Tuesday, January 29, 2013

bila NOVEL vs SKRIP = penulis STRESS

Apabila menulis skrip serentak dengan novel, banyak perkara saya belajar. Selama ini bila membaca novel yang kemudian diadaptasikan ke skrin, tentu ada banyak komen. Cerita tak sama lah, novel lagi bestlah, jalan cerita tak serupalah!

Bila sendiri bikin skrip, sendiri juga bikin novel, saya sedar, agak sukar untuk 100 peratus bahan novel diterjemahkan semuanya pada skrin.

"Lily, harap sangat you boleh kurangkan watak dalam skrip ya. Cerita you ni tiga watak sama kuat karektor. Sama-sama leading. Jadi takut burst bajet."

Oh, sebagai budak di luar pagar, yang baru nak belajar mana cempedak mana nangka yang nak dijolokkan, maka saya akur kehendak produser dan production manager.

Kerja adapatasi bukan mudah. Harus kira bajet big bos. Berapa bayaran pelakon utama. Habis tu kalau sudah ada tiga watak penting, haruslah bajet jadi kiraan.

Lain sungguh bila kita menulis novel. Buatlah watak siapa dan berapa pun... Mahu bayangan JLO ke, mahu angan-angan Salena Gomez ke... semuanya percuma! Skrin ada durasi. Ada tempoh waktu. Novel kalau mahu tebal macam kamus dewan pun, tak ada siapa yang larang selagi penerbit terima.

2 comments:

zarra zuyyin said...

Kak lily...
sama2lah kita berusaha yer.
doa2kan zarra jugak yer

Lily Haslina Nasir said...

ZARRA ZUYYIN,
Terima kasih dik! Mudah-mudahan Zarra juga sentiasa dipermudahkan Allah swt segala urusan.

ShareThis