Thursday, January 31, 2013

Apa Pun Kerja Menulis, Mesti Buat Homework

Mana Kak Lily dapat ilham ya? Macam mana dapat plot cerita macam-macam? Saya sebenarnya harus berterima kasih pada bos dulu sebab mengacuankan saya sebagai penulis rencana.

Tugasan dan arahan last minute dari bos suruh saya ke Istana Pasir Pelangi bersama seorang rakan media yang lain untuk sesi tembual bersama Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia (ketika itu Tuanku bergelar TMJ) antara yang buat saya resah bimbang. Maklum saya berdua saja dan sesi itu ala ala sehari bersama. Saya sangat cuak dengan protokol diraja. Maklum saya orang biasa biasa. Ya, ini antara pengalaman menulis.

Semuanya yang kena buat homework. Interview sana sini. Dari dapatkan kisah golongan diraja, bangsawan, elitis sampailah ke kisah kahwin lari, bernikah di sempadan dengan menaik perahu bersama kekasih hati.... semua ini memang menjadi sumber ilham saya waktu menulis selepas berhenti kerja.

Dari pengalaman bertentang mata dengan Miss Universe, tidur di kamar villa Hotel Four Season Reasort Jimbaran yang alkisah pernah disewa oleh Tom Cruise sampailah menyelongkar kisah awet mayat, bedah mayat, semuanya penuh warna, rencam, menginsafkan. Ya, saya harus berterima kasih pada pengalaman kerja yang lalu.

Antara Yang Mencambahkan Ilham Menulis....

Kurang lebih sebulan berulang-alik ke rumah mayat. Ini antara pengalaman yang menginsafkan, mencabar, memberi perasaan yang luar biasa apabila semua selesai dan yang pasti mencambahkan ilham menulis saya.

Apabila membuat tugasan begini, saya suka fikir berlapis-lapis. Ikhtibar, teladan, kesan emosi, kesan fizikal yang bertunjangkan topik yang saya tangani. Itu sebab bagi saya, kalau mahu menulis kisah cinta atau kisah remaja, usahlah berangan-angan semata-mata untuk bina plot.

Carilah sesuatu yang ada teras, ada asas dan boleh dibangunkan secara bijaksana. Mampu menyumbang sesuatu untuk makanan minda. Bukan terlalu mengarut-ngarut, terlalu berfantasi. Ini pandangan peribadi saya. Bumi Allah swt ini luas, banyak cerita dan kisah yang tidak tertulis dik kita.

Carilah, fikirlah.... Tak ada jalan singkat. Kalau pilih jangan singkat, memang jadi biskut dan kerepek ajelah karya itu. Jangka hayat tak panjang. Maklum budak umur 8 tahun sekarang pun semuanya bijak-bijak. Semua ibu bapa berlumba mahu anak berfikiran langkau ke hadapan. Jadi bila kita tulis sesuatu karya, biarlah yang 'nampak' cerdik. Budak-budak biarpun namanya budak bukan boleh ditipu dengan kisah yang tak logik biarpun dalam angan-angan dan fantasi.

Bertunggu bertangga sampai sempat melihat otak dalam gayung, jenazah yang mati dibunuh, duduk menghadap mayat bangsa asing disolekkan, memandang mayat berkecai digilis keretapi, menyaksikan cara mayat diawetkan, bagi saya itu pengalaman paling luar biasa masa kerja.

Tugasan bersama geng Jelita, Kak Jun, jurugambar Pok Lie dan Jasmin, memang buat kami sebenarnya tak lena tidur waktu tu. Bau ubat pengawet mayat melekat di tekak hampir seminggu.

"Mau takut apa.... ini olang sudah mati. Saya lagi tolong sama dia. Kasi dia boleh pulang kampung. Dia tatak boleh buat apa.... Jangan takut!" Hahhaha ini jawapan apek yang saya interview waktu dia tengah urusankan pembungkusan mayat warga Vietnam yang mati digilis keretapi.

Tuesday, January 29, 2013

Semoga Tiada Yang Obses Sehingga Menyalahgunakan Facebook

Catatan berwarna merah di bawah ini saya copy dari akaun fb FARID TENGKU AZUDDIN tu.... Ngeri saya baca! Hamboi sampai mak adik si Farid ni mati dibubuh nota. Kereta apa si Farid pakai pun dicatat dan ada gambar. Paling luar biasa saya lihat list friends juga beratus-ratus.  

Cuma, macam saya kata tadi, saya bimbang entah gambar siapa yang jadi mangsa dalam fb si Farid. Bagi saya, menggunakan gambar original seseorang dan dibubuh pula dalam akaun yang fake tanpa kebenaran, itu satu jenayah dan menceroboh hak peribadi seseorang.  

Apabila meneliti semua akaun-akaun watak dalam novel saya ini, selain ianya fake, palsu dan mungkin menganiaya (bila gambar orang ditempekkan sebagai gambar watak tanpa keizinan), saya menyedari sesuatu. Pembinaan akaun facebook watak novel saya itu sangat mendetail. Sangat rapi dan teliti.

Setiap nama rakan, setiap perwatakan rakan, suka apa, pakai apa, kereta apa... mood yang bagaimana, semua dicatat. Saya membayangkan ini mungkin sebahagian kegigihan insan insan yang membedah, mengkaji novel ini. Dan saya yakin ini bukan dibuat oleh anak-anak sekolah!

Jauh sekali budak-budak kolej. Hemm, kalau bebudak, lepas baca, dicampak aje buku. Teringat, terbayang itu normal. Tapi kalau mahu mengkaji novel umpama mengkaji dan menyediakan bahan thesis, anak-anak tak kuasa membuatnya. Pada yang gigih membuat kajian rapi dan menyediakan satu bio lengkap untuk watak novel saya, hahaha... jutaan terima kasih saya ucapkan!



Ini saya copy dari fb FARID TENGKU AZZUDDIN

Helo! Helo! Assalamualaikum {ControL Maco} I'm Farid Tengku Azzuddin! Ingat nama ini dalam kepala..heheh.. Farid adalah watak dalam novel karya Lily Haslina Nasir bertajuk; *AKUKAH CINDERELLA ITU? *AKUKAH SNOW WHITE ITU? atau novel kompilasi gabungan dua buah novel itu adalah bertajuk; -AKUKAH PUTERI ITU?- Ini ada sedikit intro berkenaan Farid Azzuddin::: *Tengku Farid Bin Tengku Azzuddin. *20 years old, I'm still young and available! ♥ *Suka buli Lisa tetapi sekarang kami Teman Tapi Mesra! Don't jealous guys! xD *Kadangkala seperti gila sedikit, tetapi jangan risau, Farid ni baik! *Sepupu bernama Tengku Nur Keisya. itulah serba sedikit tentang identiti Farid ya! Nickname yang mengawal acc ini:: #Admin Mal# Ini hanya admin semata-mata ya!Jangan pula ter'angau' dengan Farid! Ini senarai watak-watak yang ada bersama watak farid. -Lisa {My precious GirlFriend} http://www.facebook.com/lisa.ahmad.507 -Keisya {My 'Diva' Cousin!} http://www.facebook.com/nur.keisya.3 -Karina {Si cantik} http://www.facebook.com/karina.arysha.3 -Arisa {Si peramah!} http://www.facebook.com/puteri.arisa.3 Ok then, semua. Just call me Farid or Abang Farid ok! Till then, Bye!
Lives in Kuala Lumpur, Malaysia
Born on February 24, 1992
Knows Malay, English
Male

2012

Bought a Car
Moved to Kuala Lumpur

2003

In Memory of Tengku Hamidah
In Memory of Tengku Faezah

1992

Born on February 24, 1992

LISA AHMAD- akaun facebook- Siapalah Yang Rajin Tu!

NI saya copy dari facebook LISA AHMAD tu.... Errr tak tahu nak cakap terima kasih ke... nak kata apa.... saya garu jerawat di pipi ni! Gambar-gambar yang digunakan untuk akaun ini membuat saya cuak. Bimbang digunakan tanpa keizinan tuan punya gambar asal.





♫ ♫ I'm Lisa Ahmad! ♫ ♫ ▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲▲ Watak di dalam novel Lily Haslina Nasir *Akukah Cinderella itu? *Akukah Snow White itu? atau kompilasi gabungan 2 buah buku itu ialah '*Akukah Puteri Itu? Mahu tahu lebih siapa ini Lisa Ahmad yang tidak glamor dan selalu dibuli di kolej ini?? Inidia bio ringkas berkenaan kak Lisa yoo! ♥ -Kawan kepada Karina dan Arisa. -Selalu di buli oleh farid but sekarang kami jadi Teman Tapi Mesra! ^__^ -Berumur 20 tahun, I'm still young.. -Selalu naik vespa antik milik ayah tetapi selalu dikatakan buruk rupanya oleh farid anak raksasa! OK! Sudah cukupkan?? apa? What? tak cukup lagi lorrh?? It'sok dear-dear ku. Kalau nak tahu banyak lagi, pleaselah baca buku yang ada dalam senarai di atas ya cik adik,cik kak, cik abang semua! Ada 3 admin yang mentadbir account ini! Mereka adalah(Nickname aja!):: *Admin Ecah {ketua admin Akukah Puteri Itu? dan juga admin 1 Lisa} ♥ *Admin Meera {admin 2 yang suka mengupload gambar} ♥ *Admin Isha {admin 3 yang banyak idea, schoolmates, classmates dan bestie dengan admin Meera} ♥ Ini cuma admin dan yang pasti bukan fake ya! Lagipun lisa ahmad mana wujud, kalau ada pun, itu kebetulan aja ya! Ini senarai account watak-watak dalam 'AKUKAH PUTERI ITU?' Add tahu! {{Lisa Fabulouz}} http://www.facebook.com/lisa.ahmad.507 {{Farid Awesome}} http://www.facebook.com/farid.tengkuazzuddin {{Karina Sweet}} http://www.facebook.com/karina.arysha.3 {{Keisya Diva}} http://www.facebook.com/nur.keisya.3 {{Arisa Cool}} http://www.facebook.com/puteri.arisa.3 They all pun mana ada wujud! :) If you understand, Please give me a big hug dear, for boys, thanks soo much! Lelaki mana boleh peluk admin lisa! Gosip! Sincerelly, Admin-admin Lisa Ahmad ♥ ♥
Lives in Kuala Lumpur, Malaysia
Born on March 12, 1992
Knows Malay, English
Female

1992

Born on March 12, 1992

BILA OBSES MENYALAHI ETIKA - AKAUN FACEBOOK WATAK NOVEL SAYA

Ada rasa kagum, ada rasa pelik, aneh lagi ganjil. Ada rasa cuak curiga dan bimbang. Saya sentiasa bersyukur kalau ada orang komen atau kritik atau sesekali puji karya saya. Selalu saya insafi diri, saya menulis biasa-biasa aje. ALLAH SWT yang pinjamkan bakat. Esok lusa kalau diambil semula, saya berhentilah menulis.

Tapi kalau tahap orang obses pada karya saya sampai setiap watak dibuatkan akaun facebook termasuklah watak sampingan, termasuk jua catatan memorial kematian si ibu dan adik watak... ohuhuhuu itu a bit weird bagi saya!

Saya dapat tahu watak-watak dalam novel AKUKAH CINDERELLA ITU?, AKUKAH SNOW WHITE ITU? dan AKUKAH PUTERI ITU rupa-rupanya ada akaun facebook.

Watak LISA AHMAD, FARID TENGKU AZUDDIN, ARISA, KEISYA, FATIH, KARINA ETC... semuanya ada akaun facebook! Astagfirullah! Mak oiii... habis semua watak sampingan ada facebook. Gigihnya orang yang buat ni.
Cuma saya ragu-ragu, entah gambar gambar siapalah yang jadi mangsa untuk semua akaun facebook ni. Saya lihat macam gambar orang lain dicilok. Ini termasuklah watak Fatih, watak lelaki yang lain juga ada.

Sekadar mahu beritahu, saya tak terbabit dalam akaun akaun facebook watak-watak dalam novel saya ini. Saya bimbang isu gambar entah siapa siapa yang digunakan sewenang-wenangnya akan menyebabkan orang fikir saya yang di sebalik tabirnya! Hahahah saya ni mokcik anak empat yang sentiasa sibuk mengejar jadual anak. Saya tidak punya masa untuk buat benda benda yang agak mengarut dan salah dari segi etika (isu gambar).


Mungkin ada yang menganggap ini normal bagi peminat yang terlalu obses. Saya faham. Cuma isunya, saya harus nyatakan di sini, saya tidak terbabit. Kerap terjadi apabila ada isu berbangkit, seperti penggunaan gambar tanpa izin etc, orang akan menyoal dan mempertikaikan adakah saya penulis novel yang melakukan semua perkara berkenaan. World peace:))

bila NOVEL vs SKRIP = penulis STRESS

Apabila menulis skrip serentak dengan novel, banyak perkara saya belajar. Selama ini bila membaca novel yang kemudian diadaptasikan ke skrin, tentu ada banyak komen. Cerita tak sama lah, novel lagi bestlah, jalan cerita tak serupalah!

Bila sendiri bikin skrip, sendiri juga bikin novel, saya sedar, agak sukar untuk 100 peratus bahan novel diterjemahkan semuanya pada skrin.

"Lily, harap sangat you boleh kurangkan watak dalam skrip ya. Cerita you ni tiga watak sama kuat karektor. Sama-sama leading. Jadi takut burst bajet."

Oh, sebagai budak di luar pagar, yang baru nak belajar mana cempedak mana nangka yang nak dijolokkan, maka saya akur kehendak produser dan production manager.

Kerja adapatasi bukan mudah. Harus kira bajet big bos. Berapa bayaran pelakon utama. Habis tu kalau sudah ada tiga watak penting, haruslah bajet jadi kiraan.

Lain sungguh bila kita menulis novel. Buatlah watak siapa dan berapa pun... Mahu bayangan JLO ke, mahu angan-angan Salena Gomez ke... semuanya percuma! Skrin ada durasi. Ada tempoh waktu. Novel kalau mahu tebal macam kamus dewan pun, tak ada siapa yang larang selagi penerbit terima.

Rasa Tercekik Nangka Waktu Cuti

Tiba-tiba production manager menelefon dan meninggalkan pesanan kala saya bercuti pendek. "Lily, bila ya I boleh dapat semua skrip?"

Hahahaha.... terasa mahu terjun laut sekejap biar sedar diri tak pandai berenang. "Lily, kita start shooting bulan Mac ya!" Saya terus rasa macam tercekik biji nangka. Tapi saya macam biasalah kan.... Maintain cool biar rasa dah pendek nafas.

"Jangan risau, saya memang plan akan serah semua 13 episod dalam pertengahan Februari." Cewahhhh.... janji manis bersalut coklat kacang! Hahaha saya tidak akan tidur dalam tempoh tiga minggu ini.

Monday, January 28, 2013

KEK COKLAT WALNUT JAM 3.38 PAGI KALA DEADLINE MENGGILA

Tak tahu mengapa, bila banyak kerja saya suka buat benda merapu. Misalnya ini... dua adunan kek devil coklat berwalnut ni saya bakar pada jam 3.38 pagi hari sabtu lepas. Bahagia sungguh bila tengok kek coklat ni depan mata dan famili laju makan. Hahahah terasa sambil makan coklat makin berenergi menaip. Ini semua gara-gara deadline skrip dan novel serentak menghambat saya.

Angin membancuh tepung, membakar kek datang menderu-deru.
Saya macam berubah kerjaya pulak. Dari tukang tulis cerita kepada tukang buat kek. 
Mula-mula lepas masak dengan lauk yang agak heavymetal lemak cili padi pucuk paku sama ayam rempah dengan bergedil, jam 10 malam saya bakar kek devil coklat.

Sangat meriah dengan walnut panggang yang bersalut madu dan sedikit garam. Makanya kek yang siap masak dan bersalut coklat lewat malam ini, betul betul dikendurikan anak-anak. Hanya tinggal sejengkal aje pada waktu pagi. Selamat segala diet. Ke laut lah kiraan kalori!


Tak sampai 24 jam selepas membakar kek, saya gigih lagi masuk dapur. Selepas penat menaip, sesudah terbayang-bayangkan kek coklat bersama walnut rangup yang sedikit masin bersalut madu, arrr.... jom cari tepung, cari telur, cari butter dan yang sekufu dengannya. Yeahhhh... mari bancuh dua adunan kek dan bakar kek-kek tu jam 3.38 pagi! Lalalalalaa.....


Saturday, January 26, 2013

Tempahan & Pengeposan NOVEL-NOVEL


Salam dan terima kasih buat mereka yang sudah membuat tempahan buku. Harap dapat memberi kami sedikit masa untuk proses pengeposan.

http://www.facebook.com/LilyHaslinaNasir Saya Hanya Di Fan Page LILY HASLINA NASIR sahaja.


Buat kenalan, rakan jauh dekat, lama, baru, saudara-mara, ayahanda saudara, bonda saudara, sepupu sama ada dalam Malaysia atau luar Malaysia, saya dengan rendah diri ingin ucapkan terima kasih sebab sudi berkongsi kisah, saling sapa menyapa di fb personal saya selama ini.

Saya kekadang cuak dan bimbang, ada sapaan tak sempat saya balas. Maaf. Kekadang kesuntukan masa, kekadang saya akui terlepas pandang. Nak pula bila telefon BB saya yang tak habis sekolah tu meroyan! 


Setelah puas fikir, saya rasa biarlah saya di fanpage Lily Haslina Nasir http://www.facebook.com/LilyHaslinaNasir  (foto saya berbaju hitam) ini saja. Di laman fanpage ini kita masih boleh menyapa, berhubungan, bersembang dan berkongsi kisah. Macam hari ni, tiba-tiba lepas menaip, masak lepas tu ke Enstek jemput anak.

Lepas tu tiba-tiba terjah bakar kek coklat devil. Saya harap bila saya hanya mengendalikan fanpage Lily Haslina Nasir ini saja, saya tidak terkejar-kejar. Buat Eynda Iynda, tq so much darling... sebab eynda lah yang daftar dan set upkan fb kak lily. Daaaa... saya akan tutup fb personal. 


Dan kita bertemu di page yang satu ini ya! http://www.facebook.com/LilyHaslinaNasir Kalau sudi like, like lah... tak like pun tak apa. Kita masih boleh berkongsi cerita.

InsyaAllah, kalau ada kelapangan saya akan kongsikan novel novel atau petikan novel yang sedang dalam pembikinan di sini ya....
http://www.facebook.com/LilyHaslinaNasir

Thursday, January 24, 2013

3 NOVEL ONLINE: CHEEKY ABANG, HE'S MY ABANG & I HEART YOU

Selepas cetakan pertama selesai, masih ada yang emel dan pm pada saya bertanyakan tiga novel ini. HE'S MY ABANG, MY CHEEKY ABANG & I HEART YOU. 

Bagi adik-adik yang mahu membelinya, untuk kali kedua, tiga novel ini kembali dijual. Harganya RM50, termasuk pos bagi Semenanjung, RM60 termasuk pun bagi Sabah dan Sarawak dan RM100 termasuk pos bagi Brunei dan Singapura. Kalau ada yang mahu, sila emelkan kepada tokobukuarisa@gmail.com. Pembantu Kak Lily akan melayan setiap pertanyaan. Novel hanya dijual online sahaja. 

 Okay sesiapa yang mau order buku boleh order sebab kak lily hanya buka order untuk tempoh DUA MINGGU SAHAJA. 

 Pada sesiapa yang mahu beli buku ini boleh bank in duit di Maybank No akaun: 114105212745. Selepas membuat pembayaran jangan lupa emailkan Nama Penuh, Alamat, No Telefon, Emel serta slip pembayaran ke tokobukuarisa@gmail.com









HUNKY AVIAN, FUNKY ARISA: CABARAN MENJADI TERUNA, DUGAAN MENJADI DARA.


 HUNKY AVIAN, FUNKY ARISA: CABARAN MENJADI TERUNA, DUGAAN MENJADI DARA. 
Sesiapa berminat boleh emel pada tokobukuarisa@gmail.com. Buku ini harganya RM20, untuk pos laju, total RM 25. 
Untuk Sabah/Sarawak RM30 termasuk pos laju.  Brunei/Singapura RM40 termasuk pos laju.



 Buku penuh kisah, penuh drama, penuh info dan fakta ini diadun dalam bentuk komik, ditulis dalam bentuk cereka, kira semuanya adalah! Siang malam pagi petang Che Rose Harissa melukis buku ini dari kulit depan ke kulit belakang.




 Kalau ibu-ibu yang segan nak terangkan perihal haid, pakaian dalam, senggugut pada anak-anak gadis kecil, buku ini boleh bantu.

Kalau ada anak yang bakal akil baligh, yang bakal teruna, buku ini memang sesuai. Ada diterang mengapa suara anak bujang berubah, mengapa bercukur etc. Kekadang ada benda atau isu begini, isu tumbesaran, perubahan fizikal, haid, mimpi basah, kita tak terjawab dengan anak-anak. Buku orang putih memang banyak.







Saya mendapat beberapa emel komen ibu pembaca tentang buku ini. Ada pernah saya kongsikan. Sebahagian lagi nanti saya share lagi

Order Novel MY CHEEKY ABANG, HE'S MY ABANG & I HEART YOU



Selepas cetakan pertama selesai, masih ada yang emel dan pm pada saya bertanyakan tiga novel ini. HE'S MY ABANG, MY CHEEKY ABANG & I HEART YOU. 

Bagi adik-adik yang mahu membelinya, untuk kali kedua, tiga novel ini kembali dijual. Harganya RM50, termasuk pos bagi Semenanjung, RM60 termasuk pun bagi Sabah dan Sarawak dan RM100 termasuk pos bagi Brunei dan Singapura.

Kalau ada yang mahu, sila emelkan kepada tokobukuarisa@gmail.com.  

Pembantu Kak Lily akan melayan setiap pertanyaan.
Novel hanya dijual online sahaja.





Okay sesiapa yang mau order buku boleh order sebab kak lily hanya buka order untuk tempoh DUA MINGGU SAHAJA.


Cara Order Buku


 Pada sesiapa yang mahu beli buku ini boleh bank in duit di Maybank No akaun: 114105212745. Selepas membuat pembayaran sila emailkan Nama Penuh, Alamat, No Telefon, Emel serta slip pembayaran ke  tokobukuarisa@gmail.com.



Wednesday, January 23, 2013

Mahu Berjaga Malam?


Sekadar berkongsi bersama adik-adik yang bertanya melalui emel. pm etc. Bila dan bagaimana mahu menulis? Alhamdulillah, dik deadline yang menggila, saya dapat balik kekuatan lama zaman moda rumaja dulu. Saya semakin ok semula menaip dari jam 12 malam sampai 11 pagi. Waktu paling singkat, 12 malam - 7.30 pagi. Ni gara-gara skrip bertindan dengan novel.
1. Saya kurangkan nasi.




2. Saya banyak minum fresh milk.
3. Saya jamu selera dengan bitter choc.


4. Saya berkudap-kudapan dengan ikan bilis goreng.
5. Saya makan vitamin dan vitamin dan vitamin.


6. Oh, saya suka spray kawasan kerja saya dengan perfume sama ada DKNY, Bvlgari yang jasmin atau Gucci atau Anna Sui atau apa saja yang sekufu dengannya. Bila bau wangi, serius saya laju menaip. (Bila haiqal tanya kenapa wangi, saya kata cik ponti datang kikikih!)


TAPI.... saya tetap tak kurus:(((



Mau Tulis Cerita Apa?

Ni antara yang sempat saya lihat dalam laman web. Rasa ralat pulak masa adik-adik yang lain tu datang, saya tak minta copy.


Bila buat novel remaja, saya suka perhatikan anak-anak saya, anak-anak jiran. Cuba belajar apa yang mereka suka. Memang kena mengaku, banyak kerenah watak nakal dalam semua karya remaja saya hasil pengamatan anak-anak sendiri.

Bila mahu mula tulis novel dewasa, kekadang saya jadi hilang punca. Rasa macam bebal sangat. Tak tahu mau tulis apa walhal cerita/plot sangat banyak dalam fikiran. Mahu tulis cerita gedik, mokcik sedar dah tua! Dan rasa rugi banyak benda tak tersentuh nanti kalau buat cerita ringan.

Gitu gini, timbang tara, hasil pengamatan, hasil membaca komen sana sini..... Selepas mengenang enam kumpulan mahasiswa pernah membuat sesi tembual di rumah saya untuk mengupas Menunggu Cinta Tuhan sama Tuhan Masih Mencintaiku. Akhirnya saya rasa makin jelas apa yang nak saya tulis.

Saya bukan ustazah, saya bukan budak syariah. Tapi bila saya menulis sesuatu yang ada kilasan Islamik, ia adalah dari perspektif saya. Orang biasa-biasa, yang mahu belajar atau menghadamkan sesuatu tentang kehidupan. Saya tak pandai, saya sama-sama belajar apabila menulis sebab saya tahu pembaca tak suka diajar-ajar.

Angan-angan saya, mahu tulis sesuatu yang cheeky seperti AKU ADA KAMU dan kemudian acuan Menunggu Cinta Tuhan digabungkan di situ. Hahahaha... ya angan-angan jam 12 tengah harii! Siapnya belum tentu novel saya tu.... Okay daaaaa....

Terima kasih ya... Baiklah Saya Cuba Petik Ilham Di Balik Bulan! :))


Seorang adik ex-ofismate call saya, "Kak Lily, pi siapkan cepat novel dewasa tu! Tu pi baca kat cariforum. Kita cakap kak lily tak percaya.... Kalau kak lily tulis balik novel dewasa, insyaAllah adalah nanti orang nak baca!"

Hahaha saya gelak aje. Saya jawab, "Tak ada maknanya! Kak lily ni kan selalu istiqamah... cewahhhh.... hahahha sedor diri, kalau tulis novel selalu merapu, syok sendiri entah apa-apa! Siapalah nak baca! Entah boleh jual entah tidak...."

Tapi bila saya tengok dan baca sendiri, terkebil-kebillah jugak. Terkulat-kulat jugak sambil telan liur dan tetiba mengidam mau makan nasi ayam penyet. Alhamdulllah kalau insan-insan yang berforum dan yang beri komen itu ikhlas. Rasa mau cari tisu sekotaklah pulak nak buat lap air mata rasa terharu... Terima kasih ya pada yang masih ingat saya. Pada semua bloggers, forumer atau sesiapa yang pernah share/komen karya saya di laman sosial kalian, terima kasih dan doa dari saya.

Ni kata depa:


3 penerbit yg dinantikan karya terbaru....
1. Alaf21... mmg sentiasa dinantikan buku2nya.... kualiti superbeb.... walau dah bertahun simpan & lunyai dibaca tetap kukuh.
2. Jemari Seni... sykt baru yg dipelopori oleh Noor Suraya (minat sejak beliau menulis novel terbitan CESB)... kbyakan novel terbitannya ada isi & pengajaran
3. PTS..... dari penulis yg mencipta nama dgn Alaf21 & CESB... spt karya Lily Haslina Nasir, Salina IBrahim & Rose Harisa

Yang ni catatan seorang lagi:

Sokong
Jemari Seni suke sebab NoorSuraya. Meresap jiwa novel NoorSuraya sejak CESB. Alaf pilih-pilih juga sebab banyak penulis baru. Tunggu Aisyah Sofea, Anis, RAM. PTS beli cume Lili Haslina Nasir & Rose Harissa. Otai Otai ni hajer yg tulis buku Pts yg best dibaca. Penulis lain Pts tulis buku, bile bace macam bace buku teks. Harap lepas ni Lily Haslina & Rose buat balik novel mcm Wasilah Cinta Wirah, Menunggu Cinta Tuhan, Aku Ada Kamu

Monday, January 21, 2013

RIANG RIA RANIA, HAIQAL ZIARAH KAK ANIS

 
Kak Anis, kaki tu kenapa? Lenguh kena jalan selalu sebab kawasan ni besar sangat ya?

Eh, kat situ ada kucing!

Abang Haiqal, jom kita pindah  kesekolah ni....

Mak Uli, apa kata kita kidnap kak anis, tak payah hantar balik dorm, kita gi main bowling sama tengok wayang dulu.

Mak Uli, Yaya dah daftar kelas gimrama... Hahha nanti kalau kita masuk olimpik, kak anis sama mak uli datang bagi moral support ya!

Mak Uli ni gaya balerina!

Mak Uli cepat!! Nanti pakcik guard marah kalau lambat

Mak Uli, kalau mak uli pun masuk sekolah sini, stay sini sure mak uli kurus... sekolah ni luas, banyak tempat mak uli boleh joging!:))




Kak Anis, selalunya kak anis tidur atau gosip sama kawan atau main lumba katak kertas ya waktu prep?

ShareThis