ALHAMDULILAH, pagi Jumaat lepas dapat jugak tutup terus fail sakit Adib di meja Dr Zain. Adib pun dah buat perangai kartun depan saya. Macam tak ada kerja sangat, macam meroyan sangat nak ke sekolah. Duduk rumah sarung dan pakai baju sekolah depan cermin, kemudian tayang kat saya.
Masa temujanji akhir tadi Adib perasan sesuatu. Eh, Dr Zain kidal? Tersengih sengih Adib tengok Dr Zain left handed.
Ahaa.. saya tulis tangan kiri, kamu pun? Adib cepat angguk.
Awak tahu, birthday saya selepas hari jadi awak Adib.
Wah, makin sengih, makin menyeringai si Adib tadi depan Dr Zain bila tahu birthday dia lebih kurang Dr Zain.
Saya sempat bagi satu beg penuh coklat dan kad pada Dr Zain sebelum pulang, tanda terima kasih.
Adib tengok coklat penuh bag tu macam jeles. Dr Zain dah kaya, buat apa bagi dia coklat.
Saya kata tak kiralah. Tu tanda terima kasih kan... dengan kuasa Allah awak bertemu Dr Zain. Rawat awak sebaik mungkin, sabar dengan awak, tengah tengah malam jawab phone abah bila awak merengek nak tambah morfin. Sengih sengih Adib dengar saya leter dia.
No comments:
Post a Comment