Pengajaran buat semua. Untuk peniaga, sila jujur. Untuk kelompok penulis, menciplak, memplagiat karya orang lain salah di sisi undang-undang. Ya, saya sudah berbincang dengan seorang peguam, Tuan Firdaus, lewat petang semalam.
Langkah pertama hampir saya ambil hari ini untuk membawa kes ini ke mahkamah. Terima kasih buat Safinaz Saad yang membantu dan memperkenalkan saya kepada peguamnya. Saya tidak kejam, tidak juga sukar untuk berunding. Saya masih menghormati sesama insan yang mencari rezeki dengan caranya. Tapi saya tidak suka kalau banyak dolak-dalih atau cerita belakang yang saya tidak tahu. Karya bagi saya harta intelek, hasil ilham, pinjaman Allah swt, yang ada nilai tersendiri serta perlu dihormati undang-undang hakciptanya. Semoga ini menjadi pengajaran buat semua terutama rakan penulis. Karya kita, hak kita. Kes ini saya anggap tutup dengan permohonan maaf terbuka dari pihak sebelah sana.
Terima kasih juga buat Raihannah Vs Ct Boboy, Rose Harissa yang banyak membantu saya mengumpul bukti tatkala saya memutuskan membawa perkara ini kepada peguam lewat petang semalam. Dan, oh ya... Kak Fizzy Aziz yang banyak memberi nasihat untuk bertindak.
Sebagai menghormati dan berpegang akan janji saya pada pihak sebelah sana yang sudah memohon maaf secara terbuka maka saya akan padam semua posting saya yang mengandungi nama dan print screen berkaitan isu memplagiat karya saya itu. Sekian terima kasih. Mudah-mudahan isu begini tidak berulang lagi. Plagiat itu haram. Sama sahaja seperti mencuri. Harap maaf kalau ada tak sempat baca balasan komen saya untuk sahabat semua.
No comments:
Post a Comment