Muka eksen che bunga mengejek Adib dengan Haiqal. Dah nampak ciri ciri diva kecik pada adik bongsu ni:))
Che bunga dengan magic stick sama crown:) marah bila nak ditanggalkan mahkota yang berat tu. Mendiva sungguh adik kenit abang cr adib dgn haiqal ni. tak ada sezarah karektor kak anis yg sangat pendiam dulu:))
Kakak che bunga mintak video call dengan adik. Abang pulak mintak gambar terbaru... erkk che bunga dengan abang roy dah jauh belayar dalam mimpi. Esok aje lah ya Kak Anis, Abang CR...:))
Mak, kita payung mak dua gambar. Kacak kan kita, mak... (ni saya pun mau muntah). Mak belanja kita gambar airis yang baru ya! Err sindrom anak mak yg baru dua minggu tak balik rumah. Homesick gitu:) tapi jenuh mak che bunga nak faham bahasa bebudak sekarang. Payung tu untuk guna waktu hujan dgn panaskan.... Demi nak gambar che bunga, akak dengan abang pandai lobi mak che bunga... whatsapp pic masing masing, ala ala kawtim tukar gambar:))
Gambar ni mak che bunga kirimkan pada abang akak che bunga:) gambar bangun pagi dengan muka macam anak jepun (kebetulan itu nick name abah che bunga sejak zaman matriks dulu), terkedek-kedek che bunga rambang mata tak tau nak naik kereta pink atau kereta biru. dan macam biasa, abang roy hamba sahaya che bunga yang setia tunggu tepi che bunga:)) Makin letih nak kejar che bunga. over nak cepat segala, umur 11 bulan dah berjalan terkedek-kedek, dan yang huru hara hidup tentunya abang roy.
Alhamdulillah! Kisah Hadi dengan Nisa yang dulu tak ke sekolah macam miracle bagi mak che bunga. Tak sangka Hadi dah dapat masuk sekolah. Nak cover bertahun tahun tak sekolah bagi Hadi sebenarnya tak mudah. Untuk tu mak che bunga bantu tiap malam mengajar FOC bebudak ni. Hadi dengan Nisa datang rumah dari pukul sembilan sampai sebelas setengah malam.
Gigih depa ni siapkan latihan yang diberi. Sentiasa cergas biar esok Hadi sekolah pagi. Tak merungut langsung bebudak ni. Nisa baru enam tahun pun rasanya cekap mengira.
Minggu lepas sangatlah busy dan penat. Saya buta huruf jalan ke Ampang. Hahaaa pakai waze pun sesat:)) Tapi agaknya niat nak sampaikan hajat mak hadi yang mahu menjamu Norlina Alawi Original dan anakanda anakanda anak syurga, sampai jugak saya ke sana. Alhamdulillah... cerah muka mak hadi bila hajatnya nak jejakkan kaki ke kediaman norlina tercapai. Sejak pukul empat pagi saya masak nasi 10 kilo beras. Bukan saya punya pun... mak hadi punya. Saya cuma tolong masakkan. Sebab hajat besar mak hadi, anaknya dapat masuk sekolah, dia nak jamu anak anak syurga Norlina Alawi. Lebih kurang untuk jamu 50 orang anggota keluarga lina.
Alhamdulillah sesangat sampai hajat tu:)) Ni dalam gambar baru suku aje anak anak Norlina Alawi:)) InsyaAllah ada rezeki, kami akan sampai lagi ke sana:))
No comments:
Post a Comment