Sunday, May 26, 2013

Mak, Boleh Booking Almari Kaca Kat Muzium Ya;))

Jumaat lepas saya sediakan jambangan kekwa biru dan lauk tempoyak ikan patin untuk terima tetamu. Asma Azman pelajar sarjana Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan Dan Kebudayaan Melayu, UKM berkunjung ke rumah untuk sesi temubual. Saya tanyakan tajuk kajiannya. Sebab selalunya kalau pelajar universiti jumpa saya, kajian mereka seputar karya saya.


Kata Asma, judul tugasannya untuk semestar ini, Kajian Tokoh Lily Haslina: Karya Kanak-Kanak & Remaja. Saya berkerut kejap. Satu perkara yang terlintas di fikiran. Hohoho itu signal awal saya sudah warga emas. Saya sudah tuaaaaaa sesangat sampai anak-anak atau adik-adik interview begitu. Kajian karya pula fokus pada semua judul siiri Aku, Dia & Coklat, Aku, Dia & Gosip, Glamor, Drama Queen dan Gaun Pengantin. Hem, anak saya kata... mak sedar diri mak! Mak dah tak muda lagi dah... Tak lama mak dengan karya mak masuk arkib sama muzium!;)
Syafiq kata dah boleh sangat mak survey dan booking mana-mana almari kaca muzium yang muat saiz mak..... Mak dah tahap barang artifak dah...:)) cessss


2 comments:

hazlin nazri said...

Salam.
Tak apalah lily,,
antik tu.. mahal harganya..hihi

Kem Mirza said...

lily,
tu lah kita kena baik dgn org muda...sebab depa akan menulis tentang kita...moga moga ditulis yang baik baik hehehe

ShareThis