
Sebelum itu saya tercari-cari siapa dia. Ramai sungguh yang bertanya adakah dia itu saya. Beberapa rakan penulis, termasuk Kak Norhayati Berahim pun pernah bertanya perkara sama, lily ada blog komen pasal novel ya? Hah, saya yg memang buta teknologi ni terpinga-pinga

Entah mcmmana saya "menyapa" seseorang dgn nickname Dorasakura (kalau saya tak silap) di satu blog. Saya bertanya, kenal tak Lily Haslina yg ada blog pasal novel tu. Dorasakura sudi bantu saya. Tapi masa tu saya tak khabarkan pada teman online tu saya ni pun Lily Haslina. Maka jadilah jejak

kasih
Kemudian saya dapat mengesan sesuatu di blognya apatah lagi dia sendiri dgn baik hati memaklumkan saya melalui emel



Kemudian, saya bertemu dgnnya di DBP secara tidak sengaja apabila dia menyapa saya. Kami cuba berhubungan dgn telefon saja & menjadi semakin

Tanpa diduga satu ketika dia mengajar di Sek Keb Bandar Rinching dan dia telefon saya mahu singgah rumah! Alamak! Biasalah, kalau saya tak ke mana, saya lebih rupa bibik

Alih-alih dia muncul juga depan pagar saya

Itulah Laila Kamilia yg saya kenal aka Haslina aka Lily Haslina.... Sejak itu kami makin mesra dan banyak berkongsi cerita. Rasanya dlm ramai-ramai kawan, dia cukup

Beberapa hari selepas berhijrah ke Berlin, dia mengirim emel pada saya, mengkhabarkan novelnya yg bakal keluar seiringan dgn Di Langit Cinta. Tapi saya yang semenjak dua menjak ni asyik kalut, kepala bersimpang siur, kesan tak cukup tidur atau terlalu byk benda mahu difikirkan agaknya, mana nak fikir anak nak exam, adik nak kahwin, assignment yg tak pernah habis, deadline deadline... sampai TERLUPA membubuh cover novel SAAT KAU HADIR di blog kecil saya ni! Ampun Laila.. bukan niat nak ingkar janji, tapi akak lily kau ni banyak kematian sel otak rasanya...
Pada pembaca novel, jangan lupa dapatkan SAAT KAU HADIR tulisan Laila. Dan paling penting, kalau sempat, singgahlah ke blognya lailakamilia.blogspot.com. Banyak kisah dari Jerman yg memang menarik. Yuk, singgah yuk ke sana!

1 comment:
kak lily: akak ni puji saya lebih2 malula saya..saya ni hanya insan kerdil jer di muka bumi Allah yang akak nak puji-puji...
Apapun terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya yang kerdil ni...Sayang akak..muah!
Post a Comment