Monday, March 8, 2010

Aku, Dia & Gosip



TARAAA....
untuk yang bertanya sambungan
AKU, DIA & COKLAT.. Terbaru dan bakal terbit tidak lama lagi..

AKU, DIA & GOSIP

Gadis gigi jarang kaki gosip! Gadis bibir lebar, bermulut tempayan. Sama ada si kaki gosip, orang yang suka mengumpat, mulut macam Pah Bedah jaga tepi kain orang... Semuanya boleh disingkap melalui seulas bibir. Oh, betulkah andaian ini?

Kehidupan Zaza gadis penggemar coklat semakin huru-hara untuk semestar kali ini. Gosip, fitnah dan khabar angin umpama ribut datang dari setiap penjuru. Tercungap-cungap Zaza mahu menepisnya. Dendam Maliz dan Asyikin kerana tidak mampu memenangi hati Fariz sentiasa membara. Akibatnya dua gadis ini menyebarkan fitnah. Gosip tersebar bagai virus berbahaya di Kolej Persediaan Pendidikan. Alkisahnya, Zaza ke Bangkok untuk pembedahan sedut lemak!

Zaza terduduk difitnah! Berita yang lebih sensasi menggemparkan kolej bertiup kencang. Pemerintah Negara Bumi Emas yang mencari permaisuri baru, berhajat melawat Kolej Persediaan Pendidikan. Misinya hanya satu. Mahu bertemu Zaza yang dilihatnya sebagai ikon gadis yang sihat.

Apa terjadi pada Zaza? Mengapa hidup ini penuh kacau-bilau? Orang yang suka mengumpat dan menyebar fitnah ini tidak takut dosakah? Mengapa perempuan suka bergosip? Semua ini membebankan fikiran Zaza. Namun doa dan kesabaran membuatkan Zaza cekal.

20 comments:

Anonymous said...

I'll buy this !!

Unknown said...

hai kak lily yg manisss..
lamer betOl tak ke mari.. mcm best jer citer aku dia dan gosip ni.. novel chenta bila nak ada.. ghindu lah kat karya kak lily..
congrat sekali lagi ye kak utk novel gosip yg cun melecun lagi jambu ni..

Hazlin Nazri said...

nak beli tp mesti susah nk dapat kt kedai.. beli on line lah..

congrats!

imannuha said...

assalamualaikum!wah!!tak sabar nak beli ni!ada tak kat book fair nanti?

ila-ali said...

wah lily...cayalah
sebuah lagi hasil garapan lily yg pastinya meletups-letups

Ida Ra said...

kak, ini buku sambungan dari aku, dia dan coklat ke? wah harus di beli ........................................................

Lily Haslina Nasir said...

Kir Zawawi.. terima kasih ya! nanti dah baca beritau kak lily ya

Lily Haslina Nasir said...

Minahleter01
Kak lily selalu di facebook.. terima kasih sebab bertanya khabar. InsyaALLAH ada rezeki novel lain menyusul... nanti ada akak beritahu di sini

Lily Haslina Nasir said...

Salam Kak Lin..
Belum ada lagi kak lin.. nanti di pesta buku turunlah... bawa anak anak sekali

Lily Haslina Nasir said...

Imannuha.. terima kasih sebab singgah sini.. buku ni ada waktu pesta buku nanti insyaALLAH..

Lily Haslina Nasir said...

MIR getstylo..
Alahai terima kasih darling.. bilalah kita dapat jumpa ye.. ajak gee sekali!

Lily Haslina Nasir said...

Ida.. bilalah kita dapat jumpa.. jumpa di blog aje selama ini.. nanti kalau kelapangan datanglah masa pesta buku

Mrs.Sheikh said...

nak beliii..
tp sy jauh ni kakkk...waaaaaaaaaaaaa...

Mrs.Sheikh said...

nak beliii..
tp sy jauh ni kakkk...waaaaaaaaaaaaa...

Mrs.Sheikh said...

nak beliii..
tp sy jauh ni kakkk...waaaaaaaaaaaaa...

Mrs.Sheikh said...

nak beliii..
tp sy jauh ni kakkk...waaaaaaaaaaaaa...

Cuya said...

kak lily..patutlh saya cari dekt kedai tkde..terpakse beli buku lain..hem tkpe janji buku kan?..bila dah keluar kak lily ckp tau!...terima kasih sebb menulisbuku ni..

Anonymous said...

ok kak !!

Jamilah Mohd Norddin said...

Assalamualaikum, Kak Lily..

Saya baru habis membaca Aku, Dia & Gosip, nanti kena dapatkan aku, dia & coklat. Yang tu belum baca lagi.

Wah, sekali saya baca ayat pertama terus melekat sampai ke akhirnya..

Nak tahu lagi cerita Zaza...

Sabar sungguh dia...& comel..

Nurul Ain said...

ada lagi x ?

ShareThis