
Makan ..tidur..makan... berjalan...makan... tidur.. zzzzzztttt.... ni agenda saya bila anak pulang bercuti.
Baru aje makan nasi... anak-anak saya dah ada list nak makan itu ini...Seorang nak makan maggi goreng, seorang lagi nak roti bakar, seorang lagi nak piza.. lepas tu minta kek coklat... kemudian tanya.. lepas ni kita tak jalan ke mana-mana mak? Saya? Kalau tanya saya, tempat yang saya sukalah...yang banyak barang dekor.
Saya ke Villa Padi.. sengalnya tak bawa kamera.. leka di sana sambil tengok itu ini.. hemm, cantiknya pintu tu! Di Malaya memang RM7k tapi kalau kat tempat asal pintu tu confirm sekitar RM800...
Paling syurga bila jumpa kedai yang jual berpuluh-puluh biji pinggan mangkuk cawan teko segalalah... khazanah lama.. sebut aje... nak bunga kangkung, nak corak bunga sakura.. semua ada! Adib sengih-sengih beri semangat pada saya... mak beli mak..beli banyak-banyak...mak mati kaya kita orang jual barang antik mak! Bertuah si Adib..
Tiba-tiba tak sampai dua hari di rumah, Anis dgn Syafiq ajak saya berjogging... Saya? @##$$%^&.. Oh, berpanas, keluar rumah, kena matahari... hemm, tak ada dalam senarai hidup saya sejak dulu...
Jomlah mak... Anis kat sekolah setiap hari kena joging sepuluh round.
Syafiq pulak kata.. nanti Syafiq gemuklah kalau makan aje..
Saya.. hem.. alah, mak dulu pun kurus macam Anislah... Tak payah joging pun memang kurus dulu.. malaslah!
Selepas pujuk memujuk.. ok ok saya beralah.Tapi pada hari yang indah...pagi yang sejuk selepas subuh... hemm, saya rasa lagi best tarik selimut!!
Anis jerit pada saya... Makkk!!! kata nak joging....
Lain kalilah Anis... Nanti sunburn lah!!
Anis dgn Syafiq saya tahu merengus geram.. Nak buat macam mana.. sejak dulu saya benci dan tak suka ke padang sekolah...
Ayat penyudah Anis.. Huh... Mak ni macam Fasha...malas bergerak!
Di sini saya kongsikan sebahagian komen pembaca Menunggu Cinta Tuhan. Allah saja yang membalas kebaikan kalian yang sanggup bersusah payah meluangkan masa menaip komen ini untuk saya. Terima kasih ini juga saya tujukan untuk PTS LITERA, Asma Fadila Habib, Nor, Bahar, Pyan Habib, Kak Noor Suraya dan ramai lagi
Sewaktu menekuni MCT saya berkali-kali ingatkan Asma editor saya sesungguhnya saya tidak mampu menulis sehebat Zaid Aktar. Saya juga bukan Nisah Haji Harun dan saya bukan Faisal Tehrani. Jangan harap saya akan menulis sesuatu yang berlatarkan Jordan, Mesir atau menggunakan ana ente. Latar pendidikan saya kewartawanan. Saya bukan diasuh dalam disiplin syariah. Pun begitu saya yakin pengalaman saya melihat, mengamati, memerhati dan menemubual seribu satu macam jenis manusia, memungkin saya berkongsi sekelumit kisah kepincangan masyarakat. Dan, itulah yang saya coretkan dalam MCT
Saya biasa melihat segelintir manusia yang bulan ramadannya sanggup menawarkan RM100 pada setiap tetamu yang hadir solat terawih di surau rumahnya dan pada hari dia mahu berdansa dan berparti, champange terbaik dunia akan diterbangkan khas dari Itali. Ringkas kata kalau mahu masuk syurga.. orang ini sanggup tabur duit.
Bayangkan kalau waktu itu saya, Lan dan Syafiq (anak satu masa tu) bersolat penuh sepanjang bulan ramadan di rumah agamnya... berapa sebulan kami dapat? Kirakan juga sekali solat dalam 200 tetamu yang hadir! Dan sedihnya.. orang begini juga kalau mahu mabuk dan lemas dalam neraka, dia juga macam orang pertama mahu terjun ke neraka jahanam
Ini semua bukan ganjil. Ini semua bukan cerita fantasi. Malah saya pernah dahulu menembual gadis bertudung labuh berzina.. menangis membuat pengakuan.. membuat perkara keji itu di surau bersama seseorang yang bergelar ustaz! Saya pernah menemubual seorang tua, uzur, tidurnya waktu itu di rumah yang bocor dalam keadaan hancing.. ditinggalkan anak menantu.
Dia menangis tersedu-sedu kerana katanya sangat insaf... waktu mudanya memberi suami makan hidangan bercampur haidnya! Waktu saya bertemu dgn nenek ini sebenarnya saya membuat liputan kisah kehidupan daif di Kuala Lumpur.
Tema rencana saya waktu itu Miskin Melarat.. alih-alih dapat pula kisah sampingan pengakuan cerita kisah ilmu hitam.. Saya sendiri terkedu... dalam kelam, hamis, hodoh dan pincangnya masyarakat kita memang kisah jijik ilmu hitam masih wujud. Dan ada waktunya kisah ini kalau kita tidak perhalusi kita tidak akan faham mengapa manusia ditimpa musibah, mengapa manusia begini harus meratap hari tuanya. Tapi itulah realitinya..
Saya pernah menemubual NGO.. bercerita kisah guru besar merogol anak sendiri berusia 5 tahun dan tutup kes begitu saja kerana si ibu teramat malu! Aduh, saya sendiri boleh migrain. Banyak sungguh cerita ganjil, cerita aneh, cerita jijik masyarakat kita... jadi bagi yang mempertikaikan cerita saya tidak islamik, saya peduli apa... Saya gelak gelak mendengarnya.. sambil dalam hati berkata kasihannya orang macam ini... (yang penting buku tu terjual laju)
Apakah pengajaran dalam satu novel itu harus ditulis dengan yg mulus-mulus, manis-manis dan paling utama apakah kita harus lari dari dunia realiti. Kerana itu jugalah saya rasa karya Indonesia jauh ke hadapan kerana masyarakat mereka sangat terbuka, bijak menilai dan berani menghadamkan segala yang busuk, segala yang jijik yang memang berlaku dalam masyarakatnya sewaktu membaca sesuatu karya. Apakah kalau yang Islamik itu harus menafikan hakikat yang sebenar? Akan terjadilah kelompok masjid surau yang terpisah dari masyarakat sebenar.
Saya rasa ramai masih kenal Azmil Mustafa.. hero Ali Setan. Satu masa dahulu saya pernah menemubualnya.. MasyaALLAH.. saya kagum dengan nur Allah yang singgah di hatinya. Siapa sangka.. Azmil yg satu ketika dahulu sangat western.. sangat kebaratan, nakal tapi tentunya bijak (ini dia sendiri mengaku...) boleh berubah 360 darjah sebaik saja hidayah Allah sampai ke hatinya..
Janji Allah selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong.. peluang untuk berubah, untuk bertaubat masih ada.. jadi kalau saya menulis kisah yang 'baik-baik' saja, yang suci bersih putih ala ala wali ALLAH.. tanpa dosa... emm saya rasa saya menipu diri saya sendiri. Di luar ini kalau kita lihat dengan mata hati terlalu banya perkara boleh kita pelajari.
Frasa kegemaran saya.. novel saya novel kecil, karya saya biasa-biasa saja.. saya tak hard-up dengan pujian dan saya tak peduli dengan kejian. Saya berhenti kerja untuk menulis. Sewaktu bekerja dahulu, saya biasa dicampakkan tugasan 15 rencana berat sebulan tidak termasuk ruangan dekor dan resipi. Saya memang gila menulis. Jadi pada yang tumpang pening kepala saya mengejar deadline yang bersusun.. ha ha ha saya gelak sakan ni!
Haryati sent you a message.
Subject: 2 thumbs up for MCT
"Kaq, saya baru tamat buku Menunggu Cinta Tuhan....Ya Allah Kaq...sesuatu kelainan dari novel akaq yang terdahulu...., novel ni buat saya terduduk dan insaf sendiri....berangan nak jadi macam Khalidah Atikah pun ada hehehe...banyak pengajaran yang Ati pelajari dari novel ni Kaq...especially muka surat 440-441 pasal Ayatul Ruqyah...Ati tak tau pun ada ayat-ayat mcm tu untuk merawat mangsa sihir...tapi tak puas hati dengan ending dia.....tak sabar nak tunggu sambungan Menunggu Cinta Tuhan...Memang betul Kaq, cinta Tuhan tak payah ditunggu..."
Resensi Wan Amalyn
Menunggu Cinta Tuhan (MCT) adalah karya terbaharu Lily Haslina Nasir yang aku baca. Novel terbitan PTS Litera ini menampilkan satu kelainan yang sememangnya memenuhi piawaian aku. Jangan ditanya standard mana yang aku guna, piawaian mana yang aku pakai sebagai pengukur. Standard aku adalah 'rasa' yang lahir di celah-celah relung jiwa tatkala membaca, dan hati aku membisikkan kata bahawa, 'dia' sukakan hasil karya Lily Haslina Nasir ini.
Kematangan penulis dalam berkarya tidak perlu dipertikaikan lagi. Kebolehan penulis menggarap cerita tidak perlu disangkal lagi. Dan pastinya penulis yang sememangnya berpengalaman dalam bidang kewartawanan, juga pernah dinobatkan sebagai penulis rencana terbaik peringkat nasional, menggunakan sepenuhnya ilmu dan pengalaman beliau dalam meniupkan roh seorang 'Khalida Atikah' sebagai wartawan.
Membaca MCT membuatkan aku jatuh kasihan pada Khalida. Tak dapat aku bayangkan bagaimana jika ditakdirkan ketua aku sekeras Azrul Rasyid yang lantang dan menyakitkan hati itu!. Kadang-kala nak aje aku katakan 'padan muka!' pada Azrul yang sudah terkena 'jerat' Nureen dan makciknya itu. Agaknya itu adalah natijah buatnya yang tidak pernah berlapik menuturkan kata bicara. Menyakitkan hati tanpa belas simpati.
MCT mengangkat isu amalan mistik yang bertentangan dengan ajaran Islam. Amalan pelaris, amalan 'memuja' yang diamalkan oleh Cik Latifah (pengusaha restoran) demi melariskan jualan kedai makannya, sememangnya membuatkan tidur malamku tidak lena! Kak Lily, membaca mentera dan jampi serapahnya, sememangnya meremangkan bulu roma wan!! huhuhu.
Serius!! apatah lagi aku membaca di waktu malam bertemankan pekat malam… aduh! Andai kamu ingin membaca MCT bacalah di siang hari! Atau hanya aku yang terlalu larut dalam pembacaan?? Itu tandanya apa yang dihadap dapat dihadam dengan baikkan??. Atau itu tandanya penulis berjaya mengatur jalan cerita dengan baik?? Atau kerana hakikatnya aku ini adalah seorang yang penakut?? hahaha
Entah mengapa, usai menatap MCT, bagaikan terngiang-ngiang bisikan hati Azrul Rasyid di cuping telingaku. Rintihan hati yang ingin kembali mencari siapa dirinya, yang pastinya ingin kembali mencari rahmatNya.
Dari Shelly Yusof
Saya dah beberapa kali membaca buku karya Lily Haslina Nasir yang terbaru ini. Bukannya apa, cerita ini pada mulanya Kak Nik yang rekomen pada saya. Kata kak nik, buku ini yang terbaik dan dekat dihati.
Pada masa itu saya rasakan mungkin jalan cerita yang mengisahkan bidang kewartawanan itu sendiri dekat dengan kerjaya kak nik.. Sudah tentu kak nik mengatakan buku ini best.. Tapi saya sendiri terkejut apabila selesai sahaja menghabiskan satu buku yang mengandungi 469 muka surat itu.. Apa agaknya yang boleh saya katakan pada kak lily?
Kak Lily, akak menghasilkan satu novel yang bukan sekadar novel islamik malahan mempunyai garapan dan jalan cerita yang sangat menarik. Selalu shelly didedahkan dengan novel cinta yang penuh dengan ranjau dan duri untuk memiliki cinta itu sendiri. Malahan dalam kehidupan shelly sendiri, kadangkala didalam mengejar kehidupan duniawi sehingga terleka dengan tanggungjawab pada Pencipta..
Terima kasih kak lily, kerana menghasilkan satu novel yang bukan sekadar bercerita malahan menyampaikan ilmu dalam bentuk wadah yang berlainan. Shelly sangat2 suka novel akak kali ni dan percubaan akak menghasilkan novel islamik, shelly anggap akak berjaya dengan cemerlang. Menunggu Cinta Tuhan memang WORLD...
Nota buat penulis: Kak Lily masih ada sambungannyakan??
DARI IMANNUHA
Assalamualaikum!!!
Saya dah khatam MCT tu pagi tadi,tahniah! Ceritanya memang menarik.Bahasanya segar dan penuh dengan pengajaran.Kisahnya lain daripada yang lain.
Membaca buku ini mengingatkan saya kepada anak murid saya yang sedang terlantar di ICU.Doktor belum dapat mengesahkan penyakitnya sampai sekarang.Tanda-tanda yang dialaminya sama seperti dalam buku cerita MCT ni.Dia akan mengalami sesak nafas yang teruk selepas jam 12 malam.Doktor terpaksa menebuk lehernya untuk memudahkan pernafasan.
Tak sabar saya nak menunggu sambungan MCT ni!!!!
Salam sayang....,
Imannuha
DARI Ros@tini .. kejora12@yahoo.com
assalamualaikum wrt...
semoga akak sekeluarga sentiasa dalam lindungan rahmatNYA jua...kiriman akak utk novel "Menunggu Cinta Tuhan" dah selamat sy terima dan malam tu juga sy mengkhatamkannya...:-) seperti biasa..novel2 akak sentiasa membuatkan saya teruja utk mengetahui jalan cerita dan penyudahannya.
"Menunggu Cinta Tuhan"! Membaca dan menekuninya menerbitkan pelbagai perasaan dalam diri yg kadangkala dirasakan bergolak dan berperang...rasa geram, marah, gembira, sedih, gerun, ngeri, bahagia dan derita segalanya terdapat dlm novel ini...secara jujur, saya mengagumi, menghormati dan menyintai watak Khalida yg kuat, bersemangat,luhur dan polos...serasa ingin menjadi sekuat dia, walau dicemuh, dikutuk dan dimaki oleh bos sendiri, dia tetap tegar meneruskan perjuangan, misi dakwah dan kebenaran melalui pena dgn caranya tersendiri.
Saya geram dan sakit hati dgn watak azrul..seorg yg angkuh dan ego..mementingkan diri sendiri tanpa peduli perasaan insan lain yg terguris dan terluka kerananya..juga azrul bagi sy menggambarkan tipical malay man yg mudah tergoda dgn perempuan seksi dan yg memiliki aset yg boleh dibanggakan!
Dalam masa yg sama saya sgt marah dan mengutuk watak Nureen dan Latifah yg mengagungkan sihir dan khurafat...sanggup melakukan apa saja sekalipun mensyirikkan ALLAH asalkan matlamat mereka tercapai...sy juga menyelami watak Kak Yam, Dinn dan Ismail yg merasa sgt2 bersalah kerana terpaksa melakukan sesuatu tanpa kerelaan...dan sy menjiwai kesakitan dan penderitaan yg dialami Murat dan keluarga kerana perbuatan khianat Latifah dan Nureen. Novel ini bagi sy ibarat satu hidangan masakan yg lengkap mencukupi semua rempah ratus dan boleh dinikmati oleh semua golongan...menikmatinya menyebabkan kita rasa ketagih dan sentiasa menginginkannya lagi.
Novel Islamik ini berjaya menyentak jiwa sy yg selama ini dirasakan lalai dan leka dlm menikmati kemewahan dunia. Sifat manusia yg sentiasa alpa dan melupakan DIA ketika senang dan hanya mengingati ketika susah...seperti watak azrul yg hanya menginsafi kelemahan dan kesalahan diri di ambang sakaratul maut...sy berdoa semoga kita semua tak termasuk dalam golongan ini...semoga hati dan jiwa kita sentiasa mengingati kebesaran dan keagungan ALLAH.
Terima kasih dan sekalung penghargaan buat kak lily kerana berjaya menghasilkan novel bermutu tinggi seperti ini..seperti selalunya,jalan cerita, olahan bahasa dan susunan ayat2 indah yg diaturkan Kak Lily amat memukau sy..dari dulu lagi sy amat mengagumi cara Kak Lily mengolah ayat..bunga2 bahasa yg mewarnai setiap karya akak kdg2 sy kutip dan jadikan azimat penyuluh semangat..:-)..
izinkan sy meminjam semangat Khalida dlm menjalani kehidupan seharian selagi masih bernafas di bumi Tuhan ini...semoga akan masih wujud Khalida yg lain di dunia moden yg penuh kepalsuan hari ini..jumpa lagi, syg akak..mmuahh..bye..wassalam.
Tempoh cuti, tempoh bertapa dan bersuka ria selesai. Terima kasih buat sahabat dunia akhirat yg sanggup mengambil cuti demi bersama-sama saya. Terima kasih banyak-banyak! Saya treasure setiap saat bersama. Terima kasih darling!
Buat semua... semua ya... sama ada yang mengucap selamat buat saya di facebook, blog dan emel .. saya hanya mampu ucapkan terima kasih! Saya tak sempat balas semuanya. Tapi percayalah.. saya sangat menghargainya. Sebenarnya mesej dari Facebook saya mulai penuh dengan ucapan selamat hari lahir sejak 17 november.. ini termasuklah yg kirimkan sms. Terima kasih... Hem, masa dapat mesej, emel, sms sejak 17 November .. saya terkelip-kelip jugak... tapi sangat terharu... sebab saya ni sebenarnya tak berkisah sangat pun fasal birthday.. ha ha ha dah asar pun!
Sekali lagi terima kasih.. terima kasih dan kasih sayang dari saya. Di facebook berderet-deret ucapan tu.. insyaALLAH, kalau sempat saya akan menyapa semua satu persatu... Mudah-mudahan kita semua diberkati Allah, dipermudahkan urusan dan diterima menghadapNYA dengan jiwa dan roh yang tenang
PS: buat Kak Yati Berahim.. emmm.. cantiknya hadiah yang diberi.. sukaaaaa

Baru-baru ni saya terima surat dari DBP... dari unit pengembangan sastera kanak-kanak.. eh betul ke nama ni... surat rasmi tu minta saya sumbang manuskrip novel. Oh, terharu sebenarnya. Masih ingat lagi pegawai-pegawai DBP pada saya.. tak berani nak janji.. jadual saya sangat penuh.. kalau ada kelapangan insyaALLAH saya akan cuba. Meminjam kata Nisah Haji Harun.. Bila DBP minta tak tergamak nak kata tidak... maklum saya bermula dari DBP. Tabik hormat untuk sifu-sifu saya di sana. Emm, baru-baru ni saya dapat khabar dari novelis pujaan ramai Kak Noor Suraya (bos Jemari Seni) Sifu besar saya Cikgu Mohamad Haji Musip bertanya khabar saya... emm, cikgu sendiri apa khabar ya?
Oh, lepas ni.. saya nak rehat dua tiga harilah... tutup sekejap laptop.. tapi macam tak boleh jer nak jauh dari laptop ni... arrrghhh

Jam lebih kurang 1.30 pagi.. telefon saya berbunyi.. berkali-kali. Betul gerak hati saya.. Syafiq yang telefon.
"Mak.. syafiq ni.. mak okay?"
"Okay.."
"Mak nak cerita... syafiq exam biologi semalam.. paper susah gila.. syafiq cuak betul ni... "
"Kenapa?"
"Yelah.. kalau tak dapat elok macam mana.. sayanglah... "
"Alah, relaks lah.. jangan panik sangat.."
"Betul mak.. susah sangat soalan bio tu... Syafiq rasa takutlah!!!"
Oh, saya tak tahu nak cakap apa... lain benar syafiq yang saya kenal dulu dengan syafiq selepas dia tercampak di pengkalan hulu. Kalau dulu, esok nak exam.. malam ni dia boleh tengok bola sampai subuh di astro.. tak der hal dia nak belajar.. sayalah yang akan terjerit-jerit dan isytihar AMUK satu rumah supaya anak anak belajar... terima kasihlah pada guru-guru MRSM Pengkalan Hulu.
Entah... lain orang lain caranya.. saya dah biasa garang dengan anak.. jadi bila anak memang mengadu cikgu di sana garang berganda-ganda dari emaknya... ha ha ha saya gumbira dan memang nampak sangat cara syafiq berfikir berubah ... rasa macam sangat magik dan luar biasa bila dia boleh susah hati pasal belajar...syukur sesangat.. dan macam saya selalu sebut... kalaulah MRSM Pengkalan Hulu yg terletak di sempadan Baling/Siam ni dekat dgn rumah... memang saya hantar pulut kuning dan ayam golek pada cikgu syafiq! Terima kasih buat semua cikgu di sana.. terasa hilang beban di bahu nak hambat syafiq belajar sekarang bila dia jauh dari saya.
Anis pulak... minggu lepas buat saya kecut perut! Mujur saja dia tak kena buang asrama... Ampunnn... anak dara saya yg dahulu nampak sangat pendiam, tak bercakap uppsss sekarang ni dah nampak naugthy... Minat pulak benda-benda yg gothic...Aduhai... saya ambil anis outing macam biasa... seminggu dua kali.. saya manalah tahu seminggu sekali aje boleh outing... alkisah rupanya anak saya ni FLY!!!
Alahai... diam-diam sudah nakal dia! Sebab dia Fly, dia dah hilangkan 30 markah utk dorm dia. Disebabkan dia tak pro bila nak buat perangai... saya sindir Anis.. lain kali kalau tak mau kantoi dengan warden kena belajar dari emak hokey.... emak dulu sifu kat sekolah buat bukan-bukan biarpun emaknya headgirl ha ha ha.. Tapi macam biasa.. Anis memang muka cool lagi selamba.. .. Oh, geramnya saya! Memang dah ada ciri-ciri Lily Haslina masa sekolah!


Salam November.. wah ramainya warga Scorpio dalam famili saya... Anis Arisa 14 November.. Rania princess Rosie 12 November, Hanif adik saya 18 November, bonda saudara saya Jamiah Ishak 17 November, kawan saya di Melaka Azizah kalau tak salah 14 November.. ha ha saya 19 November... sama besday dgn Meg Ryan, Calvin Klein, Jodie Foster, Zeenat Aman, Sushmita Sen, Larry King... huwa huwaaaa... perasan share birthday jer... depa tu semua sukses... puan lily haslina ni cuma duduk rumah jer...
Ni alkisah perwatakan orang yang lahir dalam bulan November yang dikongsi dari Datuk Dr Fadilah Kamsah.. hihi.. sengih-sengih masa saya baca ni.. ehhh banyak macam betul jer .. ha ha ha
NOVEMBER
1. banyak idea dalam sesuatu perkara - yelah tu sampai pening nak buat macam macam
2. perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah - memang saya cepat bosan, cepat berubah
3. otak dan pemikiran yang sangat tajam
4. cara berfikir lain dari orang lain - mana tak .. saya kan suka merapu dan merepek
5. berfikiran kehadapan, unik, dan bijak banyak berfikir,
6. nampak macam sombong tetapi sangat mudah mesra - em, ramai tak kenal memang akan kata saya sombong.. ni sejak sekolah
7. penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
8. sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
9. sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia - ha ha sebab tu jadi wartawan dulu
10. amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
11. daya firasat sangat halus dan tinggi - entahlah.. tapi gerak hati saya selalu betul.. selalu boleh agak apa org kata di belakang saya..
12. personaliti dinamik tidak hargai pujian
13. bercita-cita tinggi
14. terlalu degil dan keras hati apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya - memang arwah mak kata saya anak dia yg paling degil..
15. sangat rajin dan berkemampuan tinggi kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
16. pandai mendorong diri sendiri
17. berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran - ye kot.. sekarang ni saya cuba utk tak terlalu baik sangat dan percaya pada orang
18. mudah ambil berat terhadap orang lain
19. orang yg mencintai scorpio sukar melupakannya sampai bila-bila- ha ha ni kena tanya ex boypren gamaknya..
20. pandai muhasabah diri & tak suka marah kecuali tergugat - agaknya kot.. kawan-kawan kata saya suka beri muka pada orang
21. romantik & sensual - kan saya kata saya minat MARILYN MONROE
22. kekadang tidak pasti dengan cinta di hati sendiri - eh pastilah!
23. suka duduk di rumah - yeszzz, saya suka memerap di rumah
24. tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi - betullah kot.. saya pernah buat senior saya terpijak paku payung sebab saya marah sangat pada dia.. ha ha lepas tu saya mintak maaf dan mengaku...
Minggu lepas saya perabis duit membeli CD lagi. Entah apa-apa lagu lama saya borong. Paling best saya dapat koleksi Women In Love, Sealed With A Kiss, Always On My Mind, Hard To Say I'm Sorry, All I Have To Do Is Dream.. Semua lagu tu memang ada dlm simpanan, tapi bila jumpa dalam satu CD... saya beli tak ingat dunia. Lepas tu lagu remix reggae pun saya beli. Adib pun tahu sangat.. bila mak dia dah siang malam pasang CD.. ha ha saya dlm mood menaip semula. Saya tak tahu penulis lain macam mana... saya memang suka berangan-angan fikir plot novel bertemankan lagu-lagu yg saya suka.
Waktu bersuka ria membeli 4 keping CD tu, ada kawan telefon saya. Bercerita betapa sakitnya hati bila rahsia abangnya bernikah baru maintain tersimpan sejak 2 tahun. Ha ha .. memang cekap sungguh! Cekap sebab saya kenal lelaki itu memang jenis sangat sibuk. Seminggu di Malaya, seminggu di Hong Kong, seminggu di Europe.. semedang aje outstation. isterinya yg taat memang berbahagia dunia sendiri.. dunia yg serba lavish! Mahu apa saja boleh dapat.
Entah, itu masing-masing. Rezeki, nasib, takdir dan jodoh di tangan Tuhan. Saya bersembang panjang dgn rose. Ha ha rose harissa kalau bercakap fasal ini memang seronok.. dia yg very the open minded ni pun boleh menjerit di telefon kalau bercerita topik lelaki curang.
Saya dan Rose bersembang pasal Prof X yg kami kenal... hemm, ini kes mengumpat ke??? tak kan... sebab saya dan rose bersembang sambil mencari ikhtibar.. cewah cewah...
Kisahnya kami sangat kagum Prof X sebab sebelum bernikah dgn Kak Zie utk dijadikan isteri kedua, sanggup bawa Kak Zie menghadap isterinya untuk mintak izin. Lebih penting lagi itu adalah arahan bapa Kak Zie, Tan Sri M...
Syarat ayahanda Kak Zie, kalau mahu jadi isteri kedua, Kak Zie sendiri kena minta izin dari isteri pertama Prof X. Tak cukup dgn itu, Tan Sri M beri syarat lagi pada couple ni.. kalau mahu bernikah, kena janji... setiap syawal, Zie anaknya itu kena beraya dan bermaaf-maafan di rumah isteri pertama Prof X. Cayalah... apa yg saya tahu memang semua syarat ayahnya itu dipenuhi oleh Kak Zie.
Kak Zie yg saya kenal, sangatlah outspoken, kalau gelak 10 km boleh dengar, merokok, sangat seksi dan bergaya. Kalau mahu dibandingkan dengan Prof X.. ohhh macam jarak planet pluto dengan matahari! Tapi Kak Zie boleh jugak merendahkan egonya dan patuh syarat bapanya sendiri.
Saya dgn Rose memang sangat terkagum dgn couple ini. Memang Kak Zie tunaikan segala syarat dan perintah ayahnya itu. Bila pagi raya, dia akan menghadap isteri pertama suaminya dgn penuh sopan dan tertib. Seorang rumah di atas bukit, seorang lagi di bawah bukit. Tapi yg pasti kerana terlalu sibuk, kata Kak Zie, dia memang tidak pernah bercuti dgn suaminya seumur hidup.
Keikhlasan Kak Zie beralah dgn suami satu perkara .. tapi perkara lain yg buat kami terfikir-fikir adalah keserasian Kak Zie dgn Prof X. Kalau Prof X dgn isteri pertamanya (saya kenal) saya rasa memang pasangan serasi. Isteri pertama sangat sopan, lembut manis kira sepadanlah dgn Prof X. Tapi bila kami bayangkan Kak Zie.. huuuu.. saya hairan sungguh macam mana Prof X yg kalau bercakap pun mcm berbisik-bisik boleh cair lagi jatuh chenta dgn Kak Zie.
Tapi bila satu petang kami terserempak dgn Prof X dan bersembang bertanya khabar, kami pening-pening lalat kejap bila Prof X dengan nada bergurau kata, "Oh, I tak panggil Zie dgn nama Zie di rumah... I panggil dia Tigress!"
Saya dengan Rose Harissa terkelip-kelip kejap. Hah? Prof panggil dia Rimau! Kenapa? Ringan benar saya bertanya...
"Dia memang Tigress.. Macam harimau." Ucap Prof X sambil gelak-gelak. Sepanjang saya kenal dia, Prof X jarang gelak sebenarnya!
Oh, saya hilang kata-kata. Muka saya merah kejap. Rose sudah mengelekek ketawa.
"Hah! Aku dah kata.. Aku dah kata! Lelaki mesti ada sisi gelap yg kekadang isteri dia pun tak tahu karektor dia sebenar.. keinginan dia sebenar.. Kiranya Prof X happy lah tu dapat wife yg wild wild west!" Rose Harissa sudah terjerit bila Prof X jauh dari kami. Hemm, Che Rose ni memang pandai baca orang lah!!
Hemmm... saya? No komen!
Semua foto ini dirakam sewaktu saya dan Rose Harissa bertandang ke rumah Ain Maisarah. Terima kasih buat Adib Imran yg jadi jurugambar saya. 
Bila susah hati, memikirkan banyak perkara.. teringat itu ini, rindu pada syafiq, rindu pada anis.. saya akan craving makan macam-macam. Tengah malam teringat bitter coklat, tengah malam teringat mi kari, tengah malam teringat kek coklat..huhuuu... saya makan dan tidur sesuka hati aje sekarang.
Syafiq telefon saya .. kata lututnya cedera main ragbi. Oh, saya cuak sebab tahu dua-dua lutut Syafiq memang sedia cedera tulangnya.. malah tulang lutut tu kalau dilihat mcm terkeluar dari soketnya.. Ini gara-gara terjun dari tembok rumah sebab nak kejarkan bola. Kalau dibawa ke doktor saya boleh confirm syafiq akan dibedah.. tapi biasalah.. dia pujuk saya utk mengabaikan saja lututnya yg sangat ganjil itu! Jadi bila dia telefon mengadu sakit, saya risau... saya hilangkan tension dengan makan dan makan dan makan...
Rabu, Khamis & Jumaat lepas.. jadual saya penuh. Diundang untuk memberi ceramah (eh ye ke.. rasanya saya bercerita aje sesuka hati saya... ha ha ha) di beberapa kolej dan sekolah.. ini membuat tekak saya perit. Perkara pertama, bila berdepan dengan anak-anak muda yg penuh semangat untuk berkarya ini mengimbaskan kenangan diri saya sendiri. Emm, dulu saya pun macam pelajar-pelajar itu semua.
Students yang mendengar ceramah saya alhamdulillah semuanya nampak excited! Ha ha ha biasalah saya kan... memang saya suka bercakap!!! Rentetan dari itu, ada yg membuat cadangan saya datang setiap tahun.. ada yg mahu saya kendalikan bengkel atau kem penulisan.
Aduhai... insyaALLAH, ada kelapangan saya akan fikirkan semua cadangan itu. Bila buat bengkel begini.. saya terkenangkan zaman saya sertai MPR. Terasa kerdilnya saya masa itu dikelilingi kakak senior seperti Alina Idris, Zurina Shafie dan senior lelaki seperti Ahmad Patria, Shamsuddin Othman, Ruslan Ngah (Ralan Kazan)..
Dan, tentunya bila memberi ceramah/kuliah penulisan begini buat saya terkenangkan Hizairi Othman. Sahabat yg satu inilah yg selalu mengheret saya ke dewan kuliahnya. Memaksa saya berkongsi pengalaman penulisan/kewartawanan dengan cara memberi kuliah pada studentsnya.. Oh, di manalah sahabat saya yg seorang ini!!!
Pada hari Jumaat lepas, selesai memberi talk, saya bergegas ke rumah Ain Maisarah. Ada sesi bergambar (emm, ekin dgn mas betul-betul mendera saya & Rose Harissa) dan sedikit sesi perbincangan utk buku projek Fesyen/Diet Ain Maisarah.
Selesai lewat petang, dari rumah Ain Maisarah saya ke Mid Valley. Hemm, masa untuk bermalas-malasan! Saya tengok wayang dan pulang lewat. Pada Amal, terima kasih sebab mengizinkan Adib dan Haiqal mencuba peralatan senaman yg baru dibeli. Hem, rasa saya mahu kecoh satu sekolah Adib kalau teman-temannya tahu Adib bergumbira di rumah Kak Ain Maisarah.
Dialog ini dilafazkan oleh anak-anak gadis tingkatan satu! Saya tak mahu sebut sekolah mana tapi siapa yg selalu follow blog saya mesti boleh agak...
"Eh, boyfriend awak budak sekolah Star? Betul ke?"
"Eee, kalau I, baik cari boyfriend budak Sdar.. "
"No lah... boys MCKK lagi best...."
Tiba-tiba ada yg lebih daring menyampuk...
"Kalau I lah.. I tak mahulah boyfriend Star ke, Sdar ke.. MCKK ke... baik I cari boyfriend yg lebih senior.. I target nak cari mana-mana boys yg studi di Aussie..."
"Ha .. ha.. betul.. buat apa cari yg studi local... huuu.. tak ada class!"
"My sister boyfriend dia student UM.. hee... tak fahamlah kenapa cari budak UM! Not is my list local U!"
"Betul tu.. carilah budak yg further kat UK ke, State ke.. atau at least di Australia..."
Pheeewiitttt... dahsyat budak-budak sekarang!!!! Saya yg dengar pun meremang bulu roma! Bukan main lagi misi, visi dan wawasan anak-anak tingkatan satu ni! Ngeri saya... itu belum lagi besar... agaknya kalau kahwin nanti mahu hantaran cecah ratus ribu. Maklum sekarang ni kalau setakat puluh ribu dah koman sangatkan...
Seingat-ingat saya zaman saya tingkatan satu dulu saya masih tahap bengong-bengong lagi.. blurr dan takut dengan students lelaki di sekolah saya. Memang luar biasa hebatnya budak-budak sekarang. Awal-awal lagi dah merancang boyfriend atau bakal suami esok lusa siapa orangnya, tahap pendidikan dari mana, local atau luar negara... huhu huu...
Kalau yg bercakap ni bebudak 17 tahun sweet 17, yg dah nak SPM, saya boleh faham lagi... ni anak-anak tingkatan satu... Wah wah wah.. kalau lah anak saya yg berangan-angan mcm ni, mahu saya cili-cilikan...
Ha ha ha saya dulu pun berangan-angan jugak... biasalah lily haslina... angan-angan saya merapu... nak cari boyfriend mat salleh konon... ni angan-angan merepek waktu tingkatan 4-5, konon nak anak kulit cerah, mata biru, rambut perang... lepas tu satu lagi angan-angan sengal saya.. nak cari bakal suami yg terror de merror matematik.
Sebabkan saya ni selalu blur dalam kelas Add Maths, saya berazam nak anak yg terror maths .. ha ha ha ni satu angan-angan bengong saya!! Eh murni ke angan-angan mcm tu?? Ada tidak, angan-angan yg sedikit putih sifatnya.. saya nak anak saya terror bab bab mengaji dan solat... sebab saya dulu memang suka tergedik-gedik...
Entah saya tak sure angan-angan saya tu dimakbul kan Tuhan atau tak.. yg pasti secara personal saya tak minat lelaki melayu kulit cerah.. huhu.. tapi sudahnya dapat suami kulit cerah. Kengkawan UM dulu selalu pening lalat dgn saya... asal guys ada jerawat saya minat tak ingat dunia...konon kalau ada jerawat sikit, kulit dark.. emm sweet dan maskulin di mata saya... ha ha ha akhirnya dapat suami kulit muka putih bersih langsung tak ada parut jerawat pun..
Tapi alhamdulillah bab anak, matematik anak, ngaji anak (setakat inilah..) Tuhan makbulkan.. emm satu pengajaran saya dapat... angan-angan yg baik tu kekadang umpama satu doa.. tentunya yang merepek-repek tu kalau mohon pun, Tuhan humban ke dalam tujuh kerak bumi!
Jadi bila terdengar sendiri anak-anak yg manja, yg comel, yg cerdik dan tentunya masih berusia 13 tahun sudah berangan-angan mahu jodoh yg sekian sekian... wah saya sangat kagum! Agak-agaknya kalau sudah berangan-angan macam tu.. macam mana pulak ye strategi depa ni bila masuk bab pikat memikat.. huhuuuu... saya pening kepala kejap!
Tuan Rumah
Categories
- Buku Baru LILY HASLINA (2)
- Kehidupan (18)
- Kuiz Syok Sendiri (1)
- Mood Cuti (1)
- Novel (10)
- Pengalaman (4)
- review aku dia dan coklat (1)
- yang tercuit di hati (1)
- Yg Tercuit Di Hati (2)





