Thursday, April 27, 2017

LELAKI LINGKUNGAN CINTA - BAB 10 - WATTPAD

ADIB & ESYA
LELAKI LINGKUNGAN CINTA

DI BAWAH NI SIKIT AJE DARI BAB 10
KALAU NAK BACA YANG PANJANG SIKIT BOLEH KLIK DI LINK WATTPAD NI




************************
“Esya, nak tanya sikit boleh?”
“Apa dia?”
“Kenapa awak macam nak pindah macam angkut barang satu lori ya?”
“Ikut suka kitalah!”
“Kita tanya jer.” Adib dengan muka manis mengekori Esya dari belakang.

“Jangan jaga tepi kain orang. Jaga tepi kain sendiri! Dah letak sini barang saya tu. Lain kali jangan busybody hal saya.”

Perlahan-lahan Adib meletakkan beg Esya yang ditariknya itu dekat muka pintu sementara Esya seperti terkorek-korek beg galasnya mencari kunci.

“Esya, saya tak jaga tepi kain orang... saya nak jaga hati awak jer!” Adib sempat berbisik sewaktu menghampiri Esya.

“Hei, jangan loratlah! Pergi cari jalan pulang cepat!” Esya terkejut dan hampir mengundur ke belakang. Haish, mamat ni belum apa-apa cari fasal dengan aku di sini! Rengus Esya di dalam hati.

“Tu.. dekat aje! Hari-hari awak sidai kain, saya jaga tepi kain awak, tepi tudung awak ya!” Adib mengenyit mata nakal sambil jari telunjuknya menghala ke arah nombor pintu rumah yang bertentangan dengan pintu rumah Esya.

Terbeliak mata Esya memandang ke arah nombor itu. Allah! Bencana dan musibah apa pula yang bakal menanti?

Kenapalah mamat ni berjiran dengan aku! Bencinya! Sakit hatinya memandang kelibat jejaka yang kurus tinggi itu melangkah masuk ke rumahnya.

“Bye Esya! Chak!” Adib melambai-lambai sebelum menarik jeriji dan menutup pintu.
Selumbar renungan Esya pada Adib. Hatinya semakin bengkak menakung rasa benci yang meluap.




LELAKI LINGKUNGAN CINTA - BAB 9 - WATTPAD



JEMPUT BACA.

ADIB & ESYA:)
LELAKI LINGKUNGAN CINTA

BAB 9




LELAKI LINGKUNGAN CINTA - BAB 8 - WATTPAD

JEMPUT BACA.

ADIB & ESYA:)
LELAKI LINGKUNGAN CINTA

BAB 8

SILA KLIK LINK DI BAWAH



LELAKI LINGKUNGAN CINTA - BAB 7 - WATTPAD


JEMPUT BACA.

ADIB & ESYA:)
LELAKI LINGKUNGAN CINTA

BAB 7

SILA KLIK LINK DI BAWAH



LELAKI LINGKUNGAN CINTA - BAB 6 - WATTPAD

JEMPUT BACA.

ADIB & ESYA:)
 LELAKI LINGKUNGAN CINTA

BAB 6
SILA KLIK LINK DI BAWAH



LELAKI LINGKUNGAN CINTA - BAB 5 - WATTPAD


JEMPUT BACA.

ADIB & ESYA:)
 LELAKI LINGKUNGAN CINTA

BAB 5

SILA KLIK LINK DI BAWAH

https://www.wattpad.com/404399203-lelaki-lingkungan-cinta-bab-5

LELAKI LINGKUNGAN CINTA - BAB 4 - WATTPAD


JEMPUT BACA.

ADIB & ESYA:)
 LELAKI LINGKUNGAN CINTA

BAB 4
SILA KLIK LINK DI BAWAH





LELAKI LINGKUNGAN CINTA - BAB 3 - WATTPAD

JEMPUT BACA.

ADIB & ESYA:)

LELAKI LINGKUNGAN CINTA

BAB 3
SILA KLIK LINK DI BAWAH




LELAKI LINGKUNGAN CINTA - BAB 2 - WATTPAD

JEMPUT BACA

ADIB & ESYA:))

SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK BAB 2

https://www.wattpad.com/404398836-lelaki-lingkungan-c

LELAKI LINGKUNGAN CINTA - BAB 1 - WATTPAD

JEMPUT BACA

ADIB & ESYA:))

SILA KLIK LINK DI BAWAH UNTUK BAB 1

https://www.wattpad.com/404398596-lelaki-lingkungan-cinta-bab-1




LELAKI LNGKUNGAN CINTA - PENULISAN2U - PESTA BUKU

Alhamdulillah😍😍😍 mak che bunga rambang mata dengan design doodles yg dicetak jadi poskad dan penanda halaman novel LELAKI LINGKUNGAN CINTA. Yang ni yg final. Buat yg jumpa mak che bunga di PWTC dan beli novel hijau ni, insyaAllah dapat poskad ni selagi stok masih ada ya. Yg beli melalui pos pun insyaAllah dapat. Tapi limited lah ya... ada novel di tangan baru kita ambik order ya😍😍 Tapi siapa yg nak booking boleh aje PM. Stok yang ada berserta gift ni terhad ya darlings semua😍😍

Jumpa 1 Mei nanti, di PWTC, reruai KARYASENI PENULISAN2U, jam 2 petang sampai 4 petang.
PS: Tq team karyaseni penulisan2u untuk novel
Tq untuk Yaya @ Rania Adlina dan opkos mama Yaya, Rosie Haslinda haha yang redo dan menghalalkan copyright lukisan doodles mother & daughter ni untuk mak uli guna:))








Friday, April 21, 2017

LELAKI LINGKUNGAN CINTA - PENULISAN2U

Alhamdulillah! Terima kasih ya Penerbit Karyaseni. Terima kasih Penulisan2U. Terima kasih untuk semua team yang mengedit dan juga yang mereka bentuk novel ini. Suka kaler hijau tu!


Tajuk : Lelaki Lingkungan Cinta
Penulis : Lily Haslina Nasir
Harga : RM 26/RM 29
☆ NOVELIS LILY HASLINA NASIR MEMENANGI 4 KALI ANUGERAH KEWARTAWAN MAJALAH / PENULIS RENCANA TERBAIK PERINGKAT KEBANGSAAN.
☆ LEBIH 30 BUAH NOVEL TELAH DIHASILKAN & DI TERBITKAN.
Antara redup wajah itu, aku menumpang cinta.
Antara kekar tangan ini, engkau aku pimpin.
Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej.
Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya... Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib
Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.
Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri
“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib
“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”
– Esya.
Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?

Tuesday, April 11, 2017

LELAKI LINGKUNGAN CINTA - BAB 18




Kita bagi sikit jer ya dulu:)) Bab 18 aje ... hahaha sikit pun panjang berjela ni:)) Lepas ni kita nak diam diam kejap sebab ada kerja sikit:))

LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Bab 18

Kalbu kanda terasa derita,
Mencari dinda tidak berjumpa.

Sewaktu jalan bersaing dengan Arep dan Adon, Adib sebenarnya mahu terus pulang. Tapi sebaik sahaja ternampak kelibat Esya menghala ke perpustakaan, pantas dia mengekori kelibat gadis itu.

“Hoi, ke mana pulak ni? Apa fasal tetiba rajin nak ke library?” Tanya Arep kehairanan.
“Diamlah! Jodoh lalu!”

Menggeleng dua sahabat di kiri kanan bila mereka juga ternampak Esya di hadapan. Adib sudah melajukan langkah. “Kau tengok tu. Nampak Esya terus ditinggalkan kita!”
“Hai awak! Kita rindulah kat awak!”
“Hah?”
“Awak rindu kat kita tak?”
“Lama tak nampak. Adib hilang ke mana?”
“Kita sesatlah Esya. Itu sebab lama awak tak nampak saya.”
“Awak sesat ke mana? Balik kampung? Takkan pergi daki gunung pulak sampai sesat. Kaki awak masa tu kan sakit.” Polos sungguh jawapan dan andaian Esya.
“Saya nak pergi ke hati awak, sesat tak jumpa jalan.”
“Awak ni sengallah Adib!”
“Alah, yang betul awak pun rindu kat saya kan?”
“Mana ada? Pandai-pandai aje!”
“Kalau tak rindu, kenapa bila saya cakap, pipi awak merah padam!”
Esya terdiam tanpa sebarang kata.
“Ni untuk awak.”

Lukisan kanvas diserahkan pada Esya. Terpegun gadis itu tatkala membuka lukisan yang bergulung itu.

“Saya minta maaflah ya. Saya rasa awak lagi comel sebenarnya berbanding lukisan ni.”

Adib sempat bertemu dengan Esya sewaktu mereka kebetulan terserempak untuk sama-sama menuju ke perpustakaan. Memang sejak pulang dari Bali, ke hulu ke hilir dia membawa gulungan lukisan kanvas itu. Jenuh kawan-kawan merengek dan memujuk. Tak seinci pun lukisan itu ditunjukkan.

Baik Adon atau Arep yang memujuk pun tak sedikit pun dilayannya. “Adalah! Rahsia!” Itu jawabnya sambil bergetar pipi tersenyum menunjukkan lesung pipit.

“Apa yang rahsia sangat?”
“Haha soal loh mahfuz! Rahsia Allah! Rahsia aku!”
“Cettt! Pirah Apek!” Radang Adon apabila dia sendiri tidak diberi peluang untuk tumpang sekaki .
“Awak pergi Bali ya?”
“Hihihi!”
“Awak ponteng kuliahlah maknanya!”

“Hish tak baik menuduh tau! Kita pergi Bali tu bukannya apa. Sebab nak cari ubat dengan tukang urut kaki sayalah!” Cepat sungguh akalnya berputar mencari alasan. Terbeliak Esya memandang Adib. Cari tukang urut sampai ke Bali? Jauh gila tu!”
“Nak buat macam mana. Doktor kat sini pun tak boleh rawat. Awak tahu, doktor kata tulang jari kaki saya tu nyaris tinggal serpih aje! Retak halus. Bukan calang-calang tukang ubat boleh urut dan buatkan penawar.”

Penuh perasaan Adib bercerita tanpa menyedari Adon dan Arep sama pasang telinga di belakang mereka.
Esya memang sudah rasa terbenam ke tujuh kerak bumi mendengar cerita Adib. Allah! Semuanya sebab aku! Sampai remuk jari kaki Adib!
“Habis tu sekarang?”

“Alhamdulillah! Dah okay. Tapi Pak Nyoman yang urut saya tu pesan. Saya ni tak boleh stress. Dah tak kuat terima tekanan.”
Hahah! Gasak kau! Tak fasal-fasal aku jual nama Pak Nyoman! Adib puas menahan gelak apabila melihat wajah Esya bersungguh-sungguh mendengar ceritanya. Selagi sayap kanan, sayap kiri Esya, si Ayu dengan si Rinn tu tak ada, kira sap sap soilah! Rentung hangit aku menggoreng cerita. Kalau ada dua sahabat serumah Esya tu, memang jangan mimpi dapat masuk jarum!

“Saya tak faham. Apa kena mengena kaki yang bermasalah dengan diri tak boleh terima tekanan.”
“Kata Pak Nyoman tu….” Minta ampun dunia akhiratlah ya Pak Nyoman! Nanti kalau hari raya, aku hantar whatsapp minta maaf zahir batin sempena idul fitri!

Adib mahu menahan gelak sebenarnya tapi akal warasnya mengawal wajah seriusnya.

“Pak Nyoman tu kata, kita ni terlekat pada graviti. Tu sebab bila kaki bermasalah, badan hilang keseimbangan. Pusat kawalan tubuh dah huru-hara. Jadi kalau tekanan ke, masalah ke, rasa marah, rasa sedih, rasa kecewa, kononnya dah payah nak urus. Entah katanya ada kaitan metafizik!”

Cewah! Terasa bijak apabila menyebut perkataan metafizik. Adib jenuh memaksa urat wajahnya tegang dan bersungguh!
Berkerut-kerut Esya mendengar cerita Adib. Comellah kau Esya! Kah!Kah! Kah! Terasa diri begitu bijak dan hebat berhujah bila bab kelentong Esya itu. Arep dan Adon sudah saling mengangkat kening. Mahu saja disepaknya Adib dari arah belakang.
“Awak, temankan saya makan dekat Stabak boleh?”
Hish pandai mamat ni memancing! Serba salah Esya mahu menolaknya. Rasa macam tak seronok pula. Bukan ke baru tadi dia sebut dia tak boleh kena tekanan? Nanti macam tak memahami pulak! Dah kakinya hampir remuk tulang tu pun sebab aku!

Ligat Esya memikir. Adib seperti dapat membaca apa dalam fikiran Esya, pantas dia memujuk, “Alah! Bukan kita pergi berdua. Ni Adon dengan Arep ikut sekali.”
“Wah Apek! Belanja kita orang ya?” Tegak leher Arep bertanya.
“Kau orang bayar sendiri!”
“Cess!”

Serba tidak kena Esya rasakan apabila dia terpaksa berjalan sebelah Adib dan di belakangnya ada Adon dan Arep. Bukannya tak biasa. Mereka pernah belajar lima tahun dahulu bersama-sama tapi perasaan janggal itu tetap ada. Apatah lagi dulu masing-masing saling bercakaran.
“Alah cerita fasal kaki fasal Pak Nyoman ni tak menarik sangat. Kita nak bagi awak teka-tekilah.” Adib seronok memancing perbualan Esya.
“Apa dia?”
“Awak pandai tak? Banyak-banyak kepala awak tahu tak kepala apa yang paling mahal dekat dunia?”
“Soalan apa ni?”
“Hahah tak tahu kan? Nak dengar tak cerita saya?” Mamat Apek ni dah mula jual koyok! Arep memberi isyarat mata pada Adon. Dua rakan karib itu tersengih-sengih menahan gelak.

“Awak mesti tak percaya, masa saya dekat Bali hari tu, kepala saya kena jahit.”
“Hah? Yak e?”
“Sungguh! Nasib baik tak masuk hospital.” Terangguk-angguk Adib bercerita. Esya yang dibelanja Adib sepiring kecil nugget bersama air coklat tidak tertelan segala hidangan itu.
“Sebab apa?”
“Saya buat gaya ala-ala perenang olimpik masa dekat kolam renang tu. Hah, alih-alih, dush! Kepala saya terhantuk dekat tebing kolam masa saya buat terjunan tiruk tu.”
Bulat mata kecil Esya memandang Adib. Auch! Bibir comelnya spontan mengaduh sakit.
“Lepas tu?”
“Keluar aje kolam, saya jadi blur. Alih-alih rasa kepala panas, darah penuh dekat bahu!”
“Hish! Awak ni… janganlah tipu!”

Adon dan Arep sama tekun mendengar. Memang dia tahu kepala Adib berjahit sebaik pulang dari Bali tapi mereka tidaklah pulak bertanya atau Adib sendiri tidak jugak bercerita.
“Buat apa tipu! Orang kat sana kata kepala kita dah robek.” Sendiri bercerita, sendiri berdekah-dekah gelak Adib. Mujur Arep dan Adon tumpang gelak sekali memeriahkan ceritanya.
“Robek?” Esya terlopong bertanya.
“Robek? Tak tahu robek? Bahasa Malaysia awak hish berapa masa SPM ni? Alah, macam lagu dangdut tu, kau robek hati ku!” Berderai lagi gelak Adib.
“Awak ni sengallah! Saya tanya betul-betul!”
“Saya jawab betul-betullah ni!”
“Haha siap dia orang ambik gambar kepala saya masa dekat klinik. Hah, nampak isi putih! Macam daging ayam tu!”

“Adib! Awak nak saya muntah dekat sini ke?” Jerkah Eysa dengan wajah serius tapi tidak sedikit pun Adib peduli. Makin seronok dia menyakat gadis itu.

“Eh, janganlah muntah. Nanti orang kata saya ada skandal dengan awak!” Kali ini memang berdengung gelak Arep dan Adon. Esya yang merah bersaga pipinya terus mahu angkat punggang.
“Awak janganlah marah. Saya belum habis cerita ni… okay serius ni. Lepas ke klinik dekat Kuta tu, awak tahu berapa saya kena bayar harga jahitan dekat kepala ni?”
Esya menggeleng.

“Enam juta Esya! Hahaha jangan main-main, mahal tu! Juta-juta gitu! Hahaha sekarang ni kalau orang tanya, kepala siapa paling mahal dekat Malaysia ni, saya konfidenlah! Memang kepala saya harga paling mahal! Kepala enam juta ni!”

“Hei! Saya ni bersungguhlah dengar cerita awak, sesedap rasa aje awak kelentong saya ya!” Esya mengomel sambil memandang jam di telefon bimbitnya.

“Jangan layan si Apek ni Esya. Kita orang pun rasa, dia makin sengal, makin bongok. Gegaran otak dia masa terhantuk ni dah tahap skala 9 ritcher kot! Tu yang kena jahit enam juta rupiah!” Sampuk Arep disambut bibir yang sentiasa berbunga dengan senyuman dari Adib.

Pada wajah terkilas rasa geram, bibir comel itu terketap rapat menahan gelak. Namun Esya tidak dapat menolak rasa. Ada keasyikan berbual dan bercanda bersama Adib. Jejaka kurus ini memang penuh cerita yang bersulam ketawa.

Sejak hari itu perlahan-lahan Esya tidak menolak kalau dipelawa oleh Adib untuk singgah makan di Stabak selepas kuliah. Kalau tidak makan-makan pun, cukup sekadar minum. Atau ada waktu Adib memang kering koceknya atau Esya sendiri menolak untuk makan kerana tidak mahu terlebih kalori dalam sehari, mereka akan duduk bersembang saja di situ.

“Awak jomlah! Awak nak cepat ke?”
“Nak balik cepat. Nak pergi dobi baju lepas ni.”
“Eh, kita pergi sama jom!”
“Awak pun nak dobi baju ke?”

Cepat saja Adib mengangguk. Ikutkan dia baju pakai dua kali seminggu pun tak ada hal! Selagi tidak tergaru-garu, lepas pakai baju, campak saja dalam bakul. Esok lusa ulang pakai. Kalau Kak Dayana nampak memang kena jerit. Pengotor kata Kak Dayana. Alah, minyak wangi kan ada! Apa susah. Sembur ajelah! Terus wangi! Hilang bau hamis peluh.

Pulang ke rumah, pantas Adib menyelongkar bakul di balik pintunya. Adalah setakat dua helai boxer. Huh! Apa ke jadah dua helai seluar adik-adik ni nak dibawa dobi.

“Adon, Arep, ada baju kotor tak?”
“Kau nak buat apa Apek?” Tanya Adon kehairanan.
“Jangan banyak tanyalah. Takkan nak buat car boot sale! Aku nak bawak ke dobi ni.”
“Eh, sejak bila dapat hidayah ni! Rajin kau nak ke dobi. Bukan kau kata kita orang bujang kena jimat duit sabun, duit pencuci basuh baju ke?” Memang ternganga Arep memandang Adib. Mimpi apa mamat ni?

“Cepatlah! Mana baju kotor kau orang!” Beg besar sudah digalas. Baju-baju kotor Arep dan Adon habis semua dikutip dan disumbat ke dalam beg itu.
“Pergh, sejak kepala dia berjahit ni, aku rasa ada sel-sel otak dia yang dah berhubung baliklah!” Berdekah-dekah Arep dan Adon tergelak melihat Adib.

Tapi gelak itu terus padam apabila dari jauh, dari celah pintu mereka ternampak Adib berjalan beriringan bersama Esya yang sedang membawa beg Ikea berisi baju kotor.
“Cess mamat Apek ni! Penuh strategi rupanya. Memang strategi laut biru sungguhlah!” Terjuih muncung Adon melihat Adib melambai sambil kenyit mata ke arah mereka.

Thursday, April 6, 2017

LELAKI LINGKUNGAN CINTA











Lelaki Lingkungan Cinta

“Aku bersumpah! Aku buat solat hajat tujuh hari tujuh malam! Aku baca Yaasin tujuh mubin! Siapa yang aniaya aku hari tu, memang mati kena panah petir! Tunggulah. Azab Allah swt Maha Pedih, okay!” Esya benar-benar berapi marah.

Semua terdiam. Ada yang bersimpati, ada yang menggeleng dan ada yang menekup mulut tersenyum sumbing. Namun dalam banyak-banyak itu, adik junior yang bernama Rita menggeletar tak fasal-fasal.


Salam Kak Esya,

Saya nak minta maaf. Minta maaf sungguh-sungguh ni.
Maaf zahir batin ya kak!
Hari tu Abang Apek kata nak bagi surprise untuk akak.
Dia suruh saya ambil baldi akak.
Saya tak tahu dia bubuh apa.
Saya tak tengok pun. Huh, salah saya. Memang saya ni bodoh agaknya!
Kemudian dia suruh saya letak balik baldi tu kat tempat asal.
Maaf ya kak.
Err, maaf jugak sebab saya tak boleh beritahu siapa saya.
Nanti saya nak buat solat taubat! Saya nak minta ampun pada Allah swt sekali.
Maafkan saya ya kak!


Sebaik saja terbaca catatan yang terselit dalam kasutnya yang tersusun kemas di pintu masuk dorm, sekali lagi Esya bertempik.


“Adibbbb!”
“Apekkk!”
“Puaka kau!!!”




LELAKI LINGKUNGAN CINTA - SINOPSIS

Nama dia Adib. Dipanggil teman sebagai Apek @ Ah Cai. Nak buat macam mana. Dah matanya sepet kuyu dan suaknya memang serupa apek jual buah. Budak kurus, gonjeng, suka sengih dan berlesung pipit ini memang selalu bikin ribut di kolej. Ada-ada saja akalnya bercambah menumbuhkan tanduk di kepala bersama teman-teman di kamar AL007.


Dalam kenyit nakal matanya, entah mengapa seluruh tubuh terasa dibius kalau berdepan dengan Esya. Gadis manis, rakan sekelas yang pernah kuyup dan tersedak terminum air mandian Adib ini, entah sudah berguni-guni menyumpah-seranah lelaki ini,.



Bertentang mata dengan Esya boleh membuatkan Adib terasa dunia ini kedap udara. Sukarnya untuk bernafas. Dan dia berasakan Esya itu jodohnya. Cinta memang tak boleh dibawa berunding. Cinta memang payah mahu diajar! Hati tidak boleh diasuh! Kalau kasihnya sudah termaktub untuk Esya, semakin gadis itu menolak, semakin bergelora Adib mahu menaklukinya.


Kata Esya, “Saya tak sukalah berdating-dating dengan lelaki sekampus! Masya-Allah, brother, apa hal nak berdating aje ni. Kalau berani masuk meminang, nikah teruslah.” Sengaja Esya membasuh!


“Jumpa jodoh kat mana? Dekat vinding machine ke? Degree pun tak selesai lagi dah sibuk nak kahwin? Dengan Esya? Eh, bukan budak itu selalu kau dajalkan dulu? Nak bagi anak dara orang makan apa kalau masih student dah nak bernikah. Dah kena sawan tarik ke, Adib? Gatalnya adik kakak ni!” Itu bebel Kak Dayana.


Mujur abang ipar yang budiman, Abang Azmie sentiasa husnuzon.


“If nikah and walimah cost RM10,000, and zina cost a cinema ticket and popcorn… what have we done to the deen of Allah? Bernikah muda tu lebih baik daripada ke hulu ke hilir tapi tak halal! Tak ada salahnya bernikah muda.”


Penyudah cinta hampir tampak sempurna. Indah penuh pelangi jiwa, kalbu berdegup bahagia, tatkala cinta pandang pertama, cinta sewaktu belum selesai SPM, akhirnya dipateri dengan ijab kabul. Tolak tepilah kalau orang mengumpat keji. Student bernikah dengan student, tentu aje semuanya bajet rendah!


Tapi rupa-rupanya, fitnah, cemburu, hasad dengki dan jiwa nan baran menjadi ujian buat pasangan muda ini. Hanya rayuan doa demi doa ke langit ke tujuh mampu menyatukan mereka kembali.

Thursday, February 23, 2017

Telemovie Kalbu Pun Berzikir

Untuk kawan kawan yang ada kesempatan,
Yang ada peluang
dan ada siarannya, selamat menonton ya:))

Kalbu Pun Berzikir





ShareThis