Sunday, December 2, 2012

My Cheeky Sweety Abang - Novel Baru- LNH Dah Boleh Order



MY CHEEKY SWEETIE ABANG. Hahahaaa jangan muntah ya dengan judul novel-novel mokcik lily ni. Ini semua pilihan anak -anak saya yang katanya tak mau mak dia nampak sangat skeema! Harga tetap RM20 termasuk harga pos.





 Ini halaman untuk My Cheeky Sweety Abang...



Okay sesiapa yang mau order buku boleh order sebab kak lily hanya buka order untuk tempoh DUA MINGGU SAHAJA.


Cara Order Buku

 Pada sesiapa yang mahu beli buku ini boleh bank in duit di Maybank No akaun: 114105212745. Selepas membuat pembayaran sila emailkan Nama Penuh, Alamat, No Telefon, Emel serta slip pembayaran ke  tokobukuarisa@gmail.com. 



I Heart You- Novel Nostalgia LNH- Dah Boleh Order



I HEART YOU - RM20 termasuk wang pos. Sinopsis cerita ini akan diberi kemudian. Segala pertanyaan boleh pm pada saya atau admin saya di fanpage saya.





Halaman untuk I HEART YOU... Sinopsisnya nanti ya.... 

Okay sesiapa yang mau order buku boleh order sebab kak lily hanya buka order untuk tempoh DUA MINGGU SAHAJA.


Cara Order Buku

 Pada sesiapa yang mahu beli buku ini boleh bank in duit di Maybank No akaun: 114105212745. Selepas membuat pembayaran sila emailkan Nama Penuh, Alamat, No Telefon, Emel serta slip pembayaran ke  tokobukuarisa@gmail.com. 

Monday, November 5, 2012

Terima Kasih Dayang Noor untuk Komen Itu

Dayang Noor @dayangnoor
Wajar tak kalau I emel Kak Lily Haslina utk submit proposal kat Fixi? Tulisan dia kebelakangan ni macam 'terbelenggu'. She's so talented.

Saya terbaca catatan Dayang Noor ini di twitter bila diberitahu anak-anak saya yang ada akaun twitter.

Terima kasih sebanyak bintang di langit ya Dayang Noor! Terharu sebab ada juga orang yang yakin dan percaya saya boleh menulis sebab saya sentiasa anggap diri saya biasa-biasa sahaja. Beginilah, insyaAllah Kak Lily sendiri sedang (sebenarnya sudah bertahun-tahun memikirkan untuk menulis karya dewasa). InsyaAllah dalam proses.


Dan, ada waktunya, apabila kita menulis dengan penerbit, kita umpama makan gaji. Kita dengan penuh rasa tahu dan sedar diri, harus tulis apa yang menjadi acuan penerbit. Mungkin kerana itu sudah lama saya tinggalkan karya dewasa. Banyak buku saya kebelakangan ini adalah cerita remaja dengan stroke penulisan yang tertentu.

InsyaAllah... ya insyaAllah saya sedang menaip beberapa novel dewasa... hahahaa niat dah bertahun tahun dah ni.... 


CITA-CITA selalu indah-indah belaka. Mahu tulis itu, mahu tulis ini. Cerita terkumpul kisah nakal gedik, perasaan nan perasan, hati meluat, jiwa kelat atau kekadang rasa angau macam digigit tungau dah berzaman simpan dalam kepala. Kisah remaja purba, berbaur dengan cerita CR yang kekadang very de bikin hati saya toya bila bab perempuan, entah bila saya nak tulis.

Itu kisah asmara anak muda. Kisa
h pasang surut, getir pedih hidup berumahtangga pun penuh dalam cepu ceritera saya. Banyak dah dikupas bersama-sama teman. Kisah lelaki yang ada waktu garang kemain tapi sesekali hanyut macam anak muda pun banyak saya tengok depan mata.

Masih banyak lagi kisah dan pengalaman yang saya lihat, temui, temubual waktu saya bertugas di majalah dulu belum sempat saya olah dalam bentuk buku. Ini realiti yang boleh jadi sempadan. Asal tahu batas waktu mengolah dan menulis. Kata teman saya, tulis kak lily.... tulis... aku takut sudahnya esok lusa, cerita asal kau punya, byline Anis Arisa. Hemm, tengah fikir-fikirkan untuk menulis semula secara konsisten novel yang sedikit berat tapi nawaitu saya harus suka-suka. Bila buat serius sangat, nanti saya stress, semua tak jadi....

FORUM KAWANKU BUKU DBP - SANGGAR TUN SERI LANANG

SEKADAR BERKONGSI....
Pesan bonda Mahaya Mohd Yassin, sewaktu kami menjadi panel forum KAWANKU BUKU di DBP, kalau mahu menggunakan perkataan IDOLA, gantikan sahaja dengan perkataan SURI TELADAN. Cantik perkataan suri teladan. Saya berulang kali menyebut sebab terpesona. Bahasa Melayu memang indah!













Terima kasih sebanyak bintang di langit buat Irsalina Nazihah yang berkongsi foto ini dengan kak lily. Semoga Irsalina Nazihah yang sedang menjalani latihan praktikal di DBP, akan tetap menyokong buku-buku penulis Malaysia biarpun sudah kembali ke Brunei nanti.

Terima kasih juga buat DBP, ahli panel Kawanku Buku yang lain, adik-adik pelajar, guru pengiring yang bersama-sama meluangkan masa di Sanggar Tun Seri Lanang Aras 31, Menara DBP hari Selasa lalu.
 Saya bersama Puan Mahaya dan Norhayati Ghazali mengupas topik buku di kalangan anak-anak sekolah. Saya akan bercakap dari sudut pandangan seorang penulis dan juga ibu.

Thursday, May 17, 2012

Bisik Hati, Kata Diri Kekadang Jadi Doa

Kekadang apa yang kita bisikkan dalam hati, apa yang kita sebut dalam gurau, ada waktunya itu yang akan kita dapat. Kata itu bagai satu doa... Saya tak tau orang lain pengalamannya bagaimana, tapi untuk saya, banyak perkara yang terjadi selalunya itu yang saya sebut, kekadang saya bisik dalam hati.. atau yang saya ucap banyak kali biarpun niat awal saya sekadar gurauan.

waktu kerja dulu, biarpun saya sangat komited.. (ampun perasan tak habis!) saya selalu sebut, bestnya kalau duduk rumah, bestnya kalau tak payah gi ofis... bestnya kalau mau buat apa yg kita suka, just buat kerja ikut own sweet time.. hemm, cukup haul, cukup tempoh, saya dalam sekelip mata ambil keputusan berhenti kerja. macam tak boleh sangat dah mau bertangguh! 
Waktu outstation macam ni rasa macam best sangatlah... rasa sumpah tak mau berhenti kerja, lepas tu bila balik ofis, berlambak deadline.. meraung! ucap, sebut, meroyan merintih mau berhenti kerja rasanya setiap tengah bulan...

Bos saya dulu perahsia, suka bagi surprise pada saya. Pulang ke ofis lepas cuti dua bulan, dia suruh saya gi satu hotel ni.. katanya ada majlis. saya lenggang kangkung. cesss... saspen tengok banyak riders.. nyaris saya satu lif dengan tun m waktu tu... alih-alih oh itu majlis terima award yg saya tak diberitahu saya antara penerimanya. saya tercungap-cungap naik stage sebab dua kali naik.. time gini hahah simpan azam.. baiklah.. tak mau berhenti kerja.. mau gegehh kerja... tak ada maknanya!! bila deadline saya tetap meroyan dan tak habis habis doa mau berhenti kerja..

ni pun antara assignment tergempar... seharian di istana pasir pelangi.. wah masa tu sebab saya berdua saja yg direquest, rasa macam yeahhhh saya akan berkerja sampai ke akhir hayat. kerja saya best! tapi sekejap aje perasaan tu... macam biasa jauh di sudut hati saya tetap mau duduk diam diam di rumah..

bos tengah bercuti di melaka pun saya rasa hangin tetiba saya call kata mau tender. kalau fikir semula, saya tak tau macam mana saya boleh tekad berhenti dan apa pun yg bakal terjadi waktu saya tender tu saya dah tak peduli... kata org tak lewat tak cepat sesaat pun... walhal sebelum tu dah berratus kali kot saya sebut mau berhenti kerja... ni yg orang kata kalau Allah swt kata kun fayakun... jadilah benda tu...

Waktu saya tulis novel Impian Semusim nama hero untuk Nurul Masmin, Syafiq. Saya simpan nama Syafiq tu sejak saya tingkatan 4. Tak tau kenapa, suka sangat time tu nama Syafiq. Siap berangan, kalau ada anak mau yg terror maths sebab saya envy budak lelaki terror maths (kata lain saya benak maths). Saya cepat kagum orang lelaki suara sedap mengaji.

Berangan lagi waktu sekolah.. kalau ada anak mahu hantar ke sekolah agama. Mak saya juga suka bergurau, cuba mohon masuk UIA. Dan, sejak awal remaja, saya selalu sebut, kalau ditakdirkan saya berjodoh dengan sesiapa, saya tak mau bertunang (sebab kalau bertunang saya ni cepat marah, harus berpuluh-puluh kali putus dan saya tak pernah percaya hati saya sendiri yang agak nakal), tak mau apa pun... cukup terus majlis nikah. itu yang selalu saya sebut even dengan kawan-kawan...

Maha Agung Allah swt.. apa yg selalu saya bisikkan dalam hati itu yang ditakdirkan utk saya. Saya tidak bertunang, terus bernikah. Pernikahan saya sekadar majlis makan, saya yg kepala batu tak mau hantaran bagai dan emak ikut pulak kata saya waktu tu biar ramai famili emak bising. Bila dapat anak, jelas sekali Allah beri anak sulung yg cukup-cukup makan aje kalau buat karangan, tapi cekap maths.


 Dan entah mengapa waktu kecil CR memang tak membantah bila saya hantar sekolah agama private. Alhamdulillah, bila sesekali CR mengaji, suara dia memang buat saya mahu sebak. Bila besar dia ke UIA, buat saya teringat arwah mak. Ohh, bisik hati saya itu sesungguhnya ada ketika menjadi doa untuk diri saya sendiri. Dan sebenarnya, banyak dan banyak lagi wish saya yg saya sebut dalam hati, hanya Allah swt dan saya yg tahu... maha suci Allah, semua itu diperkenankan biarpun ada antaranya yang memerlukan masa lebih 20 tahun untuk Allah tunaikan. dan, kalau saya kira-kira sendiri, semua yg saya mahu, semua yg saya wish.. semua yang ingin tahu, ingin lihat... Allah tunaikan...

dan kekadang saya terfikir.. emm, mungkin masa yang satu tu  makin dekat dan kian menghampiri...

Wednesday, May 9, 2012

Buku Nor Hidayah Ilias yang Anis hadiahkan tak kesampaian

Saya mengambil dua buah novel yang dikembalikan oleh pos laju di pejabat pos. Buat adik Nor Hidayah Ilias...sudah berpindahkah? 
Kak Lily kirimkan novel anis tapi tak kesampaian... 
Nor Hidayah pernah menjadi fasilitator Anis sewaktu Minggu Penulis Kanak-Kanak DBP.  
Kalau adik Nor Hidayah Ilias terbaca entri, ni mohon hubungi kak lily via emel ya!

ShareThis