Wednesday, March 25, 2015

Braces, Anak dan Kelaserannya:))


Mak, braces braces ni mengarut ajelah! Sama aje muka mak tu:)) Kalau dah muka kak bedah, kak nam, muka tu jugak mak! Mak jangan percaya kalau orang tegur kata mak nampak lain. Tu SEMBANGGG jer! Mak nampak lain sebab mak dah beranak banyak. Nampak tua. Orang saja ambik hati mak tu!

"Oh ya?? Okay.. kau orang kalau cari bini, make sure ya bini kau orang nanti maintain at least sama par dengan mak. Make sure ya... bini kau orang boleh beranak kecik bila dah 43. Make sure ya bini kau orang dalam pantang pun boleh buat kerja macam macam, boleh drive ke hulu ke hilir macam mak buat lepas beranakkan airis. 16 hari dah drive ke Seremban. Ceaser hokey! Yang penting sihat hokey. No lembik-lembik tak larat:))"

"Pastikan ye, bini kau orang lepas beranak boleh pakai high cut boots dengan jeans jenjalan KLCC. Macam mak hari tu. 20 days siap shopping di KLCC. Pi makan spaghetti dengan Adib. No param, no pilis, no kunyit kunyit tempek kat dahi but must looking good hokey Really looking good!"

"Kalau bini kau orang mengadung esok lusa... lets see... hahaha terlepek ke tak terlepek. Banyak hal nak kata mak tua ya.... Make sure boleh turun naik building ala-ala tangga batu caves tu. Tu masa mak shooting di ISTAC, ke hulu ke hilir, tengah panas lip lap,  meeting dengan Hijrah, meeting di RTM, tak ada siapa tahu mak carry airis 6 - 7 bulan dalam perut. Hahaha... last but not least, gi hospital senyum senyum drive sendiri jam 12.30 tengah malam, jarak almost 50 km, dengan darah tinggi 198/130. Cool kan!! Kau orang make sure esok boleh ya?"

Hahaha memang best sesekali membasuh anak anak bujang yang over dose lasernya ni. Terasa hilang bisa nak bercakap bebudak ni. Bukan apa, kalau tak diingatkan, rasa nak cili mulut anak bujang saya tu.
SENYAP terus.... Baik CR, Adib terus kata nak pergi main futsal.
Tak kiralah sementara ke forever ke... yang penting anak anak bujang ni senyap kejap. Dan saya menang satu!
Masuk dua tahun pakai braces, penuh stress sebenarnya bila anak anak bujang melaser:))
Tapi mak che bunga sangat tabah... muahahahaa::))
Alih-alih awal tahun sudah si kurus Adib mintak pakai braces. Amboii, order nak braces tu ngan mak dia, macam mak cap duit jer. Mak, minggu depan nak gi dentist. Kita ingat nak pakai braceslah! Cesss... mujur anak sendirikan! Kalau tak mahu dibasuhkan jugak. Dulu dia jugak pandang mak dia dengan muka pelik lagi jengkel. Dah tua tua nak pakai braces... Tak fahamlah! Kemain ayat dia tu... Tapi last last dalam diam macam kena admitt ... haha mak memang nampak beza lepas braces:))



                                                         Syafiq @ CR yang super laser:))

Perbualan dengan inche suami dan anak bujang, CR yang dah 22 tahun.
Isteri : Awak, tu semua geng geng UKM awak ya? Awat semua nampak warga emas sangat... boroi gila!
Inche suami: Aha... tu semua geng-geng abang.
Isteri: Oh, itulah ya, yang dulu ngata eh apasal kau gila sangat kat si Lily tu, dia bukan lawa mana pun? Muahhhmuaahhh bini depa tak lawa pun (JAHAT SAYA KAN..ampun memang saya ingat sampai bila bila tu)
Inche suami: Sengih-sengih aje
CR: Eh, memang mak dari dulu tak lawa. Betullah tu kan.... Siapa pulak cakap mak lawa???
Isteri: CR, kansel nama dari wasiat mak nanti!!

Monday, March 23, 2015

Che Bunga, Kakak Abang Che Bunga, Abang Roy dan Hadi

Muka eksen che bunga mengejek Adib dengan Haiqal. Dah nampak ciri ciri diva kecik pada adik bongsu ni:))







Che bunga dengan magic stick sama crown:) marah bila nak ditanggalkan mahkota yang berat tu. Mendiva sungguh adik kenit abang cr adib dgn haiqal ni. tak ada sezarah karektor kak anis yg sangat pendiam dulu:))




Kakak che bunga mintak video call dengan adik. Abang pulak mintak gambar terbaru... erkk che bunga dengan abang roy dah jauh belayar dalam mimpi. Esok aje lah ya Kak Anis, Abang CR...:))






Mak, kita payung mak dua gambar. Kacak kan kita, mak... (ni saya pun mau muntah). Mak belanja kita gambar airis yang baru ya! Err sindrom anak mak yg baru dua minggu tak balik rumah. Homesick gitu:) tapi jenuh mak che bunga nak faham bahasa bebudak sekarang. Payung tu untuk guna waktu hujan dgn panaskan.... Demi nak gambar che bunga, akak dengan abang pandai lobi mak che bunga... whatsapp pic masing masing, ala ala kawtim tukar gambar:))











Gambar ni mak che bunga kirimkan pada abang akak che bunga:) gambar bangun pagi dengan muka macam anak jepun (kebetulan itu nick name abah che bunga sejak zaman matriks dulu), terkedek-kedek che bunga rambang mata tak tau nak naik kereta pink atau kereta biru. dan macam biasa, abang roy hamba sahaya che bunga yang setia tunggu tepi che bunga:)) Makin letih nak kejar che bunga. over nak cepat segala, umur 11 bulan dah berjalan terkedek-kedek, dan yang huru hara hidup tentunya abang roy.





Alhamdulillah! Kisah Hadi dengan Nisa yang dulu tak ke sekolah macam miracle bagi mak che bunga. Tak sangka Hadi dah dapat masuk sekolah. Nak cover bertahun tahun tak sekolah bagi Hadi sebenarnya tak mudah. Untuk tu mak che bunga bantu tiap malam mengajar FOC bebudak ni. Hadi dengan Nisa datang rumah dari pukul sembilan sampai sebelas setengah malam.
Gigih depa ni siapkan latihan yang diberi. Sentiasa cergas biar esok Hadi sekolah pagi. Tak merungut langsung bebudak ni. Nisa baru enam tahun pun rasanya cekap mengira.







Minggu lepas sangatlah busy dan penat. Saya buta huruf jalan ke Ampang. Hahaaa pakai waze pun sesat:)) Tapi agaknya niat nak sampaikan hajat mak hadi yang mahu menjamu Norlina Alawi Original dan anakanda anakanda anak syurga, sampai jugak saya ke sana. Alhamdulillah... cerah muka mak hadi bila hajatnya nak jejakkan kaki ke kediaman norlina tercapai. Sejak pukul empat pagi saya masak nasi 10 kilo beras. Bukan saya punya pun... mak hadi punya. Saya cuma tolong masakkan. Sebab hajat besar mak hadi, anaknya dapat masuk sekolah, dia nak jamu anak anak syurga Norlina Alawi. Lebih kurang untuk jamu 50 orang anggota keluarga lina.




Alhamdulillah sesangat sampai hajat tu:)) Ni dalam gambar baru suku aje anak anak Norlina Alawi:)) InsyaAllah ada rezeki, kami akan sampai lagi ke sana:))





Wednesday, March 11, 2015

Teaser Sambungan Siri 8 - IZINKAN AKU JADI SAYAPMU

TEASER - IZINKAN AKU JADI SAYAPMU -
CHAIRIL RAZLAN @ CR dengan SYIRAH ex -gf:)) Dan CR melaser tak sudah:))

ps: Petikan Siri Lapan IZINKAN AKU JADI SAYAPMU - HARIAN METRO - Tiap Selasa:)

++++++++++++++++++++


“Siapa tu?”

Bingo! Kau dah kenapa Syirah? Apa hal nak cemburu! Gelak penuh dendam Chairil dalam hati.
“Staf baru I. Kenapa?”

“Amboi! Ajak pergi memancing kolam?”

Chairil mengangkat kening pura-pura tidak faham. Hidangan nasi di hadapannya disuap ke mulut tanpa mempelawa gadis yang pernah dipujanya dahulu.
“I yang ada ni you tak pelawa pun!”

“Eh, you memang tak minatkan benda-benda outdoor ni! Syirah biarpun kita ni dah putus kasih, I hafal segala perkara yang you tak suka.”
“Putus kasih tak bermakna tak boleh bersahabat kan?” Gadis itu seperti mahu menduga. Direnung wajah Chairil tanpa rasa segan dengan redup sinar mata penuh mengharap.
“Yang sudah tu sudahlah, Syirah.”
“Tapi kita kawan bukan?”

“Bersaudara sesama Islam. Memanglah!”
“You berdendam Chairil.”

“Taklah. Cerita lama kita simpan. Masing-masing dengan hidup sendiri sekarang. Buang masa semua ni.”
“I minta maaf kalau dulu banyak benda I buat sakit hati you.”
“Tak apa. I pun banyak belajar perangai perempuan.” Keningnya Chairil terangkat sambil tersenyum simpul.

Syirah terdiam. Jus tembikai di hadapannya suku pun tidak mampu luak dari gelas. Berdepan dengan Chairil baginya memerlukan seribu kekuatan. Kalaulah dia boleh mengembalikan masa lalu... Syirah berkeluh sendiri.
“You sindir I!”
“Tak. Nak buat apa I sindir.”
“Bila kita berkawan kita makin faham.”
“Memang I pentingkan diri sendiri.”
“Cool and chill, Syirah. Kita masing-masing belajar. I bertuah dapat kenal perempuan yang obses kerja, semangat luar biasa, dinamik, cekap dengan media sosial. I ni aje yang masih katak dalam gelas. You lainlah!”

“I hilang you.”

“Come on, Syirah! Bangun dari tidur tu! Eh, sejak bila you melankolik ni!”
Syirah terpempan. Hati lelaki ini memang tidak boleh digugah. Tidak makan dipujuk.
“Oh, lupa... I ni hidup zaman batu. Berapa dah you punya likers dalam fan page you. Instagram dengan twitter dah berapa ramai followers?”

Sengaja Chairil membuat serang hendap. Dahulu perasaannya rasa dihumban ke laut. Setiap kali bertemu, perempuan di hadapannya itu tidak lepas dengan iphone di tangan. Setiap saat setiap detik, laju sahaja membuat siaran langsung ke instagram, twitter dan facebook.

Demi kerjaya! I sukses, you patut bangga! Semua orang kenal I! Terngiang-ngiang kata Syirah satu ketika dulu bila Chairil menegur dengan hati rasa terpinggir.

“Apa cerita terkini? Eh, you masih beli likers lagi ke? Dulu you kata masa penilaian prestasi syarikat you memang ambil kira ya segala folllowers dengan likes di insta dengan facebook?”

Chairil dengan polos dan senyum senget bertanya. Polisi yang akhirnya menjadi punca hubungan dia dan Syirah berantakan.

“Masih macam tu. Untuk promosi, untuk branding. I ikut ajelah. Yalah kami jual produk dengan servis.”
Huh, jual produk, sampai jual diri pada publik! Semua nak dilondehkan! Makan nasi bodoh dengan telur mata pun nak cerita. Perempuan bimbo namanya tu! Chairil mencemuh di dalam hati.

Chairil dengan wajah yang bersahaja tanpa mempelawa Syirah terus menyuap hidangan di hadapannya. Biar naluri lelakinya hampir saja bergetar dan retak melihat raut wajah bundar Syirah, dia tahu, dia harus kuat. Kisah lama simpan saja dalam lubuk hati di dasar yang paling dalam.

Bukankah perempuan ini dahulu perempuan yang angkuh? Bukankah kejayaan dalam kerjaya itu dianggap penanda aras dalam hidupnya. Waktu aku terminta-minta, mengemis mohon persetujuan
“Chairil, you memang berdendam dengan I ya?”

“Ya Allah! Buat apa? Apa I dapat?”
“Kenapa nada you semacam aje?”
“Habis tu nak dua macam? You beritahu I, nak cakap macam mana?” Sengaja Chairil melibas kembali.
“Kita cuba macam dulu, Chairil.”

“Syirah, sekarang ni pun kita berkawan, bukan? Kekadang I tak faham dengan you. Dulu bila I tegur you marah. Sekarang bila I mula kagum, you kata I menyindir.”
“I tahu I tak pedulikan you.”

“Syirah, you patut bangga. Semua orang kenal you, semua orang berebut-rebut nak tegur you di facebook. Bangun pagi orang terus cari you di instagram. You bayangkan kalau you mati esok lusa, kalau dapat lima ratus orang daripada tiga puluh ribu pengikut you tu, atau seratus daripada yang ramai-ramai jadi likers you tu, sedekahkan fatihah.”

“Tolonglah Chairil... jangan buat I rasa bersalah!”

IZINKAN AKU JADI SAYAPMU - TEASER - siri 8

TEASER - IZINKAN AKU JADI SAYAPMU:))
CR yang tetiba stress dan angin satu badan bila terpaksa semeja dengan ex gf dia:)) Tetiba time tu lah capai phone mengayat si Pia yang tak tahu hujung pangkal:))

ps: ni diambil serba sikit dari siri 8 novel IZINKAN AKU JADI SAYAPMU yang tersiar di HARIAN METRO setiap Selasa:))


+++++++++++++++++++
“Bro, dia datanglah!”
“Siapa?”
“Itu...”
“Siapa?”
“Macam tu aku pergi dululah ya!” Firdaus seperti memahami. Meninggalkan Chairil bagai memberi ruang.

Syirah! Syahirah Malik. Susuk wajah itu tak mungkin dilupakan Chairil. Gadis genit, penuh tenaga yang satu ketika penuh pesona. Chairil pernah nanar menagih cintanya. Sihir cinta itu membuatkan dia menjadi tertutup hati pada semua perempuan selepas itu.

“Hai..”
“Err.. hai!”
“Boleh duduk?”
Chairil mengangguk.
“Sihat?”
“Macam yang Syirah tengok.”
“Sibuk.”
“Biasa.”
Perempuan di hadapan Chairil itu bagai kehilangan kata-kata. Serba-serbi menjadi canggung. Semuanya menjadi tidak kena. Bagai tidak pernah kenal antara mereka. Sedangkan satu ketika dahulu, perempuan bermata bundar dan berambul ikal berombak separas bahu itu sentiasa lekat di hati Chairil.
“Ada apa ke sini.”
“Saja. Tanya khabar. Tak boleh?”

“Bukan tak boleh. Tapi tak perlulah sampai Firdaus kena tipu I untuk kita jumpa dekat sini.”
“Jangan cakap macam tu. Firdaus pun tak mahu tolong Syirah. Tak payah marah Firdaus. Syirah yang ikut dia ke sini. Syirah balik cuti sebulan. Teringin sangat nak jumpa Chairil, bolehkan?”
“Hah, dah jumpa ni, dah berbual, dah tahu I sihat. Tak ada apa yang berubah. Okay, selesaikan kita?”
“Chairil! Sombongnya!”
“Bukan masalah sombong. Life must move on. Takkan kita nak hidup dalam cerita lama.”
Mereka terdiam seketika. Tidak tahu apa yang harus dibualkan. Chairil pula sengaja mengelak dari terus berbual. Pantas mencapai telefon dan menelefon pejabat.
“Pia, Chairil sini. Petang ni lepas pejabat you ada apa?”
Sofea yang di hujung talian tergamam. Lepas pejabat? Apa hal?
“Balik rumah terus.”

“Nanti tolong carikan I barang-barang untuk memancing. Ingat nak memancing dekat Klang.”
“Hah?” Sofea benar-benar tergamam. Mahu terloncat dia dari kerusi mendengar arahan majikannya itu.
“Petang ni?”

“Aha... petang ni. Dah lama I tak memancing di kolam air masin.”
Chairil tahu setiap perbualannya itu didengar dengan penuh teliti oleh Syirah di depannya itu. Ah, peduli apa! Aku tak suruh kau cari aku! Semakin Syirah mengetap bibir, semakin rancak Chairil di telefon. Sengaja! Sengaja dia membakar!

“Jangan balik rumah terus tau! Nanti tunggu I lepas pejabat. Kita pergi sama.”
“Err... saya kena ikut ke?” Seram-sejuk Sofea dibuatnya. Ada ribut berantakan di dadanya. Bos aku ni hilang akal apa? Mesra alam pulak suara.

“Pia tak pernah pergi kan... Tak apa, kita ajak Firdaus sekali.” Chairil sempat menjeling ke arah Syirah yang semakin panas punggung. Perempuan itu sudah mula membelek-belek kuku, melihat-lihat mesej di telefonnya. Chairil senyum sendiri. Hah!! Rasakan! Datang pun tak dijemput, balik pun tak dihalau!
“Okay Pia. Jangan lupa siapkan barang petang ni. Daaa.....”
Sengaja suara itu dilunakkan. Ada muka yang seperti tergigit asam kedondong pada Syirah.

Friday, March 6, 2015

Teaser Izinkan Aku Jadi Sayapmu - Chairil Razlan (cr) dengan Sofeatulaishah (Pia)






Jangan percayalah muka kekwat Chairil tu! Guys have such hot minds during the day – always fantasising – Terblur-blur Pia kejap bila geng ofis cakap macam tu:))

Teaser sikit untuk hilangkan ngantuk mak che bunga sendiri:) Nanti kita sambung lagi ya:))

++++++++

"Pia! Kau jangan tunjuk takut sangat! Entah-entah suka kat kau, Pia! Lelaki muka macam CR tu bukan boleh percaya! Lelaki ni bila tak dapat, mula buat perangai pelik. Come onlah.... lelaki tak normal aje tak ada selera dengan perempuan! Guys have such hot minds during the day. Always fantasising. Janganlah percaya muka kekwat Chairil. Tidur malam entah mimpikan kau Pia!"

"Err ya ke Nisa?"

"Kau nak faham payah! Kau belum kahwin! Lelaki ni muka baik ke, muka ketat ke... jangan tak tahu kekadang dengan perempuan dia scan dalam diam. Allah, kalau tak, takkan atuk nenek kita dulu kahwin paksa, anak bersusun paku jugak! Lelaki, Pia! Kena faham nature dia orang ni!"



Tuesday, March 3, 2015

Chairil Razlan (CR) & Sofeatulaishah (Pia Pemuk)





Sesekali sewaktu Chairil sibuk menerangkan carta strategi unit pemasaran, Sofea sempat memandang. Curi pandang sebenarnya! Biar sekilas, namun cukup untuk menangkap dan merakamkan figura sasa di hadapannya itu.
Kacak pulak dia ni! Sebelum ni macam selekeh aku tengok. Duduk bersilang kaki dekat tempat parking. Pakai celana denim lusuh yang koyak lutut. Baju t putih pun macam dah berhari-hari tak bersalin. Muka melekit berminyak. Yang depan ni sumpah ada aura!
Chairil terus membuat carta pai dan graf di papan putih. Lengan kemejanya dilipatkan sedikit. Mata Sofea terus tekun memerhati. Tangan lelaki yang biasa ke gimnasium! Terserlah urat dan otot-otot. Maskulin!
“Saya berdiri depan ni bukan suka-suka ya! Bukan jadi tugu. Saya nak tunjukkan cara macam mana nak kira profit. Macam mana nak tarik klien. Pandang tangan dengan lengan saya buat apa? Nak kira bulu roma ke? Budak baru tolong beri perhatian.”
Dush! Semua yang ada dalam bilik mesyuarat itu serentak menoleh ke arah Sofea. Ya Allah! Malunya! Gementar dirinya tidak terucap. Pipi merona merah, mata tersipu-sipu tidak tahu mahu dihala ke mana. Sofea pantas menundukkan muka. Mata sekadar melekat di bawah meja.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34380#sthash.hVIFSpeo.dpuf



“Kau kalau ke site, jangan nak pakai baju kurung. Pakai ringkas. Tapi di pejabat kena formal semula.”
“Hah?”
“Apa hah? Kau nak pakai baju kurung ke site, kau nak memanjat macam mana nanti? Kau tu dahlah aku tengok gemuk pendek. Merendang macam bonsai! Eh, orang panggil kau apa?”
“Err… Sofea.”
“Bukan Pia?”
Angguk.
“Betullah tu. Kau ni patut panggil Pia Pemuk. Pia Pendek Gemuk! Nama berjela tu susah nak sebut. Payah nak ingat. Pia Pemuk aku panggil kau. Faham!”
Dia angguk. Apa lagi yang boleh dikatakan. Bukankah budak baru bererti mentimun!
Tuhan! Kenapa dengan dia? Sampai bila aku kena bertahan? Muka panas membahang. Sofea melangkah perlahan keluar dari bilik Chairil. Dia panggil aku Pia Pemuk? Runtuh semangat! Larut jiwa dalam rasa kecewa yang panjang. Angin kering terus menyapa lesu segenap penjuru. Biar hanya dari belakang, Sofea terasa renungan Chairil mengikuti langkahnya. Dan dia menjadi sangat tersihir. Dia tahu ada senyum nakal pada wajah itu. Biarlah! Biarlah. Kau menang Chairil!
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/34380#sthash.hVIFSpeo.dpuf

Izinkan Aku Jadi Sayapmu - Harian Metro - Siri Ketujuh

Link Novel Izinkan Aku Jadi Sayapmu:))

Klik link kat atas ni untuk baca novel ni:))
Ampun bila dah ada link ni, tak payahlah kan untuk saya tempek teaser. Baca terus kat sini jer:))

Siri Ketujuh Novel Izinkan Aku Jadi Sayapmu - Harian Metro -

Salam Selasa:) Abang roy dengan muka kekwat duduk macam raja atas page novel bersiri Izinkan Aku Jadi Sayapmu - Harian Metro -Selasa -Chairil Razlan -Cr-Sofeatulaishah - Pia Pemok:) Terima kasih pada yang mesej/pm saya kata follow cerita ni:)) Cerita biasa biasa aje... mana tak kena selera sorry lah ya!



ShareThis