Wednesday, December 16, 2015

Makan-Makan, Cerita-Cerita -Cafe Cerita Kambing -





Ramai yang suka makan daging kambing kan.
Kambing bakar, kambing panggang, kari kambing, sup kambing etc.

Kalau ada sesiapa yang mengidam, takut kempunan mencari hidangan kambing yang boleh buat kecur selera, jom try ke Cafe Cerita Kambing.

Selalu kalau kita teringin makan lauk kambing ni, kita cari restoran pak arab atau mamak, hahah ni kafe kanda Nor Aziah Dahari. Boleh sangat cuba. Kat mana? Dekat Anggerik Mall, Shah Alam.
Kalau nak tempah hidangan untuk majlis pun boleh. Contact Kak Aziah, yang jugak bos untuk  Endau Beriyani Caterers, Nombor telefon 019-281 6308.

Kalau nak tempah untuk hidangan majlis tunang, upacara akikah atau sebarang keraian boleh aje.
Sesiapa yang di Shah Alam tu, boleh aje singgah makan di situ. Tak mahal mana pun. Kuih 40 sen, laksa, mi jawa RM5 aje, 
Ada beriani, ada lamb chop, kambing bakar... semuanya dekat Cafe Cerita Kambing, Tingkat 1, 
Food Court Anggerik Mall, Shah Alam.

SEGALA FOTO DI SINI DIPINJAM DARI FB KAK NOR AZIAH DAHARI


Kanda Nor Aziah Dahari.. comel maniskan!
Bos CAFE CERITA KAMBING













AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.



Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.

Monday, December 7, 2015

Pemanis Stevia - Pengganti Gula Pasir

Sesiapa yang rajin ngopi, ngeteh berteko-teko sehari tapi tak takut terlebih gula dalam badan, patut sangat gantikan gula pasir tu dengan Stevia sweetener. Terima kasih ya Natasya Azizul yg bagi kak lily ni. Tasya kata dia dah dua tahun tak guna gula pasir. Nanti kak lily try ya. 


Kalau ikut kata Tasya adik sepupu saya yang berada di Jepang ni, satu botol boleh dapat 200 titik. Sekali minum teh sama nescafe, ikut tasya yang dah dua tahun pakai stevia ni, cuma 4.5 titik aje. Kira sangat sangatlah jimat tu kan

Okay kat bawah ni saya kutip atau pinjam dari laman web yang saya google pasal stevia ni.

Antara Kelebihan Ekstrak Stevia:
Mengimbangkan kandungan gula dalam badan.
Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan.
Melicin & memutihkan kulit serta awet muda
Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua peringkat umur lelaki & wanita.
Membantu menurunkan kadar gula dalam darah(sesuai untuk pesakit diabetis & Hypoglycemia)
Membantu menurunkan tekanan darah.(untuk pesakit darah tinggi)
Membantu sistem penghadaman badan.
Membantu peminum yang mengalami masalah Isomnia
Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan.(Obesiti)

Stevia boleh digunakan didalam minuman, makanan, kuih muih, bubur dan apa saja yang perlu manis. 
Kata Tasya, 1 titis stevia ni lebih kurang tiga sudu kecil gula pasir.

Okay nanti kak lily try ya Tasya:))

Siapa nak boleh whatsapp kat no ni, ni no tasya......+8180-3270-1518...Tasya kata try minum ngan air lemon panas...stevia ni boleh unclog pembuluh darah yg tersumbat.


AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.




Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.




Friday, November 27, 2015

Pesan Atuk Che Bunga

Lily, don't eat too much rice. (haha ya, atuk che bunga ni lebih selesa cakap orang puteh, mak che bunga jer yang belasah jawab cakap Melayu) Ambil lemon tiap hari. You still young. Nampak flabby. Lan, jaga perut. Abah makan semua tapi abah exercise. Jogging 10 km, dulu main ping pong, takraw, lari lompat berhalang (hurdles), hoki... Abah kerja hospital dulu tapi jarang ambil ubat. Makan telur ayam kampung separuh masak campur madu sama minyak ikan. Tu abah makan tiap hari. Sebab tu abah tahan tak tidur bila standby untuk on calls dlm tempoh 48 jam. 
Err tu pesanan dan teguran ayahanda mak che bunga @ atuk che bunga yg dah 70 tahun. Masih memandu ke kl, masih ke sana ke mari, dan ya dia ngaku risau
anak menantu cucunya gemuk gemuks di matanya.





AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.



Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.

Tuesday, November 24, 2015

Langit Mana Kita Boleh Bersembunyi?




Siapa Tuhanmu? Siapa nabimu? Apa agamamu? Siapa imammu? Apa kiblatmu? Siapa saudaramu? Kurang 24 jam saya mendapat khabar dua kenalan dijemput pulang Pencipta. Seorang kala sedang lena. Seorang lagi rebah di kamar rumah. Masing masing disedari hanya selepas sejam dua. Semudah itu kalau Allah swt berkehendak. 

Di langit mana ya boleh kita berlari sembunyi kalau waktunya sampai? Berapa mahar ya kalau boleh kita tebus harga nafas ini merayu pada Ya Rabb? Allah... berapa kali agaknya anakanda yg bakal saya tinggalkan sudi kirimkan doa buat saya sewaktu saya sudah disebut sebagai arwah lily haslina? Apakah ada ruang Allah beri buat anak perempuan saya mandikan jenazah saya? Tersisakah waktu utk tiga anak lelaki saya mengangkat jenazah saya, sambut saya di liang lahad, baringkan saya dengan hati dan bibir yg basah dgn zikrullah? Allah! Allah! Tanah kubur saya pun entah di mana. Mungkin jadi debu saya, mungkin rentung, mungkin hanyut ... 

Besarnya rahsia Allah. Buat yg kirim ucap selamat hari lahir tempoh hari, kasih sayang dari saya. Semoga hilang setahun hayat ini menjadikan kita lebih baik zahir batin, lahiriah dan jasmani.

Tahun ini alhamdulillah, perlahan-lahan saya usahakan juga membalas semua ucapan hari lahir yang melimpah di pm, di emel, whatsapp dan di wall fb saya. Sekali lagi terima kasih semua.




AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.


Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.


Monday, November 16, 2015

IKLAN kejap.... Hahaha siapa sakit lutut??


Hahaha ni iklan kejap:))

Mesti biasa dengar nenek-nenek kita, atuk atuk kita berkeluh sakit lutut. Nak solat sakit. Nak sujud sengal kaki. Nak rukuk tak boleh. Ada yang duduk tak boleh dah nak bangun. Dah diri, sakit pulak lutut nak duduk. Biasa kan dengar gini pada warga emas. 

kekadang tak payah jadi warga emas pun, yang muda muda boleh jadi sakit lutut.
Apa kata try gel ni.

Boleh contact sahabat saya sama ada call /Whatsapp 012-6133596



"Pakcik Dah Takde Sakit Lutut Nak !"
"Dulu Pakcik tiap-tiap hari sakit lutut nak...Tak mampu nak solat berdiri. Pakcik nak jalan spt orang lain juga. . Mujurlah menantu pakcik hadiahkan Gel Amani haritu. Alhamdulillah, sapu 3 hari, sekarang saya dah boleh solat berdiri, nak. Syukur sangat."

- Pakcik Abuya Hassan, 58, pekebun.




= = = =
INFO GEL AMANI
= = = =
▲ Berasaskan Dari Perpindahan Teknologi BIOTEX Yang Terkenal Di Amerika Syarikat, Kini Berada Di Pasaran MALAYSIA.
▲Gel AMANI Di Perbuat Daripada Sejenis Bahan Semulajadi Berasaskan Getah Pokok Pine Yang Mempunyai Kemampuan Luar Biasa Dalam Menggalakkan Penyembuhan Keradangan Dan Kerosakan Tisu.
▲Banyak Komuniti Eropah & Amerika Syarikat Menyokong Perpindahan Teknologi BIOTEX. Kajian telah menunjukkan Keberkesanan Perubatan Melalui Perpindahan Teknologi BIOTEX.
===========
CARA BERTINDAK :
===========
Gel Amani bertindak meresap masuk kedalam otot & tulang. Penggunaan Gel Amani secara berterusan akan membantu menghantar darah yang mengandungi segala zat yg diperlukan untuk memasuki ruang-ruang kosong yang cedera untuk proses penyembuhan.
==========
KANDUNGAN :
==========
✔ Aqua
✔ Propylene Glycol
✔ Menthol
✔ Camphor
✔ Carbomer
✔ Triethanolamine
=======
CIRI - CIRI :
=======
✭ Kuantiti 60ml.
✭ Di Perbuat Daripada Getah Pokok Pine Tanpa Steroid.
✭ Di Sokong Oleh Komiditi Eropah.
✭ Lulus KKM.
✭ Di Jamin Halal. 100% Produk Bumiputra Muslim.
====
FUNGSI :
====
✔ Menyembuhkan arthritis (sakit lutut akibat kehilangan pelincir).
✔ Menyembuhkan sakit lutut akibat kecederaan.
✔ Menyembuhkan sakit sendi.
✔ Menyembuhkan sakit tulang.
✔ Menyembuhkan sakit otot.
✔ Melegakan sakit akibat gout peringkat awal.
===========
KEISTIMEWAAN :
===========
✭ Untuk Sakit Lutut, Sendi, Tulang & Otot.
✭ Bantu Penyembuhan Keradangan Dan Kerosakan Tisu.
✭ Tiada Kesan Sampingan.
✭ Berkesan Dalam Masa 7 Hari.



AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.



Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.

Saturday, November 14, 2015

Sup Ayam Api-Api

Kalau sesiapa jengah reban saya di belakang rumah selalunya akan tanya.
Apa tu?
Ayam ke burung?
Ke spesies burung merak?

Ni mesti kes tak pernah tengok ayam api-api.
Rupa dia cantik macam burung merak.
Kecil sikit jer dari ayam belanda yang suka buat bising tu.

Ada sebut ayam mutiara.
Dalam Bahasa Inggeris ia disebut “Guinea Fowl”
Orang kata ayam ni mahal sangat.
Dulu RM35 seekor, sekarang sampai RM130 induk yang besar.
Saya kat rumah ni bela suka suka jer.
Sebab selain awang, dayang, jebat angsa saya, ayam api-api ni memang penjaga rumah.
Sesiapa datang aje bising dia berbunyi. Lagi berkesan dari ADT saya.

Dan kalau ada tamu, sup ayam api api ni paling saya suka buat.
Hahahaah senang aje kan sediakan sup
Tapi sebab dia ni ayam api api, orang mesti bersungguh-sungguhnya makan.
Dan kalau yang memang tahu khasiat sup ayam api api ni.
Hilang penat masak.









Selalunya kalau orang cina, sup ayam api api ni jadi sup herba. Buat ubat kalau sakit sendi, sakit badan lenguh-lenguh. Banding ayam kampung, sup ni memang lagi sedap:))
Bubuh halia, bubuh rempah banyak-banyak memang walllaaaaa.....
Lagi perhangatkan lagi sedap!!



Tapi macam biasa, kat rumah ni, semua anak bujang akan mengeluh kalau mak dia nak sembelih ayam. Tugas rasmi siang ayam confirm confirm kerja lelaki:))

Daaaaaa:




AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.

Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.


Thursday, November 12, 2015

IZINKAN AKU JADI SAYAPMU - CR @ CHAIRIL RAZLAN & PIA PEMUK @ SOFEATULAISHAH

Saya terima banyak pm sama ada di facebook personal atau di page, juga di emel  saya bertanyakan mana cerita Pia dengan CR:)) Mintak ampun ya kawan-kawan, sebab minggu ni (10 november) saya tak boleh sharekan cerita pia cr tu. 

Sebabnya? Hari  Selasa 10 November tu Harian Metro tak diterbitkan sebab cuti. Makanya saya tunggu minggu depan ya. 

Kak Lily, ni dah bulan november, mana novel Izinkan Aku Jadi Sayapmu? Janji bulan november. Hahah ni pun banyak yang pm saya... okay memula ingat nak buat diam aje... hahaha novel tu saya rasa orang tak ingat. Rupanya ada yang ingat janji saya. Gini, memang rancangan asal saya, nak hentikan sampai awal bulan november episodnya di Harian Metro. 


Makna, tengah bulan ni, saya dah boleh print jadi buku. Tapi lepas sembang-sembang dengan bos Harian Metro yang handle page novel ni, saya setuju ajelah saranannnya. Alang-alang tinggal sebulan, baik habiskan aje di Harian Metro sampai Disember. Maknanya tengah Disember, cerita Pia dengan CR akan tamat di Metro dan selepas itu barulah saya terbitkan. Tapi ya ke ada yang mahu cerita ni? Kalau sungguh nanti saya terbitkan.




AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.

Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.



Langit dan Laut Bagan Datoh



KEBETULAN
PADA satu petang
Sebelum hujan
Yang hanya bergerimis
Rintik yang sekejap sekejap
Sebelum masuk maghrib
Langit Bagan Datoh
Tiba-tiba jadi sangat cantik


November - 2015 - Jeti Bagan Datoh






Tak sangka
Pakai phone tiga singgit pun
Gambar tetap comel
Alhamdulillah








AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.

Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.

Salam November:))

SALAM NOVEMBER!
SALAM DI MUSIM HUJAN!


Rasanya dah berbulan blog ni ditinggalkan tanpa sebarang update.
Mintak maaf sesangat. Tak tahu apa benda yang sibuk sangat.
Tapi hahahaaa... memang sangat sibuk lately ni.
Sibuk dengan hal-hal duniawi.
Sibuk dengan hal kera yang tak pernah habis.
Dan bila tak sibuk tu, tetap jugak dicari kesibukan tu:))


Insya-Allah, mulai sekarang, blog ni akan kembali berkongsi banyak cerita.
Macam gigih sangat kan? Bukan. Bukan saya aje yang akan ada di sini.
Kalau diizinkan Allah swt, kalau tiada aral melintang, blog ni nanti akan ada
sahabat-sahabat saya yang berkongsi kisah, berkongsi cerita. 

Untuk mukadimah kali ni, RAHANA MD, sahabat saya, akan sesekali bersama-sama saya di sini.
Dengan pengalaman 20 tahun dalam dunia kewartawanan, baik majalah dan akhbar, Rahana sesekali akan 'mencemar duli' menulis di sini. Buat Rahana, muahssss!! Tq dear sebab kesian kan sahabat yang tak ada masa nak menulis selalu di sini.

Dan, perlahan-lahan nanti blog ni akan diubah lay-out dan kandungannya akan dilabelkan. 
Novel bersiri saya di Harian Metro, Izinkan Aku Jadi Sayapmu, yang bersiaran sejak awal Januari 2015 sehingga Disember 2015, insyaAllah akan saya kongsikan di sini sedikit, sebelum saya terbitkan jadi novel bercetak ya. Terima kasih buat yang sentiasa follow cerita Pia Pemuk (Sofeatulaishah) dengan CR (Chairil Razlan) di page atau fb personal saya.


Sekali lagi,
Salam November
Salam di bulan yang sentiasa bergerimis:))
Daaaaaaa:))
RAHANA MD, sahabat yang akan bersiaran bersama saya di sini apabila dia berkelapangan. 




AMARAN:
Blog ini dilindungi undang-undang hakcipta. 
Tidak dibenarkan menyalin, meniru, menciplak, membuat print screen, mengguna semula sebarang catatan dan gambar yang tertera untuk tujuan keuntungan peribadi, komersil atau apa sahaja tanpa keizinan pemilik blog secara bertulis. Setiap share yang dilakukan wajib ada kredit mention atau nama blog perlu disertakan.

Copyright of the http://lilyhaslinanasir.blogspot.com and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therin, is owned by the owner unless otherwise indicated. No part or parts of this blog/portal may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with any manner without the express prior written consent of the owner.


Friday, September 4, 2015

AMARAN & PERINGATAN - JANGAN CURI KARYA ORANG - 3

Pengajaran buat semua. Untuk peniaga, sila jujur. Untuk kelompok penulis, menciplak, memplagiat karya orang lain salah di sisi undang-undang. Ya, saya sudah berbincang dengan seorang peguam, Tuan Firdaus, lewat petang semalam. 

Langkah pertama hampir saya ambil hari ini untuk membawa kes ini ke mahkamah. Terima kasih buat Safinaz Saad yang membantu dan memperkenalkan saya kepada peguamnya. Saya tidak kejam, tidak juga sukar untuk berunding. Saya masih menghormati sesama insan yang mencari rezeki dengan caranya. Tapi saya tidak suka kalau banyak dolak-dalih atau cerita belakang yang saya tidak tahu. Karya bagi saya harta intelek, hasil ilham, pinjaman Allah swt, yang ada nilai tersendiri serta perlu dihormati undang-undang hakciptanya. Semoga ini menjadi pengajaran buat semua terutama rakan penulis. Karya kita, hak kita. Kes ini saya anggap tutup dengan permohonan maaf terbuka dari pihak sebelah sana.

Terima kasih juga buat Raihannah Vs Ct BoboyRose Harissa yang banyak membantu saya mengumpul bukti tatkala saya memutuskan membawa perkara ini kepada peguam lewat petang semalam. Dan, oh ya... Kak Fizzy Aziz yang banyak memberi nasihat untuk bertindak.

Sebagai menghormati dan berpegang akan janji saya pada pihak sebelah sana yang sudah memohon maaf secara terbuka maka saya akan padam semua posting saya yang mengandungi nama dan print screen berkaitan isu memplagiat karya saya itu. Sekian terima kasih. Mudah-mudahan isu begini tidak berulang lagi. Plagiat itu haram. Sama sahaja seperti mencuri. Harap maaf kalau ada tak sempat baca balasan komen saya untuk sahabat semua.




Wednesday, September 2, 2015

Amaran & Peringatan - Jangan Curi Karya Orang - 1

Saya selalunya tak ambil peduli sangat isu-isu dunia penulisan. Memang ada rakan berkeluh karyanya yang hampir siap, belum diterbit ditiru. Plotnya sama, namanya sama, mungkin ditukar ejaan, endingnya 100 peratus sama. Saya pada usia begini tak berminat sangat nak kusutkan kepala dengan isu begini. Ya, kalau nak ringkaskan kata, usia begini saya seronok jadi lady of leisure, menulis suka-suka.

Tapi apabila saya membaca, saya terjumpa frasa-frasa ayat serupa saya tulis, kekadang dialog serupa saya tulis, saya masih boleh tarik nafas. Tidak cukup catatan pada novel yang ditiru, kekadang ungkapan yang catchy pada blog atau pada fb ni, saya jumpa bersepah digunapakai, ditiru sebijik sebijik! Saya senyum aje.

Adik saya Rosie Haslinda Nasir selalu kata. Cool kalau ditiru. Itu makna kita yang terbaik. Tapi ada masa saya menyimpan dalam hati. Mereka yang meniru ini dangkal ilhamkah, cetek perbendaharaan katakah? Bukankah penulis harus banyak membaca. Ini kalau penulis pun angkuh menyebut tak baca karya orang... haiyaaaa susah tu! Ini antara keluhan Rose Harissa yang memang kerap berkeluh kesah kalau ayatnya, trademarknya sama ada di blog, fb atau lukisannya ditiru.

Seperti komen rakan penulis di fb, memang ada waktu kita boleh nampak dalam meeting meeting brainstorm kelompok penulis, ada pulak terselit novel kita sendiri.

Biasa jugak saya terpandang cover novel A sebenarnya hanya dikitar semula dari cover orang lain. Hatta tajuknya pun sekali dirembat! Memang sangat kotor game begini bagi saya. Menulis seharusnya menyerlahkan kebijaksanaan seseorang. Satu perkongsian ilmu bukan... bukannya merendahkan diri, nampak dangkal idea. Ilham ala ala tahap lampin pakai buang. Ini yang buat karya biarpun banyak, orang tak mampu nak ingat cerita. Baca, seronok, tutup buku, simpan di rak dan bulan depan lupa plot ceritanya!

Penyakit lain, dalam kelompok penulis, ramai yang menjadi rakan waktu bulan mengambang aje. Macam serigala jadian pulakkan. Tanpa angin tanpa ribut, gigih menelefon, mengirim mesej siang malam pada rakan penulis yang selama ini tak kenal pun. Konon atas dasar ukhawah. Cukup haul, cukup hisab, cukup segala rahsia, ilmu, tips atau idea dicarigali, orang yang mengendeng konon mahu menjadi rakan pun lenyap! 

Walhal sebelum itu sanggup siang malam menelefon untuk dengar kupasan kupasan bernas karya yang boleh membantu dirinya melonjakkan nama. Ini semua perangai yang memualkan. Apatah lagi kalau di belakang selepas itu, oh.... ini idea aku! Ini cara aku! Oh, aku tak baca karya si polan si polan. Oh karya aku karya maha agung. Pity! Walhal entah berapa banyak ilham cetak rompak yang dirampok. Entah berapa banyak pandangan rakan tiba-tiba diangkat dengan mendabik dada menjadi hak miliknya. 

Pada karyawan muda, carilah identiti. Carilah ilmu. Jangan sombong. Jangan meniru kemudian mengaku macam idea sendiri. Jangan menciplak kemudian berlagak ilham itu lahir dari kalbu sendiri. Dan saya sangat sangat terkejut.... rupanya bukan dalam karya kreatif yang ditiru, rencana pun dirembat sekali. Saya tiba-tiba google dan kusss semangat rupanya banyak juga rencana saya dari kolum khas saya di Majalah Intrend satu ketika dahulu bersepah di forum forum jualan produk. Bukan sekadar di fb.

Pada yang mencari rezeki, menjual produk dan guna rencana orang lain bagaikan testimoni anda, bukankah itu satu penipuan?

Wednesday, August 5, 2015

Raya, Ikan, Mangga dan Durian:))

Tak tahu entah idea siapa,
Tetiba masa raya, berlaku lambakan durian di rumah saya.
Juga limpahan mangga dari laman rumah
Semua ni termasuk dalam menu hari raya
Dan paling ngeri saya tengok
Ikan yang menggila banyaknya dipancing Syafiq.
Syafiq dengan abahnya memancing di Jugra time raya keempat dan kelima.

Teringat cerita CR dengan Pia saya yang tengah bersiaran di Harian Metro.
Memang saya sebut ikan melompat serah diri nak mati kalau CR turun ke laut.
Err.. tapi tu novel aje.. bukan real pun..
Tapi bila tengok ikan si Syafiq saya ni, memang sungguh saya teringat novel bersiri saya tu.

Mujur undang undang di rumah ni, saya tak siang ikan
Jadi ikan semua dah siap bersih dan siap cuci.
Dan hari pertama bawa balik ikan.. tetiba 16 orang geng Adib serbu rumah jam 11 malam,

Panik tak tau nak masak apa last minute.
Saya gorengkan nasi rencah rendang.
Kemudian saya bakar ikan dengan resipi campak-campak, bubuh sesedap rasa saya.
Masuk oven tujuh ekor ikan fresh yang baru ditangkap Syafiq.
Kira rezeki bebudak tu... ratah ikan tu laju masing-masing.

Saya yang tukang masak seronok tengok. Seronok makan? Never never never...
Saya tak makan ikan. Cuma makan bilis aje ...
Macam jugak durian, saya pandang gitu gitu aje.

Saya kemudian rasa macam senang kerja, cepat di dapur bila tetamu datang aje saya ligat bakar ikan, buat asam pedas, buat sup ikan, buat gulai tempoyak. Maka diberikan galakan pada syafiq, pergilah memancing lagi di Jugra. Maka tiga hari berturut turut dua beranak ni jadi nelayan di Jugra. Saja buat stok ikan untuk open house.












Raya:) Raya:)) Raya:))





RAYA sebulan
Jadi ok lagi kan kalau nak ucapkan selamat hari raya.
Mintak maaf sesangat sebab saya tak sempat nak beri komitmen share cerita pia dengan cr dari harian metro tu. Saper nak baca boleh cari di facebook. Di blog ni saya tak sempat sangat.

 1 syawal tahun ni jatuh hari Jumaat:))
Perasan sungguh macam sambut birthday saya!
Dulu tahun 1971, 1 syawalnya bersamaan hari Jumaat,:)
Masa mak ada, saya selalu tanya, macam mana ya.. orang sibuk nak raya, mak sibuk nak beranak:)))
Tua dah saya kalau ikut kalendar hijrah ni.
Ikut kalendar Islam, saya dah 45 tahun:))



Raya dah rutin. Saya masak selagi boleh di rumah sebelum semuanya angkut bawak ke melaka.
Bila mak tak ada, semua boleh.
Tahun ni rekod sungguh.
Total besar 80 biji ketupat anyam.
Empat biji kek
Rendang daging berkilo kilo kilo kilo:))
Semua masak sendiri
Oh dalam menu ada kuah kacang 3.5 kg
Lepas tu hari raya pertama saya rasa nak qada tidur jer:))

Rasa macam tahun depan nak cuti masaklah time raya. Serius penat.
Dapur pasang aircond pun bahangnya macam sauna.
Mujur kek semua akak che bunga uruskan:)

Muka semua yang penat, dah petang baru larat nak menghadap kamera. tu pun mak che bunga ni kena paksa. Kami usik inche busu kami, Dr Jabar yang tetiba nampak 15 tahun lebih muda. nampak slim. Wahhh! Cayalah busu, gigih minum air pati ibu kunyit rupanya! Patut nampak glowing skin tu. Nampak cerah:))

Alrite, lepas ni bertambah menu kesihatan saya... selain pati mengkudu, manjakani sama nanas,  nanti mak che bunga tambah air pati ibu kunyit pulak ya:)) Itu pun tak sempat curi foto bonda saudara, yg rata rata nampak awet muda terutama makcik li dengan makcik jamiah:)) Yang sebenar semua ni untuk kesihatan... tak kuasalah nak awet muda sangat. dah tua tu tetap tualah kan.... tapi sungguh, bila duduk sembang dengan bonda dan bapa saudara, macam macam tips dikongsi. Tu belum dengar pesan nenek kami yang suruh kami elak nasi:)) Nenek dah 91 tahun pun sihat alhamduilllah!







Syafiq dengan muka gedik, Saffuan dengan songkok tinggi, Adib gigi baru dan yeahh ada Adib kecik kat celah tu.. Adib kecik ni anak Dr Jabar. Eh mana Yaya? Anis, Aqil, Haiqal, Rosie, Siti semua buat iklan gigi:))

Salam hari raya dari kami anak cucu arwah Jamilah sama Pak Nasir:)) Semua pesen Muslimah. Saya? Tak kuasa nak beli baju raya. Pakai ajelah mana ada.... sibuk mengejar deadline novel untuk projek khas Cempaka di Langit Rejab. Sumpah senyum saya tu senyum plastik! Mata rasa sembab dan sepet... sebab sampai Melaka jam dua pagi. Subuhnya dah pagi raya. Rasa nak pengsan. Yelah sebelum pulang nak kena basuh periuk belanga, kawah rendang bagai. Nak cuci loyang kek. Memang tak daya sangat rasanya. Tapi gagahkan jugak.. hahah tu belum menghambat dan main kejar kejar dengan che bunga kat dapur masa sibuk masak tu:))


Lelaki Paling Perasan di rumah:))

Abang che bunga yang kurus tapi feeling feeling sado:))

ShareThis