Monday, January 27, 2014

Yaya, Art dan Koleksi Make-Up:))

Siapa tiru siapa? Mama Rosie tiru gaya yaya kan?? Sebab rasanya ni pose yaya waktu yaya tadika. Kemudian mama rosie tiru pose ni utk editor's note magazine Intrend



SUNGGUH!! Saya boleh nangis terkagum tengok kerja-kerja lukisan Yaya. Ya Allah, budak ni... haishh lebih terror dari mak dia masa kecik. Saya memang tahu Rosie gila dan suka lagi berbakat melukis sejak sebelum sekolah. Tapi nampak gaya, ini berganda ganda ganda daripada mama Rosie dia. Stroke Yaya bak kata Rose Harissa sangat luar biasa. Untuk usia belum 8 tahun, dia boleh lukis tanpa pemadam, tanpa pembaris.

Tapi ya... macam saya  bab menulis, sangat sejuk pada anak-anak. Saya anggap biasa biasa aje pada bakat  Anis atau Haiqal yang boleh menulis dengan baik. Walhal fikir balik, memang banyak novel chit lit saya, Anis yang bantu buat serba sikit. Haiqal yang boleh buat rhymes spontan dalam bahasa Inggeris pun saya anggap kebetulan. Biasa aje bagi kami. Macam tu jugak rosie. Kata Rosie mungkin sebab dah tengok hari hari, dah pandang hari hari, jadi macam tak begitu impressed.

Untuk Yaya, saya memang seronok tengok lukisan dia. Sebab? Saya tak ada bakat begitu. Harap-harap Yaya terus melukis sambil tak lupa buku sekolah:))





Koleksi kasut blink blink Yaya yang jadi props untuk lukisan yaya:))


OH!!!! Mak Uli nangis tengok lipstiks Yaya. Eerrr Yaya, nanti bagi mak uli ya:)) Lukisan princess tu diinspirasi dari segala mak nenek lipstik yang yaya simpan dalam koleksi.

Err konfius kejap.... eyeshadow dior tu buat kaler lukisan ke Yaya. Kagum sat... Yaya dah pandai buat tandatangan pada setiap lukisan Yaya. Tapi macam mak uli kata, Yaya praktis buat tandatangan yang boleh dibaca nama Yaya ya:))

Saturday, January 25, 2014

Siakap, Pancing, Yaya & Thambi

Hajat hati mahu bawa lari seekor dua, makan besar sendiri sendiri. Apakan daya si siakap empat saudara ni besar gergasi dari si thambi.



Syafiq memancing dari jam sepuluh malam sampai ke subuh, empat ekor siakap. Rezeki yaya yang datang pagi ke rumah mak uli.





Yaya cuak tengok ikan yang besar ni.. menggelupur lagi. Saya pesan syafiq, jangan racun yaya jadi pemancing jaya pulak.



Konsepnya, pandai pancing kena sekali pakej pandai siang ikan dan cuci bersih. Ladies di rumah ni masak aje:)))



Thambi fefeling dah siap siang, nak goreng untuk dia.


Ajal Maut Ikan:))

Ajal maut kita ditentukan Allah swt, ajal ikan dengan udang di tangan apit. Mak, bila nak kaya, buat le kolam ikan cepat. Kita nak ternak ikan dgn udang.












Geng nelayan syafiq. Nadzmi studi di Unimas dan hasif belajar di Mesir akan bertukar jadi nelayan sesama syafiq bila bercuti panjang. Memang cool bebudak ni. Nadzmi, insyaAllah studi benda yang dia minat, Hasif bakal doktor, pantang ada cuti gerenti ke kolam pancing.

Hasif


Nadzmi Akmal

Tuesday, January 21, 2014

Menanti Kelahiran Baby Baru:))

SELAUT kasih dari saya untuk semua yang singgah beri komen dan like pada posting-posting di facebook personal dan laman fanpage saya berkenaan novel baru yang bakal terbit ini. Saya terkejut melihat sampel novel yang dibuat, dijahit dan digam 100 peratus menggunakan jari jari emas sahabat saya, Rose Harissa. 

Ya ALLAH! Tebalnya! Patutlah dua tahun saya ambil masa sudahkan novel ini. Kisah Nurul Masmin, ribut dunia penulis, sengsara rumahtangga, pedih dikhianati dalam misteri, ubat yang tiada pada doktor, manusia hipokrasi, semuanya saya rangkumkan di sini. Terima kasih buat Anida Daud, editor yang sangat low profile, yang di tangannya dahulu banyak mencanai karya emas sederetan penulis hebat CESB. Terima kasih Khalidah Khair yang selalu dengar keluhan auntie lily bila stress menjalin plot cerita ini.

Alhamdulillah, sudah selamat ke pencetak. Saya tulis ni sekadar suka-suka. Ni pun ambil masa dua tahun nak siapkan:))

Jumpa lagi. Saya sendiri tak sempat nak lama-lama belek sampel novel ni sebab ada kerja skrip dokumentari serta terjemahan yang datang serentak dan saya kena emelkan esok. Sekali lagi terima kasih semua. Sebaik novel ini selamat ke pencetak, saya akan kongsikan di sini. Alhamdulillah... syukur. Allah swt izinkan juga kelahiran CINTA HILANG KATA. Selepas ini saya menanti Airis Cempaka pula. Daaaa:))

MAGIK dari ROSE HARISSA:))




Novel - mock-up - handmade = tak percaya?


Hahaha... member dah jerit masa saya send mockup ni...kak Lily tak percaya saya buat/bind/jahit sendiri dengan jari sepuluh kerat ni. Kalau saya jual novel camni agak ada orang nak beli tak? hahaha... saya ni kalau amanah orang memang buat dengan penuh effort... tapi hak sendiri, memang lengit... ngeeee...




catatan dan gambar di atas saya ambil dari blog http://roseharissa.blogspot.com

Catatan kaler merah ini ditulis Rose sendiri, orang yang buatkan mock up novel saya sebelum dihantar ke printer. ada tanya saya, apa tu mock up. contoh, sampel... contoh novel dalam rupa paras sebenar. ni nak mudahkan kerja printer buat semakan sebelum print novel ni.

Memang rasa terkejut terjerit jugaklah tengok novel ni yang hanya mock up tapi dah sebijik rupa novel. Rose buat 100 peratus guna tangan dan kudrat sendiri.

Angan-Angan, Ikan, Udang & Kolam

SAYA bising dia pergi memancing sampai kulit hangus hitam. Memancing ikan, dia bawa balik dua ekor bawal putih. Pancing udang galah dia dapat dalam 87 ekor. Dia jawab, "Harga barang mahal, ikan mahal, udang lagilah mahal. Mak patut bersyukur kita ada bakat nelayan. Ni kita sambut seruan kerajaanlah! Tak payah mak ke pasar. Kalau mak suruh sambung belajar lepas degree, tak mau buat kejuruteraanlah. Nak ambil perikanan. Macam best jer!" Dan si emak rasa mau pitam tetiba.







"Nanti, mak buatlah kafe buku dekat tanah mak area Sepang tu. Kat kafe tu nanti kita buat library, tempat makan lempeng, mi kari, ada cookies, kemudian ada jual buku. Yang paling penting ada siap kolam pancing tu. Haha mak tak larat nak jaga, kita boleh jaga! Amacam mak.... idea baguskan? Mancing sambil baca buku? Dekat kolam sea lion Klang pun tak ada benda ni!"

Saya tarik nafas dengar idea yang tak pasti bernas ke tidak dari syafiq tu.

"Nanti boleh buat cawangan kat tanah lot banglo yang achik rosie dengan achik azlan baru beli tu. Mesti berhasillah... Yaya nanti ada art corner dia, ada kolam pancing, ada kedai buku, ada kafe, ada library pinjam buku... cun lah mak!"

Ke main Syafiq... kalau berangan bab ikan, bab kolam, bab joran memang penuh energi dia. 

Balik dari perak selepas hantar Adib dan visit Anis, tak pasal pasal kerja si syafiq sama haiqal kena siang ikan sepat ni. Mengangkut 63 ekor ikan sepat dari bagan ke tronoh sampai ke selangor. Jam satu pagi baru selesai... tak larat dengan orang gila ikan dengan joran ni. Satu rumah bau ikan sepat. Tu belum masuk bau yang melekat dalam kereta. Siang malamlah nanti saya kena masak sepat sama udang yang  penuh dalam stok peti sejuk.



Saturday, January 18, 2014

Tutup Fail Sakit:))

ALHAMDULILAH, pagi Jumaat lepas dapat jugak tutup terus fail sakit Adib di meja Dr Zain. Adib pun dah buat perangai kartun depan saya. Macam tak ada kerja sangat, macam meroyan sangat nak ke sekolah. Duduk rumah sarung dan pakai baju sekolah depan cermin, kemudian tayang kat saya. 




Masa temujanji akhir tadi Adib perasan sesuatu. Eh, Dr Zain kidal? Tersengih sengih Adib tengok Dr Zain left handed.
Ahaa.. saya tulis tangan kiri, kamu pun? Adib cepat angguk.

Awak tahu, birthday saya selepas hari jadi awak Adib.
Wah, makin sengih, makin menyeringai si Adib tadi depan Dr Zain bila tahu birthday dia lebih kurang Dr Zain.
Saya sempat bagi satu beg penuh coklat dan kad pada Dr Zain sebelum pulang, tanda terima kasih.

Adib tengok coklat penuh bag tu macam jeles. Dr Zain dah kaya, buat apa bagi dia coklat.
Saya kata tak kiralah. Tu tanda terima kasih kan... dengan kuasa Allah awak bertemu Dr Zain. Rawat awak sebaik mungkin, sabar dengan awak, tengah tengah malam jawab phone abah bila awak merengek nak tambah morfin. Sengih sengih Adib dengar saya leter dia.

Friday, January 17, 2014

Bye Bye Anis :))

Angan-angan saya, dia sekampus dengan abang dia. Senang. Dekat. UIA dengan rumah tak jauh mana. Tiap minggu boleh balik. Masa dapat arahan balas emel serta kirimkan beberapa dokumen untuk ke UTP pun, saya berpakat dengan abah dia. Tak payahlah. Masa dapat temuduga pun, kami kalut dengan Adib di wad. Tetiba bila semuanya dah diatur Tuhan, saya terpaksa akur. Okay. Tak apalah. UTP tak jauh mana. Sewaktu hantar dia untuk pendaftaran, saya terkenangkan arwah mak. Oh, macam nilah agaknya mak rasa masa hantar saya masuk UM. Takut, risau, sebak, errr... tak tau nak katalah. Saya hilang tukang taip, tukang kemas barang, tukang kemas tas tangan, tukang lipat baju, tukang balas emel/sms/mesej dan tukang masak nasi:((




Mak, macam mana? Kalau tetiba lepas keputusan keluar kita keluar dari Perak? Macam mana kalau kita terima yang lain pulak:(
Saya tak terjawab masa ni. 

Mak okay kan....
Saya tanya nak ke mana? Dia kata bergantung rezeki. Saya jadi tak pandai nak jawab. Apa yang saya pesan kat dia, buatlah solat hajat, solat taubat, solat istikharah mulai januari ni. Apapun keputusan yang Anis buat selepas Mac, mohon Allah gerakkan hati, itu yang terbaik untuk Anis.


Banyak perkara dia rujuk pada saya dengan achik rosienya. Tapi macam Rosie kata, dan saya sangat setuju... terpulanglah pada dirinya. Baik saya dan Rosie, sama seperti arwah mak. Tak suka nak rancang beriya-ya. Oh, kalau dah besar nanti kena gini. Kalau dah umur sekian kena gitu. Nak belajar di sini. Angan-angan mesti masuk kolej atau institut sekian-sekian. Bagus ambil kursus ini, mesti ambil jurusan itu. Atau berangan-angan dapat scholarship itu ini. 

Dulu zaman Syafiq, saya bereksperimen dengan anak sulung. Dari tadika ke sekolah rendah dia dihantar sekolah private agama.  Pindah Rinching baru dia ke sekolah kerajaan. Hahaa... ya Alhamdulillah, dia sangat bagus bab mengaji. Kalau ajar adik pun macam ustaz yang garang. Tapi... emmm.. gaya, stail... tetap jugak dengan seluar bermuda, seluar paras lutut atau jeans koyak nampak lutut. Tetap jugak gila kpop!

Bergantung pada anak-anak ni jugak. Hati mahu pilih yang mana. Kalau takat orang tua berangan itu ini, atur aturkan sangat, tak ke mana jugak. 

Bab belajar aje memang kami cengih, garang dan bak kata Syafiq macam rimau. Tapi selebihnya terpulang. Itu semua ketentuan Tuhan. Terlalu merancang sangat, selalunya tak jadi apa. Terlalu berangan-angan selalu berakhir dengan diri kita kecewa. Lebih baik usaha ajelah, doa dan serahkan pada Tuhan.






Saya cuma kata perjalanan jauh lagi. Allah dah tentukan semuanya. Macam mak, belajar UM, kerja seronok tapi kalau dah tertulis berhenti kerja umur 33, siapa pun tak mampu halang. Tak pernah terfikir dalam kepala, satu hari saya hanya duduk rumah urus anak-anak selepas konon-kononnya banyak menang award kewartawan dan penulisan kreatif itu ini. Pesan saya lagi, Anis dah usaha, doa dan serahkan aje pada Allah.




Dan hari Ahad itu saya ngantuk tak terkata. Keluar rumah jam lima pagi. Sampai perak jam lapan pagi. Naik turun tingkat tiga berkali kali buat saya rasa macam beriadah tak fasal fasal. Jaga diri anis.




Tuesday, January 14, 2014

Hari Kerahan Tenaga

Sebelum semua pulang ke sarang asrama, saya buat kerahan tenaga. Hari kerahan tenaga mengecat rumah bawah awan. 



Operasi mengemas rumah bujang. Patah pinggang jugak mengecat satu rumah. Angkut perabot dari rumah bawa ke rumah bawah awan memang mencabar:( (bebudak ni merungut. Rumah nak sewa buat apa nak beriya ya cat.. letak perabot. Kita yg benar nak clear kan barang barang kat rumah sedia ada. Dah sesak.



Roll Call Untuk Adib:))

Roll call. Cukup-cukup tidur, jahitan perut pun dah bercantum. Tapi bila cikgu tak garang, pelajar ni banyak mulut merungut. Dia tak faham, cikgu dimarahnya.




Selepas cikgu besar masuk campur baru pelajar kurus ni senyap sikit. Kalau tak asyik merungut bila dia tak faham. Saya nak masak pun rimas dengar.


Tekun, khusyuk lagi tawaduk kalau main game.




Thambi tetiba landing. Thambi kan anak mak, dia kira adik beradik syafiq adiblah... tu terasa nak main game sekali.



Mak!! Kucing kurap mak ni nak kena back hand ni... sian thambi. Anak yatim piatu selalu tersisih.





Dah tertulis semua cuti serentak agaknya. Seorang cuti sakit, seorang cuti short sem dan seorang yang patut pergi PLKN Gopeng ditakdirkan dapat panggilan awal ke universiti. Kalau tak .. payah nak cuti serentak. Dan mak tetiba pagi petang malam penuh jadual ke dapur. Minggu depan semua terbang ke sarang asrama.



Friday, January 3, 2014

Permulaan Yang Manis 2014 Selepas Diuji:))

Alhamdulillah! Alhamdulillah... selepas ujian besar kami terima melalui adib, hari ini doktor akui dia semakin pulih. Terima kasih yang tidak terhingga buat Dr Zain yang sentiasa berusaha beri rawatan yang terbaik sepanjang Adib sakit. Rasa sangat dirahmati apabila Adib disarankan dirawat oleh Dr Zain selepas kali kedua masuk ke wad kecemasan Hospital Pantai. Kisah pembedahan pertama dengan doktor yang lain, tak mengapa kami anggap itu sebagai satu pengalaman yang mengajar kami erti sabar.

Hari ni juga dapat tahu Anis ditawarkan ke universiti teknologi petronas untuk intake januari. Alhamdulillah. .. selepas segala ujian:)) insyaallah saya tunggu kelahiran novel newborn saya tak lama lagi. Syukur sesangat. ....


ShareThis