Tuesday, December 5, 2006

Epilog Cinta


Cinta umpama pelangi. Bagi Aidit, cinta Karmila ibarat dewi bercahaya dan menikam sukma. Tiba-tiba langit bagai menghempap bumi. Cinta mereka berdua terhalang kerana darjat dan keturunan. Jiwa Aidit panasaran. Karmila pula bagaikan rentung dibakar duka. Antara darjat dan keturunan, ada seseorang yang ingin merebut cinta Karmila. Dan ada orang lain yang cuba menghalang cinta mereka. Apakah cerita yang seterusnya? Perjalanan cerita yang berlandaskan tiga zaman ini perlu dihayati untuk mengetahui sebab dan akibat terjadinya perebutan cinta. Harga : RM 19.90 Halaman :512 ISBN : 983-124-260-2


Ulasan Novel : Epilog Cinta - Lily Haslina Nasir
Dipetik dari laman web Alaf21 FC
Seorang pembaca dari Kota Singa yang sudah pun membaca Novel terbaru Alaf21 berjudul Epilog Cinta tulisan Lily Haslina Nasir begitu terpesona dan kagum dengan penceritaan yang diketengahkan oleh penulis baru ini. Kita ikuti komen peribadi beliau.
Komen peribadi“Bila panah arjuna menikam sukma api asmara pun bernyala menyerlah sinar.”Indahnya kata2 ini. Saya terpesona pertama kali membacanya. Membuatkan saya lebih teruja untuk mengetahui kisah selanjutnya. Dari sehelai lembar ke lembar yang lain, membuat saya teringat akan penulis veteran seperti Khadijah Hashim, Tan Sri Samad Said, tidak ketinggalan Dr. Hamka. Terlayar kembali kisah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Hartini, antara buku2 nostalgia yang diminati. Kata2 puitis yang Lily Haslina garapkan menyamankan pembacaan. Menyelitkan pantun2 hiasan zaman datuk nenek dirasakan seperti pemanis mulut. Apalagi permulaan setiap bab dihiasi dengan pantun dua rangkap kata2 indah,...penuh makna tersirat.Lily Haslina membawa kita pulang kezaman nenek moyang yang penuh derita dan sengsara. Kisah memaparkan empat generasi, sesuatu kelainan sepanjang pembacaan saya. Bukan tiada, tetapi amat jarang kita temukan.Bermula dengan zaman perang pada tahun 1942 yang penuh dengan debaran dan ketakutan dek askar2 Jepun yang tiada perasaan belas. Walaupun pernah mendengar cerita dari datuk moyang tentang pengalaman sendiri, penulisan Lily Haslina menguatkan lagi hujah2 mereka. Lantaran keadaan yang penuh tragis, menimbulkan dendam yang ketara. Sehingga hari ini, masih ada lagi datuk nenek yg tidak boleh lupa peristiwa ngeri.Melangkah ke era 1960an, walaupun zaman perang sudah lama berlalu, kita disajikan pula dengan ketaatan anak2 terhadap ibubapa dizaman itu. Kalau putih, putihlah ia, walupun hitam, turutkan saja. Penderhakaan terhadap orangtua sesekali jangan dicuba. Sekali lagi, terkenang saya kepada cerita ibuayah akan pengalaman jodoh yang diatur dan kejanggalan serumah dengan orang baru yang tidak dikenali walau sudah bergelar suami-isteri. Jika sabut timbullah ia, jika batu...jangan sama ikut karam.Memasuki zaman IT dan teknologi, peredaran masa berubah rentak. Anak2 semakin berani bersuara meluah rasa. Keadaan hidup membuatkan seseorang individu samada lebih tegar atau menyerah saja pada apa adanya. Mana satu pilihan hati, asal jiwa selesa dan tenteram. Pun begitu, tidak bererti hilang sudah nilai ketimuran, didikan ibubapa tetap diterap. Dalam kita menongkat arus, diharap badai tidakkan datang. Tetapi, jika terjadi juga tsunami sekali lagi, bersediakah kita menghadapinya kini?MoralLangit tidak selalunya cerah. Adakala awan hitam tetapi tiada pula hujan turun. Sekali sekala jerebu menghiasi angkasa, angkara manusia tiada pertimbangan. Kadangkala teriknya mentari menyinari alam, tiba2 hujan mencurah2. Sebagai manusia, kita punya rasa dan cita, hati dan perasaan. Tidak semua yang dikehendaki akan diperoleh. Adakala, yang dihajat dihujung jari, tetapi terlepas jua akhirnya. Balik kita pada qada’ dan qadar Allah...percayalah akan ketentuanNya...sesungguhnya akan ada yang lebih baik menanti kita. Dugaan perit hari ini, mungkin esok kebahagian menanti. InsyaAllah. Wallahualam.Terima kasih diucapkan kepada Salmah yang sudi berkongsi pendapat beliau mengenai novel ini. Nampaknya buah tangan terbaru berbentuk novel dari penulis ini betul2 memikat hati pembaca sekelian. Bagaimana pula dengan pembaca yang lain. Apa komen anda? mersik

ShareThis