Tuesday, October 28, 2008

Di langit cinta



Terima kasih buat ROSE HARISSA yg saya rasa masih bertungkus-lumus membuat make-over utk blog saya ni. Sorry Rose, aku okay. Anak aku mcm biasa mengkritik ala-ala Adlin Aman Ramli!

Ada sesiapa dah baca DI LANGIT CINTA? Kalau betul sudah, apa kata cuba-cubalah luangkan masa tak sampai 5 minit (ni kalau menaip dgn tahap kelajuan sayalah) utk beri komen dan pendapat peribadi. Seramai 15 pembaca bertuah yg memberi komen bernas, akan terima cenderamata istimewa dari saya. Jangan bimbang, ni bukan kuiz. Yang penting kalau kalian membaca DI LANGIT CINTA, kalian cuma kirimkan pendapat. Utk setiap jawapan, tak semestinya jawab dlm ayat yg sempurna. Bila dah baca tentu kalian ada pendapat tersendiri bukan, jadi apa kata kongsi dgn saya. Saya lebih seronok kalau terima pendapat yg penuh dgn penjelasan.

1. APA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG DI LANGIT CINTA?

2. PERKARA YANG ANDA TIDAK SUKA TENTANG DI LANGIT CINTA?

3. BABAK DAN DIALOG YANG MANA YANG PALING ANDA INGATI DI DALAM DI LANGIT CINTA?

4. WATAK YANG PALING BERKESAN DI HATI ANDA?

5. KALAU ANDALAH PENULIS DI LANGIT CINTA, APA AGAKNYA PERUBAHAN JALAN CERITA YG ANDA LAKUKAN?



Senangkan?! Hantarkan emel pada saya roslily@gmail.com sebelum atau pada 5 Disember 2008. Saya akan pilih sendiri 15 pembaca bertuah akan menerima tanda ingatan yg istimewa dari saya! Em, kalau emel tu jangan lupa pula ya catatkan alamat, no telefon.. nanti kalau dah terpilih hadiah pulak tak boleh hantar.

25 comments:

Ryana said...

Salam Kak Lily,
Tahniah atas kelahiran novel terbaru. Moga sukses dan terus sukses! =)

~Ryana Adrina~

sukahati said...

saya tak pasti saya mampu baca buku ni atau tak...sbb kisahnya....hampir dengan kisah saya :(

© EM Muhammad said...

Tahniah... tahniah... tahniah...
Boom lagi... amin... he he he... tak sabar nak terima copy dari Malaysia.

Ummu Auni said...

tahniah akak! gaya penulisan macam epilog cinta ke moga kau mengerti?

cikyuyu said...

Tahniah kak lily!!
dengan novel terbaru..!
insyaaallah.. saya aakn dapatkan novel akk ini!!~

Lily Haslina Nasir said...

Ryana,
terima kasih atas ucapan. Mudah-mudahan, Ryana pun macam tu juga! Bila karya baru bakal keluar?

Lily Haslina Nasir said...

sukahati,
Jangan sedih-sedih. Cuba baca novel akak tu. Happy ending tau !

Lily Haslina Nasir said...

OD,
Terima kasih di atas doa OD. Mudah-mudahan ALLAH sentiasa rahmati hidup OD jua! Nanti kalau dah baca komenlah ya!

Lily Haslina Nasir said...

ummu auni,
Macam mana nak kata ya? Payah tu.. akak boleh katakan kombinasi kedua-duanya kot! Akak berdebar-debar ni nak tahu komen Cik Limau Nipis.

Lily Haslina Nasir said...

Cikyuyu,
Jangan lupa dapatkan ya! Nanti berikanlah komen. Akak ni menulis biasa-biasa aje.

hasni Jamali said...

salam...
selamat berkenalan, ya.
saya Hasni Jamali, bukan Hasni Jamil seperti yang kak Lily(boleh saya gelar kakak) taipkan pada ruang komen Blog Mawar Shafei yang lalu.

Saya membaca saja apa2 bahan, sahabat saya dari bidang yang berbeza membaca apa2 yang mereka suka.

silalah ke ruang blog saya, kita kenal lagi dekat. terima kasih dan tahniah kerana lahirkan satu lagi novel yang bagus.

H4M4R4L! said...

Tahniah kak Lily x sabar tggu kedtgan novel ni di tempat sy. Sy hrp lebih menyengat dr novel epilog cinta & moga kau mengerti..mana tau kot2 leh gak cuba2 bg komen pas tu dpt hadiah hehehe...:D

iza~de~bintang said...

Tahniah Kak Lily, nanti ceQ pi cari lah novel ni.

Rinn said...

cover novel ni cantik! cam dreamy jer :) tahniah kak lily. Good luck.

adhan said...

salam...
kak, saya dah khatam dah...nanti saya email komen saya..takut juga nak komen sebab takut la akak tak berkenan kat komen-komen saya tu sebab kdg2 komen saya tu laser gak :-)

Lily Haslina Nasir said...

salam hasni jamali,
terima kasih kerana meninggalkan jejak di blog akak. singgahlah selalu untuk kita lebih kenal dan akrab. akak menulis kecil-kecilan dan biasa saja. tiada yg istimewa pun karya akak.

Lily Haslina Nasir said...

H4M4R4,
salam dik! kalau sudi baca dan kirimkanlah komen pada akak ya. akak pastikan adik menang! Ha!Ha!Ha! Terima kasih di atas sokongan.

Lily Haslina Nasir said...

izadebintang,
jangan lupa ya dapatkan di langit cinta. lepas jangan lupa kirimkan komen. Sekarang ni kembara di negara mana pula?

Lily Haslina Nasir said...

Rinn,
Jangan lupa beri komen/kritikan ya.
Cover tu memang kita suka warnanya. Warna biru, lambang cinta dan perempuan yg suka berangan-angan!

Lily Haslina Nasir said...

Adhan, terima kasihlah sebab sudi khatamkan novel kecil itu. Sudi-sudikanlah kirimkan emel tu ya. Saya tunggu dengan lapang dada.

ainul husna said...

salam lily,
tahniah kerana terus gagah untuk menulis..belum baca lagi..tapi sempat berposing berlatarkan novel awak tu..nanti saya baca no..

Cik Elie said...

mula2...tq atas pemberian novel. maaf sbb lambat habiskan..otak tgh sarat dgn kerja sekolah. dah settle separuh kerja sek, mula la baca mlm sabtu 10 mlm, saya abiskan 9 pg ari ahadnya. hehehehe...nti saya emeil kat akak apa komem saya...

pada yg belum baca..kena baca smpai abis...jgn berhenti di permulaan 'ayat2 cinta' ya..

denanz said...

lily,
tahniah. abang nak beli di langit cinta. dah 2 kali tanya kat kedai yg selalu abang beli buku/majalah. mula2 takde. kali kedua, dah habis! minta lily tolong poskan sebuah. nanti abang bnk in bayaran. anak abang sibuk tanya mana novel baru kak lily.

NORABELLA said...

Salam Lily,

Saya baru habis khatam novel Di langit Cinta. Memang best..Nanti saya email pandangan saya.

Iris said...

Salam lily...jutaan tahniah atas kelahiran Di langit cinta...moga lily teruuuuus sukses...nanti akak promo dalam blog akak...*hugs*

ShareThis