Monday, March 24, 2014

Bila Si Bujang Dah Pandai Kira Itu Ini:))


 SETIAP KALI melewati depan banglo besar tu, saya mesti rasa terkilan. Banglo yang sangat besar, rasanya ada aras bawah tanah, ada aras atas, direnovasi dengan teliti, tapi dibiarkan tak ada orang tinggal. Biar pokok dah melilit penuh pagar, tapi tetap nampak sangat ok. Tak mereput teruk.
“Mak kalau kaya, mak nak beli rumah ni lah!”
“Rumah berhantu mak nak beli!”
“Alah, hantu bukan ke takut kau orang kan....”

Hahah, itu jawab saya. Tapi sungguh! Banglo tu sangat gah! Dan khabarnya dah berapa tuan membeli tapi semua tak sempat duduk pun! Tak tahulah hantu macam macam yang tumpang kat rumah tu.
Bila anak dah bujang, dah ala ala materialistik, semakin cekap siasat benda benda yang berkait masa depan.

Masa kemas rumah Damansara, dengan muka perasan dah capai umur 21, CR tanya saya, “Apa lagi properti mak ya?”
“Abah punya apa ya?”
Bila saya sebut sekian sekian... dekat sekian sekian... wah anak saya yang cekap matematik ni terus mengira.
“Mak jangan jual. Tu aset.”

“Saya balas, apa kes mak nak simpan, tu semua kalau dah tua, mak let go... mak nak jalan, nak bersuka ria. Kauorang cari sendiri.”
“Hish tak boleh mak.... Tak boleh. Mak abah tak boleh jual.”
“Apa kes?”
“Rumah mahal gila sekarang. Macam tak mampu jer nak beli kalau esok dah  dah habis belajar.”

Saya balas, haha... mana ada benda murah? Dulu masa mak student 3rd year, abah seorang kerja, boleh aje beli rumah  Rinching. Boleh aje abah beli lot tanah. Boleh aje abah beli rumah teres kecik masa bujang.... hahaha sendiri cari ya CR. Jangan nak berangan hidup terus senang.

CR sengih-sengih:)) Tapi tetap ulang, "Mak, janganlah jual!"

Ohh,  terkagum kejap. Dah ada wawasan mamat ni. Dah pandai fikir jugak budak kaki pancing ni.
Ya rumah harga sangat melampau sekarang. Kalau tak silap, sederet kejiranan saya, ada orang baru membeli rumah yang selama ni tak ada siapa pun nak pandang kat semenyih ni.  Namapun tak glamor kan... saya kata hujung tanjung tempat saya ni.

Bila sembang sembang, saya terkejut, rumah yang saya beli dulu sekadar RM130k, dibeli jiran baru RM560K ... kusss semangat. Itupun dulu saya rasa kami beli last kopek, mahal. Masa dulu ada jiran beli banglo RM120K aje, semi D, 90K.

Saya sendiri mencari cari rumah kecil yg dekat dengan rumah buat stor buku. Dulu takat RM300 boleh dapat. Tapi semenjak dua menjak ni... hishhh, sewa rumah kecik di sini pun boleh sampai RM600. Teres biasa pun ada yang sanggup biar sewa RM1K. 

Maka pada satu hari yang panas, saya dengan senang hati menjengah ECO SETIA. Ya, Eco Setia belakang rumah saya aje. Senang cakap, lepas dapur saya, lepas reban ayam saya, adalah projek ECO SETIA.  Tanpa sebarang niat tapi berangan angan... haha, kalau boleh jual rumah kami yang dah selesai bayar ni dengan kadar RM550 ribu, wahhhh macam boleh beli di ECO SETIA.
Angan angan percuma kan.... bila daftar dan tengok rumah contoh, yang  jauh lebih kecil dari rumah saya, boleh pitam dibuatnya. Ya Allah... harga semi D kecik tu aje dah hampir sejuta. SEJUTA YA... hahah... rumah yang lokasinya belakang reban ayam saya... OMG – kata Haiqal Oh My Grandma!

                           Setia Ecohill

Braces - Kesan Selepas 9 Bulan


9 BULAN selepas pakai rel keretapi di gigi:))
Nampak kesan, nampak beza:))
Oh, taklah sakit mana:))
Patut Anis selamba aje masa pakai dulu,
Patutlah waktu Rosie pakai zaman student dulu tak pernah dia merungut sakit. Sikit sikit tu biasalah.
Saya agak ganas. Bulan lepas bila pergi jumpa DR AINA, doktor tegur. Mana dah hilang getah pengikat besi belah bawah. Hahaha saya dah hilangkan semuanya. Dah tertelan atau tercabut waktu saya makan keropok rasanya.
Tq pada Ann, Nurul Farhanah anakanda di Jordan yang berjaya memujuk saya .
Hah tq jugak pada Che Rose Harissa sebab dia selalu marah saya bab ni, patut saya pakai lagi awal:))

Terima Kasih Adinda Wana Niesa - Review CINTA HILANG KATA



Saya speechless dengan komen dari Wana Niesa. Biar dah banyak buku, dah berpuluh tahun menulis, setiap kali ada buku baru saya tetap berdebar. Bimbang orang menyesal beli karya saya, bimbang buang duit pembaca aje... buang masa pembaca aje 
baca. Buat Wana Niesa terima kasih untuk catatan panjang yg manis ni yg dikongsikan bersama:))
++++++++++++++++

Honestly. .mmg novel ni terbaik..reality kak. Hidup ni mana ada seronoknya sepanjang masa.

Salam kak lily! Alhamdulilah. Finally dpt jugak habiskan Cinta Hilang Kata~ walaupon bernanah jugak kat hati ni... merobek kembali kisah silam..hahaha...over kan.. Allah bertangguh2 bila masuk bab Rain and Nurul. Pengkhianatan tu terasa sgt2. Bab Sabirah Zaili and mandrom2 tu.. yeap diakui mmg ada.. sbb pernah melalui dan xsalah kalau saya cakap ade kisah disebalik CHK kan? Ade maksud tersirat dan watak tu mcm terzahir.hehe.. membidas secara halus adalah yg terbaek!

Pasal Rain dgn Nurul.. ye..mmg hati saya ni cepat buruk sangka! Hahaha... walaupon mmg dorang kenal dr awal..tp hati ni buruk sangka sgt. Akal tetap mengatakan dorang xde hak nak bersatu kerana status masing2. Pernah melalui situasi yg menyakitkan itu. Allah..... Cepat je hati ni benci dengan watak Rain. Yang dirasakan kerana cinta..kerana seorang perempuan...kerana kekasih lama yang pastinya..sanggup mengetepikan rumahtangga...isteri dan anak2... dan saya rasa Nurul pon tetap melayan walau dia xbrape pasti status Rain.

Kenapa dilayan bila dia ragu2 Rain ni dah ade isteri dan anak2. Xkesian ke kepada perempuan di sebelah sana...x ke dia fikir sakit dikhianati...xboleh ke cinta yg lama tu dikuburkan je walau pon hakikatnya perit. teruk kan saya?

Part ni buat saya pause lama (RUJUK GAMBAR).. hinggalah sambung today.. sbb rasa kecewa dgn sikap rain n nurul. Hihi. Sbb pada hemat diri.. walau beralasan kan seorang kawan lama.. tp bila masanya yg lama itu pernah menerbitkan rasa cinta.. rasa itu pasti akan bersatu dan berputik kembali..walau apa pon status ketika tu.. terlalu byk Pengkhianatan yg berlaku hanya beralasankan kita xde jodoh.
Allah... sesiapa yg melalui je akan faham. Haha..*emo kan*
 


~ ♡ ♡ ♡










Alhamdulillah.. Nikmat Allah swt Yang Mana Yang Mampu Saya Dustakan

Maaf ya pada yang telefon, emel, pm, kalau saya tak sempat balas/jawab. Novel saya poskan hari Isnin ya. Seawal pagi sehari selepas keputusan SPM keluar, saya  memandu ke TKC untuk segala urusan surat menyurat, kemudian pulang, urusan dunawi yang lain, alhamdulilah baki tenaga, saya sempat singgah ke al-Kitab. Tq Syafiq sebab tolong angkat semua makanan untuk minum petang anak anak alKitab. Alhamdulillah sesangat... ya apalah lagi saya mahukan dalam hidup. Alhamdulillah untuk keputusan peperiksaan Anis, untuk kesihatan Adib yang sebenarnya dulu di antara dua garisan dunia dan barzakh, novel yang akhirnya terbit sendiri dan penantian terakhir Airis Cempaka.

Selesai urusan  Anis, Adib, urusan rumah damansara, urusan rumah penerbitan sendiri,  novel etc, saya semakin malas sekarang.  Mahu rehat panjang. Buat bos besar yang semalam jumpa saya, terima kasih sesangat. "Tak apa Lily, nanti skrip dokumentari 26 episod tu kalau you di rumah pun, I datang brief you nanti. Ada tiga episod shooting luar. Di Jepun, UK dengan Australia. I akan tu tunggu sampai you fit balik dan ready ya!" Huwaaaa mau nangis. Alhamdulillah, tq tq tq bos. Ya, nikmat Allah yang mana yang boleh saya dustakan. Terima kasih juga buat anak-anak alkitab yang sentiasa mendoakan saya murah rezeki. Alhamdulillah.

Untuk Anis selamat kembali ke UTP.
Perjalanan jauh, jauh, jauh lagiJ)
Cemerlang SPM belum menjanjikan cemerlang perjalanan dunia akhirat.
Rendahkan hati,  hidup ni bukan hak kita.
Cemerlang akademik bukan jaminan bahagia hidup.
Jangan angkuh, jangan bongkak... itu aje yang pesanan penajaJ
Jangan sombong sampai lupa akar yang disusur waktu sekolahJ
Takkan ke mana hidup, biar pangkat menongkat langit, biar duit sekian sekian banyak, kalau tiada barakah doa keluarga atau kasih sayang saudara  maraJ)





Thursday, March 20, 2014

CINTA HILANG KATA - terima kasih semua

TERIMA KASIH SEBANYAK PASIR DI PANTAI
TERIMA KASIH SEBANYAK AIR DI LAUT
TERIMA KASIH SEBANYAK BINTANG DI LANGIT

TERIMA KASIH buat semua yang sudah membeli secara online, novel CINTA HILANG KATAJ)
Sudah dua minggu saya tak lena tidur, dari jam satu pagi sampailah jam tujuh pagi, saya proseskan pembelian novel ini secara online.

Novel ini rasanya sudah berada di kedai-kedai buku macam MPH, MINERVA, KEDAI BUKU PAK DIN DI PERTAMA etc. Kalau ada yang tak jumpa, mungkin ada outlet yang perlukan sedikit masa lagi untuk pengedaran.

Sekali lagi terima kasih buat yang dah membeli. Karya saya ini biasa biasa aje, maaf kalau ada yang tak kena selera atau sebarang kekhilafan pada novel ini. Yang luar biasanya mungkin saiznya yang besar dan agak tebal.

Untuk tempahan terkini, saya hanya akan pos esok (jumaat) atau Isnin. Sebab untuk hari ini saya sibuk urusan Anis untuk ambil keputusan SPM.

Daaaaa.......





Terima Kasih Era Muslimah:))

TERIMA KASIH ya buat kanda Nik Fauziah Nik Hussin, merangkap bos besarMajalah Era Muslimah. Dah selamat sampai kiriman majalah
Gumuks gambar tiga tahun lepas ni:))



Sewaktu Ketua Editor Majalah Era Muslimah, Kak Nik Fauziah Nik Hussin, beri saya soalan untuk temubual majalah dengan topik Life Begins At 40, saya jadi tergagap, tak tahu nak jawab macam mana. Kalau jawab yang terlintas di kepala rasa macam poyo:))



APA yang lily rasa bila dah masuk 40? Kejayaan yang macam mana? Pencapaian? Saya tetiba yang biasanya laju menaip atau menjawab (yelah dulu saya pun kerja majalah kan) jadi macam serba tak kena. Saya katakan pada kanda Nik Fauziah Nik Hussin, saya jadi tak reti nak jawab.
1. Saya mahu hidup biasa-biasa aje. Alhamdulillah.

2. Saya memang tak bercita-cita tinggi. Saya bukan jiwa korporat, saya bukan jiwa berniaga. Saya mahu masa milik saya dan itu untuk anak.

3. Atas alasan itu, usia 33 tahun saya dah berhenti kerja biar waktu tu rasa macam best sesangat kerja. Asyik menang award, selalu keluar negara, jumpa VVIP, banyak bestnya kerja majalah ni.

4. Saya mahu anak yang rapat, akrab dan berkongsi semua dengan saya biar saya garang bab akademik anak. Alhamdulillah. Tuhan izinkan.

5. Usia 42, dua anak dah masuk kampus, alhamdulillah. Ya, perjalanan mereka jauh lagi sebenarnya. Saya masih memantau. Tu sebab saya selesa kerja dari rumah.

6. Terbit novel sendiri. Errr, saya tak anggap tu satu pencapaian pun. Itu sebahagian perjalanan takdir dunia penulisan yang sebenarnya hanya minat saya. Siapa rapat dengan saya, tahu sangat, lima tahun lepas, kalau letak pisau, longgokan saya duit pun, saya tak ingin terbit novel sendiri. Hassle sebenarnya buat kerja ni.

Itu yang saya sebut pada kak nik. Saya tak anggap diri ni mencapai sesuatu atau berjaya dalam apa apa. Saya cuma dipinjamkan daya tahan untuk menulis sejak di bangku sekolah. Entah esok lusa Allah swt ambil balik. Ya, masuk usia 40, saya lebih tenang, lebih cool dan cukuplah apa yang ada:)) Alhamdulillah.

Friday, March 7, 2014

AKHIRNYA--- CINTA HILANG KATA:)) Buat Saya Tak Terkata...

ALHAMDULILLAH JUTA JUTA KALI:)) Terima kasih bos besar yang punggah 100 naskhah awal CINTA HILANG KATA untuk saya. Terima kasih Khalidah Khair,Rose Harissa, Taufik, Nadia, Anida Daud... yang memungkinkan pembikinan dan kelahiran CINTA HILANG KATA.



MAK!! Apa mak tulis ni? Tebal gila! Dahlah besar buku mak, kalau baca sambil tidur ni terhempap buku mak kat muka, patah hidung:((- HAIQAL

Err saya pun tak ada jawapan kenapa buku ni jadi gini. Proses dua tahun menyiapkan dan sebab berzaman zaman tak buat buku dewasa kot. Itupun terima kasih buat Rose Harissa, Anida Daud, Anis dan Ez Husna, yang banyak kritik dan buat saya cantas, buang dan revamp berkali-kali novel ni:))


Menghampiri jam dua pagi masih begini:((

Mokcik dah sakit pinggang :)) lepas roti canai sama teh tarik tiga layer, kita sambung ya....
Dah lama tak buat kerja sign sign buku ni.. ya Allah memang kebas tangan saya..
Pada yang awal awal dah beli online dengan saya...
Kasih sayang dari saya:))
Semoga karya kecil ini ada sesuatu untuk yang sudi baca.


Monday, March 3, 2014


TEMPAHAN ONLINE
CINTA HILANG KATA - LOVE YOU IN SILENCE


Dengan segala rendah diri, pada yang bertanya sebelum ini, yang berhajat membeli terus dari saya, hahaaaa... saya bentang permaidani merah, bunga manggar, bunga telur, bunga rampai, bunga tabur... buat semua sahabat yang nak order ya:))

Saya akan mula pos novel yang ditempah ini pada 10 Mac 2014 menggunakan pos laju.

Harga novel
SEMENANJUNG: RM39 

SABAH/SARAWAK: RM44


Semua ini termasuk harga pos laju.
Ketebalan: 883 halaman
Ukuran novel: Saiz A5

=========================
Semua pembelian online melalui
MAYBANK : 114105212745
LILY HASLINA NASIR


SERTAKAN
NAMA:
ALAMAT:
NO TEL:
ALAMAT EMEL:
BUKTI PEMBELIAN:

EMAILKAN KE tokobukuarisa@gmail.com ATAU lilyhaslinanasir@gmail.com 







ShareThis