Wednesday, May 15, 2013

Bila Rumah Di Hujung Tanjung, Di Bawah Benua.....

SEDIHNYA bila hidup di hujung tanjung, di bawah benua! Feeling-feeling nak letak fresh flowers atas meja masa shooting dokumentari DI SEBALIK NAMA - ALMARHUM TAN SRI A SAMAD ISMAIL di rumah saya petang nanti. Sejam berkeliling pekan kecik ni.... hampeh! Belum lagi berangan nak ros merah biru pink oren, belum lagi teringin harum sundal malam yang wangi tu (ada pokok belum berbunga lebat), tak lagi berhajat nak calla lily. Dekat sejam mencari jumpalah takat kekwa putih aje. Kedai yang terceruk di hujung pekan. Sedih... sedih...:)))
Hemmm macam boleh dipertimbangkan aje... esok lusa, kalau dah tak larat, nak tinggal di kawasan yang kelilingnya ada kedai, ada mall, boleh kot pindah ke rumah damansara perdana tu... 

Bila dah tua mesti saya tak larat nak maintain rumah berlaman. Anak-anak gerenti tak kuasa nak tolong kemas ayam angsa tu. Saya malas riadah. Tapi kalau berkeliling malls, saya sangat gigih! Hahahaha tu sah sah bangun tidur aje boleh bersiar-siar di One Utama, di The Curve.... Wah! Macam kukuh sungguh alasan kan supaya penyewa sedia ada yang sangat setia sejak 9 tahun menyewa di rumah saya tu keluar cari rumah lain. Hahahaha LHN dah bertanduk:))


Mode: Memikirkan proposal untuk hari tua... Memikir-mikir alasan. Jom pindah rumah atas angin, bawah langit.

1 comment:

zarra zuyyin said...

Assalam kak lily,
proposal saya di usia emas (err sekarang usia gangsa,perahsan mude0 adalah umah di tepi sawah bendang. ngee... blh tgk matahari tenggelam dan timbul. ceh, sambil2 tu training inche suami usahakan bendang. wah, bab berangan memang tak ingat betullah.

ShareThis