Tuesday, May 24, 2016

Catatan 2010 - Bertunasnya Cerita CR & PIA

TAHUN 2010 - Hari Raya - Kalau hati ni umpama sebutir pasir, saya rasa hati saya tahun ni bagai dibelah tujuh! Kenapa? Tak apa.. biar saya simpan sendiri kenapa raya tahun ni sebenarnya menguji saya dan keluarga. Pada kawan-kawan yg kirim mesej, emel, ucapan di FB, telefon atau apa saja.. saya mohon ampun ya kalau tak sempat balas.. Saya sangat hargai.. tapi macam saya kata.. tahun ini hati saya luluh bagai pasir dibelah tujuh!


Saya membelek-belek kandungan blog http:lilyhaslinanasir.blogspot.com yang banyak jugak saya dah 'lock' perkongsian ceritanya. Tapi yang satu ni memang buat saya menggeleng, tarik nafas... tak pernah terfikir kot masa saya tulis entri blog tahun 2010 ni, akan saya sudahkan semuanya melalui manuskrip IZINKAN AKU JADI SAYAPMU.


Karektor Chairil Razlan @ CR yang laser, yang nakal, yang gila memancing, memang bayangan anak sendiri. Dan, kejadian CR yang sangat tabah tatkala diuji kudratnya kembali semula pada Yang Hak, juga insiden yang jadi depan mata saya pada 2010. Oh yang ni tentunya bukan Syafiq saya! Tapi seseorang yang sangat luar biasa semangatnya yang saya kenal. Dalam erti kata mudah, CR bayangan saya, adalah dua watak lelaki yang saya kenali, saya gabungkan.


Bayangan PIA @ Sofeatulaishah yang tabah, yang tak pernah sekali menitis air mata biar belahan jiwanya diuji Allah swt, juga insan yang paling akrab dengan diri saya. Rasa kagum, sebak, luka dan rusuh sendiri-sendiri ini yang buat saya tulis kisah CR dan Pia. Mudah-mudahan yang diuji terus kuat, tidak sesekali beralah. Allah mendengar rintihan dan rayuan kita. Mudah-mudahan CR dan Pia saya yang wujud dalam realiti terus bersatu mencari pintu jannah mereka.

Bagi yang masih cuba-cuba nak menulis, tak mengapa kalau tulis sebaris dua dulu untuk blog atau mungkin di fb. Kekadang idea spontan, gerak hati kita yang kita catat tu, kita tak akan terfikir satu hari boleh menjadi manuskrip novel. 

Sebab tu selalu saya sebut, fb atau blog memang jadi tempat saya mencatat segala yang spontan terlintas di fikiran. Dan tujuan catatan begini, selalin untuk rujukan peribadi, tentunya semua ni akan saya olah semula dan jadikan manuskrip. Kalau dulu dulu orang guna konsep diari atau buku catatan. Sekarang nak tulis diari macam malaszz dan leceh sebab mungkin hilang. Haha, tulis di blog lagi mudah.







ps: Bila tengok foto dan catatan saya pada blog 2010... ya Allah, bezanya anak-anak saya waktu itu. Semua masih kecil! Dan tuanya saya sekarang. Kuasa Allah juga meminjamkan ilham. Lama kisah IZINKAN AKU JADI SAYAPMU, saya peram sebelum mampu saya tulis dalam bentuk novel. Syafiq muka masih budak suci, Adib yang komeng dan Haiqal yang sangat nerd:))

Tuesday, May 3, 2016

NAK BELI IZINKAN AKU JADI SAYAPMU


NAK ORDER CR & PIA?



Okay, memula, nak mintak ampun, mintak maaf dari hujung tudung sampai hujung kasut. Banyak komen, ucapan tahniah dan risik-risik tanya fasal novel tak sempat saya balas satu persatu. Ni saya posting che bunga ke rumah Amy kejap. Baru tenang menaip depan pc. Bila dia ada, dia sibuk nak menaip. Tidurnya jam 4.30 pagi. Bangkitnya jam 1.30 tengah hari. Rekod cemerlang 3.45 petang. Sepanjang tu, kalau saya gerak, dia jerit. Mak, polok! Mak polok! (Mak, peluk!)


Okay fasal novel, kalau nak beli di kedai-kedai buku, boleh aje. Tapi kena tunggu bulan Julai ya. Sebab novel ni utk pasaran bulan Julai 2016.

Mak che bunga banyak dapat pm dan emel dari kawan-kawan yang nak beli novel tu.
Untuk sahabat semua di sini yang nak beli novel IZINKAN AKU JADI SAYAPMU, dari saya boleh. Tapi tak banyak ya stok yang ada. Untuk yang benar-benar berhajat, boleh:


Whatsapp: 012-9023870 (Ah Cai)
Gmail: a.aiman0107@gmail.com
PM di facebook: Ah Cai
Harga Semenanjung: RM29 + RM7 untuk POS LAJU = RM36
Harga Sabah/Sarawak RM32 + RM10 untuk POS LAJU = RM42


Sebarang pertanyaan boleh tanya di whatsapp dengan Ah Cai ya:))
Atau tinggal mesej di fb Ah Cai
Stok limited, siapa cepat dia dapat. InsyaAllah dalam kiriman novel tu ada gift dari CR & PIA:)) Lengkap dengan tanda tangan mak che bunga yang taklah laku mana tu:))
Dan, sebelum lupa, Ah Cai akan pos secara berperingkat.



AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.


Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.



Sunday, May 1, 2016

IZINKAN AKU JADI SAYAPMU - CR & PIA

Bismillahirrahmanirrahim.
Haishh, tetiba mak che bunga tak tau nak taip apa.
Apapun, sekadar nak kongsi rasa syukur. Nak cakap terima kasih pada semua... semua... semua.. semua... dekat jauh, yang kenal, yang tak kenal, yang selalu PM tanya, yang ngaku baca dalam diam.
Terima kasih sesangat buat semua yang sudi ikuti cerita CR PIA. Cerita yang memang taip sesuka hati, seminggu satu bab. Cerita yang kekadang buat mak che bunga bimbang sebab mak che bunga sangat maklum, sangatfaham, langgam penceritaan, lenggok bahasa, plot dan gaya penulisan mak che bunga mungkin dah tak relevan sekarang.



Cerita CR PIA ni nyaris nak kena "tebus talak'. Terima kasih sebanyak bintang di langit buat Dato Mustapa Omar yang sanggup telefon saya beri kata putus, sekali gus menghilangkan resah saya kemungkinan karya ini hanya tinggal manuskrip saja. Allah saja yang balas kebaikan Dato Mustapa.
Terima kasih sebanyak air di laut buat Dato Muzri, keluarga Karyaseni dan penulisan2u yang sangat-sangat sabar menanti surat nan satu itu. Ampun maaf tak terhingga mak che bunga pohon dari pada Dato Muzri, Arif, Lan, Intan dan yang lain-lain atas kelewatan daripada jadual asal.


Ingat lagi, satu tahap mak che bunga dah give up, redo kalau CR PIA tak jadi dalam bentuk buku fizikal. Anggap bukan rezeki. Dan job sempena memuliakan hari keputeraan Sultan Pahang, macam satu bentuk kerja yang Allah kirimkan untuk ubat hati. Job yang saya tak pernah fikir dan sangat mudah perjalanan kerjanya. Kawan-kawan ramai PM tanya bila PIA CR jadi buku.... Allah, tak terjawab. Segan rasanya. Tak berani nak beri kata putus.


Mak che bunga dah terbayang, Karyaseni mesti serik dah dengan mak che bunga. Mak che bunga belajar pujuk hati, lupakan PIA CR. Alih-alih, masa sibuk nak senduk sambal untuk bubuh dalam pack-pack nasi lemak buat anak-anak tahfiz al-kitab, satu petang baru ni, dapat mesej dari Lan Karyaseni kata CR PIA confirm terbit.



Allah... nikmat Allah tak pernah sudah buat saya. Alhamdulillah... Sekali lagi, terima kasih semua:))




AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.


Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.

ShareThis