Sunday, December 13, 2009

PERHIMPUNAN ALUMNI MINGGU PENULIS REMAJA

Jom adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, kawan-kawan yang pernah menjadi ahli keluarga MINGGU PENULIS REMAJA.. kita ramai-ramai ke DBP. Ini butirannya

Tarikh & Hari : 19 Disember 2009, Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL.
Tema Pakaian : Baju T MPR / warna kelabu

Majlis ini merupakan anjuran bersama Alumni Minggu Penulis Remaja dan Bahagian Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, KL.

08:00 : KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN, MANTAN MPR & KELUARGA
09:00 : UCAPAN ALU-ALUAN PENGARAH PROGRAM
09:05 : FORUM : MPR SELEPAS DUA DEKAD

· Moderator : Nimoiz T.Y
· Ahli Panel :
o Lily Haslina Nasir (mantan MPR 1986)
o Raihani Mohd Saaid (mantan MPR 1997)
o Khairul Nizam Abd Raub (mantan MPR 2000)
SESI TAYANGAN VIDEO

SLOT “MEMORI MPR”
11:30 : PERASMIAN PENUTUP
· Ucapan oleh YBhg. Dato’ Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
· Ucapan oleh YBhg. Datuk Johan Jaaffar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP
· Majlis pelancaran buku/antologi Alumni MPR
13:30 : MAKAN TENGAH HARI DAN BERSURAI

Jualan Buku dan sesi bersama penulis

Maklumat lanjut, boleh lawati laman sesawang Minggu Penulis Remaja (MPR, http://minggupenulisremaja.blogspot.com

Saturday, November 28, 2009

Gila Bayang Pada Pinggan-Mangkuk Lama

Mabuk dan gila bayang saya pada pinggan mangkuk lama ni menjadi-jadi musim cuti ni. Semua ni gara-gara terliur tengok cawan-cawan dan teko lama di blog Ah Mat Gebu. Semua gambar di bawah ni hasil pencarian saya minggu lepas.. emm, nantilah kalau ada rezeki saya nak cari set cawan untuk teko yang ada motif mawar merah jambu.





Friday, November 6, 2009

Untuk Ahli Persatuan Scorpio





Salam November.. wah ramainya warga Scorpio dalam famili saya... Anis Arisa 14 November.. Rania princess Rosie 12 November, Hanif adik saya 18 November, bonda saudara saya Jamiah Ishak 17 November, kawan saya di Melaka Azizah kalau tak salah 14 November.. ha ha saya 19 November... sama besday dgn Meg Ryan, Calvin Klein, Jodie Foster, Zeenat Aman, Sushmita Sen, Larry King... huwa huwaaaa... perasan share birthday jer... depa tu semua sukses... puan lily haslina ni cuma duduk rumah jer...

Ni alkisah perwatakan orang yang lahir dalam bulan November yang dikongsi dari Datuk Dr Fadilah Kamsah.. hihi.. sengih-sengih masa saya baca ni.. ehhh banyak macam betul jer .. ha ha ha

NOVEMBER

1. banyak idea dalam sesuatu perkara
- yelah tu sampai pening nak buat macam macam
2. perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
- memang saya cepat bosan, cepat berubah
3. otak dan pemikiran yang sangat tajam

4. cara berfikir lain dari orang lain
- mana tak .. saya kan suka merapu dan merepek

5. berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
banyak berfikir,
6. nampak macam sombong tetapi sangat mudah mesra
- em, ramai tak kenal memang akan kata saya sombong.. ni sejak sekolah
7. penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
8. sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya


9. sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia - ha ha sebab tu jadi wartawan dulu
10. amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia

11. daya firasat sangat halus dan tinggi
- entahlah.. tapi gerak hati saya selalu betul.. selalu boleh agak apa org kata di belakang saya..
12.
personaliti dinamik tidak hargai pujian
13. bercita-cita tinggi
14. terlalu degil dan keras hati
apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya - memang arwah mak kata saya anak dia yg paling degil..

15. sangat rajin dan berkemampuan tinggi
kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
16.
pandai mendorong diri sendiri
17. berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran - ye kot.. sekarang ni saya cuba utk tak terlalu baik sangat dan percaya pada orang
18. mudah ambil berat terhadap orang lain


19. orang yg mencintai scorpio sukar melupakannya sampai bila-bila-
ha ha ni kena tanya ex boypren gamaknya..
20. pandai muhasabah diri & tak suka marah kecuali tergugat - agaknya kot.. kawan-kawan kata saya suka beri muka pada orang
21. romantik & sensual - kan saya kata saya minat MARILYN MONROE
22. kekadang tidak pasti dengan cinta di hati sendiri - eh pastilah!
23. suka duduk di rumah - yeszzz, saya suka memerap di rumah
24. tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi -
betullah kot.. saya pernah buat senior saya terpijak paku payung sebab saya marah sangat pada dia.. ha ha lepas tu saya mintak maaf dan mengaku...

Friday, October 16, 2009

Komen Editor Majalah Muslimah - Menunggu Cinta Tuhan

Kak Nik Fauziah... Alahai, saya tak tahu nak kata apa! Terima kasih ye! InsyaALLAH di masa akan datang saya cuba buat sesuatu yg lebih bermakna,lebih manis,lebih berisi utk setiap karya! Segala yg baik datang dari ALLAH SWT, yang jelek itu dari saya! Terima kasih semua yg bersama-sama saya sepanjang saya menekuni manuskrip Menunggu Cinta Tuhan..


Ini komen Kak Nik Fauziah...

Menunggu Cinta Tuhan, buah tangan terbaru Lily Haslina Nasir, baru saya terima semalam (15 Oktober ) daripada tuan empunya diri. (Thanks Lily for the free copy!)

Teringat sewaktu bersms dengan Lily, saat beliau sedang ‘bergelut’ menyiapkan naskhah tersebut. Katanya sambil ketawa, “kak, saya tengah buat novel Islamik dengan PTS…konon-kononlah. Tak tahulah menjadi atau tidak…tapi Lily nak mintak pandangan akak yer.”

Di celah-celah kesibukan, tak sempat kami berjumpa. Dan akhirnya Lily mengumumkan kelahiran ‘cahaya mata’ barunya itu. Sekali lagi beliau menghubungi saya dan meminta agar saya tidak membeli buku barunya itu kerana beliau ingin menghadiahkan kepada saya.

Kebetulan kami bersama-sama menghadiri rumah terbuka PTS dan di situ naskhah tersebut bertukar tangan. Actually I was wondering, curious and eager to find out the ‘warak’ side of Lily Haslina (gelak guling-guling). Maklumlah apabila naskhah novel Islamik, biasanya berlatar belakangkan Timur Tengah, berganti nama ana-anta-enti dan sering kali berwatakkan ustaz/ustazah (malah Lily pun mengakui agak suspen dengan percubaannya sendiri).

Lebih kurang jam 9 malam Jumaat itu, saya mula mengadap novel tersebut. Sehingga hampir jam 2 pagi masih meneleku tapi terpaksa surrender, namun kembali menyambungnya selepas solat Subuh dan habis membacanya sebaik masuk waktu dhuha. Alhamdulillah!

Saya tidak tahu apa ungkapan yang sesuai untuk digunakan tapi ia sangat menyentuh hati saya. Pada Lily saya katakan superb.. jawapan standard Lily “takde maknanya!”. Mungkin pemilihan watak dan setting novel itu sangat dekat dengan saya membuatkan saya benar-benar terpegun. Malah kalau saya berada di dalam situasi tersebut, saya sendiri tidak tahu apa yang akan saya buat!

MCT mengisahkan seorang graduan syariah yang memohon kerja sebagai wartawan hiburan di sebuah akhbar arus perdana. Terpaksa berhadapan dengan dua orang ketua yang berlainan pendapat – Muda Sulaiman, seorang yang inginkan pembaharuan dan Azrul Rasyid, tipikal orang ‘hiburan’. Ironisnya, watak Azrul Rasyid yang juga berlatar belakangkan pendidikan agama namun jauh terseret daripada apa yang dipelajari.

Di situlah bermulanya konflik antara Azrul Rasyid, si tampan bermulut puaka (Lily…dah lama akak tak dengar istilah tu..dan sangat-sangat mengembalikan nostalgia sewaktu praktikal dulu, betapa capoinya mulut orang-orang dalam line tu) dengan Khalida Atikah, graduan syariah yang mencuba nasib dalam bidang serba baru untuk dirinya. Bayangkan pertembungan nilai dan prinsip yang terpaksa dihadapi.

Menelusuri kehidupan Khalida Atikah, membuatkan saya berasa iri dan kagum dengan kekebalan mental dan keutuhan prinsip yang dipegang. Betapa apabila membandingkan dengan diri sendiri, saya tidak yakin apakah saya juga mempunyai kekuatan sebagaimana Khalida Atikah andai dihadapkan dengan situasi sedemikian.

Berada dalam media Islam biarpun sukar, namun kita telah berada dalam landasan yang mudah, cuma terpaksa berhadapan dengan sedikit sahaja kesukaran dalam menjalankan misi dakwah. Namun berada dalam 'acuan yang tidak sempurna' lebih sukar untuk berdakwah. Tentangan bukan sahaja dari luar malah cabaran dari dalam juga menjadi hambatan yang lebih menyakitkan. Tidak mustahil kualiti dakwah itu itu sendiri lebih bermakna!

Pujian harus diberikan kepada Lily kerana garapan hujah yang bernas (terserlah sisi warak Lily, wink2). Pemilihan diksi dan gaya penulisan, menyerlahkan keindahan bahasa penulis. Nilai keagamaan, profesion kewartawan dan amalan mistik yang menjadi tema karya, mentashihkan pengalaman penulis yang telah berkecimpung lebih 12 tahun dalam bidang jurnalisme.

Dan setelah menekuni novel ini, saya juga telah dapat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh penulis kepada saya, “mengapa ada orang yang berpendidikan agama, menjaga solat dan dilihat warak, tidak tahan bila diuji?”.

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah sekadar belajar agama dan bersolat belum tentu dapat menjamin diri andai tidak ada penghayatan dalam ibadah dan tidak mendapat rahmat Allah. Tanpa rahmat-Nya, tiada erti hidup kita! Bagaimana hendak mendapat rahmat Allah?? Mintalah belas ehsan dari-Nya kerana kita ini milik-Nya!

Saya menanti sekuel novel MCT!
Posted by Nik Fauziah Nik Hussin at 10:18 PM

Azmee & Dayana - Mencari Diri

Dalam fikiran saya bersimpang-siur sekarang ni fikirkan plot cerita. Ada yang itu, ada yang ini... ha ha ha lama sungguh saya tak menaip!!! Cuti raya saya macam ala-ala sebulan. Baru-baru ni saya terima emel. Sebenarnya sudah berkali-kali Idalynn emelkan pada saya. Dia sekarang ni sambung belajar di UK.

Katanya, dia berhajat sangat-sangat saya sambungkan kisah couple Azmee dan Dayana dalam Mencari Diri. Huhuu... itu cerita lama. Novel lama. Saya pun ingat-ingat lupa dah novel tu. Novel saya tulis zaman saya di UM.

Tiba-tiba Rose Harissa beritahu saya, dia beli novel Mencari Diri. Alamak, dengan kawan penulis ni lagilah saya segan!
“Kau sambung balik cerita Azmee tu! Aku baca aku suka dengan Azmee. Dayana tu pun ala ala gedik bila dia nak tackle Azmee.”

Hah? Itu novel lamalah!
“Aku suka! Betul! Bila aku baca, aku pulak rasa nak masuk UM tu nak cari siapa Azmee, nak tengok macam Azmee tu... karektor dia best. Ala ala sombong, cool dan baik. Buat zaman dia dah kerja. Novel Mencari Diri tu pendek ceritanya.. tak puas baca.” Beriya iya Che Rose komen.

Wah Che Rose menambah lagi plot cerita untuk saya. Nantilah. Sekarang ni saya memang rajin berfacebook. Memang macam macam cerita merapu zaman UM keluar. Kawan-kawan saya nakal dan menyakat saya yg tengah gila mengecat sekarang.

Kata Ayu yang ada di York, kalau datang rumah si Lily kena pakai baju Adam’s Famili yang hitam tu.. Kata Gee pula, kalau ke rumah saya kena bawak lampu suluh sebab rumah saya dinding hitam. Lepas tu bila saya cat merah dan kebetulan jarang masuk FB sebab sibuk, depa kata ohhh.. si lily ni mesti sibuk di PWTC.. Maklum rumah dah cat merah tentu si lily tu penyokong tegar UMNO... Hamboi hamboi hamboi... nantilah ... saya belum sempat nak sambung chatting kat Facebook tu...

Friday, October 9, 2009

Menunggu Cinta Tuhan ... Dah Terbit



MENUNGGU CINTA TUHAN
NOVEL ISLAMIK TERBITAN PTS LITERA
HARGA: RM18 (Semenanjung)
RM20 (Sabah & Sarawak)



Buat yg berhajat mahu beli terus dari saya, klik di atas,lengkapkan borang dan pembayaran melalui maybank2u. Jikalau sudah membaca, apa kata sudi-sudikan memberi komen mengapa anda menyenangi MENUNGGU CINTA TUHAN dan jikalau saya menyambung novel ini dengan menulis AKU DISENTUH TUHAN (judul sementara yg membayangkan seseorang yg mendapat hidayah) apakah perkara yg anda ingin saya tambah dan kembangkan di dalam plot novel itu kelak. Satu komen yang terbaik akan menerima sebuah beg sling sembonia limited edition dari saya. Semua ini boleh diemelkan kepada saya di lilyhaslinanasir@gmail.com

InsyaALLAH, dlm masa yg terdekat saya akan menyiapkan sambungan MENUNGGU CINTA TUHAN dgn judul AKU DISENTUH TUHAN.. mudah-mudahan kali ini lebih lancar proses menulisnya.

Terima kasih Asma.. terima kasih team Litera PTS, terima kasih Pts.. Dan tentunya terima kasih Tuhan utk peluang ini!

Semalam dlm keadaan mengantuk saya paksa juga diri memandu ke gudang PTS di Batu Caves.. uwaaaaa.. mcm tak percaya tengok Menunggu Cinta Tuhan depan mata.


Khalida Atikah jiwanya bening lagi putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam.
Dia mungkin tidak punya cinta tapi tetap punya cita-cita.
Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa.
Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru.
Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia?

“Alamak... macam mana nak tulis gosip? Nanti aku fitnah orang?”
Ketuanya, Azrul amat digeruni. Lelaki muda itu matanya tajam menikam, lidahnya mampu menghiris, tindakannya menghancur lumatkan kerjaya kewartawanan yang baru bermula.

Namun di antara Azrul yang digelar Harimau Dinamik dengan Allah swt Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam, Khalida tunduk sujud gentar lagi penuh cinta pada Yang Khalid!

Azrul Rasyid.. dia lelaki keras, kasar lagi lantang.
Kata-katanya penuh luka, bibirnya penuh duri.
Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati.

“Hah?! Budak Khalida jadi anak buah aku?”
“Bertudung, lurus bendul, aliran agama... Apa Khalida tahu tentang hiburan dan artis?”
“Menulis di ruangan hiburan pun macam beri kuliah subuh!”

Renungannya pada Khalida penuh benci dan keji.
Gadis ini memang menyusahkan!
Tapi entah mengapa wajah polos jernih itu ada ketika menggugah hati bekunya.

Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba.
Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu.
Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian.
Setinggi mana mampu mereka menongkat langit.
Sejauh manakah cinta mampu bertahan di antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yang menguasai.

Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pada Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rasyid dan Nureen siapa yang lebih luhur lagi putih untuk disapa cinta PenciptaNya?

Saturday, September 5, 2009

Menunggu Cinta Tuhan... bakal terbit..

MENUNGGU CINTA TUHAN
NOVEL ISLAMIK TERBITAN PTS LITERA
HARGA: RM18 (Semenanjung)
RM20 (Sabah & Sarawak)

Khalida Atikah jiwanya bening lagi putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam.
Dia mungkin tidak punya cinta tapi tetap punya cita-cita.
Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa.
Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru.
Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia?

“Alamak... macam mana nak tulis gosip? Nanti aku fitnah orang?”
Ketuanya, Azrul amat digeruni. Lelaki muda itu matanya tajam menikam, lidahnya mampu menghiris, tindakannya menghancur lumatkan kerjaya kewartawanan yang baru bermula.

Namun di antara Azrul yang digelar Harimau Dinamik dengan Allah swt Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam, Khalida tunduk sujud gentar lagi penuh cinta pada
Yang Khalid!

Azrul Rasyid.. dia lelaki keras, kasar lagi lantang.
Kata-katanya penuh luka, bibirnya penuh duri.
Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati.

“Hah?! Budak Khalida jadi anak buah aku?”
“Bertudung, lurus bendul, aliran agama... Apa Khalida tahu tentang hiburan dan artis?”
“Menulis di ruangan hiburan pun macam beri kuliah subuh!”

Renungannya pada Khalida penuh benci dan keji.
Gadis ini memang menyusahkan!
Tapi entah mengapa wajah polos jernih itu ada ketika menggugah hati bekunya.

Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba.
Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu.
Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian.
Setinggi mana mampu mereka menongkat langit.
Sejauh manakah cinta mampu bertahan di antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yang menguasai.

Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pada Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rasyid dan Nureen siapa yang lebih luhur lagi putih untuk disapa cinta PenciptaNya?

Kata DR MAWAR SHAFEI - Ketua Program Persuratan Melayu UKM...
Jurus kewartawanan dan penulisan Lily Haslina Nasir sekian tahun ini, menumbuhkan Menunggu Cinta Tuhan sebagai hasil seni yang bertenaga. Ia menyingkap sisi gelap masyarakat dengan amalan misterius sihir, bertolak dari gesaan nafsu serta haloba. Namun keampuhan iman dan keindahan Islam adalah cahaya yang menunjuk arah. Semoga khalayak memperolehi kebaikan seusai menekuni novel ini.

Kata hati saya...
TERIMA KASIH TUHAN
Terima kasih.. terlalu banyak yg diberi
Terlalu sedikit yg dapat saya balas...
Segala anugerah ini umpama kasihNYA yang menyentuh hati saya...

Lampu hijau diberi editor saya Asma Fadila Habib.. muahaamuahmuahhh... Saya boleh paparkan cover Menunggu Cinta Tuhan.. Em, sukaaa pada hero yg berjambang tu.. mcm kena aje dgn bayangan Azrul Rasyid dalam khayalan saya! Nampak mukanya ego, eksotik dan misteri.. ha! ha! saya memang di alam lain sekarang ni..
(keadaan saya diakui Gee -teman karib di UM yg sekarang ni rajin bersms dgn saya... kau jangan kejutkan aku keluar dari dunia khayalan ni ye selagi kerja tak siap!)

Okay.. nanti saya akan khabarkan di sini sebaik saja novel ni berada di pasaran.

Tuesday, August 18, 2009

super duper hot .. tyson beckford


josh hartnett ni di mata saya the sexiest man on the planet... rasa mcm tak sesuai ke.. emm, tak apa saya berangan utk novel saya jer


Gosh, he's super hot.. entah kenapa saya memang sukaaaa kat mamat ni.. kalau mengantuk pun.. nampak muka dia kat tv mesti saya pandang tak berkelip.. ha! ha! mak syafiq tak sedari diri.. tapi mr beckford ni sesangatlah sweet, charming, hot & seksi..pada minahleter01, ni akak dah jawab ye soalan minah. emm terfikir nak buat dia jadi ustazlah utk novel baru ni nanti.. ha! ha! bolehkan kak yati...

Mood menghadap manuskrip mcm tak ada... saya pulun makan coklat ni.. tadi keluar dgn Kak Yati Berahim dan Suraya di satu restoran mamak. Ha ha kari mamak buat saya lupa dunia.. balik saya pening.. makan coklat lagi.. hem, memang bijak LHN menjaga kesihatan... jadi sebab sakit kepala ni saya nak merepek kejap ye layan cik adik minahleter01 punya tag yg dia bubuh kat bahagian komen n3 bawah. Soalannya memang membunuh jiwa.. sangatlah merapu bagi saya.. jadi saya jawap pun merapulah ye..

1. Bila tulis novel apa perkara wajib kak lily buat?
Buat apa.. termenung depan pc lah.. ohh pasang cd kuat-kuat plus ajak fasha temankan

2. Bila tulis novel apa yg ada sekeliling kak lily?
buku, majalah, surat khabar, coklat, perfumes, vitamin, susu atau kopi

3. 5 Filem apa yg paling berkesan di hati kak lily?
a. azura
b. pretty woman
c. topgun
d. a walk in the clouds
e. achir sebuah impian

4. 5 lagu yg boleh buat kak lily nangis
alamak, akak suka bnyk lagulah.. tapi yg paling-paling suka toni braxton, unbreak my heart.. dlm flight 18 jam, akak dok ulang dengar lagu ni dari minit pertama sampai 18 jam kemudian.. lepas tu sob sob sob.. ni back 1996 masa lagu ni tengah hits

5. 5 sexiest women? berikan sebab
a. marilyn monroe - dia pandai flirting, byk skandal, suara gediks..(mcm pernah jumpa ha! ha!)
b. angelina jolie - hot lips,
c. jennifer lopez - bootylicious, curvy,
tiga cukuplah ye

6. 5 hottest & sexiest men? berikan sebab
a. syafiq - ha! ha! sebab dia selalu tolong mak dia masak, ajar adik ngaji, ajar adik maths dan mengecat rumah
b. adib imran - sebab dia cheeky dan suka merepek
c. arif haiqal - sebab dia anak LHN
d. tyson beckford - Oh gosh... saya memang gila bayang dgn mamat ni
e. josh hartnett - ni satu lagi.. tersangatlah saya suka

7. Kak lily boleh hidup tanpa...
nak 5 jugak
a. tanpa tv
b. tanpa tidur
c. tanpa keluar rumah

8. Kak lily tak boleh hidup tanpa..
nak 5 jugak
a. tanpa syafiq, anis, adib & haiqal
b. tanpa laptop
c. tanpa telefon
d. line internet
e. tanpa surat khabar

9. cinta bermaksud....
alamak, dah mcm ni tak reti nak cakap pasal cintalah.. hem, cinta tu bagi kak lily simpan aje dlm hati sebab kalau terluka pun kita terluka sorang sorang, tak perlu nyusahkan orang lain... cinta buat kita buat baik dgn semua org, jaga hati semua org

10. berkahwin awal bermaksud....
ha ha ha saja nak kenakan kak lily ye.. kahwin awal ni sebab jodoh takdir kuasa Tuhan, dah tertulis gitu

11. People like you because.. 5 sebab
a. suka bersembang
b. selamba
huuu tak retilah nak cakap pasal diri sendiri

12. People hate you because... 5 sebab
a. celupar
b. suka buat bukan bukan
c. kalau marah memang tak ada ampun
d. pendendam
e. semua benda nak cepat


13. What is your strenght.. nak 5
a. sabar.. cewah cewah
b. suka simpan semua perkara/rasa dlm hati
c. selalu buat tak kisah biar ada org pijak kepala
d. berani dan sentiasa determined

14. What is your weakness.. nak 5
a. terlalu tak berkisah
b. terlalu tak berkira
c. selalu tak sampai hati
d. suka kumpul dan simpan dendam
e. kalau marah sanggup buat apa saja

15. Apa word kegemaran kak lily?
tak kuasa.. tak ada maknanya

16. what is your biggest fear?
Tuhan tak restui & tak berkati apa saya buat

17. Yang membahagiakan dlm hidup? nak 5
a. bersama anak
b. novel siap
c. ingat mak

18. Yang dikesali dlm hidup?
nak 5
a. Tak sambung belajar
b. arwah mak pergi cepat
emm.. cukuplah tu.. byk sangat yg dikesali nanti depress pulakkan..

19. kenapa minat marilyn monroe?
ha .. ha... dia tu seksi giler, badan curvy, cantik manja plus suara gedik dan banyak skandal huhuuu boleh ke jawapan ni...

20. wish sebelum dijemput Tuhan?
mintak maaf dgn semua org, cukup amal, cukup bekal kat sana.. amin!

Tuesday, August 4, 2009

Alhamdulillah.. dan Jawapan Utk DD Darling

alhamdulillah..
semalam tepat 901 am saya menjerit kat rumah.. hahahh SIAPPPP...
sesudah lebih sebulan saya tidur cuma 2-3 jam sehari, selesai jugak kerja saya yg satu tu..

terima kasih buat Asma yg percaya pada saya utk tugasan tu..
terima kasih buat rose harissa aka nora yg dengar saya mengeluh itu ini time saya meroyan dgn masalah dunia...saya hampir give up sebenarnya... asma pun dah tension, abang pyan habib saya fikir mesti hangin satu badan dgn kerja saya yg sangkut-sangkut..

memang rasa nak menangis bila saya dapat siapkan..
saya memang berkurung di rumah, tak ke mana, tak jawab telefon cuma pada kes tertentu emm .. saya keluar jugak.
bila siap .. saya reward diri sendiri, beli berkeping-keping CD sampai rm180... entah apa-apa lagu sebab utk cari feel next book.. beli coklat, beli sampai 3 kotak pizza lepas tu baru fikir.. syafiq anis tak ada.. saper nak makan..
mujur saya ada kucing gumuks si fasha yg temankan saya all night long waktu saya pulun menaip tu.. kalau saya terlelap mesti dia tidur atas laptop saya.. kesan dan akibatnya saya tak boleh tidur sebab dia memang dengkikan laptop saya.. badan dia berat ooo.. harus rosak lappy tu kalau dia bergolek atas tu..

pada seorang sahabat yg siang malam pagi petang subuh maghrib rajin tanya khabar/sms saya terima kasih sebanyak bintang di langit.. saya sangat menghargainya.. saya treasure persahabatan ini.

emm, saya beri cuti sehari aje pada diri.. lepas ni saya nak kejar masa siapkan projek fesyen ainmaisarah.. lepas tu novel dan novel dan novel dan novel..emm ingat lagi soalan DD Darling.. yg tanya apa saya nak kalau Tuhan beri saya peluang minta satu perkara..
saya nak jadi saya pada waktu ini..
waktu saya di bawah ni...







SEBABNYA


masa ni saya umur lima tahun..
tinggal dgn nenek
dibesarkan di kampung
dunia saya dlm rumah aje
best!


bapa saudara yg ramai tu semua manjakan saya
sebab saya cucu nenek sorang masa ni
kalau pakcik jalaluddin balik dr sekolah gajah berang.. dia belikan coklat
kalau pakcik jasmin balik... pun dapat coklat
pakcik jamal dari norway rajin kirimkan toys. jam etc
kalau busu saya buli saya, pakcik jalil backing saya..


makan dah besar ni pun nenek suapkan
sebab tu saya gumuks masa tu..
nama saya lily haslina tu pun pakcik aman saya berikan sebelum dia fly ke uk
dan kekadang dia usik saya.. pakcik nak ambil baliklah nama tu..
dan sepanjang belum sekolah.. mak tak pernah rotan saya.. ha! ha1 ha! saya anak mak yg paling sengal masa
kecik sebab manja sesangat..


mana DD? hah ok DD jawapan akak? puas hati kan...
kekadang kalau boleh kembalikan masa lalu ..


saya mahu ke sekolah menengah balik..
tapi emm, masuk sekolah nanti ada homework.. saya malas
masuk sekolah kena bangun pagi tiap hari.. saya benci rutin yg sama jer
masuk sekolah kena ikut disiplin.. huu saya benci disiplin


masuk sekolah nanti bercinta balik... ha ha saya tak mau jugak.. nanti saya nangis!

masuk sekolah kena belajar maths.. saya benci maths
masuk sekolah ada sukan.. saya benci ke padang.. sunburn
masuk sekolah ada periksa.. saya malas, suka meniru..

emm kira okla kalau saya nak ke alam kanak-kanak biarpun sekolah tu memang seronok...
ok.. saya ingat nak ganti tidur tapi tak boleh sebab terlebih minum kopi. sepanjang siapkan kerja asma, saya minum lima cawan kopi dlm tempoh lima jam tiap jam 1 pagi.. sengalkan..
apa-apapun utk asma.. selamat menension kan diri edit manuskrip akak.
kak lily berdoa moga-moga aku dia dan coklat melepasi cetakan ketiga kurang dari 3 bulan ya!!!


Daaaa.....

Friday, July 31, 2009

Komen Si Manis Alyia Utk Aku, Dia Dan Coklat




Salam,

Aunty Lily sekarang tengah buat apa?Maaf yer menganggu....Saya bagi email nih sebab saya nak bagi komen tentang buku Aku,Dia dan Coklat yang bagi saya memang bagus sangat jalan ceritanya.

Komen dari saya,
Saya sangat suka membaca novel Aku,Dia dan Coklat kerana pertama sekali sebab cover depan dia sangatlah cantik macam saya rasa nak makan jer coklat tuh!!!

Yang kedua, sebab karakter dia yang banyak watak seperti watak jahat,watak baik dan watak-watak yang lain, macam-macam rasa ada dalam buku nih!! Watak yang paling saya suka semestinya Zaza, watak utama dalam buku ini.Walaupun Zaza seorang yang serba-serbi kekurangan di luar tetapi dalamannya baik macam Fariz cakap,'Ada inner beuty'(hahahaha ).

Saya sebenarnya pening sikit dengan watak Fariz ini sebab kadang-kadang dia suka dengan Zaza dan kadang-kadang tak suka.(pening-pening lalat ).Watak Maliz dan Asyikin yang memang saya sangat tak suka!!!(benci-benci ).Tak lupa jugak si Muiz dan Khidir yang suka sangat cari pasal dengan Zaza.Insyirah,Puteri Rania dan Khadijah saya suka jugak sebab merekalah teman sejati Zaza walaupun kadang-kadang suka menyakitkan hati Zaza(hihihihi... ).

Yang watak-watak sampingan tuh memang bagus sebab diorang tambah perasa dalam cerita ini macam emak Zaza,emak Fariz,Anis,Haiqal danFaizal (adik-adik Fariz) dan lain-lain lagi.

Artikel-artikel yang ada dalam buku ini, banyak bagi saya ilmu yang selama ini saya tak pernah tahu.Memang tak rugilah baca buku ini!!! .Nak komen apa lagi yerk???sebab buku ini memang best sangat sampai tak tahu nak komen-komen apa lagi .Tapi cerita ini tergantunglah aunty, tak sabar nak tunggu yang baru.....( ).Aunty buat cepat-cepat taw!!!

Ha!!Baru saya teringat, alangkah bahagianya saya kalau saya dapat jumpa dengan editor majalah InStyle dan ada gambar saya dalam majalah itu !!!

Dan yang paling bestnya kalau dapat pergi Theobroma Chocolate Lounge,One Utamayang dikatakan syurga coklat!!!Saya mesti dapat makan sepuas-puasnya dan mesti bestkan makan dekat sana!!!Saya tak pernah pergi sana !!!Saya dah lawat dia punya website: http://www.chocolatelounge.com.au/ .


Terliur saya tengok dia punya product, rasa nak makan jer benda tuh sekarang!!!Aunty mesti pernah pergi kan???Nanti ajak saya taw!!(hahahahaha (muka tak tahu malu)).


Oklah aunty sampai sini jerlah komen saya tentang buku aunty yang best sangat nih!!!


Salam sayang,
Alyia
Farzana Binti Mohd All Jafri

Friday, July 17, 2009

De Ja Vu

Mula-mula gelang saya putus. Kemudian tak sampai sebulan putus lagi satu urat gelang. Oh, gelang itu tak pernah saya tanggalkan sejak saya memakainya.

Kemudian sewaktu saya berada di satu tempat, secara kebetulan saya teringat mimpi-mimpi saya sebelum ini. Kapal terbang terhempas. Saya memang selalu mimpi kapal terbang terhempas dan saya melihatnya seperti menonton dalam dokumentari Air Crash Investigation! Entahlah terbawa-bawa kot apa yg saya tonton dalam mimpi. Tapi waktu saya berada di situ, saya terus teringat mimpi saya. Jarak pesawat yg mahu turun itu sama dgn mimpi mimpi lalu. Bezanya kapal terbang tak terhempaslah waktu saya berada di situ. Cuma jarak, sudut pandang etc semuanya sama mcm dlm mimpi.

Oh Tuhan ini sangat Déjà vu

Apa deja vu.. emm, susah saya nak kata tapi boleh baca di bawah ni

Déjà vu (pronounced /ˈdeɪʒɑː ˈvuː/ ( listen); French: [deʒa vy] ( listen), "already seen"; also called paramnesia, from Greek παρα "para," "near" + μνήμη "mnēmē," "memory") or promnesia, is the experience of feeling sure that one has witnessed or experienced a new situation previously (an individual feels as though an event has already happened or has happened in the near past), although the exact circumstances of the previous encounter are uncertain.

The experience of déjà vu is usually accompanied by a compelling sense of familiarity, and also a sense of "eeriness," "strangeness," or "weirdness." The "previous" experience is most frequently attributed to a dream, although in some cases there is a firm sense that the experience "genuinely happened" in the past.

Tapi tak apalah... apa yg berlaku semua direncanakan Allah. Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja! Amin!

Saturday, July 11, 2009

Moga Kau Mengerti - Emel Pembaca

Emel yg saya terima begini...

Kak Lily,
Saya baca Moga Kau Mengerti (MKM) berulang kali. Entah mengapa, saya tak pernah jemu dgn MKM. Terlalu byk kebetulan yg sama di antara saya dgn MKM.

Kak Lily,
Saya rasa saya adalah Adeena dan dia yg saya ingat sampai mati itu adalah Kamali. Dan tentunya dia adalah abang yg baik buat saya. Kebaikan itu amat saya rasai sebagaimana Adeena menyenangi dan menyayangi Kamali lebih dari seorang abang.

Macam Adeena, saya amat bahagia menyimpan rasa sayang itu sendirian, di dalam diam dan saya harap ia akan kekal begitu.Tak tahu mengapa Kak Lily, saya tak pandai untuk berterus-terang! Saya tak peduli kalau saya sakiti hati dan perasaan saya sendiri.

Kak Lily,
Saya fikir saya seorang yg sentiasa berdoa siang dan malam, mudah-mudahan saya dapat bertemu kembali dengan dia! Saya tidak pernah terfikir akan ada penulis yg mampu menafsirkan apa yg saya rasa seperti mana Kak Lily lakukan pada Adeena..

Sebagaimana Adeena mengharapkan pada satu hari.. satu hari yg tak pasti.. satu hari yg entah bila, dia bersua dengan Kamali. Saya juga begitu pada dia! Tak seorang pun tahu apa yg saya simpan di dalam hati selama ini hatta rakan karib saya sendiri. Saya tak mengharap apa-apa. Saya sekadar mahu tahu di mana dia sekarang, bagaimana dia, dengan siapa dia.. itu saja! Selebihnya saya di dalam diam, dalam setiap solat sejak kami terpisah, saya mendoakan dia sentiasa sejahtera dan baik-baik saja!

Kak Lily,
Kalau orang tak tahu, orang akan kata ini gila bukan! Bukan tiada yg menghampiri saya, tapi entah... saya tidak pernah putus berdoa, mengharapkan Allah mengizinkan kami bertemu. Umpama Adeena dan Kamali, saya dan dia terputus hubungan sudah lebih 10tahun! Maha Mengasihani Allah pada saya dan ajaibnya doa.. Seperti Adeena dan Kamali, saya dan dia kebetulan kembali bersahabat. Dan semuanya berlaku sebagaimana kisah yg Kak Lily tulis di dalam MKM.

Kak Lily,
Membaca MKM buat saya menangis! Membaca MKM buat saya tak mampu tipu perasaan sendiri. Apa akan terjadi selepas ini, itu rencana Allah. Apa saja kemungkinannya, saya terima selepas ini. Tapi kembali bersahabat dgn dia buat saya amat-amat berterima kasih pada Tuhan Ya Rahman! Doa itu sememangnya punya roh! Doa itu seribu kekuatan.


ps: Maaf, saya tak akan nyatakan nama dan alamat emel pengirim di sini. Kepada dia empunya emel, saya ucapkan terima kasih! Ya setiap yg terjadi itu penuh tamsil kejadiannya

Sunday, July 5, 2009

Terima kasih ALAF21 dan KARANGKRAF

ALHAMDULILLAH. Terima kasih buat Alaf 21, terima kasih buat KARANGKRAF. Ini memang hadiah. Saya tak pandai nak susun ayat. Saya jadi tak reti nak bercerita. Tapi semuanya memang luar biasa! Apa-apa pun 3 hari di MATRADE utk ESQ Leadership Training ni jadi tempat kami berkumpul, berjumpa dan saling meminjam semangat! Jom layan gambar...

Demi memberi laluan gambar Dhiya agar lebih lumayan bersama Bapak Legisan.. saya sanggup crop gambar saya sendiri di hujung tu.






Friday, July 3, 2009

Thank You Mrs Sheikh ... Muahhh muahhh muahh!

Saya sampai rumah jam 10.30 mlm! Ya ALLAH exhausted nya DIA saja yg tahu. Keluar rumah awal pagi, balik malam, dan malam-malam sebelumnya saya tak tidur sepanjang mlm sampailah ke subuh!

Tak apa.. Tak apa.. saya pujuk diri sendiri. Tak lama lagi berakhir bulan Julai .. dan saya akan bertapa sekejap di Ubud. Pak Nyoman yg setia jadi pak supir saya di Bali sejak bertahun-tahun sudah saya called. Kali ni saya cadang mahu menginap di Saranam Eco Park.

Mcm biasa.. balik buka pc, tengok gmail. Ada emel yg buat saya senyum... Mrs Sheikh yg saya anggap darling saya untuk blog ni, berkirim cerita. Wah cepatnya cik adik ni habiskan Aku Dia dan Coklat.

Terima kasih Mrs Sheikh utk komen yg sangatlah selamba tu! Kak Lily yang penat ni rasa rajin pulak nak menaip lepas ni (jam dah pukul 11 mlm ok) Sekali lagi pada Mrs Sheikh di Labuan, kasih sayang dari akak! Love you! Biarpun tak pernah berjumpa, Mrs Sheikh memang sangat akrab di hati saya. Dia antara yg selalu mengikuti perkembangan saya melalui blog ni.
Jom saya kongsikan apa emel Mrs Sheikh

salam buat kak lily..
saya dah selamat mencairkan diri...wah.. sangat sempoi dan best. lebih best lagi bila sy baca ADC sambil makan coklat. cadbury beso tuh.. hebat betul rasanya kan... akak.. saya mungkin berisi..debab..gemuk ? gempal macam zaza. tapi mmg jauh di sudut hati, mmg hendak kurus dangan berangan ala2 supermodel.

huh.. bila zaza rasa tersindir, saya apa kurangnya. terkena tang idung, mata mulut sendiri. hahahahaha.... coklat lambang cinta? yaa..mungkin kot.. sebab coklat ada nilai sentimentalnya tersendiri.

saya suka ADC sebab kita tak payah nak jadi orang lain. belasah ajer. Kawan2 yg baik..susah senang bersama. tapi sy tak suka Fariz. sebab Fariz erkk..bagi saya bermuka2. tak suka coklat..amik juga bila di beri. nak jaga hati kunun...iskkkk... dpt sy bayangkan muka Fariz yg ala2 kontrol macho.. wahh. geramnya hati.........!!!!

membaca ADC sama dengan membaca blog akak. tang seluar londeh.. surau.. hp.. :) tahniah kak lily..terima kasih kerana menceriakan idup saya dengan satu2nya novel melayu yang MEMARTABATKAN coklat dan mereka yg berbadan gempal berisi cam saya ni. takdelah kes heroin novel badan cun melecun aje kan..:D

bahasa ..ayat sangat la membuat diri sy tersengih.. akak, sejak bila kalo main netball tu kene anggap jihad fisabilillah???? :P hahahaha....betul gak kan nak jihad pi Gaza.. iskkk... btw, terima kasih kak utk karya yg "cair" ini....

p/s: saya ke kl meting dua hari .selasa depan. kalaulah dpt jumpe akak :D

Monday, June 22, 2009

Terima kasih Wanupeh



Buat Wanupeh, terima kasih banyak-banyak dari saya!
Sangat terharu bila tengok Wan sanggup susah-payah membuat catatan ni utk saya. Terima kasih di atas segala komen untuk novel Aku Ada Kamu. Kagum sebab wan siap buat dalam format yg amat cantik catatannya ini. Cantik sangat!
Dengan segala usaha kreatif Wan tu, Kak Lily hanya mampu ucap terima kasih!

Thursday, June 11, 2009

Alhamdulillah.. Aku Ada Kamu Ke Perpustakaan Negara

Hari ini saya byk sungguh urusan. Maklum lusa anak dah perlu dihantar ke sangkar asrama masing-masing. Lepas Syafiq selesai tuisyen lewat petang tadi, hantar dia dan rakan-rakannya main bowling dan menonton wayang. Tak apalah dia dah penat studi.. saya sanggup menyupir dia dan kawan-kawannya.

Dapat panggilan telefon dari Kak Yati Berahim. Pergi sekejap ke pejabat NB KARA lewat petang.
Oh.. saya mcm tak percaya.. Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Novel Aku Ada Kamu terpilih dalam senarai Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Aku Ada Kamu dibeli sebanyak 1089 naskhah. Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Tuesday, June 2, 2009

Doa Untuk DDdarling

Sejak saya punya blog sendiri (biarpun yg betulnya saya tak pandai langsung nak bina blog... ) alhamdulillah ramai rakan lama dapat saya jejaki semula. Memang platform jejak kasih sungguh blog ni!

DDdarling antara yg sentiasa lekat di hati saya.
Saya kenal DD secara kebetulan. Saya interview dia utk Jelita sekitar 1997 kalau tak silap. Orangnya sangat cool, nampak mcm pendiam tapi sentiasa membantu saya. Masa tu saya buat rencana berkenaan kerja amal. Bila kenal DD, saya sangat-sangat terpegun... ternganga, terlopong sebenarnya..

Orangnya masih muda.. sanggup tinggalkan kerja tetap dgn gaji ribu-ribu kemudian buat kerja amal yg sekadar dapat elaun. Itu pun kalau tak salah saya sekadar RM700. Nak tahu apa kerja DD masa tu.. .. Kalau saya sebut rasanya ramai berkerut dahi.

Dia menyusuri kawasan black area sekitar Chow Kit, Lorong Haji Taib utk mendekati pekerja seks, mak nyah, penagih dadah etc.. utk dipujuk, disedarkan, diberikan rawatan dll. Bayangkan, kata DD, setakat cuci luka depa tu yg dah berulat, bernanah memang perkara biasa. Kata DD berbulan-bulan dia berulang alik di kawasan tu sekadar nak pecahkan ais.. nak biasakan dirinya dilihat penghuni lorong situ. Lama kelamaan kehadirannya diterima. Dari situ DD, mendekati, menasihat, merawat, memujuk golongan ni.

Dgn pertolongan DD juga saya dapat temubual Presiden Mak Nyah Semalaysia masa tu. Banyak betul DD bantu saya utk dapatkan maklumat. Kita kena ingat, bukan mudah mahu berhubungan dgn golongan ni sebab tersilap langkah tujuan baik disalah erti. Bila rencana keluar, saya cuba hubungi DD. Alih-alih DD hilang tanpa dapat dikesan.

Selepas 2008 kalau tak salah, DD hubungi saya melalui blog. Ya Allah, saya macam tak percaya! Rupa-rupanya selepas rencana tu keluar, pecah rahsia yg disimpan DD. Alkisah segala tindakan nekad DD berhenti kerja tak diketahui keluarganya. Cerita DD pada saya, dia bawa diri ke sabah.

Hujung tahun lepas, saya terima satu bungkusan yang amat besar. Sebesar kotak TV dikirim pada saya. SubhanALLAH, daripada DD rupa-rupanya. Dia kirimkan saya hadiah set teko dan cawan antik. Tak terkata saya. Maklum saya jumpa DD sekali saja. Itupun bertahun-tahun lalu. Masa tu Haiqal dgn Adib tak lahir lagi rasanya. Kata DD dia tahu hobi saya ni dari blog ini.

Kuasa Tuhan, sewaktu pesta buku saya disapa gadis yang hampir saya tak kenali. DD ya? Dia mengangguk. Kami sama-sama rasa nak menangis masa tu. Entah. Saya pun tak tahu kenapa. Kami berbual singkat saja. Tapi dlm masa singkat tu DD bercerita pada saya. Passionnya pada kerja amal masih mcm dulu biarpun dia kini menetap di utara.

Waktu mahu pulang kami bersalam dan berpeluk. Tangan DD erat pegang tangan saya, macam tak mahu lepas. Saya rasa dia seperti mahu menangis. Saya cuma kata, tak mengapa DD, pedulikanlah apa orang mahu kata. Tak semua orang boleh faham minat dan kecintaan kita. Jiwa setiap orang berbeza. Kata DD lagi, di utara dia masih lagi membantu memberi bantuan mencuci luka, merawat, mengetuk dari pintu ke pintu rumah pesakit HIV/Aids untuk beri sokongan moral.

Pada DD, teruskan usaha murni ini. Biar DD kena menghadap bau hanyir dan melawan rasa mual waktu membantu, tetapi percayalah, semua itu akan bertukar menjadi haruman syurga buat bekal DD di sana nanti! Kak Lily doakan dari jauh. Dan kata saya lagi, kalau ada 100 orang anak muda di Malaysia ini hati seputih DD, rasanya hidup ini akan lebih tenteram dan indah!

Monday, May 18, 2009

Seharian Di Rumah sayasukacupcake.blogspot.com

Selongkar punya selongkar saya jumpa gambar lama ni.. baju oren tu Haizan, baju biru Kak Jun .. emm abaikan muka saya yg serabai dan berminyak tu!

Em minggu lepas saya berjaya jugak curi waktu utk ziarah rumah kawan karib merangkap sparing saya utk tulis rencana masa di Jelita dulu, Kak Jun @ Zurilawati Ku Zaifah @ sayasukacupcake.blogspot.com. Bertahun-tahun rasanya tak jumpa sejak masing-masing pencen dari Jelita. Kak Jun yg juga bekas editor pertama majalah Cosmopolitan Malaysia, rasanya masih maintain mcm dulu!
Macam-macam cerita kami sembang bersama Haizan yang juga bakal meninggalkan Jelita tak lama lagi. Rasa tak cukup korum sebenarnya bila geng kami Khairol Bariah tak ada. Bariah mesti tengah busy dengan program busana di TV9 nya. Ha! Ha! Sempat jugak kami berangan, satu hari nanti kalau ada rezeki kami ke Jakarta lagi mcm yg pernah kami buat dulu. Atau mungkin kali ni ke Bali bersama semua yg dah bergelar ex-Jelita.

Kalau nak tahu, dengan Kak Jun lah saya banyak belajar utk jadi reporter yang berani dan bold. Kalau tak, tak mungkin saya, Jun dan Bariah meredah ke Narathiwat naik bot penambang waktu saya sarat mengandungkan Haiqal. Kami selamba badak aje redah sempadan Malaya utk cari berita hal nikah sempadan. Tanpa sebarang temujanji, kami memang redah pergi ke sempadan dan terus masuk ke Siam.
Dengan Kak Jun jugak, saya dan dia sama-sama terlompat di bilik mayat HKL bila jenazah org meninggal sebab dibunuh ditolak depan kami.

Kami juga pernah berlama-lamaan menghadap mayat org mati digilis kereta api yg mahu diawetkan. Masa tu mayat dah lebih seminggu. Huh, macam berani sungguh kami masa tu demi nakkan gambar bedah siasat mayat! Dalam sebulan tu, kerja kami asyik menghadap mayat aje. Bau bahan pengawet yg melekat sampai ke tekak tak usah cakaplah! Kiranya banyak lagi kerja gila yg pernah saya buat bersama Kak Jun di Jelita. Sampailah kami sama-sama menang anugerah kewartawanan majalah terbaik Malaysia dan dapat award dari Tun Abdullah Badawi.

Kekadang saya yg lalok kerja, tertinggal slide di Semenyih dan bos pulak mintak time tu jugak.. Huh, pada Kak Junlah saya minta pertolongan hantar saya balik ke Semenyih dan patah semula ke Jelita hanya sebab sekeping gambar.

Itulah al-kisah masa zmn gila kerja dulu. Sekarang ni kalau imbas balik, kami sama-sama geleng kepala dan gelak besar!

Hari Jumaat lepas, dari nasi lemak, ke donut kemudian kek coklat penuh strawberi sampailah ke cucur udang kami menjamu selera.. Memang kami kenyang makan .. makanan memang penuh meja! Semuanya Kak Jun masak sendiri tu!

Sekarang Kak Jun happy dgn passionnya yg baru.. cupcakes! Sesiapa pun saya gerenti pasti terpegun tengok cupcakes Kak Jun di blognya. Em, kalau nak tahu sahabat saya ni.. saya gelarkan ada jari-jemari yg magik. Menjahit terror, menulis menjadi, buat cuppies pun comel giler!
ni antara cupcake kak jun.... masa memula tengok saya ingat ni renda!
Hem, saya dah terfikir, kalau kak Jun bertandang ke rumah saya, harus saya sembelih ayam belanda tu.. Ha! Ha! Resipinya nanti saya tanya Kak Norzailina kita!


Ada beremel tanya saya, "Kak Lily ni menaip 24 jam ke?"

Hish, taklah sampai macam tu! Mahu muka saya pun jadi segi empat macam skrin laptop kalau duduk menaip 24 jam!

Sejak anak tinggal dua orang saja di rumah, saya makin rajin pulak melayan ternakan suami di belakang rumah. Sejak Sunti tak ada, kami dah lupuskan ternakan arnab. Tak larat nak bela sebab cepat sangat membiak. Selain kucing saya si Fasha yang berat hampir 4 kilo, saya selalu leka layan tiga ekor ayam belanda yg ada di rumah ni.

Kalau ekornya kembang memang cantik macam merak. Adib suka hambat ayam belanda ni keliling reban. Kata Adib, ayam ni kalau besar sikit dia nak tunggang macam naik ostrich! Kami beli dulu pun memang di ladang ostrich di Semenyih ni. Suami saya dah berangan-angan nak sembelih.

Konon anak-anak cuti sekolah nanti boleh dipanggang.
Entah ya entah tidak. Angsa pun tak pernah disembelih, biar berpuluh kali menyebut! Ayam belanda ni pulak dah pandai bertelur. Kalau telur angsa anak saya kata macam telur T-Rex dinasour tu (sebab besar dan kulitnya sangat keras) telur ayam belanda ni kecil sikit.

Thursday, April 30, 2009

Emel dari pembaca Aku Ada Kamu

Terima kasih pada inanazri.blogspot.com juga pada adhan yg sudi review novel Aku Ada Kamu. Ha! Ha! Saya masih di awan tingkat 9. Nak siapkan Aku Ada Kamu, memang agak ekspress saya kerjakan, lebih kurang 6 minggu! Itu pun puas diperhambat oleh Kak Yati dan Suraya Tanda penghargaan saya pada yg beri komen.. ini saya kongsikan di sini


Posted by aku yang terpunya at 9:47 PM
inanazri.blogspot.com

Saya terus terang tak berani nak baca novel ini waktu tengah malam. Novel yang ada cerita pasal saka dan ilmu hitam dari orang lain buat hati saya rasa gerun sebenarnya.Kegelapan dan kepekatan malam lebih dihurung rasa sepi dan mencengkam hati.

Cerita ini berkisar dari kisah seorang gadis yang lincah dan teramat amat peramah hingga tidak kisah berkawan dengan begitu ramai lelaki yang rata-rata menggilainya. Mereka sanggup buat apa saja untuk si genit ini, Sofi Aidura. Hingga akhirnya teman-teman lelakinya ada yang terus menghantar tanda ke rumahnya. Tapi kalau dah putar alam, apa saja berlaku ada saja alasan Sofi Aidura.

Hisham begitu pasti akan kata hatinya tentang rasa cinta pada Sofi Aidura namun cinta tidak pernah bersambut kerana Dura begitu banyak alasan untuk tidak mempercayai Hisham. Rasa curiga akan kesetiaan lelaki itu sentiasa menghasut nuraninya. Tapi dia boleh pula main kayu tiga, bukan tiga malah sepuluh!

Kalau dah jodoh tidak kemana. Namun perkahwinan atas dasar cinta ini menempuh mula alam perkahwinan dengan ujian yang tidak terduga. Rasa dendam dan cemburu Sheila mengatasi minda separa sedarnya. Dia sanggup menyekutukan Allah dengan menggunakan ilmu hitam pada pasangan ini.

Satu demi satu perkara pelik berlaku namun tidak pernah kurang cinta Hinsham pad isterinya. Hanya Dura yang kerap berprasangka kerana bukti-bukti yang ditemui membuat dia hilang kepercayaan pada Hisham. Tapi mungkin benar wanita kerap tersasar kerana lemahnya jiwa.

Itulah padah bersahabat dengan iblis. Walau perit mana dengan kekebalan dan kekuatan iman, segalanya tuntas. Allah bantu hambaNYA yang memohon dan meminta.

Lily Haslina membawa kita melayari kehidupan pasangan suami isteri yang diancam dendam dan sakit hati. Olahannya begitu baik hingga kita terasa amat geram dan bengang dengan Sheila. Saya percaya, seperti apa yang Lily cuba sampaikan, bersahabat dengan syaitan hanya mengundang padah. Saka tidak lebih hanya meniggalkan kesan buruk pada keturunan. Berubatlah segera supaya saka tidak mengganggu keluarga kita.
Jika anda ingin tahu kesudahan novel ini, jangan lupa membelinya ye..

Syabas untuk Lily. Dia mengetengahkan perkara benar yang berlaku pada alam nyata tentang taksubnya manusia pada yang lain selain ALLAH. Ada perbezaan pada novel ini berbanding yang lainnya. Moga lebih sukses dalam penghasilan lepas ini dengan cerita yang lebih umph!



Ni pulak dari Adhan.

akak,
saya suka sangat dengan AAK sebab jalan citer dia sempoi..gaya bahasa yang akak gunakan tak meleret-leret..straight to point..senang nak faham...ada macam-macam 'rasa' masa baca AAK ni..ada rasa kelakar, jijik dan menyeramkan...lain dari yang lain...selalu penulis perempuan kalau tulis cite yang ada unsur-unsur mistik dan seram atau thriller tak berapa menjadi tapi 'sentuhan' akak untuk selit unsur mistik dan seram memang menjadi...

akak,
ada banyak part/ayat dalam AAK yang saya suka..antaranya masa part Sofi Adura call Farhan tapi housemate dia angkat..yang dalam toilet tu...siap ada background bunyi tu yang tak tahan tu..siap leh terbayang 'najis' tu jatuh dalam lubang jamban...eii yek...macam mana akak leh dapat idea untuk masukkan part 'jijik' tu ek..

akak,
itu yang saya 'rasa' tau..saya puas sangat dapat baca AAK...memang best la...saya dok tersenyum, tergeli dan terseram sendiri...pandai sangat akak susun ayat untuk jadikan AAK best...best sangat..pasni leh wat lagi yang seram-seram ye...teruskan menulis...

salam sayang,
adhan


Ni dari lyza USJ.
lyza_ellyza@yahoo.com

Salam...
hai..saya baru baca AAK..tp tk abis lg..baru start baca..tp rasanya cm watak2 nie kesinambungan dari novel alaaa..tk ingat tajuknya tp buku tu saya baca masa skolah menengah lg...(skg ni dah anak 3..)..emmm novel tu saya masih simpan lg..cuma skg nie
saya kt opis dan novel tu kt umah...
curi2 baca novel AAk nie..

Betul kan..pasal sofi adura,abg jamal,cuma yang herannya hero kali nie Hisham lak..
mgkn jawapan tu ada dlm novel ni tp saya tk abis baca lg..tunggu laa..esok leh abis kut..

baru start baca..tk sabar nk abis..
mlm ni leh layan abis rasanya sb ada game MANU VS arsenal...mentara tunggu pkul 3..leh
baca..

gud luck utk kaklily..moga terus2an berkarya sb saya mmg minat giler tulisan kaklily..
asal nmpk jerk novel nama kaklily trus amik..tkyh baca sipnosis..

salam sayang,
liza,USJ 1 Subang..



Ini dari myhasla.blogspot.com
Thursday, April 30, 2009
Akhirnya...
Selesai sudah. Aku berjaya menghabiskan pembacaan novel Aku Ada Kamu! 3 malam berturut2 aku meghadapnya... & tepat 11.30pm tadi selesai pembacaan. Puas hatiku! Lepas ni tak payah nak fikir bila nak habis baca. Selagi tak habis... memang dok menghadap buku tu aje lah jawabnya.

Mula baca AAK hari isnin malam. Hingga lewat malam (or should i call it pagi?) .. pukul 2am baru aku berhentikan pembacaan. Kalau ikutkan hati memang hendak aje ku teruskan lagi since mata pun tak mengantuk lagi. Tapi memikirkan nak ke office the next morning, so terpaksa lar stopped. Selepas habis waktu kerja on Tuesday and Wednesday pulak... aku seolah2 tak sabar nak balik rumah sebab nak sambung baca AAK Ini lar penangan membaca AAK.

Suka sangat watak Sofi Aidura dan Hisham.
Sizzling Sofi. Adorable Adura.

"It was not my lips you kissed, but my soul..."


Jantung, hati, nafas dan cinta ini...
Semuanya ada pada kamu!
Aku hanya ada kamu!


Waahhhh... cair....

Monday, April 27, 2009

Lagi Komen Pembaca utk Aku Ada Kamu

Saya speechless bila ramai yg emel atau beritahu saya sendiri mereka amat menyenangi Aku Ada Kamu. Huhuuu, terima kasihlah ye! Lega saya! Maklum saya menyiapkannya dlm masa yg amat singkat. Itupun atas desakan, hambatan dan dorongan Kak Yati Berahim, Suraya serta sesekali bila saya rasa give-up nak siapkan, Rose Harissa aka Nora Ismail akan bebelkan saya. Masa tu ada dua manuskrip lain yg perlu saya selesaikan. Dalam masa yg sama saya bekerja freelance utk Jelita etc. Jadi memang saya sendiri tak sangka saya sempat siapkan AAK. Dan, manuskrip ni jadi kemas pun selepas saya banyak kutip ilmu dari Kak Yati. Pada Anida yg mengedit, terima kasih tak terhingga. Salah satu emel yg saya terima ni memang mcm penawar pada segala kepenatan saya. Terima kasih ye buat ibujunes. Ini emelnya..

Salam Lily....

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH...
Memang novel ni superb sangat dan bagus sangat. Dia banyak memberi kita pengajaran yang berguna, walau dimana kita dan siapa pun kita, jangan sesekali kita lupa pada asal kita dan mintaklah pada Allah Maha Pencipta.

Ibu beri 5 bintang untuk novel Aku Ada Kamu...

Alhamdulillah akhirnya ibu berjaya jugak menghabiskan pembacaan bagi novel AAK. Setelah agak lama jugak ibu menerimanya dgn membeli secara online dari pihak NB Kara. Kesibukan melanda membatasi waktu2 yang ada...hehehe.
Tak sangka ibu bertemu juga dengan Lily dan layanan yang diberi membuatkan ibu terharu dan tersangatlah gembiranya tanpa dapat mengucap kata2 yang terbaik dan ibu sendiri dah tak ingat apa yang kita telah bualkan di ketika itu...
Setelah ada sedikit kelapangan waktu ibu memulakan pembacaan AAK dari malam hari, tapi nampaknya keadaan umur sekarang tidak membolehkan lagi ibu meneruskan pembacaan seperti dahulu sehingga ke dinihari.Pada paginya ibu meneruskan pembacaan setelah siapkan rumah ala kadar...hehehe(teruknya ibu disitu)

Pada jam 11.45am akhirnya ibu menamatkan pembacaan AAK dengan senyuman kepuasan. Selagi tidak menghabiskannya ibu takkan berhenti.
Novel AAk seolah2 membuatkan ibu terus terpaku menatap tanpa berhenti. Isi kandungannya yang menarik menyebabkan mata ibu seolah2 sudah digam dengan 'gam gajah'. Membaca dan terus membaca sehingga ke penamatnya. Sehingga agak lewat memasak hari tu...hehehe

Mungkin ibu ni agak terkebelakang dari yang lelain. Tapi tak kisahlah, pada awal pembacaan ibu sudah tertarik dengan permulaan yang agak ringan, santai dan mudah di fahami membawa kita membayangkan diri seorang gadis yang sederhana tapi menjadi kegilaan ramai. Sofi Aidura dan Hisham si kekasih hati.
Sofi Aidura-walau punya ramai kekasih gelap, hati tetap setia pada yang satu. Terkadang terasa rendah diri dek kerana diri masih bergelar pelajar.
Hisham-walau berkerjaya bagus dan ramai yang menggoda hati tetap setia pada yang satu.Seorang lelaki yang punyai pendirian yang teguh, matang dan tidak pernah goyah walau badai menimpa.
Tertanya-tanya ibu disini, masih wujudkah lelaki yang sebegini didunia ini???
Kalau ada pun pasti kecil sangat bilangannya.

Berbicara tentang makhluk2 halus dan saka ini seolah-olah kita dialam fantasi , tapi memang kita kena akui kewujudan makhluk halus adalah satu hakikat atau realiti yang wajib diyakini oleh setiap umat islam. Sebenarnya ada banyak dalil2 yang menyatakan tentang kewujudan makhluk2 lain yang hidup bersama manusia dan mereka tidak dapat dilihat.
Dan disebelah petangnya datang seorang customer ibu bersama dengan emaknya untuk menempah baju. Seperti biasa kami berbual, entah bagaimana kami boleh berbual tentang makhluk2 halus. Rupa2nya ada seorang jiran ibu yang diganggu dengan bayangan seorang tua yang berambut panjang berkeliaran dijalan belakang rumah kami. Perbualan kami juga berkisarkan tentang 'saka'.

Mungkin pada pagi ibu sudah membaca novel AAK yang ada menyelitkan tentang saka, ibu dengan yakinnya bercerita tentang saka dengan mereka berdua. Nampaknya novel AAK juga membuatkan kita lebih memahami tentang orang2 yang keluarga mereka memiliki saka dari turun temurun, walaupun mereka tidak mahu menerimanya tapi kerana mereka adalah keturunan daripada orang yang ada saka dengan sendirinya mereka telah pun menerimanya.

Teruskan berkarya dan terus success dalam penulisan...
Ibu sentiasa menyokong..............muahhhh...muahhhhh...muahhhhhh........(^_-)

Cayang Cokmo2,
Ibujunes....

Saturday, April 25, 2009

Emel dari pembaca Aku Ada Kamu

Ini antara emel yg saya terima selepas Aku Ada Kamu berada di pasaran. Terima kasih buat Ara Suhara yg sudi bersusah payah mengirimkan komen ini utk saya. Terima kasih! Terima kasih!

Salam Kak Lily,
Semoga Kak Lily senantiasa sihat disamping family.
Mesti penat melayan kerenah peminat time bookfairkan?.... hehehe...

Seronok rasanya dpt bersua muka dgn Kak Lily walaupun sekejap. FYI, dlm byk2 novel yg saya beli masa bookfair tu, AAK yg saya pilih untuk baca dulu tau!!... kuang3x.....

Congrats Kak Lily atas kelahiran AAK. Saya suka watak Sofi Adura yg nampak mcm "playgirl".... at last kahwin gak si Sofi tu dgn Hisham. Ketulusan hati Hisham menyintai Sofi membuatkan sy dibuai perasaan sendiri. Untung betul nasib si Sofi tu. Namun kewujudan watak hitam seperti Sheila membuatkan hati tak sabar melihat apa "balasan" setimpal yg boleh menginsafkan dia. Sangka saya pompuan jahat tu sekadar akan insaf rupanya dia mendpt balasn yg lebih dasyat.

Tak dpt dinafikan dlm zaman moden ni, msih ramai yg taksub dgn bomoh2 jahat. mereka tak sedar balasan Tuhan yg menanti agaknya kan?

Kalau akak nak tahu, bulu roma ni meremang bila sampai bab2 saka. Seram, coz dah tgh malam. Sorang2 pulak (hubby jauh.. hehehe).. Tapi benda tu memang betul tau Kak. tentunya dlm peristiwa yg berbeza tp masih berkaitan dgn Saka)... Ngeri...ngeeeeeee

Tak rugi sy menghabiskan AAK hingga ke pagi krn sy mendpt kepuasan tersendiri. Seronok sebab AAK membawa kpd kehidpan sebenar masyarakat. Byk pengajaran yg dpt dikutip. Walaubagaimanapun, saya percaya (seharusnya semua umat Islam perlu percaya), selagi kita beriman & beramal, tiada kuasa jahat yg mampu memusnahkan kita krn kuasa Allah melebihi segalanya.

Kesimpulannya... saya suka AAK. Akak mengolah cerita ni dgn canteekkk sekali. Seperti selalu akak memang tak pernah menghampakan peminat akak seperti saya. Saya percaya mereka diluar sana yg membeli AAK akan mendpt kepuasan berganda.

Semoga akan akan terus success & terus berkarya bagi memuaskan hati peminat2 akak... cayok 2x....

Saya bagi 5 bintang......... yeaaa......

Thanks & wasalam....
Ara
Kuala Lumpur

***.... sy attached pics kita ber2 yek. Simpan buat kenangan... hehehe...

Tuesday, March 24, 2009

AKU BUKAN SUPERSTAR - april ini di pasaran




Kawan-kawan di luar sana tentu ramai yang bercita-cita nak jadi penyanyi! Ada yang memang bersuara lunak. Ada yang serak-serak basah tapi tetap memukau bila menyanyi. Tak kurang yang bakatnya setakat suam-suam kuku tapi masih bercita-cita tinggi nak menjadi penyanyi.

Itu yang sekadar suam-suam kuku. Macam mana pulak yang bersuara mcm katak panggil hujan! Angan-angan pulak tinggi melangit. Mahu jadi superstar! Huh, payah bukan!

Emm, bukan mudah sebenarnya kalau nak jadi penyanyi. Masa saya jadi editor utk majalah rasmi Akaademi Fantasia, Aksi AF, satu ketika dulu... saya pun tumpang stress tengokkan adik-adik AF ni. Apa lagi kalau ada antara mereka ni mahu mencapai status superstar. Penyanyi perlu bijak serba-serbi. Kawalan suara, pernafasan, cekap berkomunikasi... semuanya perlu ada di dalam pakej! Selain tu kena kalis gosip, tebal muka, selamba kodok, kekadang terpaksa jadi plastik, buat muka toya.. eh macam-macam lagilah!

Tapi saya sendiri secara peribadi rasa tak tahan kalau ada mak bapak, atuk nenek bintang realiti program ni yg nangis guling-guling kalau anak/cucu/sedara mereka tak tercalon. Sedihnya tahap dewa macam dunia nak kiamat. Alahai...

Bagi yang bercita-cita mahu menjadi penyanyi, mungkin kisah Aril Ali dlm AKU BUKAN SUPERSTAR ni boleh dijadikan teladan. Pilih kerjaya yang glamor belum tentu menjanjikan ketenangan hidup! Ketenangan lebih bermakna daripada kerlipan lampu kamera dan mikrofon atau baju bling-bling yang penuh glamor itu.

Tuesday, March 10, 2009

Aku Ada Kamu... April ini di pasaran

walau yang datang ramai beribu, hatinya lekat pada yang satu



Sizzling
Sofi. Adorable Adura.

Itu antara gelaran yang singgah di telinganya dari jejaka-jejaka kampus. Nak buat macam mana… bukan dia yang menjaja diri, jauh sekali merengek mencari cinta.

“Huh, dia orang ingat aku ni mi hot plate apa... nak panggil aku Sizzling Sofi!” Pernah dia merungut begitu pada teman serumah.

"You ni hotlah Dura! Allure and sexy! Kadang-kadang rasa nak gigit sebab nampak crunchy!” Farhan kenalan yang tinggal berhampiran pangsapurinya pun memuji begitu.

“Hah? I ni hot? You pernah ukur I pakai termometer ke? Ha! Ha! Crunchy? Lawak antarabangsa tu... You fikir I ni buah epal ke?” Selamba saja Sofi Aidura membalas sambil ketawa terkekeh-kekeh.

Wednesday, February 18, 2009

Keluar Kejap Dari Bertapa


Mak bosanlah abang Syafiq tak ada!
Mak kenapa rumah kita senyap aje? Kenapa mak dah kurang marah-marah?

Ewah-ewah, Haiqal byk tanya pulak! Bila saya kata nanti mak cari kucing baru utk jadi kawan kita.. melompat dia suka. Wah, saya kena berterima kasih pada Rosie yg sedekahkan kami si Fasha. Bela kucing ni memang jadi terapi minda lah utk saya bila penat menaip tengah malam sampai subuh. Kurang mengantuk bila tengok Fasha tergolek-golek.

Saya lega bila Syafiq kotakan janji. Setiap minggu telefon saya. Kekadang tu satu petang sampai 3-4 kali telefon. huh, anak mak sungguh anak bujang saya tu!

Lama saya bertapa disebabkan kesibukan yang tahap kronik sekarang... apa yg saya sibuk? Nantilah ya... segan pulak nak cakap!
Masa saya buat n3 pasal jaja nama, saya tak sangka selepas tu inbox streamyx, gmail malah facebook saya penuh dgn mesej. Kenalan saya dari UK, Jepun, Jakarta, kenalan masa di Bali... semuanya beri respon! Ada yg tak pasal-pasal bercerita itu ini, kisah sama ada zmn kami di kampus, zmn kerja atau zmn sesama hingusan dulu..

Wah memang saya tak duga.. ramai yg beri komen dan mcm Opahde dari Australia sampai mention n3 saya tu dlm blognya. Umi Azrini pun gitu jugak. Ada beberapa rakan penulis kirim mesej melalui facebook, kongsi cerita, memang byk kes lompat tikam, jaja nama di kalangan teman sampai menyebabkan yg jadi mangsa tutup blog, bawa diri atau terus menyendiri dan buat hal sendiri.

Saya? Saya cuma gelak-gelak kecil. Lawak saya pada kawan-kawan yg bertanya/mesej ni.. hah, mesti kau orang byk ngumpat aku ye! Ada yg berkali-kali emel.. lily kau ngata aku ke? Aku memang pernah mengumpat kau...

Hah! Hah! Jawab saya, hei.. kawan aku bukan satu dua ye di luar bumi malaya... ramai! Tak payahlah nak terasa. Skop kengkawan saya luas, zmn belajar, zmn kerja, zmn saya interview org, zmn pencen kerja, zmn kerja semula, zmn menulis... sepupu sepepat saya pun berterabur di luar malaya. Di jepun ada, di jakarta ada, di al azhar ada dua orang.. di norway ada, belgium, hong kong pun ada... sepupu saya mat salleh yg memang penyanyi dan pernah perform dgn group dia kat KL pun ada...

Tapi saya belajar satu perkara. Ada kala-kala kena jadi sombong utk pride diri (walaupun ni bukan cara saya dan saya tak suka sebenarnya). Bila sengih byk ni kekadang org kurang hormat. Org injak-injak diri kita. Saya pernah membodohkan diri membantu sahabat merangkap saudara jauh.. dia nak pindah saya carikan kotak, belikan salotep, telefonkan lori, dia keguguran saya dtg tolong masakkan air mandinya, saya pernah buatkan biskut waktu dia konon-konon teringin nak makan biskut saya.. Alih-alih dia bercerai nama saya terbabit...sudahnya... emm, malas nak ceritalah! Hati saya dah sejuk sekarang, kalau dia terbaca, jangan risau... saya dah buang ke laut cerita tu!

ShareThis