Thursday, April 24, 2014

Review CINTA HILANG KATA - oleh NIK FAUZIAH NIK HUSSIN - KETUA EDITOR ERA MUSLIMAH

TERIMA KASIH YA Kak Nik Fauziah Nik Hussin, ketua editor majalah ERA MUSLIMAH untuk review novel CINTA HILANG KATA. Sangat details, sangat rinci dan sangat ruwet. Terima kasih dan kasih sayang untuk kak nik yang selalu beri nasihat dan komen serta berkongsi pengalaman dengan kita dalam bnyk urusan. Mohon kongsi ya kak nik komen tu di sini:))

+++++++++++++++++++++++++

Secara keseluruhannya..novel CHK mmg sangat berlainan daripada karya lily sebelum ni..malah boleh dikatakan kalau di kalangan penulis novel cinta..(yang akak pernah baca karya mereka) mmg novel lily ni sangat berlainan.

Plot chk ni.. tentang dendam, tentang pergolakan rumah tangga dan tentang manipulasi

Kisah keserakahan sifat tamak sehingga sanggup menjual akidah
demi nafsu yg tamak tak ada lagi nilai ukuran benar atau salah.. membujur lalu melintang patah

Ia juga sebenarnya satu satira kepada dunia penerbitan khususnya novel
sangat berani sebenarnya.
menegur dalam sindiran

Tentang dunia penerbitan yang org nampak indah dari luar.. ttg royalti dan kekayaan yang kononnya membaluti seorang penulis novel
pada akak..bagi yang ingin jadi penulis atau yang dah bergelar penulis...patut baca novel lily..

kalau mereka kata 'betul ke? tak jadi pada aku pun.." beware
benda tu boleh jadi pada mereka.
penerbit jgk perlu baca... Sebab jangan sangka penulis akan terus jadi pak sanggup sahaja untuk mereka penerbit dan editor kenakan

Kelemahan novel lily nih..satu terlalu banyak watak kot dan banyak cerita
tapi bagi akak mesejnya sampai.
unsur suspen tu ada..
Macam akak kata, kali ni bahasa dialognya agak di luar sikit dr kebiasaan lily..
kalau bagi akk...selama yg akak baca karya lily..bhs lily haslina ni selalu akak suruh budak2 baru menulis jadikan rujukan. Ayat yang cantik selalu dinikmati dari novel lily.

tapi unt CHK ni..dialognya agak ini ayat sempoi-mulut puaka-takde insurans punya
hahaha
tapi bhs lily tu mengingatkan akk pada zaman2 belajo dan dunia kewartawanan
apapun secara keseluruhannya kan...lily berjaya membuat satu kelainan dengan karya ni.

Bagi akaklah ia satu perkongsian pengalaman dalam sepak terajang dunia penerbitan kalau akak sorang penulis, akak sgt menghargai perkongsian yg lily letak novel lily ni.

Siapa yg mencari nilai ilmu, realiti hidup, takdir yang tidak kita tahu dalam hidup, harus baca novel CINTA HILANG KATA.

Rugi sgt kalau tak baca esp yg baru nak berjinak2 dgn dunia penulisan sbb ini lah pengalaman yg mungkin sblm ni dorang nampak manis2

owh ttg sabirah dan zaili..
dan mahyun jgk.. akak bersimpati dgn watak mereka..
pengalaman hidup yang pahit tu membentuk mereka menjadi manusia yg buruk sifat

banyak lah pengajaran dr nvl tu sebenarnya

klu nak tgk
mcm watak amirul..
taat yg membuta tuli pada ibu bapa
mmg bagus sorang anak yang sayangkan ibu dia..

tapi kasih sayang tu membutakan mata dia daripada membezakan yg mana yg syariat dan bukan. dari satu segi..mmg amirul ni sgt baik..sebagai anak
nurul jgk.. watak yg sayangkan org tua tapi terlampau memendam

Dalam nvl lily tu jgk ada unsur hubungan kekeluargaan, persahabatan
walaupun hubungan kekeluargaan yang negatif..tapi kasih sayang antara sabirah-zaili dan mahyun..tu bagus sebenarnya
cuma x bgsnya bertolong2 ke arah kemungkaran hahaha.. begitu jgk amirul dah jah gayah. Ni termasuk hubungan persahabatan, keeratan antara wanita ezzra nurul dan wanie

overall akk bagi 4*

lily patut tulis novel dewasa semula. pertajam balik..
2 tahun x menulis dgn nvl CHK tu berbaloi..
kalau dilihat dr isi yg cuba lily sampaikan..
ada isi. dalam santai pun mesti ada smthg kita 'bagi' pd pembaca
tu kelebihan pada wartawan yg jadi novelis
tkde lah jadi novel kawin paksa
hurm..

Monday, April 21, 2014

Terima kasih ya NURUL HELWAH ZAKARIA:))




Bila buka dan baca, tak dinafikan. Ayat yang disampaikan.. cerita yang diolah, memang asli dan fakta. Realiti!.
Cerita watak Nurul, honestly memang sebiji sama jalan cerita akak dengan kawan baik saya. Allah, rasa kecilnya dunia. Kerjaya hebat, rezeki murah, perangai husband sebegitu.. ahh, sebiji kak. Kemudian dengan penyakit period berhari-hari sakit! SAMA! kehadiran rain cinta lama, subhanalla.. apakah kebetulan cerita akak dengan realiti kehidupan kawan saya itu?.. 




setiap kali baca, dengan dugaan yang ditimpa.. saya merasa. Saya tahu sengsara hidup dia, sama seperti watak yang akak bawakan kepada Nurul itu. Saya menangis. Dugaan Allah swt tak pernah putus, kebahagiaan tidak pernah dirasa, selesai satu, bertambah satu dan seterusnya. Tuhan tahu, Dia menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba-Nya.



Finally, fuuhhhhh, habis jugak bace buku ni...

Memang tak rugi beli..

Banyak fakta, byk ilmu di curah..

Bukan novel kosong, plot cerita yang sgt besh...
Bahagia, duka, kecewa bersilih ganti.. Lumrah dunia
Terkadang sambil bace, ayat yang dicoretkan.. membuatkan kita rasa bermuhasabah diri..
Congrats kak Lily Nasir, penulisan yang sangat 'great!'


sungguh! 
saya rasa macam mau cari tisu sekotak baca komen Nurul Helwah.
Novel saya biasa-biasa aje.

Dan novel saya bukan cerita cinta manis, comel atau yang manja melankolik. Cerita ni penuh plot dan masalah yang bersimpang-siur. Saya akur kalau bukan semua pembaca boleh terima novel yang sedikit berat begini.
Dan ada yang bertanya kenapa judul tu ada LOVE YOU IN SILENCE. Terjemahan begitu ke?

Okay... gini... judul asal memang saya letak LOVE YOU IN SILENCE. Tapi mengenangkan saya ni bekas produk MPR DBP, bekas pekerja kepada majikan yang sangat menjaga tatabahasa dan saya juga amat menghormati guru-guru saya sebelum ini.. Saya tahu akan jadi isu kalau saya guna judul Inggeris untuk novel Melayu. 
Maka saya beralah dengan kehendak hati. Saya letakkan judul CINTA HILANG KATA. LOVE YOU IN SILENCE dikekalkan. Ia bukan terjemahan. Saya letak dua judul itu berdasarkan konteks cerita.

Buat yang komen, emel, pm atau apa aje... maaf kalau saya tak sempat balas satu demi satu. Apapun terima kasih semua. 

Terima kasih semua!


got it! Thank u kak @lilyhaslinanasir.... *cinta hilang kata* now I'm reading it! Luv u!

Terima kasih adinda Norhayati Fauzi yang sempat posing dengan kitab hijau saya yang tebal ni. Terharu sesangat bila Yati isteri kesayangan kepada novelis besar, Ahadiat Akashah sudi cari novel saya:))

Buat sahabat-sahabat lain sama ada yang saya kenal atau tak, yang pm, emel, atau tag saya review, komen, pic novel CINTA HILANG KATA, terima kasih sebanyak bintang di langit ya:))

Friday, April 18, 2014

Baby Airis Cempaka, Magikal dan Keajaiban Allah swt:))




RANIA dengan baby alive....
Jangan tanya berapa harga baby alive ni... mahal beratus ratus lemon. Kata Yaya ni kawan dia. Tapi kalau sudah rezeki Yaya dapat adik, dapat baby, biar bil hospital utk deliver baby RM13,000 plus plus ... sampai total besar jadi RM18,000 baby Airis Cempaka tetap dalam ribaan Yaya.


Kuasa Allah swt, baby Airis Cempaka lahir untuk jadi best buddy kak Yaya.. jadi kawan kak Yaya, jadi adik Kak Yaya. Kata Yaya, dia tunggu Airis besar, kuat sikit nanti dia mau pegang sendiri.



 Airis Cempaka 13 hari:))

 Saya cuak dengan kucing kucing saya Thambi, Jejai yang geram aje tengok jari gumuks Airis ni:))
 Bibik Fatimah sama Airis.

 Oh, abang besar sador ni abaikan aje:)) Dipicit, dikacau, digigit, satu rumah kerjakan Airis. Saya sendiri asyik tersasul panggil Airis as Yaya... entah berapa kali. Sebab dalam famili, baby girl cuma YAYA sorang aje selama ni.
 Memang jenuhlah Airis kena gomol sama abang CR dengan Kak Anis. Tu belum jumpa Aqil, belum jumpa Adib lagi.... Kira sekarang Yaya dah dapat geng. Selama ni selalu terpinggir bila Haiqal geng sama Aqil kalau  cuti. Yaya sorang girl. Tak apa.. tunggu Airis besar sikit, gerenti Yaya nanti jadi mentor Airis.
Airis -12 hari dengan Kak Anis
 Yaya dengan Airis
 Airis sama kraf yang Yaya buat khas untuk guru tuisyennya.


Kata CR, silap-silap Airis akan mua, semua nak nanti dapat. Tapi belum besar lagi budak tu, CR dulu yang muakan! Siap belikan stroller harga ratus ratus untuk budak kenit ni:)

Tak apalah, kalau sudah tertulis sekian sekian rezeki si kecil, kami doa Allah permudahkan segalanya, limpahkan kehidupan yang barakah dan terus meminjamkan kami keajaiban yang diberi pada baby Airis sejak dia di alam roh sebelum lahir kedunia. Dengan segala rezeki yang melimpah, segala urusan yang dipermudah, alhamdulillah dan syukur. Kami sekadar menumpang rezeki Airis.

Bila pandang baby Airis, saya dan rosie tersebak.. kalaulah mak ada... mak ada cucu perempuan Anis, Yaya dan Airis... dan saya terus terbayang gaun comel yang memang manis aje dipakai cucu-cucunya hasil jahitan emak. Oh... sayang... saya tak simpan pun gaun gaun Anis yang arwah mak jahit:)) Semua dah saya sedekahkan orang.



HAPPY BELATED BIRTHDAY DADDY COOL:))


Alhamdulillah...:))
Rezeki abah tahun ni sambut hari lahir di Makkah waktu buat umrah.

Saya cuma sempat jumpa daddy cool saya tiga hari sebelum abah dan makcik hawabi berangkat ke Makah.

Kami anak-anak Pak Nasir doakan makcik dan abah sentiasa sihat, murah rezeki, diberkati, diberi kesihatan yang baik. Haha saya, rosie tengah cari-cari masa sesuai, tunggu anakanda saya cuti serentak mahu parti sama daddy cool kami:) Anak makin besar, sorang di KL, sorang perak tengah, sorang perak hilir, haishh... makin payah nak bertemu serentak.




Wednesday, April 2, 2014

CR - ikan -CR

Bisingnya suara syafiq bila pulang sampai mak dia yg letih terjaga dari tidur. Alololo....baiknya abang belikan anis hadiah sebab dapat flying colours SPM. Nanti belikan hadiah utk airis cempaka pulak ya:))




Hasil pancingan cr. Ikan senangin taiwan tu 4.5kg sama jenahak yg sedang-sedang. Senangin tu macam gergasi! Semenjak dua menjak makin gigih berniaga demi jazz, makin gigih jugak cr habiskan duit memancing laut dalam:)) saya tak larat nak makan ikan, sedekah sana sini sampai dengan Jejai sama Thambi pun saya faraidh kan harta pancingan syafiq.


Bandingkan selipar buruk cr dengan ikan tu... memang gergasi sungguh!


ShareThis