Monday, May 18, 2009

Seharian Di Rumah sayasukacupcake.blogspot.com

Selongkar punya selongkar saya jumpa gambar lama ni.. baju oren tu Haizan, baju biru Kak Jun .. emm abaikan muka saya yg serabai dan berminyak tu!

Em minggu lepas saya berjaya jugak curi waktu utk ziarah rumah kawan karib merangkap sparing saya utk tulis rencana masa di Jelita dulu, Kak Jun @ Zurilawati Ku Zaifah @ sayasukacupcake.blogspot.com. Bertahun-tahun rasanya tak jumpa sejak masing-masing pencen dari Jelita. Kak Jun yg juga bekas editor pertama majalah Cosmopolitan Malaysia, rasanya masih maintain mcm dulu!
Macam-macam cerita kami sembang bersama Haizan yang juga bakal meninggalkan Jelita tak lama lagi. Rasa tak cukup korum sebenarnya bila geng kami Khairol Bariah tak ada. Bariah mesti tengah busy dengan program busana di TV9 nya. Ha! Ha! Sempat jugak kami berangan, satu hari nanti kalau ada rezeki kami ke Jakarta lagi mcm yg pernah kami buat dulu. Atau mungkin kali ni ke Bali bersama semua yg dah bergelar ex-Jelita.

Kalau nak tahu, dengan Kak Jun lah saya banyak belajar utk jadi reporter yang berani dan bold. Kalau tak, tak mungkin saya, Jun dan Bariah meredah ke Narathiwat naik bot penambang waktu saya sarat mengandungkan Haiqal. Kami selamba badak aje redah sempadan Malaya utk cari berita hal nikah sempadan. Tanpa sebarang temujanji, kami memang redah pergi ke sempadan dan terus masuk ke Siam.
Dengan Kak Jun jugak, saya dan dia sama-sama terlompat di bilik mayat HKL bila jenazah org meninggal sebab dibunuh ditolak depan kami.

Kami juga pernah berlama-lamaan menghadap mayat org mati digilis kereta api yg mahu diawetkan. Masa tu mayat dah lebih seminggu. Huh, macam berani sungguh kami masa tu demi nakkan gambar bedah siasat mayat! Dalam sebulan tu, kerja kami asyik menghadap mayat aje. Bau bahan pengawet yg melekat sampai ke tekak tak usah cakaplah! Kiranya banyak lagi kerja gila yg pernah saya buat bersama Kak Jun di Jelita. Sampailah kami sama-sama menang anugerah kewartawanan majalah terbaik Malaysia dan dapat award dari Tun Abdullah Badawi.

Kekadang saya yg lalok kerja, tertinggal slide di Semenyih dan bos pulak mintak time tu jugak.. Huh, pada Kak Junlah saya minta pertolongan hantar saya balik ke Semenyih dan patah semula ke Jelita hanya sebab sekeping gambar.

Itulah al-kisah masa zmn gila kerja dulu. Sekarang ni kalau imbas balik, kami sama-sama geleng kepala dan gelak besar!

Hari Jumaat lepas, dari nasi lemak, ke donut kemudian kek coklat penuh strawberi sampailah ke cucur udang kami menjamu selera.. Memang kami kenyang makan .. makanan memang penuh meja! Semuanya Kak Jun masak sendiri tu!

Sekarang Kak Jun happy dgn passionnya yg baru.. cupcakes! Sesiapa pun saya gerenti pasti terpegun tengok cupcakes Kak Jun di blognya. Em, kalau nak tahu sahabat saya ni.. saya gelarkan ada jari-jemari yg magik. Menjahit terror, menulis menjadi, buat cuppies pun comel giler!
ni antara cupcake kak jun.... masa memula tengok saya ingat ni renda!
Hem, saya dah terfikir, kalau kak Jun bertandang ke rumah saya, harus saya sembelih ayam belanda tu.. Ha! Ha! Resipinya nanti saya tanya Kak Norzailina kita!


Ada beremel tanya saya, "Kak Lily ni menaip 24 jam ke?"

Hish, taklah sampai macam tu! Mahu muka saya pun jadi segi empat macam skrin laptop kalau duduk menaip 24 jam!

Sejak anak tinggal dua orang saja di rumah, saya makin rajin pulak melayan ternakan suami di belakang rumah. Sejak Sunti tak ada, kami dah lupuskan ternakan arnab. Tak larat nak bela sebab cepat sangat membiak. Selain kucing saya si Fasha yang berat hampir 4 kilo, saya selalu leka layan tiga ekor ayam belanda yg ada di rumah ni.

Kalau ekornya kembang memang cantik macam merak. Adib suka hambat ayam belanda ni keliling reban. Kata Adib, ayam ni kalau besar sikit dia nak tunggang macam naik ostrich! Kami beli dulu pun memang di ladang ostrich di Semenyih ni. Suami saya dah berangan-angan nak sembelih.

Konon anak-anak cuti sekolah nanti boleh dipanggang.
Entah ya entah tidak. Angsa pun tak pernah disembelih, biar berpuluh kali menyebut! Ayam belanda ni pulak dah pandai bertelur. Kalau telur angsa anak saya kata macam telur T-Rex dinasour tu (sebab besar dan kulitnya sangat keras) telur ayam belanda ni kecil sikit.

ShareThis