Wednesday, March 7, 2018

MAHARANI di Wattpad

https://www.wattpad.com/story/141106184-maharani/parts
https://www.wattpad.com/story/141106184-maharani/parts
Tajuk: Maharani
Penulis: Lily Haslina Nasir
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-469-073-1
Muka Surat : 768
Harga: RM30.00 (Semenanjung) // RM33.00 (Sabah & Sarawak)
Terbitan : Mac 2018
JOM BACA 5 BAB TERAWAL DI WATTPAD KARYASENI2U SEMENTARA MENUNGGU PRE-ORDER KOMBO MAC DIBUKA!
https://www.wattpad.com/story/141106184-maharani/parts
*************************


Edan Israq - Dahulu nampak perempuan sudah lari satu kilometer. Masjid dan surau tempat dia lepak. Di sana dialah budak tukang bentang tikar dan sejadah. Kalau sesekali datang gila, dirakam video syok sendiri waktu dia menari breakdance untuk YouTube. Seandai ada gadis mahu berkenalan, cepat saja dia tolak. Perempuan yang tabarruj, jangan berangan nak jalinkan ukhuwah. Tapi siapa sangka, laluan takdir menentukan dia menjadi selebriti. Jejaka pemalu, berubah menjadi kekasih idaman setiap wanita.
Cahya Kartika - Seindah pengertian namanya. Kartika bermaksud bersinar, bulan, keteguhan, kebijaksanaan, pengaruh dan kekuasaan. Demikian hidup seorang selebriti yang mesra dipanggil Cahya. Namun kelebihan yang dimiliki membawa kesengsaraan, apabila hati Dida Sandra sentiasa rentung terbakar gara-gara dendam dan iri hati. Sisi jelik dan hodoh hubungannya bersama Alriz, menjadi punca Cahya hampir hilang arah hidup. Bertemu dengan Edan bagai membawa dirinya ke daerah ketenangan yang tidak pernah dirasai.
Dida Sandra – Kata orang, perangainya liar. Dia tidak peduli. Cerita orang, ibunya Nuren, pemusnah rumah tangga Datuk Hatta, dia tak ambil pusing pun. Dia tidak pernah kesah kalau orang bercakap tentang dirinya. Fitnah dan caras-mencaras, mainannya. Lebih dari itu, dia mahu menjadi maharani dalam dunia selebriti. Cahya Kartika, manusia yang perlu dicarasnya. Edan Israq, mungkin akan dipangkahnya juga.
I akan cuba jadi orang yang paling ikhlas. I tak janji untuk jadi sahabat you yang paling baik. Sebab dalam kebaikan belum tentu ada keikhlasan. Tapi orang yang ikhlas, insya-Allah, pasti ada sekecil hama baiknya. - Edan Israq
Kalau mahu bertahan dalam dunia glamor, jiwa harus kental. Harus kalis fitnah dan tahan dikecam. Semua bersaing dan tidak pernah lelah bermimpi memetik bintang dan bulan. Misi nan satu mahu menjadi maharani dan maharaja. Tersilap langkah, diri mungkin terlupa hakikat; hidup ini sebenarnya untuk sujud pada Allah nan satu. Dan dalam kalut mengejar gelaran maharani, bagai ada yang terlupa mengejar cinta Yang Maha Kuasa...
Edan dengan keikhlasannya, Cahya masih tercari-cari nur yang hilang dan Dida tidak pernah beralah merampas mahkota maharani yang dia idamkan. Milik siapakah mahkota kebanggaan itu akhirnya?

Tuesday, March 6, 2018

MAHARANI - TERBITAN KARYASENI MAC 2018

Engkau gadis pesona jiwa,
lembut berkuasa memberi cahaya...




Edan Israq - Dahulu nampak perempuan sudah lari satu kilometer. Masjid dan surau tempat dia lepak. Di sana dialah budak tukang bentang tikar dan sejadah. Kalau sesekali datang gila, dirakam video syok sendiri waktu dia menari breakdance untuk YouTube. Seandai ada gadis mahu berkenalan, cepat saja dia tolak. Perempuan yang tabarruj, jangan berangan nak jalinkan ukhuwah. Tapi siapa sangka, laluan takdir menentukan dia menjadi selebriti. Jejaka pemalu, berubah menjadi kekasih idaman setiap wanita.

Cahya Kartika
- Seindah pengertian namanya. Kartika bermaksud bersinar, bulan, keteguhan, kebijaksanaan, pengaruh dan kekuasaan. Demikian hidup seorang selebriti yang mesra dipanggil Cahya. Namun kelebihan yang dimiliki membawa kesengsaraan, apabila hati Dida Sandra sentiasa rentung terbakar gara-gara dendam dan iri hati. Sisi jelik dan hodoh hubungannya bersama Alriz, menjadi punca Cahya hampir hilang arah hidup. Bertemu dengan Edan bagai membawa dirinya ke daerah ketenangan yang tidak pernah dirasai.

Dida Sandra – Kata orang, perangainya liar. Dia tidak peduli. Cerita orang, ibunya Nuren, pemusnah rumah tangga Datuk Hatta, dia tak ambil pusing pun. Dia tidak pernah kesah kalau orang bercakap tentang dirinya. Fitnah dan caras-mencaras, mainannya. Lebih dari itu, dia mahu menjadi maharani dalam dunia selebriti. Cahya Kartika, manusia yang perlu dicarasnya. Edan Israq, mungkin akan dipangkahnya juga.

I akan cuba jadi orang yang paling ikhlas. I tak janji untuk jadi sahabat you yang paling baik. Sebab dalam kebaikan belum tentu ada keikhlasan. Tapi orang yang ikhlas, insya-Allah, pasti ada sekecil hama baiknya. - Edan Israq

Kalau mahu bertahan dalam dunia glamor, jiwa harus kental. Harus kalis fitnah dan tahan dikecam. Semua bersaing dan tidak pernah lelah bermimpi memetik bintang dan bulan. Misi nan satu mahu menjadi maharani dan maharaja. Tersilap langkah, diri mungkin terlupa hakikat; hidup ini sebenarnya untuk sujud pada Allah nan satu. Dan dalam kalut mengejar gelaran maharani, bagai ada yang terlupa mengejar cinta Yang Maha Kuasa...
Edan dengan keikhlasannya, Cahya masih tercari-cari nur yang hilang dan Dida tidak pernah beralah merampas mahkota maharani yang dia idamkan. Milik siapakah mahkota kebanggaan itu akhirnya?

MAHARANI - PART 6

MAHARANI - PART 6
Tak ikut turutan bab. Kita share sana sikit, sini sikit ya. Si Dida Sandra dah mula buat perangai. Hidup dia tak ada benda yang dia takut, tak ada benda yang boleh larang dia. Ikut suka hati dia aje nak buat apa, nak rembat apa, nak sauk apa....

******************
Dida Sandra
Aku terjaga pagi itu apabila telefon tidak berhenti-henti berdering. Aku tahu itu panggilan daripada Lisa berdasarkan ringtone yang aku setkan.

“Telefon you sayang.” Azry berbisik di telinga sambil tangannya semakin kemas melingkari pinggang aku. Dengan seribu rasa malas dan kepayahan aku membuka mata.
Oh, kami sama-sama terlena di sofa merah cili ini rupanya. Di penthouse Azry lebih tepat. Untuk minggu ini, tak tahu kenapa aku kalah dengan Azry. Tugas-tugas voice-over yang team aku lakukan di studio milik Azry, buat aku ekses mengenali dan merapati Azry. Semuanya terjadi begitu pantas. Kenal dalam tiga hari saja, Azry sudah merengek manja dalam pelukan aku.


“Sayang, telefon you tu… jawablah!”
Aku semakin membenamkan wajah di dada lelaki itu. “Mengantuklah.” Aku membalas perlahan.
Belum sempat aku melarang, Azry pantas menjawab telefon aku.
“Morning… Dida? Dia tidur lagi ni.”
“Ya… Azry sini. Di mana? At my place. Yes, she is here.”
Gosh!! Cepat dan pantas sangat mamat ni! Huh! Tak fasal-fasal nanti aku kena basuh dengan Lisa.
“Kenapa you jawab phone tu?” Aku bingkas bangun tapi belum sempat bangkit lelaki itu menarik aku ke sisinya.


Lelaki itu memandang aku tanpa ekspresi. Wajahnya mendekati aku. Sesungguhnya aku tak mampu menolak. Damn! He is a great kisser!
“Biarlah. Apa Lisa boleh buat? Dia bekerja dengan you.” Dan kemudian aku tak sempat berkata apa-apa lagi. Kami memulakan pagi itu dengan menikmati sesuatu yang hangat dan penuh berahi.
Pagi itu aku meninggalkan Azry dengan rasa badan yang sakit-sakit. Lelaki ini memang tangkas seperti serigala. Kami berjanji akan bertemu lagi. Tapi bagi aku cukuplah. Hampir seminggu bersama sudah cukup lama bagi aku.
Aku pulang ke rumah untuk bertukar baju sebelum ada temujanji tengah hari itu. Tak sangka Lisa dengan muka ketat sudah menunggu di ruang tamu. Aku cuba mengelak dengan terus masuk ke bilik tapi Lisa terus mengekori aku. Tiba-tiba terasa Lisa bukan semazhab dengan aku.


“Dida, you better tell me, ada benda kau sorokkan?” Aku yang sedang membelek whatsapp, disergah tiba-tiba.
“Apa maknanya tadi aku call, telefon kau mamat Azry tu jawab.”
“Aku tidurlah.”
“Tidur? Dekat rumah Azry?”
“Alah, penat. Tak sempat balik semalam.”
“Selalu sangat kau hilang. Nak cari bukan senang. Telefon tu ikut angin kau aje nak jawab ke tak!” Gadis itu mula membebel.
Lisa tiba-tiba menyedari perubahan aku. Mana taknya, asyik aku menyelinap aje dari jadual yang dia atur. Ada aje alasan aku. Haha, bab-bab mengular ni, aku memang pakar.
“You better stop it, Dida. Ni kalau kantoi, satu Malaysia heboh!”
Aku diam tidak berbunyi.
“Benda personal kau, aku tak mahu campur Dida. Tapi kau kena ingat. Dalam industri ni, kalau orang dah benci, sampai kisah mama dengan daddy kau nanti orang selongkar, orang singkap, orang londeh kan… kau nak ke? Kau nak ke orang kaitkan apa yang kau buat ni dengan sejarah silam mama kau?”


Tiba-tiba saja waktu itu aku terasa meremang bulu roma. Aku terasa seram sejuk. Ya, aku mengaku, aku kalah kalau benda begini dikaitkan dengan mama. Kalau orang yang kenal mama aku mesti tahu kisah kami sekeluarga.

Mama dicerai sebab selingkuh. Mama curang dengan perkahwinan pertama. Janda yang ada anak, mampu kuis isteri jutawan yang nama Hatta, yang kini Daddy aku.
Bukan aku tak tahu, kalau orang yang hidup sezaman dengan mama waktu muda, panggil mama home wrecker.

Wanita pemusnah rumah tangga orang. Penghancur perkahwinan orang. Aku tahu semua itu. Tapi nak buat macam mana. Itu sejarah mama. Aku masih tetap aku biarpun aku akui DNA mama memang mengalir ke segenap saraf nadi ini.

Ya, aku silap. Aku terlanjur. Aku dah terperangkap dalam banyak cinta yang kelam dan hanyir. Kalau suruh aku sebut nama kekasih-kekasih aku yang dulu pun, aku tak ingat. Tapi ini pilihan aku.
You’re such a whore! Bitch! Panggillah aku apapun! Gelarlah aku macam-macam nama. Aku peduli apa. Dah takdir aku jadi begini. Kalau aku menangis, aku meraung meratap sekalipun, bukan aku boleh jadi suci balik!
Ingat lagi Zam? Alah, lelaki yang kena jadi punca aku kena lempang dengan Prof Norden. Ya, lelaki yang pertama rangkul badan aku. Tarik rapat aku dalam dakapan dia masa Pertandingan Cover Girl tu. Sejak itu aku rasa ketagih mahu hangat dalam belaian lelaki.

Sejak nama aku jadi busuk malam tu, aku dah tekad. Alang-alang busuk, biar hanyir dan jijik terus. Kalau sekali orang dah kata kau menjalang, kau fikir, semudah rendam baju dalam klorox ke nak putihkan balik nama? Jangan mimpilah! Aku bersumpah. Aku akan kejar glamor! Aku nak jadi bintang. Aku nak jadi maharani. Biar semua lelaki merangkak sujud cium hujung kasut aku. Kalau boleh tapak kasut aku pun dia kemaruk nak kucup!


Sejak kejadian itu, memang aku perasan, semua perempuan takut nak berkawan dengan aku. Tapi macam aku cakap, ada aku kisah? Senarai one night stand aku, entah siapa-siapa, aku pun lupa rasanya. Casual sex bukan big deal untuk aku. 

Sifirnya mudah. Kalau si dia tu sesuatu, sama ada maskulin ke, handsome ke, tak berduit, aku anggap girls just wanna have fun. Tapi kalau muka macam mamat pecah rumah, kocek dia kencang, simpanan di bank pun padu, why not? Hidup ni memang untuk duit, bukan? Aku terbuka selera, dia suka, deal!

“Kau playgirl Dida! Tak takut ke? Payah nanti orang nak jatuh cinta dengan kau!”
“Playgirl tu apa? Main masak-masak? Main anak patung? Come on, hidup ni perlukan duit bukan.”
“Duit bukan boleh beli cinta.” Huh, aku meluat betul kalau Lisa dah mula nak jadi ustazah. Loya tekak.


“Hello, cinta tu apa? Bullshitlah! Ada ke dalam dunia sekarang ni cinta tulus ikhlas ala-ala suci sesuci embun pagi gitu?”
Aku tengok Lisa tergaru-garu kepala kalau aku bebel begitu.
“Sampai bila kau nak macam ni?”
“Sampai semua yang nak dalam hidup ni, aku dapat.”
“Kita tak dapat semua yang kita nak dalam hidup ni.”
“Itu kau. Bukan aku.”
“Bukan tak boleh. Tapi cara kau… sampai bila nak terus macam ni. Aku takut tengok cara kau.”
Sungguh! Aku terbeliak pandang Lisa semula. Tipu kalau kata aku tak sentap dengan kata-kata dia.
“We all eat lies when our hearts are hungry. Cinta-cinta ni tak bawa ke manalah! Kau ingat takat dapat ijazah, kerja, bercinta, kemudian kahwin, sempurna sangatlah hidup. Come onlah Lisa…. Be bold! Dare to be different. Janganlah too mainstream! Bosanlah.”
Aku tahu kalau diberi peluang mahu rasanya aku kena tazkirah dengan Lisa. Tapi dia sendiri tak larat mahu bertengkar dengan aku.
“Aku ada misi sekarang ni.”
“Misi apa?”
“Hidup kenalah ada target. Ada misi! Biar ada wawasan.”
Lisa menggeleng tak faham.
“Ni hah… kau tengok minah ni.”
Aku menunjukkan majalah yang gambar kulitnya si betina Cahya.
“Allah! Kau ni, takkan dendam lagi dengan Cahya? Dah rezeki dia nak menang malam tu.”
Berdesing telinga aku dengar ayat spontan Lisa. Berani dia cakap macam tu depan aku!
“Hei, seumur hidup dia ni kan rival aku okay! Musuh aku sampai mati!”


“Okay… okay…. Apa kena mengena target kau dengan si Cahya. Aku baca gosip, dia sekarang dah pakai Lamborghini. Gilalah! Umur baya kita dah mampu pakai kereta mewah.”
“Hah, tahu pun! Hei, kau ingat dia beli kereta tu dengan tears and sweat dia ke? Bullshitlah!”
Lisa terkebil-kebil pandang aku.
“Oh! Pleaselah Lisa…. Kau ni kenapa bendul sangat hah? Kalau tak sebab sugar daddy dia tanggung, kau ingat dia boleh mewah macam sekarang!”

“Hish kau ni… mamat yang date dengan dia tu kan memang long time boyfriend dia. Alriz tu. Pandai aje kau kata bapak gula dia. Handsome over dose mamat tu! Anak orang have have gitu.”
Kecil besar, kecil besar aku pandang muka Lisa. Dada aku memang berombak kencang.
“I don’t care kau nak kata mamat tu kekasih lama ke, kekasih baru dia ke… itu target aku. Aku nak try sampai dapat.”
“Kau ni suka kacau orang punya!”
“Excuse me! Apa kau cakap?”


“Taklah… sudah sudahlah tu perang dengan Cahya. Dia tak kacau hidup kau pun.”
“Aku tak peduli. Hidup kita ni kau macam survivor. Mana tahu, rezeki aku pulak nak rasa senang dengan duit Alriz. Diaorang bukan laki bini pun. Orang dah bernikah pun boleh bercerai.”


Aku tengok muka Lisa terkulat-kulat.
“Jangan nak buat muka acah-acah suci dekat sini. Meluat aku tengok.”
“Nak kaya banyak cara lainlah, Dida.” Lisa memang sangat tak setuju bab-bab ni dengan aku. Mujur saja bab mengatur jadual aku, gadis ini sangat cekap dan pantas. Kalau tidak memang payah kami mahu bergerak sebagai satu team.
“While some girls are searching for a rich husband, I’m focusing on being a rich wife. Mudah aje slogan aku. Don’t marry rich, be rich!”
Lisa terbeliak. Membuat muka lugu dan dungu.
“Kenapa?”
“Tak faham.” Polos sungguh kawan aku yang seorang ini.
“Kalau nak kaya, fokus jadi isteri yang kaya. Tapi jangan setakat kahwin dengan orang kaya, kau sendiri kena jadi kaya… macam mana nak jadi kaya, pastikan setiap sen duit dan harta laki tu hak kau, atas nama kau! Faham?”
Semakin bulat biji mata Lisa. Aku terkekeh-kekeh gelak.
“Baik kau study kau punya skriplah! Daripada layan kepala sampai tumbuh tanduk!”
“Alah tu nanti masa skrip reading boleh hafal semua.”
“Eh, just nak share… kau tahukan, Cahya dengan Edan sekarang pulun enam puluh episode. Diaorang kata sweet sawit cerita tu.”
“Siapa? Edan?”
“Yalah… Edan.”
“Pleaselah… takat budak separuh masak tu! Confirm ke lautlah cerita.”
“Hei, hello… karektor dia strong tau kali ni untuk cerita tu.”
“Beb, memanglah karektor strong, cerita bagus… tapi kalau hero takat budak Edan tu. Sebut dialog macam baca berita pukul lapan malam, tak ke mana perginya si Cahya tu.”


Hangat hati aku tak fasal-fasal.
“Edan tu siapa… muka pun macam muka tak siap. Apa cerita dia berlakon pun aku tak ingat.”
“Hish mulut kau… dia tu sekarang iklan dah mula carilah! Muka boleh jual tu!”
“Aku kenal dialah!”
“Hah?? Kau kenal dia? Hei, dia ex-boyfriend kau yang ke-44 ke?” Mengekek-ngekek Lisa tergelak.
“Bongoklah kau! Siapa pernah tinggal area rumah aku dulu memang kenallah mak dia.”
“Lorr… tadi kau kata kau kenal Edan. Ni kau kenal mak dia pulak. Kau bakal menantu tak jadi ke?”
“Helloooo… tak sesuai! Mak dia tu dulu memang jadi tukang cuci rumah. Pernah kerja jadi mak cik cleaner dekat 7-Elevan tempat kita orang. Memang kenallah sangat. Si Edan tu dulu selalu jemput ambik mak dia, naik kapchai buruk dia.”
“Wow! Impresif.. semua kau tahu!”
“Come onlah beb…sama macam aku kenal betina Cahya tu. Kita orang kenal sejak belajar kot. Mamat Edan ni pulak biasa berniaga. Kekadang gerai kuih, kekadang masa bazar Ramadan. Meniaga kuih.”
“Oh, really?”
“Kau ingat aku nak karang cerita?”
“Ke kau memang minat dia?”
“Dia tu siapa? Nak beli handbag aku pun belum tentu mampu.”
“Manalah tahu. Bukan kau suka rampas apa yang Cahya dapat ke?”
“Kalau job Cahya, yes… aku guling-guling nak. Kalau takat mamat Edan tu, sebelah mata aku tak pandang.”
Tambah menghilai Lisa mendengar bebelan aku.
“Whatever!”


Lisa kemudian tersengih-sengih sendiri. Dia seperti bersiap-siap.
“Beb, aku keluar makan dulu dengan Faiz. Kejap aje. Nanti kau siap, kita pergi sama ke Bangsar.” Aku mencebik mendengar nama Faiz.
“Tak boring ke hidup kau, pandang muka jantan tu aku siang malam, pagi petang. Get a life lah Lisa!”
Lisa mengenyit mata sambil terus meninggalkan aku yang sudah menghilai gelak.
“Kau pesan pada Faiz, tukar fesyen rambut tu. Aku tengok muka dia macam berpetak sangat! Hodoh!”
Aku sengaja melaung kuat. Memang niat mahu membakar hati Lisa. Huh, perempuan lurus bendul. Taat sangat dengan satu jantan.
“Kau kejamlah!” Lisa menyahut di balik pintu.


Dan aku terus tenggelam dalam gelak yang tak berkesudahan. Aku tak tahu kenapa. Aku anggap Lisa buang masa. Penat dah aku berleter pada Lisa. Kalau cari lelaki biar berjenis sikit! Beri cinta pada lelaki setakat kasta si Faiz. Lelaki macam tu kalau kahwin esok lusa, setakat gaji entah dua tiga ribu aje. Mahu beli kereta nasional pun agaknya azab catu duit belanja. Selebihnya apa… mampu derma benih ajelah!

Monday, March 5, 2018

MAHARANI - PART 5

MAHARANI - PART 5
Salam Isnin semua:))
Okay ni kita sambung part 5 Maharani ya. Tapi ni kita dah tak ikut bab demi bab. Ni dah ada lompat si katak lompat. Masa ni si Edan dah setel casting sama Abang Mail. Yang beriya-ya nak jadi retis, Abang Mail, tapi Edan yang lepas sesi uji bakat tu. Untuk teaser ni, kita skip part-part casting tu.


Edan Israq
Namaste! India, here I come! Rasa macam nak melompat sebenarnya. Tak sangka dapat job untuk peragaan jenama antarabangsa. Ni pertama kali, boh! Selama ni buat job iklan setakat dalam Malaysia aje. Tapi Abang Mail siang-siang ingatkan aku. Buat biasa. Cool bro! Jangan tunjuk muka peghak tu sangat!

Aku memang terhutang budi dengan pihak pengurusan Armada Holdings. Team Armada yang banyak bantu kerjaya aku untuk iklan. Sambil-sambil itu sempat lagi majalah Hot Guy menyelit untuk shooting kulit muka depannya. Lima hari aku mengembara dari Mumbai ke Jaisalmer. Rasa macam tak percaya aje bila rutin aku dah berubah jadi rutin hidup artis. Bayangkan daripada budak kerja pejabat jadi orang bekerja masa tak menentu. Allah swt memang rahmati aku.

Mujur ada Abang Mail. Aku pujuk Abang Mail berhenti kerja untuk jadi pembantu aku. Aku berikrar depan emak, depan abah, depan adik-adik, aku tak main-main dengan kerja yang aku pilih ini. Niat aku untuk cari rezeki. Itu saja. Awal memang aku tak suka. Sangat tak selesa. Mana pergi orang kejar, mana pergi orang tegur. Paling aku benci kalau ada orang curi-curi ambil gambar. Rimasnya Tuhan aje yang tahu. Bila istigfar semula.. aku tahu, aku tak boleh marah. Aku yang pilih gaya hidup macam ni.

Macam kali ini, semata-mata nak gumuk pasir di kawasan tandus gurun, kami ke India.

“Okay, Edan… rasa tak payah kenalkan kot. Stunning, hot, gorgeous, and beautiful girl yang satu Malaya kenal ni terbang ke India sama-sama kita pagi ni.”
Norsiah, wakil Armada, yang mengetuai rombongan kami ke India tiba-tiba membuat kejutan.
Aku sedang menghirup kopi panas. Nyaris tersembur kopi yang masih berkelun-kelun asapnya di hadapan.
“Terkejut ke Edan? Surprise ni.” Norsiah senyum-senyum sambil menghulurkan segelas fresh orange buat gadis tinggi lampai di hadapan aku itu.
“Err… kopi ni panas sangat.”

Aku berdalih sambil mengangguk senyum ke arah Cahya. Sesungguhnya aku terketar waktu itu. Subhan-Allah! Bersih polos wajah Cahya tanpa solekan pagi itu. Tipulah kalau aku kata jantung aku tidak berdetak kencang. Aku akui, dia sangat cantik dan manis. Tapi seperti biasa, ego aku tak pernah mahu kurang. Aku telan segala rasa gugup dan gementar itu. Segenap pelosok KLIA ini serta-merta menjadi sunyi. Manusia yang bertali arus memenuhi ruang, bagaikan pegun di mata aku. Semuanya kerana Cahya.

“Nanti di sana , Edan bekerjasama dengan Cahya. Segala arrangement dengan stylist, jurugambar dan konsep kita dah uruskan dengan wakil di India.”

Aku mencuri pandang Cahya. Dia mengangguk sambil berbisik sesuatu pada pembantunya Ney dan jurusolek peribadinya, Kak Yang.

“Memang sengaja bagi kejutan pada kami ke?” Abang Mail bagi pihak aku nampaknya memang tidak mampu mengawal perasaan ingin tahu. Ya, kami memang agak terkejut. Tapi mujur ini kejutan yang manis. Jadi aku cuba untuk menerimanya berlapang dada.

“Bukan macam tu. Kami bagi pihak Cahya, lebih selesa untuk uar-uarkan bila projek ni dah betul-betul confirm. Tak berani nak pukul canang lepas tu tiba-tiba tak jadi. Kena bash tak fasal-fasal.” Ney cuba berlucu sambil tergelak di hujung ayat. Cahya mengangguk dengan wajah tenang sebelum menyampuk,
“Tak seronok pulak kalau benda belum jadi kita hebahkan pada media. Lagipun kami ada pengurusan kami sendiri. Macam Edan dengan management sendiri. Insya-Allah, kita boleh gel masa kerja nanti.”

Hati semakin kagum dengan Cahya. Sungguhlah! Gadis ini ada wow factor. Aku balas dengan segaris senyum. Cukuplah. Tak mahu berlebih-lebihan. Takut nanti apa pulak kata Cahya kalau aku terlebih sengih.
Aku masih malu-malu dengan Cahya kalau bukan sebab kerja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Anyone here ada plaster tak?” Ney bertanya.
“Tak adalah, Ney. Sorry…”
“Bukan I yang luka. Kaki Cahya ni melecet sikit. Kasihan pulak dia. Nak kena pakai high heel tinggi sejengkal tapi kaki melecet, I tanya je kalau-kalau anyone here got plaster or something.”
“Nak singgah pharmacy ke?”
“Eh, it’s okay, it’s okay. Ney ni pandai-pandai je. Takpe, leceh lah nak kena cari pharmacy bagai. Nak mintak plaster pun satu hal nanti nak bagi diorang faham.”
“Itu lah orang tua-tua kata, kalau pakai kasut baru, kena gigit dulu kasut tu!” Abang Mail dah start dengan lawak tak jadi dia.
“Hah? Kenapa?” Ney dengan polos bertanya.

“So that kasut tu tak makan tuan dia!” Terkekeh Abang Mail ketawa dapat mengenakan semua orang yang ada di situ. Aku menggeleng kepala. Ingatkan dia tinggalkan otak putus fius dia ni dekat Malaysia. Rupanya, bawak sampai ke India!
“Ni, I ada bawak minyak gamat, kalau you nak pakai.” Aku hulurkan botol kecil itu tanpa memandang tepat ke mata Cahya. 

“Thanks, Edan.” Aku perhati saja Cahya menyapu sedikit minyak gamat itu. Halusnya kulit kaki dia! Tumit pun nampak gebu merah berbayang.
Cahya mahu pulangkan minyak gamat aku. Tapi dengan sopan aku tolak.
“You simpanlah dulu. Nanti nak pakai lagi tu.”
“Eh, ni you punya.”
“Tak apa. Kalau I perlu, I mintak sikit dengan you nanti.”

“Kulit Edan ni kulit buaya, Cahya. Keras kematu, Insya-Allah dia jarang luka, jarang melecet.” Abang Mail menyampuk dengan nada sengalnya.
“Really? Thank you, Edan, this might helps a lot!” Cahya senyum berterima kasih.
“Insya-Allah.” Aku membalas seadanya.

Semuanya berjalan lancar sepanjang di India. Setiap malam aku menelefon emak dan berkongsi cerita. Emak memang bimbang benar bila aku pergi jauh macam ini. Macam-macam dipesannya. Jaga solat. Fikir dulu sebelum bercakap. Tempat orang jangan cakap lepas. Jaga batas dengan Cahya. Hah, pesanan yang itu paling aku tak menahan. Rasa macam kelakar pulak.

“Edan jangan buat bukan-bukan. Pesan pada Mail sekali.”
“Buat apa pulak mak?”

“Edan kerja dengan anak dara orang. Jauh dari orang tua. Anak orang tu cantik, lawa. Jangan ikut darah muda. Lepas kerja terus balik hotel. Jangan merayap tak tentu hala.” Emak dengan seribu pesanannya.
“Tak ada apalah mak. Edan kerja. Cuit pun tak pada anak dara orang tu.” Berbisik-bisik aku bercakap dengan emak di telefon bila timbul isu itu. Kalau Abang Mail dengar, tentu aku jadi bahan lawaknya.

“Telefon girlfriend ya… sampai sorok-sorok sembunyi jauh dari kita orang.” Tiba-tiba Cahya menyergah aku dari belakang van.

“Bukanlah. Mana ada girlfriend.” Terasa panas muka aku, segan disergah begitu oleh Cahya. Haish, dia dengar ke apa aku cakap tadi?

“Alah, kalau ada apa salah.”
“Telefon emak.”

Mata Cahya bulat memandang aku, seperti tidak percaya. Serius aku jadi terpesona tengok mata jernih itu.

“Betul. Tiap hari kalau free, saya memang telefon emak.”
“Wow! Rare nak jumpa lelaki handsome, glamor yang masih jadi anak emak.” Ujar Cahya sambil memilih-milih jaket yang hendak digayakannya yang bersusun tergantung di belakang van. Aku cuma mampu tersengih mengiyakan kata Cahya.

Lewat senja baru kami selesai tugasan.

“Guys! Kita stop for lunch dulu la Jom kita try capati sama kari kambing power!” Kak Yang macam biasa mengajak makan dahulu.
“Kami balik bilik dulu la. Nanti after settle down semua, roger ya.” Aku dengan Abang Mail macam biasa, lebih selesa buat hal sendiri bila selesai kerja.
“Eh, Mail, Edan! Join la sekali!”

“Takpe! Takpe! Kami nak membuta dekat bilik je. Lagipun tadi dah heavy breakfast, kenyang lagi ni.”
“Okay lah kalau macam tu. Next time, no excuse ya!” Kak Yang mengingatkan. Aku tahu dia sebagai ketua rombongan, rasa bersalah setiap kali kami tidak ikut serta makan-makan.

“Bagus bawak diaorang berdua ni. Memang jimat bajetlah! Tak payah tanggung makan.” Ney mengusik sebelum aku berdua minta diri untuk balik terus ke hotel. Sementara mereka sendiri meneruskan agenda bebas masing-masing.
Kami masih ada berbaki dua hari untuk selesaikan kerja. Tiba-tiba Kak Yang berbisik, “Edan kena ekstra cargas ya untuk shooting hari ni. Mungkin banyak gambar solo Edan hari ni.”
“Oh kenapa Kak Yang?”

“Cahya tak berapa sihat.” Aku yang menurut perintah, mengangguk dan memang pagi itu tak banyak gambar bersama Cahya kecuali untuk video.
“Siapa sini yang kena food poisoning jugak? I dengan Cahya dah surrender dah.” Tiba-tiba Ney bertanya. Pucat lesi muka dua sekawan itu.

Patutlah masing-masing asyik nak ke toilet je. Aku mencuri pandang wajah lesu Cahya. Terlepek kedua-dua itu di dalam van.

“I rasa puncanya malam tadi I makan yogurt yang beli depan hotel tu.” Ujar Cahya yang berkelubung dengan pashminanya.
Abang Mail menghulurkan air botol mineral kepada Ney dan Cahya.

“Air mineral dekat sini ada possibility tak bersih tak?” Ney menolak.
“Ehh.. Takkan lah air mineral pun boleh buat food poisoning kot.” Abang Mail berseloroh.
“Manalah tau, dah serik dah.”

Aku teringat sesuatu. Zip kecil beg galas aku buka dan raba ke dalam.

“Nak tak pil chee teak aun ni?” Aku hulurkan pada Cahya. Tapi macam biasa, Ney yang lebih dahulu menyahut, “Hei, baguslah Edan ni! Siap ada pil apek ni sampai ke India.”
“Cubalah, Ney, Cahya. Boleh lega sikit kot.”
“Terima kasih Edan.” Perlahan suara Cahya.

“Lepas ni you jangan lah makan food kedai lagi. Ambik serunding dengan sambal kering ni. Boleh makan dengan roti or nasi impit.”

Aku menyeluk beg galas aku. Dua paket makanan kering yang jadi penyambung isi perut kami sepanjang tugasan di India memang sentiasa aku standby di dalam beg.
Cahya malu-malu untuk terima.

“Eh, tak apalah. Buat susah-susah aje.”

Tapi Ney pantas mencapai. “Cahya segan. Hah, I tak segan!”:
“No wonder korang tak makan sekali, sebab bawak food sendiri ya?” Cahya bertanya.
“Kami bawak bekal food. Makan kat bilik je.”

“You ni macam kedai serbaneka. Ada minyak gamat, ada pil sakit perut, ada sambal goreng. Semua benda ada ya.”

Aku tersengih sambil melirik ke arah Abang Mail. Amboi, bukan main memancar-mancar wajah Abang Mail bila dapat sembang-sembang relaks macam tu dengan Cahya.

“Thanks Edan… I ni macam-macam hal la.”
Dan sejak itu aku sendiri semakin selesa untuk berurusan dengan Cahya. Kalau tak kerana beberapa insiden di India itu, memang aku asyik berdebar aje.
Mahu bergambar atau senyum menatap mata Cahya sewaktu shooting pun haish… sumpah rasa kejung keras pipi.

Friday, March 2, 2018

MAHARANI - PART 4



MAHARANI - PART 4
DIDA SANDRA
Salam Jumaat semua. Terima kasih ya buat kawan-kawan yang PM tanya macam-macam fasal novel ni. Hahaa... macam dah disebut sebelum ni, MAHARANI cuba kupas perangai-perangai watak yang nampak aje suci, sesuci embun pagi gitu tapi Allah saja yang tahu dalam hati tu merenyam. Tak pernah puas dengan dunia. Kita yang memandang kekadang konfius gitu.... Maaf kalau ada typo, kalau ada tatabahasa yang bersepah atau Bahasa Inggeris yang tersasul grammar.... ini dari fail yang raw. Dan masa siapkan novel ni, ada hari sekali taip, sekali hadap sampai tiga bab yang panjang berjela ni.... Memang berpinar mata dalam sebulan lebih menaip tanpa henti. Okay hari ni kita jumpa DIDA SANDRA ya
*************************


Puas aku pujuk Che Man. Antara kawan yang selalu jadi balaci aku dekat kampus. Penat aje aku maniskan muka. Tapi kali ini dia tak makan dipujuk langsung. Mula-mula aku cuba sabar. Ketap bibir rapat-rapat.
Tapi bila Che Man, bajet imam muda pencetus ummah, nak nasihatkan aku, darah rasa menggelegak ke kepala. Sumpah aku jadi meletup. Hilang slogan hidup aku, maintain sweet. Stay sweet.
“This is who I am, Nobody said you had to like it!” Peduli apa aku kalau mamat ni nak kecik hati! Setakat dia ni, sekali aku petik, beribu bersusun tunggu giliran untuk aku approve!”
Aku suakan skrin telefon yang terpampang akaun Instagram aku.
Che Man memandang aku terkelip-kelip, “Kau nak masuk tu bila-bila bolehkan? Jangan risaulah Dida. Kau masuk tahun depan pun, kau confirm menang!”
“Alah, bila lagi aku boleh cuba kalau tak sekarang. Pleasee…. Bagilah moral support kat aku!” Aku cuba merengek lagi.
Tapi dalam hati, berbakul-bakul aku sumpah si Che Man ni. Suka hati akulah nak masuk bila. Ni golden dreams aku. Yang penting aku nak caras budak Cahya tu!
“Ni kan musim busy ni. Musim study week. Banyak benda kita kena buat revision kan. Kau tangguhlah dulu hajat yang satu tu. Takut nanti tak terkejar semua benda. Niat masuk sini, nak buat degree. Lepas tu benda glamor ni pun kau nak pulun. Takut sebab niat tak betul semua tercicir nanti Dida.”
Terbeliak mata aku dengar kata-kata Che Man. Amboi bukan main dia. Hei, kau ingat aku ni nak masuk musabaqah al-Quran ke? Kau ni bengap apa? Aku ni nak masuk Cover Girl Contest. Nak kena pakai niat jugak ke? Nyaris aje aku bebel begitu pada Che Man. Tapi semua tertahan di hati.
“Che Man, aku anggap benda ni semua suka-suka. Excapism nak lari dari stress. Hish tak baik tau, kau cakap bukan-bukan.”
Cool Dida! Take it easy! Aku memujuk diri daripada berkasar dengan Che Man. Nak marah-marah pun nanti aku yang rugi jangka panjang. Che Man ni kalau aku terdesak, kalau aku terlajak tidur atau terponteng kuliah dalam erti kata lain, dialah yang tukang cover. Tukang sign nama aku. Senyum lebih sikit, lentok comel-comel, beres segala masalah dengan lelaki ni.
Tapi entah mengapa bila memandang Che Man yang tersengih-sengih, tambah berapi hati aku. Sumpah aku rasa kembang panas kepala ni. Dia ingat aku main-main agaknya.
“Kau nak keluar macam mana?”
“Macam aku rancang tulah!”
Kali ini giliran Che Man pula terbeliak mata.
“Kau jangan gila Dida! Kalau kantoi, mati kau!” Beriya-ya dia memujuk aku. Tapi macam aku kata tadi, “I don’t give a damn.”
“Tak adanya aku mati! Habis kuat pun buang kolej. Berani diaorang nak buang aku! Sanggup ke cari hal dengan daddy aku? Hello… daddy aku dah banyak derma untuk kampus ni. Apa aje charity projek yang Datuk Hatta tak hulur cek?”
Aku nampak halkum Che Man turun naik. Bagus jugak sesekali mengangkat diri begini.
“Hish kau ni…. Hidup kau ni tak tenteram kalau tak ada buat kes ya?” Che Man menggaru kepala. Seperti semakin tercabar aku rasakan.
“Alah, kes celah kuku aje! Bukan aku buat skandal pun. Aku nakal-nakal manja aje. Tak gitu….” Aku senyum sambil angkat kening pada Che Man.
Tercebik bibir Che Man memandang aku.
“So what?” Aku menyergah mamat yang acah-acah nak jadi Juara Pencetus Ummah depan aku.
“Aku ingatkan aje. Kau kan kawan aku!”
“Che Man, It’s okay if you don’t like me. Not everyone has a good taste. You don’t have to like me, I’m not a facebook status!”


Aku mengenyit mata sambil memuncungkan bibir menatap mata Che Man dalam-dalam. Mamat ini kulihat semakin tidak keruan. Huh, dasar jantan! Acah-acah warak! Bajet suci depan orang lain, belakang merenyam jugak! Baru aku kenyit mata dah turun naik dada tu tahan nafas! Fuck offlah!
“Suka hati kaulah, Dida. Tapi baik-baik ya! Aku mintak maaf tak boleh join kau.”
“Tak kecik hati! Ramai lelaki lain boleh temankan aku kalau aku mintak tolong.” Aku memgerling Che Man dengan perasaan terbuku. Kau ingat aku tak boleh lepas! Kau tunggulah nanti!
“Kau marah aku ke?” Che Man tiba-tiba rasa bersalah.
“Hei, taklah! Jangan risau. Kau fokus study week tu. Aku boleh aje survive nanti. Alah ramai geng lain nanti temankan aku.”
Macam biasa, stay sweet. Manis aje aku balas. Muka kekal senyum. Biar hati terbuku. Hah, bukan ke mama selalu pesan. Kalau nak buat jahat pun, biar sendiri-sendiri aje yang tahu. Depan orang maintain manis!


Siang itu memang aku tak sabar nak tunggu matahari bergantikan bulan di langit. Semua benda dah siap sedia dalam beg galas aku. Menjelang maghrib, bacaan Yaasin dan makan-makan di surau sempena Maulidur Rasul diadakan.
Pengumuman dibuat di seluruh kolej. Pelajar lelaki berbaju Melayu dan bersongkok dan pelajar perempuan sudah siap bertelekung dari dorm menuju surau. Aku? Hah, kalau ada pertandingan telekung paling glamor, rasanya aku menang kot! Telekung paling mewah bersulam tebuk dan paling halus kainnya, yang mama beli masa ke Bandung, aku sarung maghrib itu.
Aku memandang Lisa yang awal-awal aku sudah rasuahkan top up telefon RM100.
Minah seorang ni nampak sedikit panik. Aku tetap cool, tersengih-sengih memberi semangat.

Aku dan Lisa berjalan di belakang mengikut deretan pelajar-pelajar perempuan yang berduyun-duyun ke surau.
“Beb, boleh ke kita ni?”
“Kau takut ke?” Aku berbisik pada Lisa.
“Aku takut kalau kita kantoi!”
“Kita ni bukan nak pergi seludup dadah kat sempadan pun. Kau nak takut apa?”
Biar hanya dengan serakan cahaya bulan, aku dapat lihat muka Lisa pucat. Mengada-ngada minah ni kalau dia nak backed off, memang aku sumpah dia jadi mangkuk tandas dekat kolej ni.
“Ha’ah. Kau tak payah nak risau sangat okay. Kau temankan aku aje pun. Tolong pegang beg baju aku tu. Bukan kau buat apa-apapun!”
Lisa hanya diam sambil mengangguk. Namun matanya liar memerhati takut-takut kalau ada
yang mengintai kami dari jauh.
“Kau rasa line clear ke?”
“Kenapa?”
“Manalah tahu… kot kot pak cik tukang kebun kerja overtime ke?”
“Banyak kau punya overtime! Malam-malam buta ni takkan nak mesin rumput kot!” Angin aku dibuatnya bila Lisa banyak bunyi.
Dalam gelap malam, kami panjat pagar ke luar kawasan kolej. Bunyi lolongan anjing yang menakutkan bergema dan bergaung menambah debar dada sebenarnya. Aku dan Lisa dengan telekung, berkasut sneakers, beg sling berlari-lari anak, menyusup dalam semak. Orang suruh ke surau, kami melencong ke pagar kolej.
Terlompat-lompat kami menahan uber yang tampak teragak-agak mencari kami. Keadaan agak kelam-kabut dan huru-hara apabila pak cik uber itu buat break kecemasan. Pak cik pemandu itu betul-betul terkejut sebab nampak kami bertelekung putih menahan keretanya. Tampak dadanya sedikit bergelombang.
“Sorry pak cik! Gelap tadi. Mujur ada cahaya lampu jalan.” Lisa yang lebih sopan berbanding aku, pantas minta maaf.
“Jangan sebut perkataan cahaya boleh tak? Rasa macam badan kena kurap!” Aku memberi amaran pada Lisa sambil berbisik.
“Ingatkan hantu tadi. fuhhh! Apa fasal bertelekung ni!” Pak cik driver menggeleng beberapa kali.

“Kami ada kelas tajwid! Ni lepas solat dari surau. Tak sempat nak tukar baju.” Pantas bergeliga otak aku menjawab. Tak peduli mamat tua yang sedang memegang stereng, aku dan Lisa perlahan-lahan menanggalkan telekung kami. Kemudian kami gulung dan sumbatkan dalam beg yang dibawa. Memang tak dapat elak, pak cik uber berkerut-kerut memandang kami dari rear view mirror kereta. Terasa sekejap-sekejap dia menjeling ke arah kami.
Aku mengerling ke arah Lisa. Kawan yang seorang ini sudah keras kaku kejung di sebelah aku. Perjalanan hampir 40 minit terasa sangat lama. Sebenarnya aku sendiri berdebar-debar.
“Coollah beb!” Aku mencubit nakal lengan Lisa.
Sepanjang perjalanan itu aku cuba menenangkan diri sendiri. Senyap tak berbunyi aku dan Lisa. Aku tak peduli apa yang Lisa fikirkan.
Yang penting malam ini malam finale untuk aku caras nama si Cahya. Siapa sangka aku berjaya juga ke peringkat final! Selepas berhempas-pulas dengan ujian IQ, ujian EQ, penilaian catwalk dan entah apa-apa lagi, aku berjaya juga bersaing dengan Cahya. Peserta lain aku tak peduli.
Entah kenapa dengan minah seorang ini, memang aku benci! Sejak dulu aku benci! Kalau terdengar kawan-kawan sekolej menyebut nama dia pun cukup untuk buat aku terasa mahu muntah tujuh baldi!

Minah perasan lawa, perasan cantik, perasan cool dengan nama rare dia tu, tunggu masa aje nak bertemu ruas dengan aku. Memang dia tak ada dosa dengan aku. Kolej pun tak sama. Tapi aku memang rimas kalau setiap kali ada dinner ke, ada carnival sukan ke, atau ada majlis akademik ke, nama dia aje yang orang sebut. Cahya sana, Cahya sini! Meluatlah! Macam bagus sangat! Just wait and see! I've always been a fighter. If you tell me I can't, I'll die trying to prove you wrong.

“Kat sini ke? Majestic Hotel?” Pak cik Uber tiba-tiba bertanya. Nada dia yang penuh curiga itu membunuh angan-angan liar aku. Waktu itu aku tak terfikir lain. Yang penting aku menang malam ini.
Tergagap-gagap jugak aku dibuatnya, tapi pantas aku menjawab, “Ya!”
“Ada kelas tajwid ke dekat sini?” Eh, apa kes pak cik ni macam nak menyiasat pulak! Kepalanya sama sibuk terjengah-jengah ke luar.
Banyak soallah pulak pak cik uber ni! Hei, hello orang tua, kalau kau kenal siapa aku, besok pagi cuba kau baca surat khabar. Tak pun kalau anak kau ada instagram, cuba tengok-tengok. Mesti ada hashtag #Didaratucovergirlcontest. Kau mesti bangga kot! Aku queen untuk Cover Girl Contest naik uber kau!
“Betul ke kauorang ni ada kelas mengaji?”
Eh, berbunyi lagi orang tua ni! Jenuh aku mengetap bibir. Menahan mulut daripada mencarut.
Aku mengerling sebelah. Lisa sudah terperenyuk mukanya. Tak habis-habis penakut kawan yang seorang ni.
“Kami nak jumpa kawan kejap dekat sini. Lepas tu baru ke Masjid Negara.” Tangkas otak aku berfikir. Mulut laju beri alasan.
“Ohhhh….” Panjang dia punya ‘o’. Peduli apa aku kalau kau tak percaya!
Tak padan tua, sama sibuk jaga tepi kain orang! Aku dan Lisa cepat-cepat melompat keluar dari kenderaan itu selepas membayar tambang.

Selesai satu misi, selamat satu bala!
Penuh semangat aku meredah malam-malam buta, panjat tembok kolej, menyelinap keluar pakai telekung, dengan hati berkobar-kobar. Semangat membara, azam menggelegak keyakinan tahap mendidih. Sepupu-sepupu aku semua sudah menunggu di lobi Majestic Hotel. Taty tukang bawa kasut Christian Louboutin. Erin tukang bawa baju. Entah berapa penyangkut baju Chanel. Terbeliak aku bila nampak ada baju latest collection musim bunga cap pak cik tua berambut putih muka kekwat yang suka pakai spek hitam tu… Alah, pak cik designer Karl Lagerfeld. Gila aku tak terkinja-kinja suka! Latest collection tu.
“Aku dah kata, kau confirm menang! Baju kau pakai pun belum masuk butik di Malaysia tau! Ni aku pinjam dari Mak Uda. Baju ni sama dengan Beyonce pakai untuk cover majalah Cosmopolitan.” Erin mengusik aku.
Terbeliak mata aku mendengarnya.

“Hah, kalau menang, duit bagi dengan Mak Uda! Penat tau Mak Uda angkut baju ni dari Paris.” Mak Uda pulak menyakat. Aku tersengih tak tahu nak kata apa. Sungguh! Memang aku yakin, aku dapat markah lebih dengan juri. Takat si Cahya tu, bila-bila aku boleh belasah. Baju dia pun mesti tahap bundle aje!
Set mekap yang dibawa oleh Alley punyalah banyak! Tak muat dressing table kalau nak susun semua tu! Sebut ajelah… nak cap apa. Ada Chanel, ada Dior, ada Naked, ada Mac, Nars.. dah macam kaunter alat solek dekat Pavillion meja mekap aku. Senang cakap, kroni aku memang angkut satu batalion kaum-kerabat untuk support aku. Gilakan kalau aku sendiri tak yakin aku boleh menang.

Lepas segala usaha, segala tungkus-lumus tu…. guess what?

Kemuncak malam itu, aku terpaku dan terkaku. Meremang bulu roma aku. Tak percaya dengan apa yang aku dengar. Gosh!! Biar betul! Aku menggeletar tak terkata. Seluruh badan terasa seram sejuk. Kalau tak kuat memang aku dah rebah, jatuh terjelepuk.
Kurang ajar! Bodoh! Gila! Bangang!
Nama si betina Cahya tu jugak yang dijulang jadi juara!
Silau mata dengan cahaya flash kamera. Sakit hati, terbakar dada apabila semua kamera berklik-klik menghala ke arah Cahya yang sudah dimahkotakan sebagai juara. Mahu saja aku rentap kepala dia kemudian hempaskan tiara itu. Dari atas pentas aku menoleh ke arah kiri pentas. Entourage aku semua tampak terpinga-pinga. Kecewa! Muka Lisa, Taty, Erin dengan Mak Uda sangat hampa. Kalau diaorang yang sekadar tukang make-overkan aku, tukang tepuk, tukang sorak, tukang viralkan gambar aku dekat media sosial; dah rasa mahu terduduk…. Aku sendiri tak usah cakaplah! Lembik lutut!
Kecil besar, kecil besar mata aku memandang susuk di depan aku. Siapa lagi kalau bukan betina Cahya tu! Tapi bila dia menoleh, aku cepat-cepat senyum.

Damn stupid. Bloody idiot! Bastard!

Ikutkan aku yang terasa keluar api dari muka ni, mahu saja aku rampas mikrofon hos si Zul Ariffin tu. Nak aje aku bertempik, carutkan nama si Cahya.
Balik-balik dia! Asyik dia aje! Asal dia masuk apa-apa pertandingan mesti dia menang. Kalau dia ada, macam ada badi sial, aku yang kalah! Eh, betina tu bukannya lawa sangat pun! Alah, kalau cakap fasal IQ, aku rasa dia jawab tadi lebih kurang aku aje rasanya! Tak ada pun aku impressed sangat!
Aku rasa juri semua buta agaknya!

Tak dapat aku nak mengelak sewaktu sesi bergambar.
“Congrats darling! You deserve it!” Ayat penuh bergula keluar dari mulut aku.
“Terima kasih, Dida. I tak jangka pun. I ingat you yang menang.” Dia sempat berbisik begitu ke telinga aku sewaktu kami saling duduk rapat untuk bergambar. Tangan dia menggenggam tangan aku. Tak sudah-sudah memuji.
“I adore baju-baju you. Semuanya latest collection.”
Dan aku pantas memaut pinggangnya. Sesekali aku pegang bahu dia. Kami bergambar dengan raut wajah yang manis ceria.
Hidup ini bukan ke kekadang kena jadi plastik! Biar hati diamuk taufan atau jiwa tengah rentung berasap.
Malam semakin tua, post party semakin hangat. Aku tahu Lisa sudah gelisah.
“Jomlah balik!” Wajah Lisa merengsa.
“Kejaplah.”
Aku masih mahu berlegar-legar dan berkenalan dengan tetamu yang ada. Seronok makan-makan, minum-minum sambil hulur salam perkenalan. Selagi tidak bertentang mata dengan si betina Cahya itu, aku masih boleh menahan rasa. Sewaktu diminta bergambar beramai-ramai pun, aku mengelak untuk berdiri bergesel bahu dengannya.
Kaum kerabat aku semuanya sudah pulang.
Semua menawar untuk hantar aku pulang.
“Jomlah, balik!” Taty mengajak aku.
“Nantilah dulu.”
“Tunggu apa lagi?”
“Alah, kejaplah.”
“Kami nak balik dah ni.”
“Tak apa, Lisa ada…”
“Balik cepat! Nanti jadi kes pulak kalau kantoi!” Taty betul-betul risau.
Aku sengih dan angguk menahan hati sebal. Mahu tak kecewa. Angan-angan kalau menang, kira gempaklah kan! Kalau kantoi pun, mesti havoc! Dalam beg aku ada mahkota yang aku menang! Confirm aku letak tinggi-tinggi atas locker dorm! Jadi barang display. Paling seronok bila menang, muka jadi gadis penghias kulit majalah dengan tetamu jemputan program Nona. Gila tak best! Tapi itulah… Berapi sungguh hati ni bila ternampak kelibat Cahya yang tak selesai-selesai lagi bergambar di pentas. Tapi bila dia melambai kearah aku, cepat-cepat aku lambai balik. Acah-acah mesra!
Mesti esok lusa atau sebulan ini, mata aku bernanah tengok gambar dan cerita fasal dia bersepah di majalah, suratkhabar dan media sosial. Sedang aku melayan rasa rengsa, tiba-tiba ada yang menegur.
“Hello girl!”
Aku menoleh ke belakang, “Sorry, were you talking to me?”
Lelaki itu nakal mengenyit mata. Senyuman dia! Gosh! Tipu kalau aku kata tak berderau darah.
“Do you have a map? Because I’m getting lost in your eyes”
Aku tak mampu menahan gelak. Dan ya, muka aku merah rasanya masa tu.
“Hai Dida… Panggil I Zam.”
“Hai!” Tangan aku dijabat erat. Hangat dia menggenggam. Terasa dia tak mahu melepaskan tangan aku.
“Congrats dear! You bagus sangat tadi. Kita orang yang tengok, semua kata you yang patut menang.”
“Ohh…. Haha, terima kasih.”
“Eh, you ni student lagi kan. Sama macam Cahya?” 


Oh! Please! Rasa nak terbelahak tekak bila nama betina tu yang disebut. Aku cuma angkat kening.
“Biasalah… mesti that girl pandai melobi kot. Tu yang dia menang. Tapi percayalah… sepatutnya you yang menang.”
Tak kiralah si Zam ni kelentong ke, jual air liur ke, tapi sumpah mamat ni bila bercakap memang cairlah jiwa! Mata dia tu memandang aku terasa menusuk ke jantung. Tak boleh nak elak dari kena renung dengan dia ni! Dan kemudian kami terus bersembang dan bersembang macam tak ingat dunia.
“Beb, aku balik dululah! Dah pukul satu pagi ni!” Lisa berbisik pada aku. Pantas aje aku mengangguk. Tak sempat nak bertanya pun dia balik nanti macam mana.
“Jangan risau. You balik nanti I hantarkan ya!” Zam mula melingkarkan tangannya ke pinggang aku.
Aku terasa Zam mengelus-elus rambutku. Kami berdansa malam itu.
Rasa terubat hati biarpun kalah pada Cahya, aku masih tidak kurang peminat lelaki yang kacak. Bau cologne segar membakar berahi. 

“You studi lagi kan?” Zam berbisik di telinga aku. Tangannya merangkul jauh ke bawah pinggang. Aku sedikit berdebar tapi Zam bijak memujuk, “Jangan nervous. Malam ni you yang punya!”
Mata tajamnya nakal mengerling ke daerah kutang baju aku yang jarang.
Lirik matanya memang mengirim berahi pada sesiapa yang memandang.
Ya, aku lupa diri malam itu. Entah pukul enam pagi baru aku dihantarnya pulang.
“Nak panjat tembok? Are you nuts?”
“Mana boleh lalu depan gate besar.”
“Come. Follow me. I temankan you.”
Aku serba salah.
Zam kemudian merapatkan bibirnya, “Jangan takut. I ada.”
Aku sesak nafas. Aku jadi tidak selesa apabila di dalam kereta dia menghampiri wajah aku. Dalam gelap, kami saling berpandangan dan merenung ke dalam pada anak mata masing-masing. Dua bibir hampir saja berlaga.
“Berhenti kereta di depan gate sudah.”
“I hantar you.” Dia bertegas. Aku serba salah. Seluruh dorm sudah cerah. Riuh kedengaran masing-masing masih bersiap untuk subuh.
“Diaorang tak perasan kalau kita masuk.”
“Guard ada.”
“Kita tunggu waktu guard pergi surau.”


Aku beralah dan mengangguk. Sebenarnya aku sendiri rasa bahagia bila dia mahu temankan aku. Entah, biar baru sekejap kenal, aku terasa khayal dengan Zam. Wajah lelaki ini memang cukup menggoda. Bila dia mendekat terasa aku mahu membenamkan wajah pada pelukan lelaki itu.
Betul macam Zam kata. Aku dan dia lolos ikut pagar besar sewaktu semua sedang solat berjemaah.
“Kiss me goodbye, dear!”
Lelaki itu meneguk liur, menahan nafas yang berombak. Biarpun sekitar kami kelam dan cahaya lampu hanya remang-remang kilatannya, aku dapat melihat dan merasa desah nafasnya.
Kegelapan tidak sedikit pun menjadi penghalang untuk kami saling berkongsi hangat.
“You got five seconds” Aku cuba menolak Zam.
‘What? It’s not enough to even touch you properly” Dia kemudian berbisik, “I will kiss you on your lips. 

And it happened!” Dan kami sama-sama tenggelam selepas itu sebelum tiba-tiba, ada suara petir mengguruh di telinga, “Kurang ajar!”
Pang! Di kiri. Pang! Di kanan! Kemudian kiri lagi. Panas pijar pedih pipi aku! Berdengung telinga. Berpinar mata.
Kelibat Prof Norden yang berbaju Melayu, berkopiah dan kain pelekat, laju menghayun tangan kanannya.
“Biadap! Buat maksiat dalam kolej. Usung jantan waktu subuh. Kau pergi mana? Baru first year dah buat perangai. Bitch!”

Aku terpinga-pinga. Menggosok pipi. Sakit sangat! Zam entah mana kelibatnya. Aku rasa sudah cabut dan bunyi kereta tadi, rasanya kereta dia yang memecut. Subuh itu terasa sangat berkabut. Mata aku sudah berbalam-balam. Hanya lampu suluh yang menyimbah muka aku dalam gelap itu. Aku dah terasa mahu pitam. Memang ada geng Badan Amar Makruf Nahi Mungkar di kiri kanan Prof Norden. Pipi aku sudah terasa kebas. Muka aku terasa berdenyut-denyut. Lantaklah kalau satu jemaah surau sekalipun Prof Norden nak heret untuk jadi saksi aku.
“Birah sangat perangai kamu, Dida! Ada aje perangai buruk kamu ni. Tak tenteram hidup ya kalau tak buat kes dekat kolej ni. Rasa bangga ya buat benda terkutuk ni. Merenyam sangat! Ijazah tak dapat lagi dah pandai menjalang! Kecik-kecik dulu mak bapak tak sunatkan agaknya!”
Aku masih menggosok pipi. Perit!
Dada aku terasa mahu pecah. Pedih.

“Sia-sia bapak kamu Datuk Hatta rebut pahala, bersedekah itu ini pada kampus ni. Perangai anak auzu billahi min zalik.”
.Membutang mata aku! Aku jadi dendam. Hoi! Jangan kaitkan nama bapak aku! Di dalam hati, aku menjerit semahunya. Tanpa dapat ditahan berjuraian air mata. Dalam kabur pandangan, aku masih mampu melihat kelibat Che Man. Benci! Bencinya aku memandang Che Man. Tipulah kalau aku kata aku tak malu bila Che Man ada di situ. Dia yang beriya-ya halang aku sebelum ini.
Kalau Che Man rasa dia menang kali ini, aku akan buktikan aku tak pernah kalah untuk sepuluh tahun akan datang. Aku akan buktikan sesuatu! Tunggu aku ada fame dengan glamor, Che Man. Kau nanti ikut aku 24 jam! Waktu itu aku teringatkan mama. Terasa mahu mendakap mama kuat-kuat. Mama aje yang faham aku. Mama aje yang sentiasa sokong aku!
Pada Prof Norden, aku dendam sedendamnya. Kau tunggu Prof Norden. Kau bangga nanti esok lusa sebab kau pernah lempang aku! Aku janji! Aku buktikan pada kau, aku jadi orang yang paling kau ingat nanti!
Kau tunggulah! Di bintang ke tujuh, di langit tujuh lapis itu, situ tempat aku yang kau kata jalang ni nanti!

Thursday, March 1, 2018

MAHARANI - PART 3



Yuhuuu:}} Terima kasih ya buat kawan kawan di sini yang sudi baca MAHARANI. Maaf kalau ada yang tak kena selera. Hari ni kita berkenalan dengan Edan Israq pulak ya. Dia ni budak baik, budak lurus senang cakap anak bujang mak yang muka ala ala jernih ada air sembahyang tapi hah penghujung cerita kita jadi lebih kenal dia nanti.*********************************
MAHARANI - PART 3
Edan Israq

Angin petang yang kering berdebu bertiup perlahan. Teh ais yang aku pesan pada Sakinah, dalam sekelip mata tinggal setengah bungkus. Bahang masih terasa apatah lagi aku sejak lepas zohor sudah berdiri bersebelahan pengukus putu piring ini.
Tiba-tiba ada kereta berhenti di hadapan kami.

“Adik manis nak apa? Ada goreng pisang, ada koci pulut hitam, ada ....” Abang Mail yang memang ramah dengan pelanggannya macam biasa akan terlebih ramah kalau jumpa perempuan cantik. Alah, kekadang tak lawa mana pun, asal awek tu terlebih sengih, menjadilah Abang Mail. Aku yang sedang sedang menjaga pengukus putu piring, tak kuasa mahu menoleh. Adik Abang Mail, Sakinah yang sebaya aku sedang sibuk menjaga kuali cempedak goreng.
“Putu piring ni macam mana kira?”
“Empat ringgit aje dalam satu bekas. Ada lima keping.”
“Nak lima bekas ya.”
“Edan… putu piring lima.”
“Edan!” Suara Abang Mail sedikit menjerit.
“Haha… kejap ya adik manis. Edan ni ada masalah sound system.”

Aku menjeling pada Abang Mail. Amboi, sedap mulut! Terasa mahu aku luku dengan penutup kukus putu piring ni ke kepala dia. Sakinah yang sibuk menjaga cempedak goreng diam membatu mulutnya. Menjeling pun tidak.
“Berapa?”
“Lima bekas!” Abang Mail yang sedang membalikkan karipap dalam kuali panas mula membebel.
“Berangan aje kau ni Edan! Cepat… adik manis tu nanti jadi adik masam pulak!”
Aku mulanya tak menoleh pun. Aku capai lima bekas putu piring. Aku bubuh dalam dua plastik dan hulurkan.
“Baik-baik panas.” Konon mahu jujur berpesan. Memang putu piring itu semuanya masih panas. Boleh melecur mulut kalau terus makan.
Tapi sebaik aku memandang wajahnya, aku terkesima. Eh, dia! Aku rasa dalam lima saat agaknya mata aku tak berkelip. Cuba menghafal raut wajah itu. Ya, Cahya Kartika!
“Ini duit.”
“Hah?”
“Duit… duit bayar kuih ni.”
“Ohh! Ya! Ya!”

Aku menyambut duit kertas RM20 dari tangannya. Nasiblah! Kalau Cahya tengok muka aku hodoh terlopong memandang dirinya. Ya, Allah! Sungguh tak sangka jumpa di sini! Masih ada peluang lagi aku memandang wajah jernih yang matanya bercahaya macam bintang timur!
Aku tak pasti Cahya ingat atau tidak diri aku. Sudah bertahun-tahun tak jumpa. Aku memang aku tak pernah lupa nama dia. Sentiasa ingat wajah dia terutama mata yang cantik itu. Dan, ya, tadi sebelum masuk ke kereta, Cahya senyum pada aku. Lebih dari cukup bagi aku bila dapat hadiah senyum dari Cahya. Aku mengamati kereta hitam yang membawa Cahya pergi sehingga hilang kelibat.
“Kau kenalkan minah tu?”
“Kenal?”
“Kau jangan nak membongak dengan aku!”
“Abang tanya kan… kita kata kenal tak percaya pulak.”
“Eh, kawan kau ke Edan?”

“Masa kecik-kecik dulu. Mak pernah ambil upah cuci rumah dia.” Aku memang ingat sangat mak pernah bekerja di rumahnya. Rumah orang kaya yang banyak mainan, mahu aku tak ingat!
“Kinah, kau kenal tak budak tadi?” Abang Mail masih tidak puas hati.
“Budak mana?” Aku tahu Kinah sengaja buat bodoh.
“Yang datang tadi.”
“Budak perempuan tu?” Sakinah bertanya sambil tangannya pantas mengangkat cempedak goreng ke dalam bekas besar.
“Budak perempuanlah. Kalau lelaki abang tak tanya.” Jujur sungguh Abang Mail. Aku sudah menggeleng. Malas mahu melayan sebetulnya.
“Kenal-kenal gitu ajelah. Dia tu glamor. Orang lawa, semua batch, semua fakulti kenal.” Sahut Sakinah.
“Makna Kinah dengan Edan memang kenallah ya?”
“Kami memanglah kenal.” Aku menyampuk.
“Ke kau aje yang berangan ni? Minah tu tak kenal pun kau, kau yang perasan?”
Abang Mail macam biasa suka sangat menyakat.
“Kita tipu abang pun, apa kita dapat!” Kinah memotong ayat abangnya.
“Kalau kau kenal, siapa nama awek tu?”
“Cahya Kartika.” Serentak mulut aku dan Sakinah menyebut nama budak itu.
“Hah?” Abang Mail seperti ternganga.
Aku menoleh ke arah Abang Mail. Apa hal buat muka terkujat pulak? Sakinah sudah angkat sambil menggumam, “Mengada-adalah tu!”
“Apa nama dia… ulang balik?” Bunyi deruan kereta di hadapan gerai menyebabkan Abang Mail tak berapa tangkap apa yang aku sebutkan.
“Cahya Kartika.”
“ Biar betul!”

Aku malas mahu melayan Abang Mail. Pantas aku menyudahkan kerja. Ada sedikit lagi berbaki putu piring untuk dikukus. Kebetulan ada yang mahu membeli cempedak goreng, Sakinah jadi sibuk melayan pelanggan.
“Anak siapa? Dia tinggal mana?” Abang Mail sibuk mengendeng bertanya. Aku angkat bahu. Sakinah sudah terjuih mulut.
“Anak mak pak dialah!” Sengaja aku jawab begitu.
“Sombonglah kau ni.”
“Abang Mail tanyalah sendiri lain kali.”
“Kalaulah dia datang lagi.”
Aku menggeleng. Meluat sebenarnya. Abang Mail memang tak boleh jumpa perempuan muka cerah sikit! Cepat aje nak tulang rusuk, tulang dada dia bergetar!
“Kau tolong doakan ya… sebelum habis cuti semester akhir ni, aku dapat jumpa si Cahya tu.”
“Huh! Berangan tak sudah!”
“Kalau abang dapat awek macam tu comel, abang bela baik-baik! Simpan, kunci dalam peti besi, tak bagi keluar ke mana-mana!”
“Geli! Minah tu confirm sehalus kuman pun, tak ingin nak kenal abang.” Sindir Sakinah.
“Tak cuba tak tahu!”
“Pirahlah Abang Mail! Belajar tak habis lagi, takat jual goreng pisang, karipap tepi jalan time cuti, berangan nak awek meletop macam tu!”
“Hesy, kau apa tahu! Kau budak mentah! Ni abang budak farmasi, bakal usahawan berjaya. Hah, mana nak cari budak farmasi sanggup jual goreng pisang dengan karipap tepi jalan time cuti! Calon suami mithali ni!”
“Bluerrk!” Semakin berbulu telinga aku mendengar ayat Abang Mail. Tidak lama kemudian aku terbau sesuatu.
“Abang, hangus karipap tu! Ya Allah! Sibuk selfie pulak tepi kuali! Sengallah!” Aku terjerit apabila ternampak kuali sedikit berasap.
“Kau diamlah! Ni siap siap bersikat, lap peluh, ambik gambar buat bagi Cahya!”
“Dalam mimpilah! Minah tu duduk mana kita pun tak tahu!
Dan petang itu aku jenuh menyabarkan hati daripada termuntah tujuh kuali mendengar angan-angan Abang Mail tentang Cahya. Baru sekali terjumpa tepi gerai ni pun dah jauh ke langit ke tujuh angan-angan Abang Mail.

Esoknya, macam biasa; selepas zohor kami sudah membuka gerai. Biarpun ini cuma kerja sementara, lepaslah untuk aku cari duit buat beli top-up. Selagi Abang Mail belum daftar semester baru, selagi itulah aku dan Sakinah membantunya. Tiba-tiba Abang Mail menghampiri aku. Berbisik-bisik sangat suaranya. Takut Sakinah terdengar agaknya.
“Edan, kau kenal ya budak perempuan tu?”
“Budak yang mana?”
“Alah yang nama dia pelik tu….”
“Yang mana satu ni?” Sungguh aku kabur.
“Yang semalam tu!”
Abang Mail tersengih bila aku menyebut, “Oh si Cahya!”
“Apa nama penuh dia?”
“Cahya Kartika.”
“Klasik betul nama dia. Macam nama lagu siaran radio klasik nasional!”
“Ke dia lahir waktu Deepavali! Pesta Cahaya.”
“Bongeklah kau!” 

“Jangan beranganlah Abang Mail. Dia datang beli putu piring tu pun kebetulan aje kot dia lalu sini.” Dan tiba-tiba aku hujung mata aku tertangkap wajah Abang Mail tersenyum-senyum sendiri sambil menghidup api kuali. Dia bagai berbisik, “Cahya Kartika. Adik Cahya,” tapi aku masih mampu mendengarnya. Aku sedikit meninggi suara. Lain benar bunyi suara Abang Mail.
“Hah! Dah kenapa ni? Seru-seru nama minah tu? Abang Mail jangan nak bukan-bukan ya!”
Abang Mail tertawa terbahak-bahak. Cuping telinga aku rasa macam tersagat dengan kertas pasir mendengar dekah Abang Mail. Malas mahu melayan, aku terus menyusun putu piring yang sudah masak dan masih panas berasap ke dalam bekas. Dibubuh satu bekas lima keping dan disimpan kemas di dalam tarmos besar.
Sakinah menjeling sambil dia macam biasa menghadap kuali panasnya. Muka Sakinah yang putih melepak itu, memang tampak terpanggang merah kerana bahang panas.
“MasyaAllah! Edan… Muka 50, dada 40, pinggang 50, punggung 40, manis seksi 18! Jumlah besar 198 per 100 bro! 198/100!. Perghh Makhluk ciptaan Tuhan paling seksi ni!”
. Apa Abang Mail merepek ni! Mata aku masih menunduk, tangan pantas susun putu piring. Abang Mail berbisik lagi, “Edan, dia datanglah!”
“Hah?” Tangan Abang Mail mencepuk kepala aku. Halkum aku tersekat.
Aku memandang ke depan. Sungguhlah! Itu kelibat Cahya. Dia keluar dari kereta. Tak fasal-fasal aku tumpang terpegun. Betullah! Semalam tengok cantik. Hari ni nampak lagi cantik!
Sakinah tiba-tiba macam menghempas sudip dalam besen. Isyarat meluat dengan perangai Abang Mail. Tapi Abang Mail tetap selamba.
“Edan, budak ni dia tak makan nasi kot! Dia makan api, dia makan mentol, dia makan lampulah abang rasa! Muka dia tu! Nampak bersinar-sinar!”

Abang Mail terus berbisik. Kami terus terlopong memandang. Semua benda terasa pegun seketika.
“Abang, Kinah nak pergi tukar duit syiling kejap.” Aku tahu Sakinah menyampah. Sengaja mencari alasan untuk tukar duit kecil di Restoran Ibrahim Maju. Tapi Abang Mail sudah terpukau. Haram tidak menoleh ke arah Sakinah. Tumpuan hanya satu di hadapan kami.
Dia menuju ke arah kami. Sumpah aku rasa gelabah. Dia senyum dari jauh. Aduhai, macam ada cahaya pelangi pulak aku rasa menyimbah dari langit ke gerai kami ini. Gerai yang kami bina dengan tenaga jantan dari kayu dan zink terpakai ni tiba-tiba terasa mengerlip-ngerlip. Macam ada lampu lip lap yang selalu orang bubuh dekat pokok krismas tu. Terasa aura budak cantik ni memang penuh kilau cahaya lah! Sesuai nama dia Cahya.
Bahang api dari periuk kukus aku pun tak terasa. Tiba-tiba rasa nyaman aje! Betul! Aku tak tipu! Itu yang aku rasa!
“Hai! Adik nak apa? Nak goreng pisang abang? Nak karipap?”
Ramah sungguh Abang Mail biar aku rasa skrip dia sedikit klisye.
“Putu piring nak lima kotak.”
“Okay, biar abang ambikkan.”

Rajin pulak Abang Mail dan aku tak fasal-fasal rasa macam tunggul mati dekat situ. Mata aku tajam mengamati tangan Abang Mail. Eh, orang nak lima kotak, apa hal dia bubuh enam.
Cahya hulur duit. Pantas tangan Abang Mail menyambut. Sungguh rasa tujal kepala Abang Mail. Selalu membebel kalau aku tercegat. Ini dia gila kuasa pulak!
“Eh, saya nak lima aje, kenapa ada enam ni? Lebih satu kotak ni.”
“Abang dah niat nak bagi adik. Sedekah dari abang tu. Seronok sangat bila pelanggan ulang beli kuih kami.”
Memang terlopong aku mendengar. Cewah bukan main lagi Abang Mail. Sedekah jariah ya! Hello, kuih putu piring tu modalnya dari kocek aku! Apa hal kau pulak bersedekah!
Tapi aku kawal mulut dan ketap bibir rapat-rapat.
“Terima kasih ya abang…”

“Abang Mail! Panggil Abang Mail aje… ni adik siapa nama?” Pirahlah mabuk! Buat-buat tanya pulak! Aku rasa kembang muka aku menahan panas hati.
“Saya Cahya Kartika.”
“Cantik nama! Macam orangnya!”

Aku lihat Cahya menelan senyumnya semula. Hah! Padan muka Abang Mail! Ingat minah ni spesies anak ayam yang main redah patuk Didak apa!
Sebaik sahaja kelibat Cahya hilang di dalam kereta dan berlalu pergi, macam lahar gunung berapi aku bebelkan Abang Mail.
“Amboi, Abang Mail! Kemain ya?” Mamat itu terseringai sambil tunjuk peace dan terus mencelup pisang yang dah siap dipotong ke dalam bancuhan tepung.
“Kalau saya cakap pada pelanggan, keep the change takat lima sen, takat 10 sen, seminggu abang mengungkit. Rugilah! Berniaga jangan lembut hatilah! Nak sedekah biar kat anak yatim. Habis tu tadi satu bekas putu piring bagi kat minah tu apa kes?”
Memang aku tak puas hati sungguh! Selamba aje Abang Mail pandai-pandai bagi percuma pada minah tu.
“Abang bayar balik kat saya! Rugi saya hari ni tau empat hinggit!”
“Aku bayarlah! Aku bayar kat kau nanti!” Balas Abang Mail sambil menyeluk kocek dan menghulurkan empat ringgit kepadaku, sebelum merungut kata aku kedekut.
Pantas aku membidas, “Abang yang pesan berniaga bukan amal jariah.”
“Aku bukan buat amal jariah! Ni pelaburan masa depan.”
“Alah, abang buat baik dengan budak Cahya tu dapat apa pun! Student lagi!”
“Dia ni mesti hot cakes dekat kampus kan. Badan bergetah! Macam madu kelulut tahapnya. Mahal! Kau tu lelaki. Takat freshie macam kau, tak laku lagi! Tak ada hasil. Dada pun tak bidang lagi. Lainlah perempuan macam Cahya… kau tengok badan dia, mekar gitu! Perghh!”
Astagfirullah! Aku terasa mahu muntah di dalam kuali minyak panas Abang Mail. Tapi macam biasa, muka aku maintain buat macam tak ada perasaan.
“Kau ni memang hati batu belah batu bertangkuplah! Orang cerita fasal perempuan pun kau macam tak ada nafsu!”
“Hati biar iman yang jaga.” Sesekali aku smashed jugak Abang Mail. Dia tersengih-sengih.
“Eh, kejap.. kau kata dia student. Makna kau tahu dia studi dekat mana? Satu kampus dengan engkau dan Kinah ke, Edan.”

“Taklah! Dia tu anak orang have-have. Dia belajar pun pakai duit sendiri. Bukan macam kita. Dia nun dekat Nottingham tu.” Cerita aku sambil menoleh ke arah Abang Mail dan kemudian terjerit, “Api kuali kuat tu! Hangus goreng pisang.”
“Oh, dia studi pakai duit sendiri.”
“Anak orang kaya, Abang Mail.”
“Kau ni, cuba semangat sikit! Sekarang bukan macam cerita drama tv waktu maghrib tu. Orang kaya kahwin orang kaya, orang biasa kekal merempat. Tak cuba tak tahu! Mamat biasa nama Ismail ni penuh wawasan okay! Mahasiswa berwibawa gitu!”
Tambah bernanah telinga aku mendengar ayat Abang Mail. Ringan aje mulut aku nak menjawab. Peduli apa kalau dia sentap.
“Huh! Itu kalau tak sangkut belajar! Kalau tak mengulang tahun… asyik berangan macam ni… pesakit yang jumpa Abang Mail nak ubat, boleh mati kejung dekat katil hospital tau.”
“Hei, mulut kau jangan cabul ya! Kau tu tak tahu nasib lagi.”
“Yalah! Yalah… abang tu budak pandai. Budak farmasi. Saya ni budak accounting aje! Hobi main silat. Berkawan pun dengan pakcik pakcik pencen yang duduk masjid.”
“Hah, tambah lagi satu… kau tu pun gila breakdance! Terkinja-kinja rekod syok sendiri bubuh kat youtube! Kau ingat aku tak tahu! Jangan nak bajet alim pulak ya!”
“Hish, abang jangan cakap kat mak pasal youtube tu! Mati saya kena cincang dengan mak abah.”
Gilalah! Memang berderau darah aku. Hei, macam mana mamat ni tahu aku ada buat kerja bodoh tu!
“Hah! Boleh! Boleh aku tutup mulut. Tapi kau tolong aku.”
Lain macam benar bunyi suara Abang Mail. Sambil dia membalik-balikkan goreng pisangnya, dia terseringai sendiri. Aku memandang penuh cuak. Terhenti kejap nak kukus putu piring batch kelima.

“Bro, aku nak deal dengan kau.”
Berkerut aku pandang Abang Mail.
“Kau jangan cakap pada Kinah.”
“Hah?”
“Ya! Jangan pecah lubang pada Kinah. Kalau tak aku hempuk kau dengan kuali.”
“Deal apa?”
“Kau tolong aku buat puisi cantik-cantik.”
“Puisi?”
“Kau kan pandai bab-bab jiwang ni.”
“Mana reti.”
“Jangan nak acah-acah merendah diri pulak!”
“Buat apa?”
“Kalau Cahya beli kuih esok, abang nak masukkan puisi dalam beg plastik kuih.”
“Erkkk…” Beli putu piring dapat free gift kad sajak? Tak relevan sungguh! Kunolah cara tu!”
“Nak tak nak? Kalau tak aku tunjuk mak kau, video kau dalam youtube yang kau terkinja-kinja macam anak beruk tu! Sure mak abah kau malu. Depan orang tua, kemain kau tunjuk muka suci, ala-alah bersih jernih air muka berwuduk. Siap jadi tukang azan dekat masjid, dekat surau… haha belakang orang tua, kau berangan nak jadi retiskan!”
“Kejap… kejap! Abang ni dah kenapa?”
“Dah kenapa apa pulak?”
“Bukan dulu abang selalu menganjing saya ke? Kerja-kerja tulis sajak, tulis cerpen ni kerja berangan! Buang masa. Sejak bila sajak ni penting dalam hidup abang? Abang kan budak sains!”
“Kau jangan banyak bunyilah!”
“Saya tanya aje!”
“Kau nak aku tunjukkan tak youtube tu pada mak kau? Kalau dia tengok, mesti kau kena beduk dengan tempat kukus putu piring tu.”
“Janganlah!”
“Kalau tak mahu aku jumpa Mak Cik Syimah, baik kau buat! Hah, sia-sia kau kena talkin dengan mak kau!”
Hadoii! Terasa mahu terjun dan berenang dalam kuali panas tu! Kejam benar bunyi ugutan Abang Mail!
Ya aku tak ada pilihan.
Dan esok, aku tak fasal-fasal kena pecah kepala fikirkan puisi. Aku jugalah yang dikerah Abang Mail untuk bawa siap-siap pen dan poskad kosong. Aku sangkakan, dia yang tulis pada kad itu. Sudahnya aku juga yang disuruh tulis cantik-cantik. Alasan, tulisan dia macam cacing kerawit. Sakinah beberapa kali menegur.
“Kau dah kenapa Edan?”
“Tak ada apa?”
“Asyik pegang pen, pegang kertas. Jadi sasterawan ke cari ilham?” Sakinah menyindir sambil mengecilkan api kuali. Aku geleng. Tak berani mahu bercerita apa-apa fasal Abang Mail. 

Mamat senget ni cuma bawa minyak wangi untuk disembur pada poskad yang aku bawa. Jenuh aku nak karang sampai tiga puisi. Sudahnya aku belasah aje apa yang aku terlintas. Satu fasal cahaya nurani, satu fasal cinta kemanusiaan dan satu fasal ketuhanan. Entah ya, entah tidak, aku susun ayat mana yang sempat. Setiap kali mahu bergosip atau menyebut fasal Cahya, aku pastikan Sakinah tiada di situ. Tunggu dia pergi tukar wang atau membeli tepung di kedai Aceh.
“Orang sekarang tak mainlah pakai-pakai surat, pakai puisi sajak ni Abang Mail! Ni era wechat lah! Budak perempuan sekarang nak yang ada duit. Takat kita duduk berniaga dekat sini, takkan dipandangnya si Cahya tu pada abang.”
“Kau jangan banyak cakap! Buat aje. Yang old school ni bikin jiwa kacau!” Terkekeh-kekeh Abang Mail tergelak. 

Aku mengetap bibir sambil merenung wajahnya, dan aku yang memang tak sayang mulut pantas mengejek, “Muka dah berjerawat tu ada hati nak ngorat anak dara orang,”
“Muka bersih macam kau tu tak akil baligh lagi! Muka jerawat macam aku nilah nampak macho, nampak jantan!”
Terjuih bibir aku mendengarnya.
“Abang confirm ke Cahya singgah sini hari ni.”
“Kalau tak singgah pun tak apa. Yang penting, aku dah siap-siap sajak tu.”
“Ayat tu betulkan sikit ya. Saya yang karang sajak tu! Bukan abang.”
“Alah benda gitu pun nak berkira.”
Dan, aku benar-benar terkejut. Sebelum kami menutup gerai, memang Cahya muncul. Macam biasa Sakinah langsung tak berbunyi. Buat-buat sibuk dengan kerja mengemasnya. Tapi aku tahu dia pasang telinga.
“Adik memang muka rezeki. Ngam-ngam ada empat kotak lagi putu piring.”
Aku yang sedang mengemas barang, menjeling mendengar Abang Mail kelentong. Pirahlah! Banyak Cahya punya rezeki! Dah memang kau asingkan siap-siap, kau kata tu rezeki Cahya. Kalaulah si Cahya tak datang, jenuh aku pulak yang nak kena perhabiskan makan sendiri empat kotak yang tak laku tu.
“Terima kasih abang.”
“Sama-sama kasih adik.”
Errkk… loya tekak aku.

“Eh apa ni?” Cahya menyedari ada poskad di dalam bungkus plastik kuihnya.
“Oh, itu tanda kami hargai pelanggan setia macam adik.”
Cahya berkerut. SubhanAllah! Cantik mata itu! Bundar dan jernih! Dan kemudian dia tersenyum. Abang Mail tersengih bangga sebelum terkinja melompat, “Yeszaaa! Sikit lagi! Sikit lagi!”
Aku kabur sesaat mendengar ayat Abang Mail. Apa yang sikit lagi?
Agaknya memandang aku yang terpinga-pinga, dia mencepuk kepala aku dengan tangan kasarnya.
“Kau ni beballah! Sikit lagi anak burung makan padi dalam tangan!”
“Huh, sejak nak mengayat perempuan ni, pandai pulak abang budak farmasi ni cakap bahasa sastera klasik ya?”
“Kau diamlah!”

Esok dan lusa, Abang Mail kekal dengan misinya. Aku tak kuasa nak campur. Sakinah lagilah. Memang buat bodoh, haram tak bertanya. Bila Cahya datang membeli putu piring, aku buat-buat sibuk mencelup pisang ke dalam bancuhan tepung untuk digoreng. Abang Mail dengan penuh bahagia berlagak macam dialah tauke putu piring. Tapi pada hari ketiga Abang Mail berstrategi, aku tergamam. Mujur saja tangan aku tak tercelur dalam minyak panas kuali pisang goreng. Sakinah sama memanjangkan leher, mencuri-curi dengar biar tangannya sedang mengumpul kulit cempedak untuk dibungkus dan dibuang.
“Hari ni saya tak mahu beli putu piring. Ada lagi kad sajak untuk saya?”
Dush! Aku terlopong memandang Cahya. Sakinah terbeliak. Haha! Padan muka Abang Mail. Pecah tembelang.
“Errkk… erk…” Aku sempat menoleh ke arah Abang Mail. Padan muka! Terkulat-kulat mamat tu!
“Ni siapa yang bagi sebenarnya?”
“Eh, mestilah abang yang buat. Tengoklah ayat bombastik tu macam mana, mestilah abang yang tulis. Ada gaya A. Samad Said kan?”
Wah! Acah-acah polos, jujur, macho, jawapan Abang Mail. Aku buat tak reti aje. Sumpah malas nak masuk campur.
“Abang tulis ke?”
“Ya Allah! Tak percaya ke? Sumpah lillah abang yang buat khas untuk Cahya.”
“Oh! Okay.” Aku terasa tiba-tiba. Mata jernih yang selalunya redup cahayanya itu, menjeling ke arah aku. Panahan mata itu sinis dan berapi.
“Kenapa Cahya? Tak suka ke?”
“Abang dah masuk universiti kan? Lecturer tak ajar pasal plagiarism ke? Atau abang rasa plagiarism ni sejenis jenama tepung pisang goreng abang?”

Ah, sudah!! Aku terasa mahu bungkus gerai waktu itu juga! Gila kantoi! Aku menoleh ke arah Abang Mail. Terkulat-kulat dia menjawab.
“Hah?? Plagiat ke? Ada. Memang pensyarah abang ada sebut. Abang ambil course farmasi, jadi abang reti la jugak bahasa omputeh ni. Plagiat tu sama dengan plagiarism kan dik?”
Aigoo! Abang Mail ni gila apa! Macam mahu terbelahak tekak aku waktu itu. Nampak benar riak Abang Mail bila menyebut fasal dia tu budak farmasi. Aku nampak mulut Sakinah mencebik.
“Ohh… farmasi?” Mencerlang mata Cahya merenung sinis Abang Mail yang tersengih tidak sudah.
Dan, ayat Cahya yang seterusnya cukup membuat aku rasa mahu menutup muka dengan pengukus putu piring aku. Entah kenapa, aku tumpang senak perut.
“Mesti abang ni kaki tiru assignment? Kalau dah poem pun abang nak tiru… Hmm…”
Abang Mail garu-garu kepala. Jelingan maut dia bagi pada aku. Mulut terkumat-kamit bila buat eye contact dengan aku. Sakinah tukang perhati dari tepi kuali.
“Tiru?”

Abang Mail mengangguk. Cahya semakin garang. Aku yang mengecut.
“Lain kali nak tiru pun, tengoklah dulu. Saya ni sidang editorial jurnal kampus saya. Saya yang edit sajak-sajak tu.”
Dush! Macam satu penumbuk yang bersengat hinggap ke pipi aku. Terasa kepala sedikit kembang!
Errk… apa hal Abang Mail pandang aku! Macam aku pulak yang cari gaduh dengan si Cahya. Tangannya meraba-raba kepala.
“Abang tak elok menggaru kepala. Gugur rambut masuk dalam kuih tu nanti.”

Gosh!

Perempuan cantik ini mulutnya bisalah!
Abang Mail tersipu-sipu sudahnya. Aku lihat dia serba tak kena. Berdiri pun tak boleh nak tegak. Tak fasak-fasal dipegangnya kuali, terlupa kuali itu panas. Capai sudip, sudip pun nak terlepas ke tanah. Mulut Sakinah tampak terlopong.
“Tak apalah, bang. Abang simpan je lah ya kad-kad abang ni. Zaman sekarang dah outdated dah style tackle awek macam ni, orang tak pakai kad-kad bau wangi ni!”
“Eh, simpan aje lah. Buat apa nak bagi balik? Mana tau nak guna buat kraf ke kan.” Abang Mail cuba buat lawak bodoh dalam senyum hambar yang tak putus. Aku sudah terketar-ketar dan pegun di tepi kuali panas. Malu wei! Rasa mahu meniarap di bawah gerai waktu itu!
“Its okay, thanks but no thanks.” Cahya meletakkan kad-kad di atas meja gerai. Sempat dia menjeling ke arah aku. Terasa jiwa aku melecur dengan kerlingan itu. Huh, dah kata thanks lepas tu no thanks pulak!
Dan aku tahu, sebaik saja kelibat Cahya hilang di depan kami, maka bermulalah detik perang saudara aku dengan Abang Mail. Sakinah pula ketawa terbahak-bahak.

“Hah padan muka abang! Sengalkan… nak buat tu tak fikir ke?”
“Kau diamlah Kinah!”
Aku sendiri menahan gelak.
“Wei, kau ambil daripada mana poem tu semua? Kau ni buat malu aku ajelah!”
“Mana saya nak cekau sampai tiga sajak. Saya ambil aje lah daripada mana-mana yang ada. Ingat saya ni cucu cicit sasterawan negara ke?”
“Ngok ngeklah kau!!”
“Hilang dah Cahya aku!”
“Alah, dia tu pun acah je… Baik abang cari lain aje, banyak lagi cahaya lain ada!”
“Kau punya fasallah ni!”
“Lain kali cermin muka tu dulu. Minah Cahya tu merak kayangan, abang ni gagak di rimba yang gelap-gelita!” Sindir Sakinah sambil tercebik bibir.
Kalau boleh dikira, ditimbang dan disukat, agaknya berguni-guni carutan Abang Mail pada aku.
“Kalau tak, aku dah dapat si Cahya tu!”
“Pirahlah!”
“Abang Mail ni tak sedar diri kenapa?” Ejek Sakinah.
“Kau memang bikin kacau program!” Sakinah masih tak habis ketawa.

“Apa nak susah hati… tiap tahun ada pesta cahaya. Pesta deepavali tak lama. Jangan sedih sangat!”
Sengaja aku membakar Abang Mail.
Dan sejak itu aku tak nampak lagi kelibat Cahya beli putu piring di gerai kami.

ShareThis