Wednesday, January 2, 2013

Bye Bye Bukit Merbah... Hello Bandar Enstek!







Tak reti mokcik nak menyebut nama blok si anis ni...
Isu Anis nak balik asrama bila dah macam nak baling dadu di rumah.....
Rasa macam dekat tapi jauh. Berkeliling jugaklah mencari TKC di pinggir Enstek tu.
Okay bila jumpa, bukan anak komen lebih.... mak yang terkeluh, "Awat besar sangat... Penatnya nak cari blok!"

Hahahah sebenarnya saya yang akan rindu makcik kuih tepi jalan dari Lekas Highway ke TKC Bukit Merbah Seremban. Kat tempat baru ada kelapa sawit dan kelapa sawit dan kelapa sawit.

Okay done! Selesai hantar yang dekat.
Alih-alih dapat panggilan Anis.


"Mak, nanti bawa tikar, air dua dozen, biskut satu tong, penyapu, bantal, lampu, err karpet merah gebu tu boleh tak??"

 Errr .... nanti mak pindah ajelah kat tepi Enstek tu! Semalam dah hantar, hari ni kena singgah lagi....

Pagi esok ke sana lagi sebelum merempit ke Bagan Datuh.


Macam dah boleh agak! Waktu pendaftaran Adib, cikgu komen pasal dia yang suka sengih tak tentu hala! Perangai kartun dia tak habis lagi rupanya!

"Puan, nanti saya cuba pastikan dia serius sikit dalam kelas. Dia ni asyik gelak, ketawa , sengih aje dalam kelas!"

Untuk Adib, kalau nak lebih sengih sekarang, kemudian meraung waktu PMR keluar... hahaha mak tak kisah. Lepas tu boleh bungkus baju dalam kain pelekat. Mak daftar awak tingkatan empat 2014 kat sekolah Semenyih ajelah ya! Itu deal saya pada Adib.





Dan sebab semua perkara di atas! Penat nak mengejar anak seorang utara, seorang selatan, maka saya adakan misi meracun Haiqal! Kempen dan lobi. Topiknya: Duduk Di Asrama Tak Best!

Haiqal, sekolah asrama taklah best mana! Duduk rumah aje macam mak, macam abah... masuk U baru keluar dari rumah. Duduk rumah Haiqal boleh main game, boleh tengok astro, boleh makan kejap piza, kejap kek, kejap wong solo.... duduk asrama makan tak sedap. Tengok Adib tu kurus! Tengok abang Syafiq, balik rumah aje macam tak makan setahun.... Sekolah asrama besar sangat, penat jer nanti! Hahhaha... nanti kalau duduk rumah, entah entah umur 12 tahun Haiqal dah boleh tulis novel! 

Cewahhhhh.... mokcik sedang menggula-gulakan Haiqal untuk duduk dan belajar di rumah aje! Petanda orang tua yang makin mereput untuk travel ke hulu ke hilir bila anak seorang utara seorang selatan. Nampak gaya mamat kecik ni macam terpedaya! Angguk macam ala ala setuju! Maklum dia kan penjaga kawalan remote Astro di rumah. Dan dia jugak berangan nak ada novel sendiri dalam usia sekolah rendah.




Muka budak yang termakan hasutan mak dia. Penat jadi khadam kakak dan abang yang duduk asrama. Nak angkut baldilah, tikarlah... lampulah... Hahhaha... Haiqal nanti duduk dengan mak ajelah ye sampai tingkatan 5!

4 comments:

zarra zuyyin said...

Assalamualaikum. Pandai mak dia beli jiwa haiqal yer... hahaha. padahal mak tu yg takut kena tinggal. Okey ape kak, jadi pengantin baru lah tu. Untung-untung haiqal dapat adik baru. larikkkkkkkkkkks

Lily Haslina Nasir said...

ZARRA ZUYYIN... SELAMAT tahun baru!! Hahahha tak ada maknanya pengantin baru! Anak kucing baru confirm ada. Kami dah ada Jejai, pengganti kucing kami Fasha.:))))

zarra zuyyin said...

Selamat pengantin baru eh eh tahun baru kak! ngee
Jejai pulak... pegang dada jap, sia Fasha tu ek. kahkahkah

zarra zuyyin said...
This comment has been removed by the author.

ShareThis