Friday, October 16, 2009

Komen Editor Majalah Muslimah - Menunggu Cinta Tuhan

Kak Nik Fauziah... Alahai, saya tak tahu nak kata apa! Terima kasih ye! InsyaALLAH di masa akan datang saya cuba buat sesuatu yg lebih bermakna,lebih manis,lebih berisi utk setiap karya! Segala yg baik datang dari ALLAH SWT, yang jelek itu dari saya! Terima kasih semua yg bersama-sama saya sepanjang saya menekuni manuskrip Menunggu Cinta Tuhan..


Ini komen Kak Nik Fauziah...

Menunggu Cinta Tuhan, buah tangan terbaru Lily Haslina Nasir, baru saya terima semalam (15 Oktober ) daripada tuan empunya diri. (Thanks Lily for the free copy!)

Teringat sewaktu bersms dengan Lily, saat beliau sedang ‘bergelut’ menyiapkan naskhah tersebut. Katanya sambil ketawa, “kak, saya tengah buat novel Islamik dengan PTS…konon-kononlah. Tak tahulah menjadi atau tidak…tapi Lily nak mintak pandangan akak yer.”

Di celah-celah kesibukan, tak sempat kami berjumpa. Dan akhirnya Lily mengumumkan kelahiran ‘cahaya mata’ barunya itu. Sekali lagi beliau menghubungi saya dan meminta agar saya tidak membeli buku barunya itu kerana beliau ingin menghadiahkan kepada saya.

Kebetulan kami bersama-sama menghadiri rumah terbuka PTS dan di situ naskhah tersebut bertukar tangan. Actually I was wondering, curious and eager to find out the ‘warak’ side of Lily Haslina (gelak guling-guling). Maklumlah apabila naskhah novel Islamik, biasanya berlatar belakangkan Timur Tengah, berganti nama ana-anta-enti dan sering kali berwatakkan ustaz/ustazah (malah Lily pun mengakui agak suspen dengan percubaannya sendiri).

Lebih kurang jam 9 malam Jumaat itu, saya mula mengadap novel tersebut. Sehingga hampir jam 2 pagi masih meneleku tapi terpaksa surrender, namun kembali menyambungnya selepas solat Subuh dan habis membacanya sebaik masuk waktu dhuha. Alhamdulillah!

Saya tidak tahu apa ungkapan yang sesuai untuk digunakan tapi ia sangat menyentuh hati saya. Pada Lily saya katakan superb.. jawapan standard Lily “takde maknanya!”. Mungkin pemilihan watak dan setting novel itu sangat dekat dengan saya membuatkan saya benar-benar terpegun. Malah kalau saya berada di dalam situasi tersebut, saya sendiri tidak tahu apa yang akan saya buat!

MCT mengisahkan seorang graduan syariah yang memohon kerja sebagai wartawan hiburan di sebuah akhbar arus perdana. Terpaksa berhadapan dengan dua orang ketua yang berlainan pendapat – Muda Sulaiman, seorang yang inginkan pembaharuan dan Azrul Rasyid, tipikal orang ‘hiburan’. Ironisnya, watak Azrul Rasyid yang juga berlatar belakangkan pendidikan agama namun jauh terseret daripada apa yang dipelajari.

Di situlah bermulanya konflik antara Azrul Rasyid, si tampan bermulut puaka (Lily…dah lama akak tak dengar istilah tu..dan sangat-sangat mengembalikan nostalgia sewaktu praktikal dulu, betapa capoinya mulut orang-orang dalam line tu) dengan Khalida Atikah, graduan syariah yang mencuba nasib dalam bidang serba baru untuk dirinya. Bayangkan pertembungan nilai dan prinsip yang terpaksa dihadapi.

Menelusuri kehidupan Khalida Atikah, membuatkan saya berasa iri dan kagum dengan kekebalan mental dan keutuhan prinsip yang dipegang. Betapa apabila membandingkan dengan diri sendiri, saya tidak yakin apakah saya juga mempunyai kekuatan sebagaimana Khalida Atikah andai dihadapkan dengan situasi sedemikian.

Berada dalam media Islam biarpun sukar, namun kita telah berada dalam landasan yang mudah, cuma terpaksa berhadapan dengan sedikit sahaja kesukaran dalam menjalankan misi dakwah. Namun berada dalam 'acuan yang tidak sempurna' lebih sukar untuk berdakwah. Tentangan bukan sahaja dari luar malah cabaran dari dalam juga menjadi hambatan yang lebih menyakitkan. Tidak mustahil kualiti dakwah itu itu sendiri lebih bermakna!

Pujian harus diberikan kepada Lily kerana garapan hujah yang bernas (terserlah sisi warak Lily, wink2). Pemilihan diksi dan gaya penulisan, menyerlahkan keindahan bahasa penulis. Nilai keagamaan, profesion kewartawan dan amalan mistik yang menjadi tema karya, mentashihkan pengalaman penulis yang telah berkecimpung lebih 12 tahun dalam bidang jurnalisme.

Dan setelah menekuni novel ini, saya juga telah dapat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh penulis kepada saya, “mengapa ada orang yang berpendidikan agama, menjaga solat dan dilihat warak, tidak tahan bila diuji?”.

Kesimpulan yang dapat saya buat ialah sekadar belajar agama dan bersolat belum tentu dapat menjamin diri andai tidak ada penghayatan dalam ibadah dan tidak mendapat rahmat Allah. Tanpa rahmat-Nya, tiada erti hidup kita! Bagaimana hendak mendapat rahmat Allah?? Mintalah belas ehsan dari-Nya kerana kita ini milik-Nya!

Saya menanti sekuel novel MCT!
Posted by Nik Fauziah Nik Hussin at 10:18 PM

10 comments:

Rose Harissa (NORA) said...

Kak Nik...
teringat perbincangan kita...
pada saya... suka sangat dengan ayat... roh tak sampai ke jiwa... kekeke...
dalam novel Litera saya pun ada guna ayat tu...
kerana saya selalu jumpa org yang kononnya solat tak tinggal... tapi mudah goyah bila diuji...
sejauh mana penghayatan amalan tu... rahsia masing2 dgn Tuhan...

perrghh... macamlah saya ni warak saya... tak semedang je rasa...

silap2 buku saya esok teruk kene hentam sebab ketengahkan isu lelaki sayang lelaki... hmmm...

hanieliza said...

salam..
kakliza ingin juga memiliki novel2 Lily..
Insyaallah kakliza akan usahakan untuk mendapatkannya...

Mrs.Sheikh said...

salam..
leps baca entri ni..sy tak sabar plak nak tunggu MCT sampai ke tmpat saya...........:D

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam che rose..
(isk blog sape sebenarnya nih??konpius hakak!! )..
waaa..dlm makna tu..roh tak sampai ke jiwa, hik3...tkpe akak tunggu buah tangan che rose!!

Lily Haslina Nasir said...

Rose..kita kena berani bincang benda begini cara terbuka kan... kalau berlapik-lapik cakap bnyk ilmu yg tak kesampaian nanti... ha ha ha...

Lily Haslina Nasir said...

Kak Liza
Jangan risau.. kita buat tukar suka sama suka ok...

Lily Haslina Nasir said...

Mrs Sheikh..
harap harap dah baca ye buku akak tu.. tapi akak berdebar tunggu komen orang ramai

Lily Haslina Nasir said...

Kak nik,
kita seronok baca Muslimah.. sungguh ni!!! bukan bodek ye.. agaknya dah makin asar ni... kita lebih serasi dgn majalah yg begitu...

Rose Harissa (NORA) said...

Alahhh... kalau kita berdua aje bincang terbuka, orang lain tak terbuka... ilmu tu tak sampai gak...hahahha

sbb banyak org cakap berlapik-lapik pun tak faham gak, apalagi kalu kita cakap terbuka, harus ada org pengsan mendengarnya...hahahhaha

Nik Fauziah Nik Hussin said...

lily.. alhmdulillah klu lily suka, moga dpt dimanfaatkan dlm karya lily seterusnya!

Che rose... klu dah lapik2 tak faham..abaikan jelah..biar laser janji maksud sampai. Biar straight forward, telus mulus dah kudus gitu!

ShareThis