Tuesday, December 23, 2014

LOVE-HATE ABANG ROY & CHE BUNGA:))





BELIKAN toys.
Berikan mainan.
Main seminit, dicampaknya.

Abang Roy jugak yang boleh bikin dia senyum sengih suka.
Umur baru tujuh bulan sudah ganas macam boy,
Dipicit, dipijak, ditarik, dipulas, direntapnya.
Abang roy tetap cool sebelah dia.
Nak tidur pun roy akan cari che bunga.





Kak Anis, happpy exam ya:))
Nanti balik beli baju che bunga lagi banyak banyak banyak banyak:))







ABANG Syafiq balik cepat lepas exam ya:))
Nanti bawak che bunga ke mamak tengok bola midnight:))






Mak, kenapa mak makin pendek?

Ketawa berdekah-dekah. Rupanya dua beradik ni sibuk mengukur sambil berbincang bila membelek foto ni. Macam mana mak boleh jadi semakin pendek sekarang:((


Berkemas & Jumpa Khazanah Lama:))

Masuk ke dusun menjolok duku, 
Singgah ke taman memetik Lily;
Pergi ke perpustakaan membaca buku,
Buku dipinjamkan seminggu sekali.
Singgah ke taman memetik Lily, 
Orkid desa tumbuh melata,
Buku dipinjamkan seminggu sekali,
Supaya murid pandai bercerita.
Catatan pantun arwah mak bertarikh September 1971 saya jumpa waktu berkemas buku. Saya lahir November 1971. Patut tulisan mak tak kemas bulat- bulat mcm biasa mak tulis. Arwah sarat hamilkan saya waktu ni.



Masih mood berkemas sedunia. Jumpa buku skrap yang kumpul keratan akhbar zaman dinosaur. Haiqal sangat jujur. Kenapa mak tak bertudung masa ni? Buruk jer muka mak!


Zaman di UM, zaman menggila tulis cerpen dan masuk pertandingan. Si Haiqal tengok dah komen lagi. Lainnya muka mak! Komeng aje! Kemain budak ni! CcRodziah Mat Akil. — with Luqman Hakim Quek Abdullahand Abu Iman Al Hakim.

Tuesday, November 11, 2014

SIRI CERITA CERITA PASAL BUKU 3







SIRI CERITA CERITA PASAL BUKU 3
(Cewahhh macam tak der kerja mak che bunga. Sesekali... minggu depan dah pulun kerja)

AMPUN ya... tak ada niat nak offended sesiapa. Saya tulis ni kira menjawab pm atau emel yg saya terima yang kekadang tak sempat saya nak balas terutama time tengah sibuk dengan che bunga atau dengan job clarins atau dengan bos di perak:)) Dan ni lebih sekadar berkongsi kisah. Baca santai santai aje. Anggap yg tulis ni makcik beranak kecik yang duduk rumah, cuma hobinya aje menulis sejak umur 13 tahun:))

SAYA dengan Rose Harissa kekadang terasa hidup dalam alam sendiri. Dalam gua yang tahunya cuma pasal anak, sesekali seronok bercakap pasal artis (kami ni kan mokcik duduk rumah) Apalah yang menyeronokkan selain dari isu anak dan retis sesekali.

Tapi bila sesekali terdengar kisah itu ini, pasal ruang lingkup menulis. Haishhh... hahaha saya tak reti nak komen... nak pulak bila orang bertanya. Saya belajar menulis bermula dengan rencana, kemudian bertatih dengan cerpen. Kemudian novel dengan ihsan Khadijah Hashim. Dalam pada itu cerakin karya saya mulai bercambah bila saya di kampus, saya menulis untuk YADIM, saya menulis untuk Jabatan Perdana Menteri Bahagian Hal Ehwal Islam.

Praktikal pula di meja wartawan AL-ISLAM. Time tu kalau bab artis, saya tetap mencelah, ikut Rodziah Mat Akil assignment di URTV. Kemudian kerja di Jelita. Selepas tu saya sdn bhd. Perjalanan yang panjang dan penuh warna ni buat saya sentiasa berawas kalau mahu komen karya orang. Kita rasa kita terror ni... hahaha tapi orang lain hebat yang gini. Macam saya... masa handle projek majalah rasmi AF zaman Mawi... ampun.. saya rasa kecik sangat biar jawatan macam besar. Sebab saya rasa tak pandai... saya rasa tak tahu langsung bab hiburan. Tapi saya redah buat.

Macam jugak buat skrip dokumentari. Sama macam saya buat terjemahan. Job pertama dan besar saya, bila diberi kepercayaan buat terjemahan siaran media mohon maaf isu bebola daging ikea tu... hahahaa blur blur kejap masa tu. Tak pandai. Tapi belajar. Studi. Kaji. Rentak langgam penulisan gitu bagaimana. Dan jangan sesekali besar kepala... saya percaya sangat, kalau eksen sangat rezeki pun ketat.

Apa yang tak pernah saya lalui... beranak kan Airis pun ada kawan jauh, kawan keluarga yang juga penulis hebat tersohor ala ala kuat agama, boleh buat joke.. Orangnya muda jugak. Hahaha kak lily beranak? Kak lily tu kan dah tua? Dan dia jugak dulu sebut saya penulis yang dah level ramlah ram. Hahaha saya sengih aje. Saya tak rugi apa. Saya alhamdulillah. Orang yang suka mengata orang ni kekadang bagi saya jiwa sakit. Hidup tak tentu senang mana pun.

Gitulah.... kalau kita rasa hebat, insyaAllah, ada orang lain lagi hebat. Kalau kita rasa kita ada karya agung, orang lain entah entah lebih awal dah ada.

Saya juga tertahu, ramai penulis buat kenyataan, Oh saya tak baca novel orang, Saya tak baca novel si polan. Oh, pantang saya baca karya orang. Ah, novel dia sampah. Astagfirullah.... saya urut dada. Sebab zaman dulu tak pernah timbul isu begini. Saya buat novel cinta picisan pun tetap dipandang sebagai 'anak murid' oleh Pak Samad. Sering aje dia beri nasihat dan kata semangat. Walhal saya rasa bila Pak Samad pegang karya saya waktu itu... Allah, malunya! Saya sedar diri siapa saya.

Tapi yang terjadi di kalangan orang yg claimed tak membaca karya orang ni, bagi saya dan Rose yang gigih membaca selalu pening pening lalat. Eh, kenapa karya dia ni macam dalam blog si polan yang novel bersirinya tak habis ya? Eh, kenapa watak dia ni macam karya orang tu, yg dah terbit bertahun lalu tapi mungkin tak glamor sebab dia tak ada group? Atau kekadang Rose Harissa sendiri menjerit, "Kak Lily, kenapa macam novel aku??? Kenapa watak ni sebijik watak aku,... nama pun dekat dekat sama!" Banyak sangat persamaan.

Selera orang berbeza. Saya suka kek coklat, anak suka keju. Saya suka novel, Syafiq suka baca Gempakstar. Dan, saya tak pulak mengharamkan gempak star apa lagi nak melebelkan itu picisan. Kalau kita memandang karya dengan niat mencari sisi hitam, sisi hitamlah kita jumpa. Kalau kita baca dengan berlapang dada, paling tidak rasa santai itu kita dapat.

Dan, macam Rose Harissa selalu sebut, "Tak payahlah nak mengangkat karya sendiri. Contoh sikit sikit karya sendiri. Biar readers yang sebut. Bukan kita yang sebut. Kita buat kerja menulis dah. Tak payah nak kira buruk karya orang. Malaikat kat kiri kanan orang tu dah ada cukup nak catat dosa pahala orang tu."
Okkk daaaaa...:))

SIRI CERITA CERITA PASAL BUKU 2





SIRI CERITA CERITA PASAL BUKU 2

Insya-Allah! You name it, you got it:)) Saya pengumpul buku dan majalah. Pembaca buku dan majalah. Semua saya beli. Majalah apa yang tak ada dalam simpanan. Al-Islam saya beli tiap bulan. Glam saya tak miss. Jelita, Intrend, Impiana, W&W semua saya kumpul. Nat Geo, Majesty, Royalty, Instyle semua saya borong biar kekadang nanges, satu majalah boleh jatuh harga RM39.00.

Pantang Rose Harissa beritahu saya. Kak Lily, kau baca ni... cerita dia lain. Kak Lily kau beli ni, novel ni berani gila, Kak Lily kau cari yang gini.. Kak Lily, gi blog ni. Baca cerita dia comel. Aku kagum. Ya, saya cari dan baca. Satu ketika, waktu filem Lagenda Budak Setan hangat, gigih saya dan Rose Harissa mengumpul semula novel Ahadiat. Habis saya rayau KL, Penang demi mengumpul semua siri Ahadiat. Kami baca, seronok, sembang santai dan rasa segar minda.

Tapi itulah.

Kami sembang habis di situ. Amat jarang saya dengan Rose mahu bawa cerita menulis di fb. Letih sebenarnya. Dunia penulisan kita kecil. Dan sebenarnya biar ada macam macam perancangan orang berkuasa dan yang berpengaruh, ia akan tetap begitu. Hahaha tak taulah kot zaman saya dah arwah esok lusa memang betul maju nanti...

Selebihnya kami seronok sembang pasal che ta yang beranak anggun comel. Kisah Rose yang kempunan beranak baby girl macam che tah. Sibuk bercerita fasal Fasha Sandha yang manis, macamlah artis tu jiran saya. Dan kekadang saya meroyan cerita pasal rumah dan dekor yang lawa lawa. Cerita di luar dunia penulisan, cerita di luar batas manuskrip ni kekadang menyegarkan minda. Menulis ni meletihkan. Kami berbincang macam berpuluh cerita dah ready plot. Tapi nak siapkan sebuah novel pun sayup setahun satu. Sebab? Kami ni kalau anak nak periksa, sebulan awal dah menjerit di rumah.

Dalam dunia penulisan ni bak kata Rose Harissa yang pinjam ayat Baim Wong, "Kalau sibuk melihat orang lain, kapan saatnya aku melihat diri sendiri yang masih banyak kekurangannya. Ketika orang membicarakan kita jangan pernah berusaha menjelaskan kerana penjelasan itu, kadang pembelaan diri. Setiap manusia ingin menjadi orang yang selalu benar. Cukup jadi diri sendiri. Biar mereka sendiri yang menilai seperti apa diri kita."

SIRI CERITA CERITA PASAL BUKU - 1

SIRI CERITA CERITA PASAL BUKU - 1


Stok novel makin membukit selepas saya terima hadiah hampir 500 naskah novel pelbagai judul dari pelbagai penerbit. Terima kasih Eynda Iynda yg hadiahkan kak lily koleksi kesayangan. Itupun majalah, novel dan buku ulang kaji sekolah yg sebanyak separuh rak ni dah saya berikan pada sekolah sekolah anak. Saya kumpul dan baca semua. Saya tak pernah diskriminasi karya orang waktu membaca. Saya juga tak suka judge karya orang. Bakat A mungkin hebat dlm tulis karya gedik, bakat b mungkin melankolik, bakat c mungkin penuh sastera dan falsafah ... bakat d mungkin santai sesantainya. Orang z mungkin tak pandai tulis macam orang y. Ilmu menulis ni Allah pinjamkan aje. 

Penulis dipinjamkan sezarah aje. Bagi adik adik yg selalu pm kak lily tanya macam mana kak lily buat terjemahan, buat buku coffee table, buat novel, buat skrip dokumentari, tulis rencana etc.. jawapan cuma. .. baca semua:)) Buang ego, belajar, kaji karya yg hebat (jgn ciplak udahlah), merendah diri, Insyaallah peluang macam macam akan terbuka. Usah baca demi nak kaji dan cari buruk atau khilaf karya orang lepas tu pukul canang. Tak bestkan macam tu....

Friday, November 7, 2014

Review Yang Manis - CINTA HILANG KATA - Catatan MONALITA MANSOR


Terima kasih ya adinda Monalita Mansor yang sudi kongsi dengan kak lily review CINTA HILANG KATA.  Sejujurnya saya cuak dengan Mona. Dalam memilih karya, saya tahu dia cerewet. Saya juga tahu dia amat teliti bab-bab tatabahasa dan ejaan. Alhamdulillah, CINTA HILANG KATA serasi dengan selera Mona:)  


  • Monalita Mansor
    saya dah habis baca CHK - bagi 10 bintang le kat akak - saya kategorikan ia kisah manusia @ kemanusiaan
    Cinta itu kemanusiaan - dalam kisah Rain dgn Nurul - tak ada cinta dalam erti kata cinta hakikat (kasih sayang dalam berumahtangga) tak membawa ke mana - kisah Amirul dgn Nurul.
  • Monalita Mansor
    Monalita Mansor
    Manusia dinamakan manusia bernafsu besar dan timbul isu-isu sekitar - hasad dengki, caras-mencaras, hasut -menghasut - watak Sabirah dan Zaili, masuk juga Kak Muna, Mahyun dan Jah Gayah terutamanya.
    Terus bergulat sekitar manusia ialah apabila sanggup bersekutu dengan bukan sejenisnya untuk merosakkan manusia lain - watak yang lima kat atas tu.
    Tapi yang paling best ialah : segala kerenah penerbit, kerenah editor, penulis malah pembaca sendiri akan kupas habis-habisan dan sangatlah memanaskan punggung mereka-mereka yang terlibat (kalau mereka sedar dan merasa pedasnya cili yang akak bubuh dalam sambal terasi tu)
    Gaya bahasa akak memang tak berubah - masih konsisten malah makin cantik. Dan bahasa-bahasa 'puaka' yang masuk sekali tu, saya tak tahulah tapi watak Deens tu memberi banyak info tentang bangsa lelaki.
    Watak Ustaz Arif yang selamba. Kak Melah dan Firdaus yang menguatkan cerita. Tapinya saya nak tanya asal akak guna nama Sabirah ek? kalau kat tempat saya 'birah' tu maknanya gatal hihi
    kesilapan memang 0.01% la. ejaan alhamdulillah cumanya ada satu part yang saya kesan masa (novel kat umah) masa part Nurul ke Eza cakap kat diri sendiri - dalam bahasa inggeris suruh menulis. tetiba perkataan akhirnya waiting


Ni catatan di blog MONALITA MANSOR


Assalamualaikum.

La, mesti korang dah nampak kan entri pasal CHK ni tempoh hari. Apa yang buat aku nak ulang lagi? Hari tu, aku tulis masa belum habis baca. Sekarang dah habis baca.

(dah tak menulis ke Cik Mon? asyik review novel aje...hihihi)

Hmm...Love You In Silence. Cinta Hilang Kata. Mesti kat jelapang minda (pinjam ayat penulis) ingat ini cerita cinta. Aku pun sama - mula-mula.

Dahlah novelnya besar gedabak. Tebal pulak, memang kelas Kamus Dewan, tinggal lagi dia tak berkulit tebal aje. Tapi bila aku habis baca, aku faham. Penulis dan penerbit cuba menyampaikan sesuatu melalui saiz, ketebalan, kaver dan tentu sahaja isi cerita. Aku panggil 'rebel with a cause' - kwang...kwang...kwang.

Aku suka kata novel ni novel kemanusiaan. Kata kuncinya manusia.

Manusia itu merujuk kepada Nurul Masmin. Watak utama yang memang manusia sifatnya. Berserah, pemurah, akur pada kehendak orang lain, tetapi pada masa yang sama memimpin pemberontakan secara terpimpin di dalam hati (rujuk bab dia panjat pagar asrama lelaki dan p gunting boxer Amirul!)

Manusia juga merujuk kepada Rain Akhtar, seperti adanya lelaki di luar sana. Takut-takut berani. Manusia merujuk kepada Amirul yang memegang mazhab separuh-separuh. Taat mak (perempuan) wajib/menjahanamkan duit bini, tak bertanggungjawab (perempuan juga) wajib. 


Manusia diwarnai hasad dengki, tindas menindas, caras-mencaras, malahan ke tahap yang paling gampang, paling sial (kata kasarnya) bersekongkol dengan syaitan. Syaitan pun pening kepala! Penulis pula macam sengaja membiarkan syaitan-syaitan dalam bentuk manusia ni menang. Sesuatu yang sangat tak disukai oleh pembaca. Rupa-rupanya, di dunia nyata itulah realitinya kerana yang mungkar itu akan selalu kelihatan menang. 

Panjang review nih!

Tapi, dalam banyak perkara, penulis dengan selamba tenuknya menerusi watak Nurul Masmin, Ezra, Che Wanie, Deens, Sabirah (eiii), Zaili, dan Kak Muna telah menelanjangkan sampai nampak nyata kudis, panau, kurap, kayap, kudis buta, lebam, bengkak dunia penulisan. Daripada kepala - ragam penulis sesama penulis, editor, penerbit, pengedar dan akhirnya pembaca. Kesemuanya.

Thursday, October 30, 2014

Bila Che Bunga Beralih Bulan, Bila Mood Swing Datang:))


Dalam seminggu lagi nak masuk tujuh bulan, Ikut umur patut macam baru nak masuk enam coz tak cukup bulan si kenit ni lahir....
Bila nak dapat akal baru aje,  semua mood jadi tak baik:))
Tak padan kenit, bisingnya mulut:))



 Terserlah kecik kecik semua nak cepat:))
Part tu macam abang che bunga kata... tu ikut mak lah tu!
Semua nak cepat. Semua nak laju. Slow sikit, lambat sikit, kena jerkah.
Che bunga kalau bab makan yess... yang benar umur dua bulan dah mula makan.
Tu masing masing kan... ada yg kata kena ikut rule umur 6 bulan baru makan.

Haiqal dulu umur tiga minggu dah bagi nestum dengan botol susu. Jadi bila kenyang, kenyang susu, kenyang makan... dia tidur lena. Che bunga memang champion bab tidur. Kalau angin baik, jam 11 pagi baru bangun. Siapa jaga kena bangkit sendiri bagi dia susu, tukar diapers etc. Rekod cemerlang gemilang terbilang bila dia pernah seminggu bangkit jam 12 tengah hari sharp. Rajin anak dara kan....

Abang che bunga yg asyik sakit, yg memang BENCI MAKAN, yang dah besar sampai kena operate, tu hah.. si Adib. Cuma adib ni dalam kurus dalam sakit-sakit (dia ni penyakit yg dicari) memang paling paling lasak. Panjat dan terjun dari bumbung rumah kami ni selamba aje...


Tapi entah ngapa tetap tak mau debab che bunga ni. Tak macam abang Haiqal yg lahir aje dah 4.5 kg.  Segala food dalam bentuk liqiud macam telur ayam kampung separuh masak, kentang putar, sup cendawan, nestum disuapkan bersama susu... cuma yess... che bunga sangat lasak. macam boy pun ada. umur enam bulan dah berkeliling ruang tamu dengan walker kejar abang roy si kucing debab. Berat tulang rasanya dia

Eeee kak lily... kecik kecik bagi makan bahaya... perut nipis..
Siapa suruh suap nasi biji biji tu... saper suruh suap yang likat. Dah disebut bagi dalam bentuk cecair. Epal, mangga, pisang, che bunga makan dalam bentuk liqiud semuanya.

Tak sakit perut ke? Merepek aje bagi anak makan awal.. tu nak aniaya anak...

Hahahaa... mak che bunga punya anak sulung dah 21 tahun hokey... tu dah besar panjang dah... semua pesen tu... tak bagi makan harus meraung bebudak ni asyik nak berjaga malam.
Che bunga kalau ikut kami pergi sarapan atau makan lewat malam.. utk dia mesti pesan kat mamak telur separuh masak.

Tak alergik.. haha tu badan memasing lah kan...dia pun still bf jadi isu antibodi badan bukan isu selain makan segala benda. Haha kek coklat tok sah cakap.... tapi taubat bagi coklat midnight. Sampai subuh dia melompat.

Gila seh tak jaga pantang...Yesszza ramai kawan mak che bunga menggeleng bab ni... errr tapi bila cakap, Dear, she is my anak kelima, anak yg sulung pun dah masuk u, yg no dua pun dah masuk U, hahaha mak che bunga bukan baru setahun dua bela budak:) muahmuahahaaa... jadi tu masing masing lah ya...

Hahahaa... like mak, like anaklah kan...
Mak che bunga pun mana reti pantang.
Hahahaa... masuk ward pun dengan darah tinggi 199/122  selamba aje drive sendiri pukul 1,30 pagi ke hospital dengan jarak rumah -hospital pantai kl tu almost 50 kilometer.

Dan, yess... lepas czer pun, after 16 days dengan high cut punya but, jeans dan blaus tebal boleh jenjalan ke KLCC... Hari ke 21 boleh gi bookfair meround atas ke bawah hujung ke hujung dewan.

Tak bentan, tak pitam...Hahaha esok nanti sakit sakit badan... dah tua merana!! Ada yang mengusik menyakat gitu... Allah!! Mak che bunga dah tua dah pun:))) nak muda apanya lagi...

Ginilah,,,, benda gini badan sendiri, sendiri rasa sendiri boleh agak. Kalau dah terbiasa semua tak boleh dari awal. memang tak bolehlah, kalau dibuat jadi bentan.

Macam mak che bunga, sejak zaman syafiq lahir 1993 mana ada nak ikut pantang. 14 hari dah merayap tengok wayang dengan skirt pendek masa tu:)) Umur 21 masa tu...

Dan arwah nenek che bunga pun dulu tak suka berpantang sangat ni... apa pun buah buahan makan aje. Hahaa.. cuma yess air batu aje sumpah tak berani. Dulu kalau mak che bunga tanya arwah Cikgu Jamilah, apa boleh apa tak boleh... Arwah akan jawab, aku makan semua! Tak ada pantang-pantang.

Kak lily hang memang tulang besi urat dawai...
besi tak besi, dawai tak dawai, siapa sanggup minum pati mengkudu 9 biji sehari, Kenapa biji, bukan pati dalam botol? Sebab buah mengkudu pun petik dari pokok sendiri kat laman rumah. siapa sanggup minum air kunyit halia campur kencur setiap hari seliter.

siapa sanggup makan sup haruan fresh yang ditangkap hidup tiga ekor sehari (dan stok ikan haruan hidup dalam kolam ada berpuluh ekor yang wajib dihabiskan), siapa sanggup minum air susu kambing yang diperah dari mak kambing seliter setiap hari? Tu tak termasuk dipaksa telan pati ginseng dalam botol kecik tu.... sehari sebotol kecik. Sumpah hamis...

Siapa sanggup makan sebungkus kecik manjakani setiap hari:))) muahmuahahaaa... sanggup? haha kalau sanggup insyaAllah nanti macam mak che bunga... masa belum genap sebulan che bunga lahir, dik panas sangat, mak che bunga selamba aje mandi jam 2 pagi... kalau gigih makan telan benda benda pelik tu dengan penuh disiplin, bravoooo... tak payah nak makan ubat bagai, badan insyaAllah ok.. tapi hahaha ni kena praktis sejak zaman moda rumajalah ya...

Panjang berjela mak che bunga taip ni.
Bukan apa kekadang letih nak jawab soalan macam... kak lily makan apa? kak lily tak jaga pantang, tak sakit ke? hishh kak lily ni berani sangat...

Bukan tak jaga pantang.. tapi itulah... siapa sanggup makan segala benda yang mak che bunga sebut tadi.... tu semua adalah makanan dan minuman yang jadi rutin mak che bunga tak semesti lepas bersalin. Macam mengkudu, manjakani memang jadi amalan harian. Cuma kunyit tu aje yang tak lalu sebenarnya.

Atau ada kata entah entah luka tak baik sebenarnya...
Tak tau nak kata sebab ni pertama kali buat pembedahan. Tapi kagum sendiri masa nurses dengan dr idris sendiri tegur jahitan dalam tempoh empat hari sangat kering, Mahu tak kering.... sebab sedar aje dari czer tu, mak che bunga dah dipaksa telan semangkuk sup pati haruan, ikan fresh dari kolam sendiri, sebotol ginseng, sama gel gamat. Memang masa tu terasa luka jahitan macam sangat ok.. yelah.. kalau tak, mana mungkin selamba badak mak che bunga gi jenjalan kalau sakit kan.

Ingat lagi, ngeri jugak bila waktu doktor dan nurse periksa jahitan tu, ditekan-tekannya. Haishh dalam kepala mak che bunga.. baru empat hari awat ditekan-tekan. Ada gua meraung dik terbuka jahitan perut ni. Hahaa.. dan yes.. doktor siap kata, "Kering. I tekan nak tengok kot ada yang masih basah atau ada gelembung. Good, Dah kering" Seriau masa ni. Dan jahitan tu putus sendiri sebelum seminggu.

Masa belum sebulan czer, mak che bunga dah drive ke hulu ke hilir dari rumah ke Seremban. Urus akak che bunga yang nak masuk UTP masa tu. Badan tak gigil? Tak sejuk? Itulah benda yang mak che bunga makan tu memang dah cukup buat badan panas. Tak makan jamu beli ke... ubat orang dalam hari ke.. semua  blend sendiri aje kat dapur benda yang disebut tadi. Susu kambing kalau tiap hari seliter minum, memang panas tak usah cakap. Tapi tak mudaratkan baby pun.

Tapi again, ni jangan dicuba kalau badan tak kuat... ada yang rebah tak pasal pasal:)) mak che bunga ni siapa yg rapat memang tahu sangat brutal dan pejal. Kalau tak mana mungkin masa carry che bunga, mak che bunga boleh selamba aje ke hulu ke hilir, drive satu pagi, dua pagi, panjat tangga macam kuil batu cave yang tinggi tu kat ISTAC masa sibuk shooting dengan al-hijrah,

Turun naik tangga melangit tinggi lagi curam tu mau rasa susut badan dari pagi sampai ke petang:))  haram sorang krew pun tak tahu mak che bunga dah carry che bunga enam bulan masa tu.,... lasak ke main:)) yelah dulu masa kerja, kalau lembik slowwww macam jeli mahu kena sergah dengan bos:)) maklum kerja selalu outdoor kan. Kerja macam kami dulu mana boleh slow motion. Hahah, bos dulu, dia berjalan pun macam berlari-lari anak...

Panjang dah ni... mak che bunga share semua ni sebab kekadang tak sempat nak explain panjang panjang pada sahabat di fb yg pm tanya itu ini,.... tanya makan apa, pakai ubat apa... kenapa tak jaga pantang, tak sakit ke...  benda ni diri masing-masing. Yes, lain orang, lain caranya. Mak che bunga selesa cara sendiri.

Okay daaaaa.... nanti sambung ya:))








 Food selalu buat che bunga gelora jiwa:))



Bulan lepas semua benda nak dibuat serentak. Masuk enam bulan dah nak merangkak, dah nak duduk ...
Asal beralih bulan aje, moody bukan main....

Tuesday, October 28, 2014

Terima kasih semua yang membantu:)))

Roy yang sangat cool temankan saya sampai siap kerja dalam tempoh hura hara deadline berminggu minggu ni:))

Dah hampir sebulan sebenarnya... dalam ribut memasak di rumah, dalam kecoh abang kakak che bunga balik bercuti, dalam rengek che bunga yang makin mengada, mak che bunga kalut dengan kerja demi kerja. Kekadang bertindan tarikh, Badan di Perak, hati memikirkan kerja terjemahan yang perlu diselesai. Kerja terjemahan yang bersimpang-siur sebab base company produk tu di Paris, kerja jadi ruwet, Siap di sini, send ke Singapore untuk pengesahan. Kira cerewet dari segi teknikal ni kekadang meletihkan.

Apapun terima kasih ya Khalidah sebab banyak membantu. Sanggup jadi PA, temankan mak che bunga dan sama sama ke Perak jam empat pagi berminggu minggu lamanya. Sama-sama balik Kl jam 11 malam. Terima kasih buat Amy yang cekap jaga che bunga dengan kasih sayang. Oh, saya kalau tak ada orang sekeliling saya yang sangat baik hati ni tak mungkin saya dapat lunaskan kerja kerja saya ni dengan selesa.

Juga pada abang kakak che bunga yang kena kerahan tenaga tolong key in bahan sebab mak che bunga ada waktu rasa stress jugak dengan deadline.

Dan akhirnya..
Alhamdulillah... siap jugak. Macam biasa... macam tak percaya siap dalam masa yang singkat. Menaip tanpa tidur sepanjang 48 jam:((

Allah! Lega! Terasa macam hilang paku di belakang tengkuk. Selagi kerja tak siap rasa macam pontianak kena paku kat belakang tengkuk ni. Hampir 48 jam tak tidur.  Dengan segala fakta, dengan segala gurindam, dengan segala pantun klasik, dengan segala bahasa istana, dengan segala protokol....Haihhh! Tarik nafas lega. Alhamdulillah! Siap teks untuk satu buku. Macam biasa lepas tu mak che bunga  ganti tidur:))



Nasi lemak jam 5.30 pagi:))

 Meeting dan meeting dan tulis buruk saya dalam keadaan mengantuk.

Alhamdulillah! Temubual terakhir saya dengan Tan Sri Ramli Ngah Talib, menutup kerja temubual saya untuk projek yang satu ni. Tersengih sengih Adib bila kena interview dengan Tan Sri:))


 Budak kurus yang berangan nak kereta macam kat belakang tu:)


 Ni darling saya, Khalidah Atikah yang banyak bantu saya kalau saya tengah sibuk:)


Mi kicap ipoh mali sama setem lama:)) Setem lama tu selingan, dibeli buat hilangkan stress kerja:))

 Terima kasih buat bos bos yang urus dan aturkan sesi interview ni.


ShareThis