Thursday, September 4, 2008

ALFATIHAH utk TAN SRI A SAMAD ISMAIL





Selepas solat maghrib tadi, saya terus buka tv. Terkejut dan terkedu mendengar berita RTM - Tokoh wartawan negara, Tan Sri A Samad Ismail meninggal dunia...

Segala kenangan menjadi murid Pak Samad sewaktu di kampus dahulu terus singgah mengganggu saya. Hatta waktu saya bersolat tarawih tadi saya masih lagi tidak dapat tumpukan perhatian. Ya ALLAH, mudah-mudahan Pak Samad sentiasa tenang di sana. ALLAH lebih mengasihani arwah, dijemputnya pulang sewaktu kita sedang meraikan kehadiran ramadan.

Pada tahun 1995, sewaktu saya mengambil kewartawanan sebagai paper wajib di UM saya memang kecut perut bila dapat tahu pensyarah saya kelak Tan Sri A Samad Ismail, yg memang disebut sebagai wartawan harimau berantai di NSTP. Rasanya geng saya yg lain pun memang senak perut masa tu.

Masuk saja kelas, almarhum Pak Samad dgn misai yg tebal, kaca mata yang bergelang-gelang (sebab tebal) dan suara yg garau parau, membuat kami tegak aje duduk dlm kuliah. Tapi lama kelamaan, ternyata almarhum org yg mudah didekati, terlalu bnyk cerita yg dikongsikan pada kami dan tidak lokek nasihat. Selalunya lepas mengajar Pak Samad akan terus pulang memandu sendiri kereta wiranya biarpun kami tahu dia ada driver sendiri.

Bila DBP buat Peraduan Menulis Buku Biografi Kanak-Kanak, saya terus teringat Pak Samad. Kalaulah dapat tulis pasal Pak Samad mesti best! Saya kata begitu sebab Almarhum memang kaya dgn cerita. Laluan hidupnya sendiri penuh kerikil. Kehebatan & keberaniannya cukup luar biasa. Biar pernah menjadi tahanan ISA, semangat Pak Samad tak pernah luntur.

Saya berkira-kira macam mana nak mintak izin Pak Samad pasal nak tulis buku tu. Ah, redah aje. Cakap sendiri! Saya pun beranikan diri kejar Pak Samad lepas dia habis kelas. Pak Samad sambil berjalan laju ke kereta melaungkan pada saya. "Kau datang rumah aku. Pukul lapan pagi. Kau sarapan dgn aku."

Terkebil-kebil saya. Dalam kecut dan takut tu saya beranikan diri jugak ke rumah Pak Samad mcm yg dijanjikan. Saya perasan sambil bersembang dan bercerita Pak Samad sekejap sekejap ke belakang rumahnya. Saya sangka Pak Samad sakit perut dan asyik ke tandas. Saya silap. Rupa-rupanya Pak Samad sambil melayan saya bersembang dia memasak. Utk saya, pagi itu, dia masakkan soto. Memang sedap. Kata Pak Samad waktu di penjara memang dia selalu jadi tukang masak.

Biarpun dia bergelar Tan Sri, Pak Samad sentiasa memastikan saya juga suami dan syafiq yg masih kecil waktu itu berasa selesa di rumahnya. Pak Samad selalunya cukup santai dgn kain pelekat dan t shirt pagodanya. Kalau suami menjemput saya belah tengah hari, sebab selalunya temubual lewat tengah hari baru selesai, dia akan memaksa suami saya singgah menjamah apa yg dia hidangkan.

Sejak hari tu rutin saya setiap sabtu ahad adalah di rumah pak samad. Macam macam dia jamu saya. Kadang-kadang dia bercerita pasal resipi. Daripada takut, saya jadi kagum mendengar ceritanya. Pak Samad yg baik hati sanggup menaipkan bahan utk saya menggunakan mesin taipnya. Rasanya masih saya simpan original copies kertas yg ditaipkannya. Sebab, ada di antaranya yg Pak Samad pesan off record. Jadi part yg tu terus diasingkan daripada naskhah buku.

Pak Samad sempat bergurau, katanya,"Kalau kita menang tempat pertama peraduan menulis buku tu, kita buat kenduri nasi ambeng ya!"

Byk lagi kalau mahu diceritakan pengalaman kecil saya dengan almarhum Pak Samad sewaktu saya berguru dgnnya. Dia selalu pesan, "Kalau mahu jadi wartawan yg bagus, jangan mudah dibeli, jgn gelap mata dgn duit, jangan penakut.. kena ringan mulut.. kalau kena maki hamun, tahan. Kau kalau nak tulis, tulis dari hati. Tulisan kau biar ada colours, baru perasaan pembaca boleh kau sentuh. Kau kena ingat, melaporkan dgn menulis utk analisis dua perkara berbeza. Jangan jadi penulis yg tahu lapor saja..."

Sepanjang mengenali almarhum, saya bukan saja dapat menyiapkan buku biografi tu, malah tesis saya utk projek tahun 4, saya buat kajian mengenai sejarah hidup almarhum. Terlalu banyak budi dan ilmu yg saya perolehi daripada almarhum.

Besar ertinya segala pesanan dan ilmu yg almarhum turunkan. Mudah-mudahan almarhum ditempatkan di kalangan orang yg beriman. Mudah-mudahan Pak Samad tenang di sana. Dari jauh saya cuma mampu hadiahkan fatihah & Yaasin. Pada keluarga almarhum, takziah saya ucapkan.

9 comments:

Rose Harissa (NORA) said...

Innalillah... terkejut aku, rasanya baru semalam baca suratkhabar pasal arwah Pak Samad sakit... tak tertengok pula TV... Al-Fatihah untuk arwah... semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...

lari dri topik : weyyy... aku tatau pun ko ada tulis buku biografi! Nk kene gi umah ko ni...hehehe

Intan Rosnitta said...

Al-Fatihah buat arwah...

That's why tu intan rasa K.Lily ni lain dari yang lain... sbb ilmu Pak Samad dah mengalir dlm tulisan Kak Lily.

Teruskan perjuangan K.Lily tu, menulis selagi boleh.

BTW, bila novel baru nak keluar? Rindu nak baca... :D

Puteri Ezza said...

Salam Kak Lily,

Takziah buat Pak Samad :'( DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali. Hilang lagi sebutir bintang yang bergemerlapan. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman. Amin...

P/S: Kak Lily, saya terpaksa mengetag akak.

hani_san said...

salam ramadan...al-Fatihah untuk arwah...

ke mana tumpahnya kuah klu tdk ke nasi...dr guru ke anak murid...pada saya kak lily menulis dari hati...sb tu tulisan2 & karya2 akak meresap dlm lubuk jiwa saya...x jemu ulang mbaca... ;)...teruskan menulis kak...

Lily Haslina Nasir said...

rose,
masa belajar dgn arwak pak samad ni memang kecut aje perut.
tapi bila dah lama lama memang best.
lawak, lucu, lucah, carut semuanya lengkaplah..
penulis/wartawan veteran ni memang hardcore.. tapi main lembik-lembik mengada.. semua pantas bergerak.. mcm kau, macam aku.. ha!ha!ha!

Lily Haslina Nasir said...

intan,
alah, akak ni tak ada hebat mana pun. nak buat novel pun dah terkial-kial sebab aku pencen lama masa jadi wartawan dulu.
apa apa pun peluang belajar dengan arwah pak samad satu peluang yg tidak ternilai. al-Fatihah utk beliau

Lily Haslina Nasir said...

salam puteri ezza,
akak mintak ampun sebab baru berkesempatan buka blog ni. dah berhari-hari-hari-hari-hari akak tak sempat nak online. apa apa pun selamat menyambut raya. kuih raya berapa balang dah tempah?

Lily Haslina Nasir said...

salam puteri ezza,
akak mintak ampun sebab baru berkesempatan buka blog ni. dah berhari-hari-hari-hari-hari akak tak sempat nak online. apa apa pun selamat menyambut raya. kuih raya berapa balang dah tempah?

Lily Haslina Nasir said...

hani_san,
terima kasih sebanyak bintang di langit utk kata-kata yang penuh bermakna tu.. cewah!
akak biasa aje, ramai lagi penulis yang hebat. akak menulis sekadar minat dan hobi. insyaALLAH kita bertemu nanti dlm karya terbaru akak. selamat menyambut raya dik!

ShareThis