINDA NASIR -
Macam iklan La Mer kan.
Lepas pakai La Mer nanti muka jadi gebu macam kartun yang rosie lukis tu:))





Rosie siapkan dalam masa 15 minit lepas tu berkali-kali dia merungut kata tak cantik dan tak kemas:))



Art - ROSIE HASLINDA NASIR



Semoga Kekal Ke Jannah Uncle dan Makcik Jalilah:))


Rasanya selain hari raya, ini adalah majlis berkumpul kaum kerabat arwah cikgu Ishak yang terbesar. Semua anak cucu, cicit dan saudara mara dekat jauh, yang jarang jumpa, yang kekadang bertemu, dapat berkumpul. Dan, macam hari keluarga TM jugak... makcik li kan orang TM, jadi majlisnya saling tak tumpah macam famili day orang TM. Penuh dengan tetamu staff TM. Sampai jam empat petang pada hari Sabtu lepas, majlis masih meriah dengan tetamu yang datang.

Selamat pengantin baru buat makcik Jalilah, bonda saudara yang dikasihi dan juga buat uncle. semoga kekal ke jannah.

Rosie sejak hari Khamis sudah pulang ke Melaka. Saya cuma dapat balik hari Jumaat. Sekali lagi, buat makcik li, selamat penganti baru.








Tuesday, February 18, 2014

Proses Editing CINTA HILANG KATA




Menyiapkan novel dewasa selepas bertahun-tahun tak menulis memang lengit dibuatnya. Cinta hilang kata- puas dicaras, dirombak etc. Paling saya suka dan sedikit debar kalau saya minta anak saya anis yg baca. Anis takkan berkias atau berlapik dengan saya.




Conversation not matured, page 250 serabut, buang, repeated etc. Ni antara copy asal yg penuh cakaran anis pada manuskrip mak dia. Alhamdulillah. Selepas dicincang anis, dikritik dek rose harissa dan akhir diperkemaskan oleh Anida Daud, selepas dua tahun terperam terbengkalai kerana komitmen pada skrip, Insyaallah 14 hari lagi lahir baby baru saya ni.



Menulis apabila dah lama tak dibuat, macam besi karat jadinya. Setiap genre berbeza. Novel Aku, Dia & Coklat, saya siapkan sekitar tiga minggu tak silap. Ya, dengan bantuan Anis sebenarnya waktu dia selesai UPSR. Bab 1 - 6 novel tu memang Anis yang tulis. Sebabnya, waktu tu saya sibuk lagi stress siapkan Menunggu Cinta Tuhan. Jadi bila menulis semula novel dewasa, Allah swt saja yang tahu azabnya. Apatah lagi kerja yang terhenti-henti sebab saya terikat deadline skrip. Dalam kes begini, bagi saya amat penting ada orang yang jujur untuk komen dan mengkritik karya.









Awal menulis novel remaja, saya payah nak buat. Mokcik dah tua kan! Saya akhirnya perhati anak-anak dan rakan-rakan anak. Ini sangat membantu. Bersama PTS dalam tempoh sekitar tiga tahun, saya sempat hasilkan 15 novel remaja. Kesan dan akibatnya, saya hilang skill menulis novel dewasa. Rose Harissa, terus-terang menolak untuk membaca habis manuskrip CINTA HILANG KATA saya. Kata Rose, kalau saya terbitkan juga, saya merosakkan nama sendiri. Mana kau ni kak lily?? Itu bebel Rose Harissa.

Ez Husna, adinda di Labuan pun kata mana kak lily yang dulu dalam karya. Hahaha... sumpah tak kecil hati! Sebab saya sendiri pening dan mual baca manuskrip sendiri. Saya serahkan pada Anis. Itu pun curi curi waktunya di TKC. Mak - anak; tak ada berlapik. NONSENSE, NEED TO REVAMP, WHERE'S THE DINNER WITH RAIN? SEJAK BILA EZRA KAHWIN? MANA PART DIA JUMPA RAIN?








Biar saya dah berpuluh tahun menulis, dan boleh tulis cerita remaja dalam tempoh kurang sebulan (bila ada mood). Tapi untuk karya dewasa, saya perlu orang yang jujur dan terus-terang. Anis dan Rose Harissa selalu jadi tempat saya rujuk. Rose pun kekadang segan dengan saya. Anis? Hahaha anak saya yang sebenarnya pembantu saya menulis sejak dia darjah enam itu, tak teragak-agak.

Mak, nak cerita apa ni? Part ni dragging. Yang ni bosan! Kenapa dialog macam tak matured? Tadi mak cerita lain, ni mak taip benda lain?





Rosie Haslinda - Art:)) - Rania Adlina :))

Cantik sesangat siput kat bawah ni kan..... comel jer:))) doodles dari ROSIE

Ada dari RANIA, ada dari ROSIE

Rerama dari ROSIE

Wednesday, February 12, 2014

SEDIKIT tentang CINTA HILANG KATA - InsyaAllah Februari ini:))














Rania _ Rosie - Doodle Lagi:))


HAI!! Assalamualaikum:)) Saya Yaya! Nama penuh Rania Adlina. Suka-suka lukis, macam Mak Uli suka suka nulis:))



Doodle - Rosie Haslinda Nasir

Kiri kuda laut Yaya (Rania), kanan kuda laut mama Yaya. Saya pun tak mampu lukis macam anak saudara yang baru berumur tujuh tahun lebih ni. Bakat pemberian Tuhan, kekadang tak payah nak diajar-ajar, dipaksa-paksa, datangnya mengalir. Kalau ditakdirkan tak berbakat, buatlah macam mana pun, paksalah macam mana pun, takkan menjadi. Kalau jadi pun tak genuine. Ni merujuk anak bujang saya Syafiq dan Adib yang memang langsung sipi-sipi pun tak punya bakat menulis jauh sekali melukis. Yang depa master, bab memancing, menangkap burung dan menghambat ayam.

RIANG-ria Rania si kecil bermain pen, ilham dan angan-angan:)) Lukis princess dengan inspirasi kasut seribu warna:))





Friday, February 7, 2014

Yaya dan Mama, Rania & Rosie - Art

Rosie dan rania:))
Rania dan rosie:))


Saya pesan sama Rosie, kumpul doodle Rania (Yaya), dulu rosie pun banyak lukisannya. tapi semua tak disimpan. sayang....

Tak payah ke kelas, tak payah bengkel lukisan, budak kecik 7+ tahun dah boleh melukis detail. Saya bayangkan dalam usia muda, yaya dah boleh gantung lukisannya di mana-mana galeri. Paling tidak pun di rumah mama dan ayahnya yang baru kelak, yang mungkin akan jadi weekend house jer nanti.

Seronok kalau kerja kerja art yang halus macam ni dapat digantung dalam satu ruang yang besar. Tentunya di rumah lain yang lebih luas. Saya sendiri, menunggu saat utk gantung semua hasil kerja (cutting papers, cover buku, cover majalah perihal saya, pic terima award, pic 4 kids saya) di satu ruang yang bersiling tinggi.

 Dan, rasanya rosie mesti setuju dengan saya, kalau boleh, biarlah abah kami yang masih ada sempat tengok:)) Selebihnya bukan nak apa sangat pun, tapi sekadar buat kenang kenangan anak cucu cicit tengok lepas saya tak ada esok lusa. Macam saya sekarang, saya kumpul segala benda berkaitan arwah mak. Tulisan tangan mak, kad raya mak bagi... segala yang ada sangkut paut dengan mak, saya simpan, buat kenang kenangan:))


ROSIE

RANIA

RANIA
RANIA
ROSIE
ROSIE
ROSIE & RANIA
ROSIE

RANIA








ShareThis