Tuesday, July 22, 2014

MOTHERCARE - EVENT - ALAMANDA





TERIMA KASIH MOTHERCARE
TERIMA KASIH AUNTIE NURULHUDA KHALID:))

Sebab jemput airis untuk event SALAM RAMADAN - DI MOTHERCARE ALAMANDA SABTU LEPAS.

MASA event tu ada uncle BEN ASHAARI blogger yang glamour semalaya tu:))
Ada Auntie Yasmin Hani, Daphne Iking, ada Aishah Sinclair etc:))

Ada show pram yang cantik cantik dari mothercare
Ada baju cantik cantik dari mothercare
Dan yang paling best.... Hahahaa Airis dapat banyak gift produk MOTHERCARE.
TQ TQ TQ TQ MOTHERCARE, TQ AUNTIE HUDA:)) HUGS!








Friday, July 18, 2014

Ke Rebung Dulu Sebelum Ke Pantai:)))


  Belanja orang sakit berbuka. Makan bertiga macam makan 10 orang:)) Orang malaysia suka membazir makanan kan..:))



RAWATAN SUSULAN... Adib dengan sempoi bawa bekal baju dalam beg plastik dengan kaki kepit selipar jepun.






Tapi sebelum ke pantai, belanja adib dulu di Restoran Rebung, restoran chef ismail. zaman kerja dulu selalu shooting kat sini. Last rasa tiga tahun lepas ada job sama jelita dengan chef mail, florence sama Fama. Memang setiap satu food di rebung ni buat saya kecur rasa:)) dekor sini pun cantik dan nampak klasik. siap ada band & nyanyi lagu lagu lama:))

Jadi sesuai sangatlah untuk jamu orang yang bakal ditahan wad.

Pic atas tu, Adib masa kena turun tandatangan nak ke bilik bedah untuk buat scoop kolon. Pucat sejuk macam air batu dia. Trauma agaknya. Pada hal buat scoop tu tak sakit mana pun. Alhamdulillah, semua clear. Sehari semalam aje tapi bil rm5,800. Saya cakap dengan adib. Belajar pandai pandai. Adib ni banyak sangat hal. Asyik masuk hospital. Kalau malas belajar, macam mana nak kerja elok. Adib kena cari kerja yang boleh cover perubatan adib tu. Kira kira semula bil dia sejak di pantai ni dah boleh buat modal beli kereta ford fiesta yang comel tu. Mujur semua tu dicover penuh majikan abah adib.


Ni kerja orang sakit yang dapat mc seminggu. Lunyai Airis dikacau dan disakatnya.

Nak tidur pun tak tenteram. Hei, bila nak jalan? Hei, bila nak bercakap? Hei bila nak sekolah? Airis, give me five! Agaknya kalau boleh airis nak kata, abang adib duduk lama kat wad lah, baru tenteram airis:))




GOLEK GOLEK SUASANA KAMPUNG - tq Yati Fauzi & Ahadiat Akashah:))




KATA YATI, DAH LAMA DIA BUKA GOLEK GOLEK SUASANA KAMPUNG NI...
Saya fikirkan baru buka.
Nak cari tak susah mana pun.
Tepi highway aje kalau kita dari arah tol yang dekat UIA. Kalau kita dari Pahang, lepas bayar tol untuk masuk KL, ambil susur belah kiri. Tak jauh dari tol.

Memang cantik tempat ni. Macam makan di Bedugul Bali atau di Kintamani. Cantik sesangat. Mood rumah kampung.

Food? Air tangan Yati memang buat saya dan rosie tak berhenti meratah ikan bakar. Sambalnya memang wallaaaa... ikutkan saya dengan rosie bukanlah peminat ikan. Kami datang masa buka puasa. Adib, Syafiq... mintak ampun ya! Kauorang tengok gambar jerlah time ni ya:)) siapa suruh tak balik masa ni.

Haiqal & Rania tak duduk diam. Masuk rumah Melaka, turun ke kolong, jalan lari keliling kawasan yang luas. Memang feeling kat kampung. Sesiapa yang nak try rasa air tangan yati dengan novelist LAGENDA BUDAK SETAN yang otai, boleh ke sana. Kata Yati, tempahan seramai 300 pax boleh aje dibuat di sini kalau ada majlis apa-apa. Tapi book awal.













Friday, July 11, 2014

Terima Kasih BERITA HARIAN - HAFIZAH ISZAHANID:))











Alhamdulillah... terima kasih Berita Harian. Terima kasih Hafizah Iszahanid. Review yang manis di hari Jumaat. Terharu untuk lima bintang yang diberi. Buat mereka sudah memiliki dan membaca Cinta Hilang Kata, jutaan terima kasih. Maaf kalau ada yang khilaf pada karya kecil saya ini.

Thursday, July 10, 2014

AIRIS CEMPAKA- The Dolly:))

Asal tak tidur, asal berjaga malam, demi nak kasi dia penat, mari tukar-tukarkan baju:))
Yang jaga hilang penat, hilang ngantuk... yang si kecik sengih sengih macam suka digaya-gayakan:))

 Raya jauh lagi. Tapi kita dah raya dulu:)) botak itu jelita, botak itu menawan:)) makyangoverexcitedpakaikananakbajuraya




Ada abang tengah kawtim dgn adik. Tidurlah airis... mata tu kecikkan sikit! Dah nak subuh tak payah buat mata fishball. Abang nak gi mamak ni... England lawan ni...

 Redo dan pasrah bila jadi anak patung mak dan achik @rosie_rania :))#makyanggediktaksabarpakaikananakbajuraya.#dahachikrosiebelikanstokbajuuntuksetahun
 Kegiatan bila che bunga #airiscempaka tak mau tidur. Try test tukar baju nak kasi che bunga penat. Ni harus lepas sahur jam empat lebih baru berhenti sembang:))
 Oh, tidakkk!! Semua raksasa dan gergasi dah balik rumah:) Muka terkujat airis bila tengok semua abang dah hurung dia.
Abang syafiq kata patut rasa nak roboh bahu bila dukung kita. Tadi timbang untuk graf dua bulan. Kita dah 6.7kg. Doktor ketawakn kita. Doktor ingatkan jarum timbang salah.

 Mr O dan Mr N suka selfie. Airis pun suka selfie. Senang mak nak ukur diameter pipi saya setiap hari:))
 Bukti kakak dekat UTP rindu Airis:)) hahaha kak anis send pic ni.. kak anis cantum cantumkan gambar airis:)) huyeaahh.. kak anis kaya dengan duit mara, nanti beli baju airis banyak banyak ye:))

ShareThis