Thursday, August 28, 2014

terima kasih semua dari CHE BUNGA:))

Rasanya sampai ke penghujung raya, hampir setiap minggu atau selang sehari kekadang pada weekdays pun saya ada tetamu. Memang terlepek penat memasak. Minggu akhir, saya terus demam. Itupun sebab lepas masak, kemas rumah jam satu pagi, saya kena bangun jam empat pagi, jam lima pagi keluar rumah terus ke Ipoh. Seawal pagi ada meeting sama orang kerajaan di Ipoh untuk satu projek coffee table book. 
Tapi apa pun, buat yang sempat singgah jumpa che bunga, terima kasih sesangat.

Rendang pucuk paku, asam rebus keladi, bergedil, ikan, sambal sama telur asin untuk jamu kak elee mardiana yang dah berbelas tahun duduk di Australia. Mak che bunga cuak .. takut kak elee tak tahan pedas. Alhamdulillah laju kak elee bertambah:))




Anak anak manis ni sempat posing kat depan pondok di laman rumah.





Buat Nizam, Nurul dan anak-anaknya, ada umur kita jumpa lagi ya:)) Nasi lemak daun pisang untuk  tamu malam tu.

TQ TQ TQ kak fiqa sebab belikan che bunga 
berhelai helai baju H & M


POK LIE - Razali Mohamed - jurufoto feveret saya sejak zaman kerja dulu. Pok lie dengan keluarganya dah macam famili saya. Jenis yang tak berkira dengan saya kalau saya mintak tolong. Alhamdulillah sekarang pok lie dah jadi orang kuat bab bab gambar dan studio di Utusan Karya. Murah rezeki pok lie:))

Fiza yang manis, wife poklie, terima kasih ya fiza.
InsyaAllah kita jumpa lagi ya. Kak Lily terkilan sebab tak masak nasi malam fiza datang. hidang mi udang sama kek aje. Fiza letih sebab ada kematian pagi tu. Untuk fiza, take care ya:)) ada umur kita jumpa lagi.






Yang atas ni semua anak anak jiran tetangga. Semua ni nak ambil SPM. Terima kasih sebab datang ya:))



Tamu yang ni paling surprise. Hidup berbalas tahun di Australia. Saya kenal Kak Elee Mardiana sebagai penulis, Tak sangka akhirya jumpa dan makan tengah hari yang lewat bersama sama saya:)) Untuk kak elee yang dah balik malaysia for good, take care ya:))


Ni jugak sahabat lama, Nurul, yang satu ketika dulu macam PA saya dalam urusan buku.

 Saya tak berapa sihat. Harus bersiap siap dan keluar rumah untuk ke Ipoh dengan beberapa proposal sebelum jam lima pagi. Tapi mengenangkan ramai yang nak datang rumah, buatlah kek dengan mi udang masa fiza, pok lie dan anak anak jiran nak datang. Macam tak best aje kalau saya bubuh biskut raya jer:))



Tuesday, August 26, 2014

ADA HUJAN DI HATI:((

Ada banyak kisah.
Ada banyak cerita.
Dalam beribu-ribu versi
Gambar-gambar ini macam merangkum segala ceritera.
Dan ada hujan di hati untuk gambar begini:((


Kredit: Foto dipinjam dari laman web NSTP

Monday, August 18, 2014

DUNIA PERSAHABATAN - KECIL RUPA-RUPANYA:))


Cheau lin best friend saya waktu sekolah rendah. Terpisah waktu kami darjah lima. Cheau lin jugak rakan karib Khairol Bariah Kamaruddin waktu di USM. Saya dan bariah akrab waktu sesama di Jelita. Kecil dunia ni kan! Minggu lepas kami berjumpa. Err.. Chye Idris, Hayati Hassan... ingat lagikan Lee Cheau Lin waktu di DDGS? Tak sangka, selepas saya dan bariah tinggalkan Jelita, saya duduk rumah, Bariah jadi bos NONA TV3, akhirnya kami bertemu dengan Cheau Lin:)) Empat jam sembang tak cukup. Dari tips nak awet muda, tips nak sihat cargas, cerita orang yg kaya raya tahap billionaire sampai ke gosip dunia, kami sembang:)  Saya cerita dengan anak-anak. Mak dah lama 1 Malaysia. Punyalah akrab dulu saya dengan cheau lin, aiskrim pun kami share sama:)) 


Saturday, August 16, 2014

Raya Sama Che Bunga:))

BACK TO BACK.
JUMAAT SABTU AHAD, JUMAAT SABTU AHAD.. DAN sambung jugak pada hari biasa.
Masak dan masak dan masak macam buat katering.
Jam satu pagi dah mula main masak-masak.


Tq tq Uncle Zaid dgn auntie Oya yang datang lewat petang hari tu:))

Atas ni pic auntie sahida yang manis, datang sama auntie rose harissa, uncle ije dengan abang ikh:)) tq tq tq ya!


Banyak banyak gift yang che bunga dapat, gift handmade dari auntie rose harissa ni buat mak che bunga terjerit suka:)) Muahhhhhh tq tq tq auntie rose! suka sesangat. Beg kain yang ada tercetak muka che bunga. Semuanya auntie rose buat sendiri, print pun sendiri aje. tak ada hantar kedai.


Tiap minggu mula masak jam satu pagi.


Kak Yaya sama nenek muda Zaiton Abu Samah, editor DBP yang banyak ajar mak che bunga menulis sejak mak che bunga sekolah dulu:)) Nenek zaiton memang nampak muda, macam sebaya aje dengan mak che bunga.




Atas dengan bawah ni foto famili Auntie Adilah Abu Hassan. Tq tq tq tq sesangat auntie, uncle sama abang abang yg handsome tu:)) Auntie Adilah kawan mak che bunga zaman sekolah rendah di methodist girls school tengkera. Terharu sesangat, lepas berpuluh tahun tak jumpa, tetiba auntie dila pm mak che bunga, kata nak datang rumah. Tq tq tq ya auntie dila dari che bunga untuk ingatan tu:))  Mak che bunga kali terakhir jumpa auntie dila waktu umur 12 tahun. Muahhhahaha... lama dah gitu! Tq tq untuk famili auntie dila dari che bunga sebab ingat lagi mak che bunga. Buat anak auntie dila, yang tinggi dan handsome tu, studi elok elok ya untuk ke UK. Mudah mudahan sukses jadi arkitek nanti.

Okkk... che bunga sukaaaaa sangat raya ni! Hahaha nanti sambung ya. Raya tak habis lagi ni, Tiap hari ada tamu! Ada yang datang ala ala surprise gitu. Che bunga suka!!

Tamu Jauh Che Bunga:)





Omma atau nenek Maryam Omera Bahasan bersama oppa. Nenek dan datuk jauh Airis dari Indonesia. Sempat singgah ke rumah selepas ziarah Prof Sulaiman, rakan lama oppa waktu di universitas.

 Tq tq tq omma dan oppa yang bersungguh sungguh makan nasi, bertambah tambah waktu dipelawa. nanti che bunga datang visit omma di indonesia pulak ya:))

 Nenek muda che bunga, nenek nurzah dari terengganu. atuk nasir punya adik, datang melawat che bunga. mak che bunga tengah servis kereta waktu nenek nurza call nak datang. mujur sempat balik, sempat masak nasi dalam masa sejam sama lauk pauk. serius ekspress. nak hidangkan pizza macam tak sesuailah pulakkan.

Untuk atuk dan nenek che bunga di terengganu, insyaAllah nanti che bunga datang ziarah ya. Tq tq tq jugak buat semua sepupu mak che bunga yang sudi datang. Untuk uncle yang muda handsome dah bisnes besar, dah pakai bimmer, che bunga nak kata, wa caya lu uncle!:))


Atas ni atuk md noor dari terengganu. Tq tq tq atuk sebab datang visit airis.
 Oppa @ datuk,  ampun ya sebab lewat ambil oppa waktu di rumah prof sulaiman. hahaha mak che bunga cuak masa lambat. sebab sibuk masak di rumah. oppa gerenti jenis punctual. anak bekas jeneral indonesia ni confirm disiplin ala tentera.

 Tq achik amy, yg tunggu airis bila mak airis busy:))
Nama pun che bunga kan... jadi bila nak sambut tetamu kenalah ada setaman bunga atas kepala:))

 Omma @ nenek Maryam yang masih cantik manis untuk usianya. Darah arab pada omma masih terserlah. Alah alah nenek anggun bergaya gitu:)) Oh tetiba rindu mau dengar suara omma nyanyi. Sungguh, suara omma persis suara almarhum datuk sharifah aini. Mungkin sebab sesama geng dan clan arab.

 Tq tq tq auntie eynda linda yang bagi hadiah sebekas besar tart yang very the sedap, gebu dan mabeles:))

Sunday, August 10, 2014

Telunjuk Lurus Kelingking Berkait



SABAN minggu sejak hujung ramadan, saya dipenuhi kegiatan memasak. Semalam, Sabtu, biar sudah berminggu kita beraya, saya masih terus berlengas, berlekit dan berpeluh di dapur. Alhamdulilah rumah saya dilimpahi tetamu sama ada saudara mara, sahabat jauh dan dekat. Oh, tq tq Adilah Abu Hasan, rakan sekolah rendah. Yang saat terakhir dulu kami bertemu berpisah waktu usia masing-masing 12 tahun. Adilah redah ke rumah saya bersama keluarganya. Terharu saya! Penat letih masak rasa terubat. Panas tak usah cerita. Aircond di dapur pun tak ada maknanya bila kita memasak sampai 40 paket nasi himpit tu. Berbahang rumah.
Tetamu terakhir saya pulang jam 10.30 malam.

Dalam tempoh itu saya terima mesej di bawah daripada adinda saya. Saya baca, saya hadam, saya kisar satu demi satu catatan Rosie di instagramnya, rosie_rania beserta lakaran anak buah saya Rania dengan judul When The Cat Says Goodbye To Toxic Friends.

Oh, jarang sekali Rosie mahu bersuara. Tak pernah. Seperti kata Rosie kepada saya, sudah tiga tahun kami berdiam diri.

Panjang. Sangat tertib Rosie menyantuni rasa amarahnya. Sangat manis biar sebenarnya kias ibarat Rosie maksudnya pedih. Ya, adinda saya jarang mahu berketik, berbunyi. Bukan dia saja, saya, semua antara kami. Malah abah yang nampak senyum tapi hati penuh kata-kata. Luar jangkaan kami, oh, rupa-rupanya di belakang kami, semua bonda saudara memerhati, semua bapa saudara mengamati. Ramai bertanya, kami geleng dengan senyum.

Mahu riuh bercerita apa ya? Mahu katakan apa? Untuk apa? Kami tiada kepentingan, tiada keberuntungan, tiada keperluan, bak kata seorang bapa saudara kami, "Masing-masing dah ada perahu sendiri, dayung di tangan, carilah haluan masing-masing."

Mahu lagi pedas sinikal, yup ada. Ini pun memetik kata seorang bapa saudara dengan bonda saudara, "Allah, apalah nak touching-touching. Dulu aku bantah, kau dengan kakak kau kata ikutkan. Sekarang jari manis tu mencucuk mata balik. Kau faham kan? Tak payah masuk perut. Habis kuat pun kurang satu kereta bila pulang Paya Rumput. Allah,  anak menantu cucu Jamilah yang lain pun dah cukup ramaikan. Dia menceceh meroyan sorang-sorang biarkanlah. Pekung sendiri busuk siapalah nak ngakukan. Kau orang tak ada terhutang apa-apapun. Dia pendatang."

Saya, Rosie dan yang lain terus diam dan diam. Tak berminat. Saya anggap ini macam langau. Saya anggap itu macam lalat. Macam nyamuk. Yang bikin bising di telinga, membawa bau kurang enak dan sesekali meninggalkan bintat pada diri. Allah apalah sangatkan...

Tapi itulah, kekadang bak kata Rosie, orang begini terlupa.  Ramai mengenali kami. Kekadang tersampai pada kami,  kononnya kami jenis bersidai menopang dagu meneropong dia dari jauh. Privatekan. Bimbang stalker. Ramai dalam kolong luahan perasaan yang diprivate itu adalah kenalan kami. Allah... Rosie balik rumah pun kekadang jam 11 malam. Sabtu Ahad kerja. Tahun lepas saya terkejut, dek hambatan kerja, Rosie biarkan suami dan anak yang baru darjah satu berbuka sendirian pada satu ramadan. Bukankah itu petanda Rosie terkekang dengan waktu. Satu ramadan itu bukankah wajar untuk tenang tenang bersama keluarga. No worries dear! Rosie sangat tiada masa.

Itu kisah Rosie. Saya? Anak yang besar, terkejar novel, terkejar skrip, berhambatan dengan kerja terjemahan, pulang ke kampung pun pernah tiga bulan sekali dan hanya satu malam. Masa saya sangat terkekang. Melayan Anis dan Adib aje buat saya lelah. Dan, biar saya mengaku. Blog, fb saya pun selalu saya minta Khalidah Atikah uruskan. Ayat saya mudah. Khalid, pandai-pandailah Khalid nak balas, nak update macam mana. Jaga bahasa, jaga ayat. Auntie penulis. Malu kalau bahasa buruk.

Oh lupa, ya saya juga mengupah Siti adik saya dan kekadang Saffuan ipar saya untuk menjawab fanpage saya juga fb personal saya. Bukan tidak hargai pembaca tapi saya tiada masa. Mereka mereka ini saya percaya. Saya berikan saja password saya. Tiada masalah. Tiada apa yang personal sangat pun.

Jadi bila saya tertahu konon orang mengata saya stalk orang lain... Allah! Ampun, saya punya fb pun tak terjawab. Dan saya buta gajet orangnya. Banyak perkara adik-adik atau anak-anak jiran seperti Khalidah membantu saya.

Cik adik manis, saya punya dua anak sudah masuk universiti, seorang di asrama penuh, seorang sekolah, dan kini ada pula si cinta hati saya yang kecil. Tangan saya, masa saya, jiwa saya, penuh untuk ini saja. Tak cukup masa dik. Saya menghitung hari melalui usia tua saya dengan tenang dan aman bersama anak yang dewasa sekeliling saya. Dan, saya tiada pembantu rumah.

Saya bukan anak-anak remaja yang menggedik lagi punya waktu untuk stalk orang:)) Tak sesuai usia dik. Hari raya saja tiap minggu masak macam buat katering di rumah seorang diri. Nak menaip pun tak sempat, celah waktu mana saya mahu melopong santai santai perhati orang ya?

Macam mana saya tahu ada orang mengata kami itu ini. Itulah saya katakan, saya bertuah. Ramai sayang. Saya dan Rosie alhamdulillah punya followers sendiri. Menghargai bakat kami. Ramai tanpa saya pinta kekadang hubungi saya dan menyampai kisah yang saya tidak tahu apa-apa. Bonda saudara juga pernah memberitahu terkejut dengan apa yang dibaca.

Ada ayat "Ada haku kesah!!" Tak silap saya, ayat sangat tidak manis itu tercatat di twitter sewaktu saya muncul untuk rancangan NONA TV3.  Bukan setakat bonda saudara menyampaikan. Ada juga beberapa pembaca atau sahabat saya dan juga kenalan Rosie berada dalam lingkungan sempadan twitter itu. Tidak perlu kami bersusah stalk. Ramai terkejut memberi khabar atau bertanya pada kami kemudiannya. Banyak lagi perkara yang disampaikan pada kami yang sangat kurang enak.

Saya senyum dalam menjawab pertanyaan orang. Saya kata biarlah. Dia stress kot. Dia terlupa kot siapa yang urus meminang dia, dia lupa kot di kamar tidur siapa dia bersimpuh mengabadikan foto sebagai suami isteri, di katil siapa dia menumpang, dia tak ingat kot di halaman dan rumah siapa dia diraikan sebagai pasangan yang halal. Dan dia memang tak tau, pernah orang itu mengeluh termenung di depan pintu mahu putus tunang, kami bertegas garang menghalang.

Menggantikan kerja orang tua, dari meminang, menjemput, hidangan kenduri saya masak sendiri bersama sunti dan beberapa jiran termasuk Rosie, kemudian uruskan rombongan saudara ke sana. Bukan mudah sebenarnya. Bak kata Rosie, "Kalau kak lily tak sanggup, lan tak izinkan guna rumah kalian, nikah sendiri ajelah kau orang. Siapa nak tanggung beban urus wedding orang. Jadi host, mak dah tak ada. Saudara jauh. Semua kak lily dengan lan urus. Rosie dengan azlan pun tak sanggup nak offer rumah kami."

Dia buat buat tak tahu, tak mengapa. Saya tak rugi apa. Kehidupan kami tenang tenang baik baik saja. Sekampung saya raikan dia. Habis ikan sekolam dikorban suami biar dia teramat sayang ternakannya demi memastikan hidangan fresh, terbaik dan tak membebankan sesiapa. Bayangkan 500 ikan tilapia yang dibela sekian lama, mahu dibeli orang taman ini pun tak dijual. Dikorbankan untuk majlis itu.

Haha, lupa, cendawan! Ya, cendawan tanaman kami dulu pun korban majlis juga. Tapi kami seronok waktu itu. Puas hati berusaha takat mampu kami beri terbaik. Kena ingat ya, ini rumah abang ipar orang tu. Bukan abang sendiri pun! Agak-agaknya dia tak perasan kot saya berusaha gigih menyelongkar nama dan contact sahabat-sahabat saya serta Rosie dalam dunia media demi memberikan sesuatu yang terbaik untuk keraian dia. Saya sebut sama Rosie, tak mengapa. Biarkan.

Biarlah dia mahu bertempik, berhati lara, berjiwa kacau, kita tak pernah menagih apa-apa pun. Siapa yang selalu memberi sebelum ini? Siapa yang kerap memberi barang percuma? Siapa yang pernah menitipkan pinggan-mangkuk, hiasan rumah, cadar etc. Bukan mengungkit. Tapi saya rasa setuju dengan rosie. Bila kami berdiam, kami diperlaku seperti budak-budak. Macam saya pulak adik-adiknya. Dan, seperti kata Rosie dalam instanya, kami memilih berdiam selama ini. Jelas Rosie, "Kita jauh lebih bijak daripada mahu berdukalara kisah dalam kain di twitter. Kita bukan di standard itu, kak lily."

Dan saya juga rasa amat wajar saya bersama adinda saya Rosie, saya catatkan sesuatu yang pedih ini demi menyatakan prinsip kami di sini. Saya amat terkejut apabila rosie menulis di instagramnya. Jarang Rosie begitu mudah terbakar kesabarannya.

Jadi soalan saya, mahu apa lagi ya? Oh, saya terlupa.. mungkin perlu saya sebutkan di sini. Sekali saya membenci orang, apatah lagi orang itu pernah saya layan lebih daripada segala-gala, hatta menggalas amanah yang molek dan seharusnya dipikul orang tua-tua, maka saya tidak teragak-agak memadam terus, noktahkan dia dalam hidup.

Saya jenis tak ambil tahu langsung apabila saya sudah tidak suka. Tidak juga akan mengganggu. Jadi jangan risau. Tak payah susah susah takut saya stalk. Kalau ada cerita yang sampai, macam saya kata, ramai orang di sekeliling saya menyampaikan. Dan ada ketika,  kata saya pada tukang menyampai, "Stop it. Saya Rimas. Tak kuasa ambil tahu. No dia dalam phone saya pun saya dah delete. Anak sendiri pun saya tak terlayan, inikan pulak jaga hal orang. Dan, oh ya... saya setuju dengan Rosie, saya dan keluarga saya tidak perlukan perhubungan dari orang yang penuh toksik. Faham ya?




CATATAN ROSIE DI INSTAGRAMNYA - WHEN THE CAT SAYS GOODBYE TO TOXIC FRIEND:))



Saturday, August 9, 2014

Kejap Aje Che Bunga Besar:))

KEJAP aje dah Ogos.
Kejap aje barbie doll kami dah 4 bulan.
4.4.2014, dia lahir pada usia lapan bulan.
Dengan kos paling mahal antara siblings dia.
Mujur aje tak masuk inkubator sebab dia gemuks jugak.
Che bunga lebih 3 kilo biarpun dia kurang sebulan waktu lahirnya.
Kalau tak mau mak dia kena gadai ayam angsa kat rumah.
Sebab ada geng yang baby masuk inkubator kat situ, hahaa bill sangat nalllaaaa... RM36,000.

Dan masa che bunga lahir. Ada ada aje abang-abang dan kakak.

Err dia ni tak ada kening ya? Eh mana bulu mata dia? Ee hidung macam bawang! Habislah mak!! Hidung anak perempuan mak kembang!!!

Oh macam ni ye rupa budak tak cukup bulan. Macam macam komen abang kakak airis cempaka. Hari ni alhamdulillah che bunga dah empat bulan. Alhamdulillah budak yang dilahirkan waktu usia kandungan lapan bulan ini sihat:))

ShareThis