Monday, January 28, 2013

KEK COKLAT WALNUT JAM 3.38 PAGI KALA DEADLINE MENGGILA

Tak tahu mengapa, bila banyak kerja saya suka buat benda merapu. Misalnya ini... dua adunan kek devil coklat berwalnut ni saya bakar pada jam 3.38 pagi hari sabtu lepas. Bahagia sungguh bila tengok kek coklat ni depan mata dan famili laju makan. Hahahah terasa sambil makan coklat makin berenergi menaip. Ini semua gara-gara deadline skrip dan novel serentak menghambat saya.

Angin membancuh tepung, membakar kek datang menderu-deru.
Saya macam berubah kerjaya pulak. Dari tukang tulis cerita kepada tukang buat kek. 
Mula-mula lepas masak dengan lauk yang agak heavymetal lemak cili padi pucuk paku sama ayam rempah dengan bergedil, jam 10 malam saya bakar kek devil coklat.

Sangat meriah dengan walnut panggang yang bersalut madu dan sedikit garam. Makanya kek yang siap masak dan bersalut coklat lewat malam ini, betul betul dikendurikan anak-anak. Hanya tinggal sejengkal aje pada waktu pagi. Selamat segala diet. Ke laut lah kiraan kalori!


Tak sampai 24 jam selepas membakar kek, saya gigih lagi masuk dapur. Selepas penat menaip, sesudah terbayang-bayangkan kek coklat bersama walnut rangup yang sedikit masin bersalut madu, arrr.... jom cari tepung, cari telur, cari butter dan yang sekufu dengannya. Yeahhhh... mari bancuh dua adunan kek dan bakar kek-kek tu jam 3.38 pagi! Lalalalalaa.....


2 comments:

zarra zuyyin said...

akak!!!
awat x hantaq putrajaya sikit.. sedapnya. 3.38 pagi? dasat tu kak

Lily Haslina Nasir said...

Zarra...
Ni buang tebiat namanya kan...
Masak kek dua adunan lewat pagi...
Petanda stress kerja banyak::(((

ShareThis