Wednesday, December 19, 2007

thank you Deeda!



Petang semalam, dlm keadaan terpisat-pisat bangun tidur.. saya online. Rasa terkejut bila tengok blog sendiri... Kenapa macam salah rumah! Oh, saya terlupa sebenarnya saya berkirim pesan pada Deeda.. anak novelis Norzailina Nordin untuk make over blog ni! Terima kasih Deeda! Terima kasih! Terima kasih daun keladi! Kalau esok lusa selera bertukar, Deeda ubah lagi ya!

Wednesday, August 29, 2007

Tag LAGI... dari Mama Jambu


saya selalu berangan-angan nak ada ladang kambing yg luas...

5 benda dalam handbag saya..
1.telefon bimbit.
2. kunci kereta
3.pendrive
4.tasbih
5.lip gloss

5 perkara dalam beg duit saya
1. kad ATM
2. duit syiling
3. duit kertas
4. Ic sendiri, ic syafiq, haiqal punya mykid
5. segala cebisan kertas yg sebenarnya sampah sarap...

5 perkara yang saya nak lakukan
1. nak menunaikan fardu haji
2. nak melawat batu tergantung di masjidil aqsa
3. nak bela kambing besar-besaran
4. nak bela kucing garfield yg kemek tu.. (oh ni memang mustahil sebab suami tak suka)
5. nak tutup kolam ikan suami yg kat tepi rumah.. (pun tahu ini misi mustahil sebab perundingan semalam pun tak menjadi...)

5 benda faveret dalam bilik saya
1. majalah yg disusun mencecah siling
2. longgokan keratan akhbar
3. segala jenis buku/novel/kitab
4. berbakul-bakul kaset lama hatta yg disimpan sejak saya berumur 13 tahun!
5. segala mcm vitamins

5 perkara yang sedang dilakukan
1. menaip dan menaip
2. ni nak tabur belerang & limau keliling rumah sebab nak hambat ular dlm stor... (ada sesapa nak tolong)
3. baru selesai masak asam pedas ayam & ubi kayu ... sedap tau bubuh ubi kayu ni...
4. terfikir nak bergayut telefon dgn salabiah, lama tak call dia.. ni kawan sejak sekolah
5. tengah fikir-fikirkan jugak.. nak cat rumah arwah mak utk raya. surprised utk adik yg duduk situ.. tengah fikir nak pilih warna apa.

Monday, August 27, 2007

MOGA KAU MENGERTI




TERIMA KASIH! Terima kasih! Untuk Lynn Dayana, yg sanggup baca novel saya sampai lewat malam. Masa tu saya baru selesai kenduri di rumah saudara di utara malaya. Hampir jam satu pagi, rasanya sms Lynn lebih 10 kot utk saya.. Lynn terima kasih di atas ulasan selari sambil membaca novel tu! Pada Ara Suhara, yg emel kat saya... betul tu.. lebih baiklah seseorang itu menerima orang yg mencintai dirinya daripada menyayangi orang yg kita tak pasti perasaannya.

Pada Silencez yg awal awal dah emel kat saya, terima kasih atas ingatan tu.. Jugak pada sesiapalah yg singgah ke kedai buku, beli dan baca.. terima kasih. Memang Moga Kau Mengerti saya tulis dalam keadaan mood yg berbeza dengan Epilog Cinta. Novel pertama tu hati saya memang sarat dengan ingatan pada arwah mak.. tapi utk moga kau mengerti, saya tulis dengan mood yg riang ria.. cerita zaman sekolah, kenakalan, kedegilan (orang merentas desa, saya mengelat naik bas...) dan tentunya kegilaan sewaktu bekerja...

Tanpa dijangka, saya terima emel dari kawan kawan sekolah yg rasanya dah 20 tahun tak jumpa. Pada Kamariah Jamaluddin, thanks baby utk emel kau tu! tak sangka kau ingat aku lagi! Kamariah (Kay) kawan sekolah yg terpisah sejak usia 11 tahun. Pada Salabiah, ni kenangan zmn remaja kita semua..
Sepatah ayat Lynn Dayana (Novelnya Jika Benar Cinta.. ni promo ye), cerita ni light and easy, kisah hidup wartawan majalah yg tak tentu hala....

pada semua, harap seronok membaca moga kau mengerti.. sebagaimana saya seronok menaipnya sampai 24 jam ditemani lagu kenangan terindah samsons.

ps: untuk minahleter, akak baru bukak emel minahleter. terima kasih sebab membaca novel akak. Dah jenguk dah pun cari.forum tu... terima kasih! terima kasih untuk member cari.forum!

Friday, August 24, 2007

Moga Kau Mengerti - TERIMA KASIH ALAF21



SAYA ada shooting di Qualiti Hotel Shah Alam rabu lepas, hari dah lewat petang... dan saya tahu kalau saya lambat selesaikan kerja, saya akan diserang rasa sakit jantung sepanjang pulang ke rumah. Biarpun Semenyih ni letaknya di hujung tanjung tetapi dengan cara pemanduan suami yg memang tak berhemah dan saban tahun ada lapan saman... kami boleh sampai rumah dlm masa 30 minit!

Tapi bila tahu baby kedua saya dengan ALAF21, dah keluar... saya tak kisah, saya sanggup singgah ke ALAF dulu selepas shooting. Tak kiralah, jalan jem pun saya redah, saya sampai agak lewat di pejabat suami.... dan seperti saya jngka suami akan memandu dengan mencilok sana sini, menyelit di setiap lorong kecemasan... biarpun selama ini saya tak pernah senang perut bila suami memandu pulang, tapi hari tu saya tak pandang kiri kanan... Sengih sengih saya pandang novel MOGA KAU MENGERTI.. mcm biasa... suami saya toleh pun tidak... tak ada emosi sungguh!

Tak berani nak cakap banyak pasal novel sendiri.... selera org berbeza. tapi saya lega sangat sebab Syafiq yg memang kering hatinya, bertahan jugak sampai lewat subuh membaca novel tu.

Pada Moon (Patonah) editor saya, Kak Saadiah, Kak Wan, Faizal, Roslan Sajat,Ruzita dan tentunya big bos ALAF21 En Norden.... terima kasih! terima kasih! sebab beri peluang pada saya utk menumpang rimbun dan teduhnya syarikat ALAF21. Opps, terimakasih jugak utk mentor saya.. kak Norzailina Nordin.. yg byk mengajar saya utk berdisiplin dan patuh deadline bila mahu berkarya

Saya sudah mahu ke Perlis subuh esok...nantilah, ada peluang dan kalau ada yg sudi membaca eceran saya ni, byk yg manis-manis sebenarnya mahu diceritakan tentang Moga Kau Mengerti. entah kenapa, saya sendiri banyak berangan-angan, tersenyum-senyum sendiri sepanjang waktu menulis novel tu... mungkin sebab itu jugak, MOGA KAU MENGERTI antara cerita yg paling laju saya taip...

Moga Kau Mengerti

ShareThis